Sekalung Penghargaan dan Sekalung Tahniah

28 Februari 2009

Penulis blog ini ingin mengucapkan jazakallah khairan kathira kepada YBrs Ustaz Khairul Anuar bin Ismail(gambar )(lebih masyhur di sekolah dengan panggilan 'Abang Tek') selaku Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2008/09 yang telah memberi sumbangan dalam memperteguhkan lagi persatuan. Beliau berharap YBrs Ust akan menabur bakti bagi memperteguhkan persatuan yang menaungi pelajar Malaysia di bumi Ardhul Kinnah walaupun sudah berundur dari jawatan ini yang akan berkuatkuasa pada Muktamar Senawi PMRAM 2009 bulan Mac ini. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha gigih Presiden PMRAM 2008/09 dan mengurniakan ganjaran yang pahala besar disisi-Nya.Amin

Pihak penulis blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada YBrs Ustaz Abdul Muizz Muhammad,Timb.Presiden PMRAM 2008/09 kerana telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden PMRAM yang baru bagi sesi 2009/010.Semoga dengan perlantikan YBrs Ustaz akan meneruskan kesenambungan kegemilangan PMRAM dan beliau berharap kepemimpinan baru PMRAM akan menyuarakan kepada Pihak Berkuasa Mesir mengenai beberapa perkara khususnya mengenai keadaan tidak selesa di Jawaza' dan lain-lain perkara yang berkaitan kebajikan pelajar.Insyaallah dengan perlantikan ini akan menambahkan lagi kegemilangan PMRAM sebagai payung mahasiswa/wi di bumi Mesir ini.Selamat Berjaya.

Maulidur Rasul s.a.w -ibadah atau adat??

27 Februari 2009


Kita telah memasuki bulan Ar Rabi' Al Awwal atau Rabiul awal.Maka dimaklumi semua bulan ini adalah bulan memperingati kelahiran Al Khatami Al Anbiya' Wa Mursalin,Muhammad bin Abdullah solallahua'laihi wasalam(dan juga dalam bulan ini juga Nabi s.a.w diwafatkan pada 12 Rabiul awal tahun 11 Hijrah.Rujuk kitab Sirah Ibnu Hisham,Rahiqul Makhtum,Sofiyuddin Mubarakfuri dan banyak lgi kitab sirah).Mulai Jumaat lepas di kebanyakan masjid di Mesir khususnya di Kaherah banyak membincangkan tentang kelahiran Nabi s.a.w,riwayat hidup dan juga kelebihan mencintai Rasul s.a.w.Ada juga khatib mengajak kita supaya mencintai Rasul s.a.w dan sentiasa memperbanyakkan selawat keatasnya.اللهم صل على محمد
Sejarah permulaan haflah zikra Maulidur rasul ramai yang tidak tahu. Ia bermula di Mesir sebaik sahaja Kerajaan Fatimiyah yang menganut mazhab Syiah berkuasa disana.Walaubagaimanapun, ada juga pendapat bahawa Khalifah daulah Fatimiyyah telah mengadakan zikra Maulidur Rasul untuk menyebarkan dan meneguhkan lagi mazhab Syiah dikalangan rakyatnya kerana jika dalam majlis ini mengingat kelahiran Nabi s.a.w maka diselikkan juga peringtan kepada Ahli Bayt baginda yang tentu mereka akan lebih menonjolkan Saidina Ali bin Abi Talib dan Sayyidah Fatimah Az Zahra'. Tak mengapa lah,biar ahli fikir dan ulama' sirah membahaskan masalah ini.

Setiap kali tibanya 12 Rabiulawal,semua masyarkat Islam di seluruh dunia akan mengadakan haflah zikra Maulidurrasul s.aw.Di Malaysia di peringkat nasional,ada siap dengan perarakan mulai awal pagi dengan penyertaan kontijen dari pelbagai agensi kerajaan.Manakala di dalam dewannya pula diisi dengan ucpan SPB Yang Dipertuan Agong,persembahan pentas,penyampaian anugerah tokoh maulidurrasul dan diakhiri dengan selawat berjemaah.Setiap tahun kita menganjurkan haflah ini yang menjadi acara dan tradisi negara bahkan hari itu diisyhtiharkan cuti umum.Sebut pasal maulid ini,teringat saya semasa berada disekolah menengah dulu,pihak sekolah ingin menganjur haflah besar-besaran zikra maulidurrasul dengan macam-macam acara tetepi perkara ini ditentang hebat oleh guru-guru yang berpendidikan Haramain (baca pro wahabi atau Salafi).Yang mudir ini berpendidikan dari luar haramain(baca pro pondok atau Aliran lama). Akhirnya berlaku la juga haflah,tapi guru-guru 'pro wahabi' hadir jugak tapi menguzurkan diri bila 'selawat berjamaah' dimulakan. Kalau hendak diingati semula kisah ini,rasa nak ketawa pun ada,nak marah ada,tapi tak mengapa.Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa guru-guruku yang mendidikku sehingga dapat menjejakkan kaki ke bumi Kinanah yang mulia ini.

