Salam Hijrah....
i
Al Qardhawi & Meniti Imtihan......
21 Disember 2009
Kalam Tahun Baru.....
16 Disember 2009
Salam Al Azhar & Tahun Baru 1431H..
Alhamdulillah,syukur kpada Allah s.w.t kerana Allah masih lagi memberikan lagi nikmat yg melimpah ruah dan insyaallah pada petang hari Khamis ini,kita akan meninggalkan tahun 1430 Hijrah dengan seribu kenangan dan ingatan yg beraneka rencah.Suka duka telah dilalui walaupun kadang-kadang menusuk qalbu dan melegakan hati yg lara.
Sesungguhnya menjadi lumrah setiap perkara akan ada penghujungnya.Maka di hari-hari akhir di tahun 1430H,saya berpesan kpada diri saya sendiri dan kepada teman-teman dan sahabat sekalian agar marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membedah segala kelanjuran dan kelemahan kita sebagai hamba Allah dan sebagai plajar Islam.
Sesungguhnya 1430H akan meninggalkan bnyak kenangan.Bagi yg melalui pengalaman buruk,gagal dan duka sepanjang tahun ini,maka jadikanlah 1431H sebagai tahun menimbus segala keburukan dan kedukaan serta mara dan terus cekal menghadapi mehnah dan tribulasi sebagai pejuang di jalan Allah.
Bagi yg telah berjaya dan menghadapi 1430H dengan kegembiraan,maka jadikan 1431H sebagai jalan untuk memantapkan kejayaan serta istiqamah dalam kejayaan.Ingatlah,kejayaan dan kegembiraan tidak akan sentiasa melingkari kita dan kegagalan dan kedukaan tidaklah sentiasa menghantui kita.
Maka sempena kehadiran Awal Muharam 1431H,saya berpesan kepada diri saya dan teman-teman dan sahabat-sahabat agar meningkatkan amalan kita dan Insyaallah kita jadikan tahun baru ini sebagai 'turning point' untuk memantapkan lagi keimanan dan istiqomah dalam segala amal kehidupan dan marilah kita mendoakan agar Allah s.w.t menganugerahkan taufiq dan hidayah serta kejayaan dalam setiap amalan kita lebih-lebih lagi sebagai pelajar di Bumi Mesir dan di Malaysia.Semua tautan ukhuwah kita terus mekar walaupun dibadai musim dingin atau dihembus musim panas.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hijraturrasul 1431H kepada semua yang mengenali diri ini.Maaf Zahir dan Batin dan semoga terus dibawah lindungan Allah. Semoga tahun 1431H menjanjikan kebahagian dan kegembiran kepada kita semua...Selamat Beramal pada hari A'syura...