Tidak dinafikan polimek Maulud tiap-tiap tahun akan timbul diantara 'Pro Wahabi' dengan 'Aliran Lama'(macam Qaul Jadid dan Qadim la pulak) dengan topik adakah benda ini bida'h atau tidak.Bagi pro Wahabi,benda ini Bida'h kerana ia tidak lakukan di zaman Rasul s.a.w,Khulafa' Rasyidin dan para tabii'n al awaliyyin.Mereka membawa dalil hadith Nabi s.a.w


عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين

Antara maksud hadith itu:Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' Ar Rasyidin yang diberi petunjuk..Benarlah kata Rasul s.a.w.
Bagi Pro Aliran Lama pulak,mereka menolak pandangan Pro Wahabi berdasarkan hadith berkaitan puasa sunnah hari Isnin dan Khamis, ketika menjawab persoalan berkaitan itu antara "Aku berpuasa kerana memuliakan hari aku dilahirkan". Maka tiap-tiap tahun umat Islam yang berilmu akan membahaskan perkara.Tapi akhir kalam,dua-dua puak mengadakan haflah tetapi dengan cara-cara yang berbeza.
Tetapi persoalannya adakah Maulidurrasul yang dianjurkan tiap-tiap tahun ini berlangsung dalam suasana ibadat atau adat atau bercampur kedua-duannya.Islam secara prinsipnya menghormati adat selagi tidka bercanggah dengan syariat.Namun syariat tidak boleh disendarkan kepada adat kerana syariat itu merupakan asas ataupun tunjang kepada pembentukan adat itu sendiri.Kepada penganjur dan orang yang bertanggungjawb dengn haflah Maulid Rasul ini,marilah kita bermuhasabah dan membedah siasat diri kita, adakah kita lakukan haflah Maulidur Rasul samaada untuk beribadah dan zikra maulidur Rasul s.aw atau sekadar adat sahaja,bila tiba je bulan maulad buat haflah,panggilan orang ramai,selawat,makan dan habis. yang lebih teruk lagi ada juga menjadikan haflah ini untuk menunjuk-nunjuk dan memancing sokongan umum dan menunjukkan kita adalah orang yang menyokong dan mencintai perjuangan Rasulullah s.a.w.

Inilah yng dikatakan adat yang tidak berpaksikan tunjang dan binaan yang konkrit.
Ya,saya mengakui maulid ni harus,dan Ulama' terkemuka Islam Dr Yusuf Al Qardhawi(semoga Allah s.w.t merahmati dan memanjangkan umurnya untk berkhidmat kepada Islam dan umatnya) menggalakkan penganjuran haflah zikra maulidurrasul ini bagi menanamkan sikap cintakan ajaran,sunnah dan akhlak Nabi s.a.w kepada umum.Namun kita ingat sambutan tidak harus dicemari dengan unsur-unsur khurafat dan bidaa'h.Ingat!,boleh anjurkan maulud,tapi jangan tergelincir dari apa yang dianjurkan oleh Nabi s.a. dan Syariat Islam yang suci.Betulkan niat,insyaallah segala haflah dan kerja buat kita akan menjadi ibadat.Insyaallah

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 H

وبالله التوفيق

2 ربيع الأول 1430 هـ
يوم الجمعة
مدينة النصر القاهرة


Sejauhmana kesan gerakan dakwah di kampus?(Petikan Dari Harakahdaily.net)


Imam As Syahid Hassan Al Bana

Ali Bukhari Amir
Thu | Feb 26, 09 | 11:06:44 pm MYT

Hassan al-Banna barangkali adalah batu asas pertama yang memberikan nafas, penunjuk arah kepada bagaimana seharusnya gerakan dakwah Islamiyyah itu harus memainkan peranannya.

Pada zaman moden, tak salah jika kita katakan bahawa mujahid dakwah ini telah meletakkan asas-asas kepada gerakan Islam. Buah fikir dakwahnya benar-benar jauh menjelajah di mana-mana belahan dunia Islam dan mempengaruhi gerakan Islam yang tumbuh kemudiannya.

Berdiri daripada hakikat ini, maka kita boleh mengiktiraf kedudukan dahwah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin pimpinan beliau sebagai induk kepada dakwah di seluruh dunia ketika Rasulullah tiada lagi di sisi kita.

Keunikan Hasan al-Banna menurut tanggapan peribadi saya, terletak kepada kekuatan dan kesungguhan beliau melihat potensi mahasiswa di universiti sehingga wujud suatu acara yang benar-benar menumpukan kepada usaha membangun potensi mahasiswa itu sehingga berada pada tempatnya yang sebenar.

Selain al-Banna, al-Maududi juga adalah sosok mujahid dakwah yang turut menyatakan keprihatinannya berhubung gerakan mahasiswa ini.

Namun, sehingga kini saya masih tercari-cari adakah al-Banna, al-Maududi pernah mengarang kepada pensyarah universiti, menyusun saranan-saranan dan langkah-langkah yang menuju ke arah pembangunan intelektual para pensyarah?

Akhirnya, saya menarik kesimpulan awal bahawa, sekurang-kurangnya ada tiga sosok yang memainkan peranan penting dalam dakwah kampus universiti sejak dahulu.

Selain teks, nota panduan Hasan al-Banna, dan tulisan al-Maududi, maka pendapat Dr. Ali Shariati turut dirujuk sebagai antara buah fikiran yang berpengaruh di kampus.

Ini kerana, seruan dan semboyan Shariati lebih banyak menumpukan kepada slogan Rausyan Fikir (Ahli Fikir). Barangkali, Malek Ben Nabi juga boleh kita masukkan dalam golongan ini.

Kelemahan siswa atau pensyarah?
Alkisahnya, baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang pensyarah. Sejak pertemuan yang lalu, ada sedikit perbezaan antara saya dengan beliau mengenai isu gerakan intelektual yang kering dan lembap di kampus.

Saya lebih banyak melihat punca kelembapan ini bermuara daripada mahasiswa, sebaliknya beliau lebih banyak menyalahkan pensyarah universiti. Perbezaan pandangan ini bukanlah terlalu meruncing, malah ia berjalan dengan sihat.

"Mereka pergi ke luar negeri, membentangkan satu kertas kajian, tapi dikongsi bersama empat orang," kata pensyarah itu ketika bercerita mengenai beberapa masalah kajian akademik di universiti.

Turut dibangkitkan tentang isu dana, geran penyelidikan yang sukar didapati. Dan, ada kalangan pensyarah yang terpaksa menukar tajuk kajiannya untuk mendapatkan dana geran penyelidikan itu diputuskan oleh pihak atasan.

Lalu, politik kampus ini bukanlah semata-mata pertarungan membabitkan pelajar dan HEP seperti yang berlaku baru-baru ini di Universiti Utara Malaysia.

Kes terbaru, melibatkan seorang pelajar tahun tiga yang membuat bantahan ke atas harga tambang bas di universiti. Bantahan itu dibuat melalui internet.

Maklumat terakhir yang saya tahu, perbicaraan itu ditunda kepada tarikh yang berikutnya. Mungkinkan kerana wujud suatu tekanan besar-besaran di akhbar, maka pihak UUM akhirnya menunda perbicaraan tersebut. Hal itu masih samar-samar lagi buat masa ini.

walaupun kelihatan mahasiswa ditekan dengan hebat, pensyarah pun tak kurang hebat tekanannya. Pensyarah pula mestilah berhati-hati kerana pekerjaannya itu adalah rezekinya.

Pelajar pada kebiasaannya akan 'mengganas' ketika mereka berada di tahun terakhir. Mereka ada setahun atau satu semester saja untuk tonjolkan diri kepada parti-parti politik.

Demikianlah saya difahamkan oleh rakan-rakan mengenai kaedah melonjakkan nama dalam parti-parti tertentu. Ada kalangan mereka yang berjaya menggunakan teknik ini. Selebihnya, hilang entah ke mana.

Mana-mana yang masih terlekat dalam kegiatan kepartian, ertinya mereka ada kualiti. Yang tertinggal jauh ke belakang, akhirnya perlahan-lahan malap dan suram dengan sendirinya.

Yang paling penting bagi seseorang pemimpin pelajar itu bukanlah kehebatannya berpidato dan mutu penulisannya sangat. Tetapi, sejauhmanakah dia mampu mempertahan prinsipnya. Di situlah terletaknya maruah perjuangannya.

Mereka mungkin memiliki seni berpidato yang baik. Tapi, setelah ditahan, akhirnya mengalah, mengelak dan kemudian cuba berdalih dengan menyatakan penulisan itu bukan miliknya dan lain-lain lagi.

Ada juga yang ditangkap buat kali pertama dan akhirnya terus tidak menulis dan berpidato lagi setelah dikenakan hukuman itu.

"Saya tak salahkan pelajar sangat," begitu kata pensyarah, teman saya ketika bertukar-tukar fikiran itu, dan semua itu membidas pandangan asal saya. "Malah, pensyarah itulah yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya."

Pensyarah, menurut beliau, sudah tidak berani lagi merangsang pemikiran mahasiswa untuk kembali berfikir mengenai niat matlamat sebenar mereka tiba di universiti ini.

"Apa yang penting bagi pensyarah ini, mereka datang ke kuliah, mengajar lebih kurang dan kemudian apabila tibanya masa peperiksaan, pensyarah ini akan berikan soalan-soalan ramalan untuk menjawab peperiksaan," kata beliau.

Mas'ul tidak berperanan?
Pendapat itu mungkin ada kebenarannya juga. Mas'ul dalam kalangan pensyarah sendiri kadang-kadang tidak mempertahankan pendirian anak-anak usrahnya. Semua ini akhirnya mematikan semangat juang para pelajar tersebut. Hal ini jarang-jarang disebutkan juga.

Kalau mahu dibandingkan dengan zaman 1970-an dahulu, mahasiswa dan pensyarah sama-sama naik ke pentas berpidato serta berjuang mempertahankan pendirian masing-masing sama ada di dalam atau di luar kampus.

Sama ada pensyarah dan pelajar, sama-sama dihadapkan dengan pertuduhan dan sama-sama merengkok dalam penjara, sama-sama terbuang dalam ISA.

Pada saya, ini memang baru betul-betul perjuangan. Siswa menyokong gurunya dan gurunya mendokong siswanya. Saling ada kepercayaan dan selalu bahu-membahu antara mereka, mengikat tali kesetiaan dalam merempuh badai kezaliman penguasa.

Dan pada saat itulah pemikiran Hasan al-Banna, buah fikiran al-Maududi dikoyak, kuliah syarahan Shariati diratah hadam segala isinya bersama-sama. Kini, yang tinggal mungkin 'raga dakwah' sedangkan 'jiwa, ruh dakwah' hilang ke mana?

Mungkin masih ada lagi usrah, tamrin yang bersifat program luaran, tetapi penghayatan semula Usul Isyrin (Asas 20), 10 wasiat al-Banna dan segala-galanya itu semakin tenggelam oleh arus pertengkaran antara Salafi, wahabi, Syiah di IPT.

Tapi, jika sesekali sergahan HEP menjengah dengan Aukunya, pensyarah dan mahasiswanya lari bertempiaran, hilang tempat pergantungan. Bermusuh sengketa sesama sendiri memang kuat, tetapi dengan musuh tradisi lari pula. Itu yang dikeluhkan oleh seorang rakan.

Dokumentasi mengenai perjuangan pensyarah
Satu hal lain yang tak kalah menariknya, apabila menyentuh isu politik kampus yang terkait dengan kekangan pensyarah, kita mungkin sukar mencari bahan rujukan seperti buku-buku yang memperihalkan dokumentasi perjuangan pensyarah.

Atau, yang lebih tepatnya kita sukar mencari isu-isu yang mengekang aktivisme pensyarah dalam menjalankan penyelidikan mereka yang bersifat kemanusiaan, sejarah, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Yang kerap muncul di dada akhbar perdana, ialah hasil penyelidikan teknologi pemprosesan jus buah-buahan untuk dipasarkan di luar negeri dan sebagainya.

Maaf, kalau bersikap sinis. Saya cuma ingin menagih jawapan. Itu sahaja. Adakah kajian mengenai masalah politik, parti Melayu di universiti boleh diberi dana penyelidikan? Mustahil.. kajian ini mungkin 'menembak' ke dada sendiri.

Tetapi, kalau pemnerintah mahu bermuhasabah diri, inilah masanya. Mahasiswa itu mestilah dibenarkan untuk menemuramah para pemimpin politik mengenai masalah 'politik wang' (kalimat rasuah adalah lebih afdal!) dan pensyarahnya yang telah ada geran penyelidikan itu diberi ruang seluas-luasnya tanpa takut untuk mengkaji masalah dalaman parti pemerintah.

Saya yakin benar, masih ramai pensyarah dan mahasiswa yang mampu mempertahan tahap profesionalisme mereka.

Barangkali, salah satu buku yang mungkin boleh dijadikan sandaran rujukan adalah The Closing of the American Mind yang diterbitkan pada 1987, setelah pengarangnya, Dr Allan Bloom menulis sebuah esei mengenai kegagalan universiti memenuhi keperluan para pelajarnya sebelum itu.

Buku ini khusus menceritakan kegagalan institusi pengajian tinggi di Amerika sendiri ketika kita berasa terlalu megah apabila universiti-universiti di Barat sedang rancak membina penarafan universiti-universiti yang terbaik di dunia.

Turut termuat dalam buku itu, hal-ehwal tajuk-tajuk perbincangan tentang falsafah politik Plato dan lain-lain failasuf dalam tamadun Barat. Di Malaysia, saya masih tercari-cari.

Mungkin ada dan tidak mustahil kalau saya terlepas pandang. Kalau ada, harap sesiapa dapat cadangkan. Kalau ada, mungkinkah ada dibincangkan masalah pensyarah yang sukar mendapat dana dan geran penyelidikan itu?

Tetapi itulah masalahnya. Segalanya memerlukan dana penyelidikan dan rasa-rasanya universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi mungkin masih belum dapat berjihad dan berijtihad untuk memutuskan sama ada berbaloi atau tidak bidang kajian seumpama ini.

Mungkin jika sosok Hasan al-Banna, Abul 'Ala al-Maududi dan Dr Ali Shariati masih hidup, entah bagaimanalah rupa paras dan wajah pemikiran yang tercermin di dalam bingkai akliah mereka tatkala melihat fenomena pengajian tinggi di negara kita pada hari ini? Wallahu'alam..

Wahabi-Berlapang dada Atau....?

26 Februari 2009


Ketika leka melayari internet di h/p,saya ada terbaca post buletin yang dihantar atau diforward oleh sahabat saya yang belajar di Jamiah di Utara Mesir. Dalam post itu beliau telah menyenarai kan tentang 'kebejatan' dan kesesatan yang dilakukan oleh satu firqah atau kumpulan kecil dalam Islam iaitu golongan Wahabi(dinisbahkan kepada Sheikh Muhammad bin Ab Wahab,seorang yang berasal dari Najd,Arab Saudi).Dalam artikel itu,ia menyatakan golongan Wahabi telah bersekongkol dengan penjajah British untuk menggulingkan Khilafah Uthmaniah Turki.Dan yang lebih mengejutkan lagi,golongan ini dituduh sebagai cuba menggunakan alasan bidaa'h dalam satu-satu amalan untuk memusnahkan tempat-tempat bersejarah Islam di Dua Tanah Haram,Makkah dan Madinah. Golongan Wahabi ini juga dituduh mengubahsuai kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka.Dan seribu satu macam tuduhan yang dilemparkan terhadap Wahabi.Sepanjang saya menyelusuri laman web samaada yang Pro Wahabi atau yang Anti Wahabi mengenai hal ini.Masing membawa bukti-bukti yang adakalanya kukuh dan adakalanya boleh dirajui kesahihahannya.

Dan menjadi trend masyarakat di Malaysia,sesiapa saja yang melakukan perkara yang luar biasa sikit daripada amalan masyarakat,maka dan segan dan secara 'confidem'nya orang itu akan dilabel sebagai Wahabi,Kaum Muda,Salafi dan kalu tak kena gaya akan dipulau masyarakat setempat dan akan di'paksa lucutkan' title ustaz atau tok imam.Ini pernah berlaku di satu kawasan di seberang Sungai Kelantan.Tok imam tu baru balik dari Saudi kalu tak salah ingatan saya,tok imam tu tak baca qunut waktu solat subuh,riuh satu kampung kata tok imam tu wahabi..duduk tak lama kemudian,tok imam itu dipecat oleh majlis 'kawal agama' Islam.Sebenarnya perkara ini adalah tidak sihat untuk perkembangan Islam.Melabel dengan label tertentu adalah tidak baik.Islam sekarang semakin diterima ramai dan menjadi kewajipan umat Islam untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam khususnya berkaitan perbezaan fiqh yang sebenarnya lebih menguntungkan Islam dariapda hanya memenjarakan Islam dan fiqh dalam mazhab Syafie' dan Aliran Asyai'rah sahaja walaupun ia perlu juga diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Berbalik kepada isu Wahabi,saya hanya ingin mengemukan pendapat saya terhadap kenyataan bahawa Wahabi bersuhabat dengan Inggeris dan yang lebih memeranjatkan dengan Yahudi untuk menggulingkan kerajaan Turki Uthmaniah pada 1924M.Ini satu tuduhan yang begitu berat.Sepanjang ilmu yang ada pada saya dan pembacaan,golongan Kaum Muda inilah yang dipimpin oleh Sayyid Jamaluddin Al Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh yang berusaha membawa masyarakat Islam dan kerajaan Turki yang diambang kejatuhan kembali kepada ajaran Islam sebenar.Sepanjang saya belajar,dan tahu serba sedikit tentang Aliran Al Afghani dan Aliran Wahabi menyeru kepada satu-kembali kepada Al Quran dan Sunnah.Ini satu persamaan.Cuma kaedah pelaksanaan mungkin berbeza.Kalu Aliran Al Afghani-Abduh,ia lebih menggunakan media syarahan umum dan mata pena manakala Aliran Wahabi menggunakan asas tindakan drastik dengan memerangi perkara yang dianggap bidaa'h khususnya yang berlaku di Jazirah Arab.Mungkinlah umum berpendapat tindakan Wahabi ini agak keras dan tidak sesuai dilaksanakan ditempat kita.Saya boleh bersetuju kerana dakwah memerlukan kita menggunakan uslub yang betul untuk menghadapi masyarakat umum dalam menyampaikan dakwah kerana bimbang kenyataan kita mungkin akan disalah tafsir dan mengundang polemik dikalangan masyarakat.Sepanjang saya membaca,tidak satu pun bukti yang konkrit yang menyokong dakwaan bahawa golongan Wahabi bertanggungjawab berpakat dengan Inggeris menggulingkan Khilafah Uthmaniah.

Saya ada pernah mendengar rakaman kuliah Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang yang membahaskan tentang ideologi Nasionalisma.Beliau menyatakan punca tergugatnya Kerajaan Turki ketika dibawah Sultan Ab Hamid II ialah hasutan Inggeris kepada qabilah Arab-Arab supaya memberontak kepada Turki atas alasan Turki selama ini telah menindas menjajah mereka.British telah memberi bantuan senjata dan ditiupkan semangat nasionalisme Arab dengan harapan Arab akan menggantikan peranan Turki seperti di zaman awal permulaan Islam.Di antara qabilah Arab yang terpengaruh dengan dakyah ini ialah Qabilah Ali Saud yang dipimpin oleh Ab Aziz bin Ab Rahman Ali Saudi(pengasas Kerajaan Raja Arab Saudi sekarang). Maka boleh jadi,mereka telah memperalatkan golongan Wahabi untuk tujuan mengumpul kekuatan menentang Turki dan juga bersaing sesama qabilah Arab di Semenanjung Tanah Arab khususnya di Tanah Hijjaz(Makkah dan Madinah).Mungkin inilah perkara yang menyebabkan sesetengah pihak menuduh golongan Wahabi menjadi alat Saudi yang juga mendapat sokongan British untuk mengukuhkan kuasa di Jazirah Arab sekaligus mencabar Khilafah Uthmaniah Turki.Wallahua'lam...hanya pakar sejarah Islam yang ikhlas dan tinggi ilmunya boleh merungkai misteri ini...Kepada Allah semoga diampunkan dosa atas kesilapan mereka yang lalu.
Oleh itu,tuduhan mengatakan bahawa Wahabi telah bersepakat dengan British dalam menggulingkan Khilafah Turki boleh dipertikaikan dan dibahaskan secara ilmiah oleh sarjana dan ulama' Islam mutakhirin ini.

Satu lagi tuduhan terhadap Wahabi ialah ia bertanggungjawab memusnahkan tempat bersejarah di Makkah dan Madinah seperti menghancurkan makam-makam sahabat Nabi di Jannatul Baqi' dan Maa'la,tempat lahir Nabi s.a.w dan banyak lagi,ini kemungkinan pada zaman itu banyak berlaku perkara khurafat terutamanya permujaan terlampau di kubur-kubur seperti di Maqam Nabi s.a.w sendiri,dan di makam-makam para sahabat.Kemungkinan pada zaman itu ulama' pada zaman itu telah beritfaq semua binaan diatas kubur dan maqam harus dirobohkan.Tapi saya tidak setuju apabila tempat ini dirobohkan tidaka da tinggal kesan atau diletak tanda nama tempat-tempat ini.Ini yang dilakukan oleh pemerintah Saudi di Makkah dan Madinah dalam memperbesarkan Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi dan jugak dalam mempermoden negera,tempat-tempat sejarah ini tidak dipelihara dan dipulihara.Ini saya tidak bersetuju.Ia sepatutnya dipelihara supaya setiap pengunjung yang datang ke Haramain dapat melihat kesan-kesan sejarah Islam.Nasib baik tidak dirobohkan Gua Hira' dan Gua Tsur yang bersejarah itu.Namun kita wajar berfikir adakah salah mereka merobohkan binaan diatas kubur para sahabat dan orang Saleh?? Benar ada pendapat yang membenarkan meletakkan nama diatas kubur para sahabat dan orang-orang soleh,tetapi Nabi s.a.w melarang umatnya membina bangunan yang kadang-kadang lebih besar dari masjid yang bersebelahan.Ini yang ditegah oleh Nabi s.aw. sebelum kewafatan baginda. Oleh itu kemungkinan lah mereka meroboh binaan dikedua-dua tempat suci ini bagi mengelakkan berlaku khurafat berlaku di sana pada waktu dan memungkinkan jemaah haji umrah dapat beribadat dan berziarah dengan betul tanpa dicemari unsur bidaah dan khurafat yang boleh meluputkan amalan dan pahala kita.Oleh Marilah kita berlapang dada dengan mereka...ada betul selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah dan 'rad'lah atau tolaklah mana-mana yang amalan atau kemungkinan fahaman mereka yang sedikit tersasar dan timbang dengan hati nurani yang bersih bukannya menolak terus semua dari A sampai Z. Ini bukan sifat orang mengaji dan terpelajar!!!!


Wallahua'llam

وبالله التوفيق


ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسك


1 ربيع الأول 1430هـ
مدينة النصر قاهرة مصر

Kahwin Awal...Satu Rungkaian Hati

25 Februari 2009

قال الرسول عليه الصلاة والسلام- من استطاع منكم البأة فليتزوج

Saya tertarik dengan artikel rakan saya Hilal Asyraf di blog beliau (untuk lebih lanjut sila klik http://langitillahi.blogspot.com/2009/02/kahwin-awal.html) mengenai kahwin awal. Mungkin agak bercelaru jugak la nak mikir bab kahwin.Namun saya sebagai pelajar, kahwin awal atau lewat bukan soalnya..tetapi sanggupkah memikul tanggungjawab yang berat bagi mendidik isteri dan anak-anak yang bakal mencambahkan lagi zuriat umat Muhammad s.a.w? Sebagai mana maksud hadith Nabi s.aw yang saya nukilkan pada awal kalam ini yang bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah dia berkahwin".Maksud hadith itu jelas,Nabi s.a.w memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dari segi zahir yakni dari segi kewangan dan material dan juga dari segi batin(hati yang bersih,ikhlas kerana Allah) agar mendirikan rumahtangga,kerana Islam melarang umatnya membujang sampai ke usia emas.Dan ini lebih teruk lagi jika membawa kepada lembah syahwat yang songsang zina,nauzubillah....

Namun rentangan kita sebagai pelajar tak kira lah,pelajar diniah atau professional,kita sering dihambat oleh tuntutan kita dengan pengajian dan tanggungjawab saya sebagai anak kepada kedua ibu bapa.Sebelum saya menjejak kaki ke bumi anbiya ini,ayahnda saya memberi 'amaran' jika saya
bernikah semasa dalam pengajian,maka seluruh peruntukan untuk pengajian akan dipotong. Mungkin nampaknya macam bergurau,tapi sepanjang berada disini,perasaan untuk 'membina masjid'awal makin membuak-buak terutamanya pada musim sejuk yang akan melabuhkan tirainya...Namun mujurlah Allah swt memberi kekuatan untuk melawan keinginan itu buat sementara waktu bagi memberi fokus kepada pengajian di jamiah. Tapi ini tidak menjamin saya tidak akan menikah semasa pengajian disini.Wallahua'lam...

Walaubagaimanapun,jika kita mempunyai cukup persiapan dari segi kewangan dan ilmu dan iman,maka tak salah jika berkahwin di usia yang muda. Yang penting kita mesti pandai mengurus serta menangani masalah dan kemelut semasa melayari bahtera rumahtangga..Janganlah nikah di usia yang awal,lepas tu cerai-berai di tengah jalan. Ini bukan yang kita inginkan.Sehubungan itu bagi siapa yang berkahwin awal,silakan.Bagi siapa ingin tunggu sehingga menggengam segulung ijazah,silakan.Benda tak de salah apa-apa..cuma kena pandai mengurus dan yang lebih penting niat kita kahwin bukan kerana nafsu semata-mata sebalik untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama dan meneruskan sunnattullah sebagai manusia dan hamba....

قوله تعالى (ومن آيته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة)سورة الروم

Hayatilah dan selamilah sedalam-dalam firman Allah s.w.t di atas.Moga ia akan menghasilkan keputusan dan natijah yang kolektif demi masa depan kita semua dan orang yang akan dipertanggungjawab ke atas kita.Kahwin,bercerai perkara lumrah,tetapi ia memerlukan kecekapan kita menguasai keadaan dan pentas.Samada ada bernikah awal atau itu bukan soalnya,yang penting sejauh mana kita memikul amanah yang cukup mencabar ini.Tepuk dada tanya iman.

Wallahua'lam

وبالله التوفيق
250209,9:43 PM

cairo mesir

Hebahan...........

12 Februari 2009

BAZARIA HEWI KPKM 2009

16-19 Febuari 2009

Rumah Kelantan BARU,El Baramica Street,7th Strict(Hayyu Sabi'),Madinatu Nasr,Kaherah,Mesir

Ada pelbagai makanan Malaysia dijual antaranya Nasi Kerabu,Laksa Pinang,ABC dan macam2 lagi

MOH LE ke sana...

Krisis Perak-Sudut Pandangan Dari Perlembahan Nil

Kecanggihan teknologi dan ict memungkinkan saya mengikuti secara dekat kemelut perlembagaan di Perak yang menyaksikan Pakatan Rakyat tumbang secara haram dengan KDYMM Sultan Perak menyuruh Menteri Besar,Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Anggota exconya meletak jawatan walaupun berada beribu batu dari tanah air tercinta. Saya secara peribadi berasa terkilan dengan titah diraja.Seperti yang diperkatakan semua pihak,sepatutnya sultan tidak patut diheret ke kancah politik kepartian.Sultan hanya perlu mengikut nasihat MB yang sah.Tetapi tindakan Sultan Azlan Shah telah melangkaui kuasa yang diperuntukan oleh perlembangaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menjdi dasar dan mithaq bagi sesebuah kerajaan.Sepantutnya nasihat MB untuk membubarkan DUN harus diperkenan oleh sultan,dan memperkenan permintaan Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan Perak yang baru serta melantik Dr Zambry Ab Kadir sebagai MB Perak yang baru..Ini kiranya mempersetankan perlembangaan yang digubal.
Maka isunya sekarang bukannya isu penderhakaan terhadap raja.Isunya ialah hak YAB Dato' Seri Nizar dan Kerajaan PR...Kalaulah kerajaan ini ditumbangkan melalui usul undi tidak percaya dalam DUN,maka semua pihak akan berpuas hati dan redha. Nak buat macam mana,dah tak ada sokongan,tunggu lah PRU 13.Insyaallah,kematangan politik yang diamabil oleh pimpinan PR dan BN akan menghasilkan satu natijah yang akan mengutungkan rakyat bawahan. Saya selaku mahasiswa di perlembahan nil mengharapkan penyelesaian kemelut di Perak bagi menjamin kelangsungan kuasa politik Islam Melayu dan yang lebih penting kebajikan rakyat terjamin...Semoga Malaysia terus dilindungi dan dicucuri barakah sepanjang masa...AMIN

Nasr City,Cairo
2:24 pm


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'