menyambung kalam......

16 Jun 2011

Salam perjuangan dan imtihan


setelah beberapa bulan blog ini tidak menguptade artikel baru,maka hari ini,saya menyambung kembali kalam yang terputus.

sepanjang tempoh kalam ini terputus,banyak perkara yang berlaku dan melanda lingkaran hidup ini.Antara yang boleh saya singkap ialah,revolusi 25 Januari 2011 yang cukup hebat dan menakjubkan.Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang revolusi insyaallah tidak akan saya lakukan sepanjang hayat saya. Kekurangan wang,hampir dicatu makanan dan yang lebih hebat dibawa balik secara oleh kerajaan Malaysia melalui Proses evakuasi 'Ops Piramid' dari Kaherah ke Jeddah dan Jeddah ke Malaysia merupakn satu pengalaman yang beraneka rasa. Itu semua kenangan yang akan dibawa melayari sisa hidup ini.

Apabila tumbangnya rejim Husni Mubarak pada petang 11 Febuari 2011,maka Mesir terus tidak menoleh ke belakang lagi,perubahan demi perubahan dilakukan dan hasil desakan Ikatan Pemuda Revolusi dengan dokongan Ikhwan Al Muslimin yang dapat bergerak secara terbuka selepas puluhan tahun dibawah kekangan pemerintah.

Pasca revolusi juga menyaksikan kebangkitan umat bukan sahaja di Mesir,malah diseluruh dunia Arab dan dunia keseluruhan.Alam diktator dan penindasan sudah menemui titik noktah...


catatan hujung tahun baru

14 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Setelah setahun mengharungi tahun Hijrah 1431H,maka tiba masa berpisah dengan 1431H.Muncul pula 1432H.Diucapkan smoga kedatangan tahun baru menberi sinar kebahagian dan menguatkan azam kita, sekuat azam Rasulullah s.a.w dan sahabat karibnya,Saidina Abu Bakar As Siddiq r.anh mengharung ekspidisi hijrah yang cukup mencabar demi kelangsungan dakwah Islamiah.

1431H menceritakan pelbagai cerita dan adegan suka sepanjang berkelana di bumi anbiya'.Sedih,suka,kecewa,pening,marah merupakan asam garam dan gula dalam kehidupan setiap insan yang lemah tak terdaya.Umat Islam di 1431H terus berada di zon kelemahan dan masih statik serta terkial-kial mencari kekuatan  ditengah-tengah kepesatan kemodenan yang berlari deras menghempas dunia maya?

Namun,adakah kita bersedia menghadapi hempasan badai kemodenan yang kadangkala membawa batu kerikil yang adakala menyakitkan kita jika tidak cermat ditepis.

Saya tinggalkan untuk dijawab setiap individu yang mengaku umat Islam?


1431H melakarkan suasana politik Malaysia yang semakin bercelaru dan berkecamuk dengan isu perkauman dan ketuanan Melayu yang tak puas sudah dipalu oleh pihak-pihak tertentu,lebih teruk lagi media-media arus perdana turut 'tumpang semangkuk' menghangatkan suhu yang sudah sedia panas pasca Pilihan Raya ke-12 8hb Mac 2008.Kerajaan yang bukan sebulu dengan parti kerajaan persekutuan terus-menerus dianaktiri secara halus dan mewujudkan 'kerajaan dalam kerajaan'.Kaedah politik zaman batu masih diamalkan walaupun dunia buana ini berubah dan berlalu deras.

Apakah yang kita harapkan dari tahun baru ini...? adakah gah sekadar azam tahun baru dan sambutan yang bernilai mahal itu?

Sebagai ummah,kita mendoakan tahun baru 1432H menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya walaupun berlakunya perubahan sosial,ekonomi dan politik.itu semua lumrah. Itu saja harapan kita.

1432H,insyaallah menjanjikan suasana aman damai dan semoga kehidupan kita terus dibawah lambayung hidayah dan barakah Allah s.w.t.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H.......
Selamat Berpuasa 9,10,11 Muharram

'Satu Ummah Satu Matlamat'


Hayyu Sabie',Nasr City
9 Muharram 1432
14/12/2010

Mauizah Tasyriq...

19 November 2010

salam hari tasyriq......

bulan ini(nov.) telah memasuki bulan ke-4 saya  berada di bumi Kelantan Serambi Makkah....dan masih di dalam suasana Eidil Adha Al Mubarak  yang disambut di Malaysia pada hari Rabu 17hb Nov. 2010 bersamaan 10hb Zulhijjah 1431H dan Negara-negara lain menyambut Eidil Adha pada Selasa 16hb Nov. 2010.

Banyak rencah-rencah yang berlaku di Malaysia sepanjang 4 bulan keberadaan saya di sini. Sebelum ini,kita diwarnai dengan Pilihan Raya Kecil Galas yang mengajar erti pahit dalam perjuangan.Kekalahan Pas dalam pilihanraya tersebut dengan majioriti 1,190 undi memberi isyarat amaran kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas di Kelantan supaya menperkemas jentera parti dari segi fizikal dan spritiual.

Kita masih merayakan Eidil Adha.Saban tahun kita mngorbankan binatang ternakan namun adakah mengorbankan diri untuk berbakti kepada ummah yang dahagakan bimbingan.Adakah kita sudah 'menyembelih' sifat mazmuh dalam diri kita.

oleh itu,sempena kedatangan Eidil adha,marilah sama menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah s.w.t sebagai contoh pedoman dalam mendepani cabaran dalam perjuangan...

Salam Eidil Adha....
1911010/12121431

Eid Mubarak,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar....Daulat Tuanku

18 September 2010

Salam Eidilfitri


i
Alhamdulilllah,setelah sebulan berpuasa dan berqiam di bulan suci Ramadhan,10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H,umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan dan kegembiraan setelah selesai mengusaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan iaitu Hari Raya Fitrah atau Eidil Fitri...

Hari Raya dikurniakan Allah s.w.t  sebagai hadiah dan anugerah terhebat kepada orang-orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan  dari tuhan pencipta Allah s.w.t..

Namun roh dan semangat hari raya yang dianjur oleh Sunnah Nabi s.a.w semakin terhakis dengan elemen kebaratan dan maksiat yang melampau.Jika meneliti program di tv,banyak yang memesongkan dari menghayati roh sebenar Eidilfitri...Artis2 ditnjol secara melampau dan amat meloyakan unsur-unsur agama lain turut mewarnai sambutan Raya seperti yang dilakukan dalam iklan Raya TV3 yang cukup konteversi.
 
Oleh itu,marilah kita sambut eid ini dengan kita kembali kepada fitrah kejadian kita yang tiada noda dan dosa.
Tinggalkan hiburan-hiburan jahiliah yang melampau yang tidak menampakkan kita sebagai orang yang berjaya dalam madrasah Ramadhan yang dilalui.

Alhmdulillah,keluarga penulis bertambah sorang ag dengan kehadiran Kak Ina,Isteri kepada Abg Ammar,sepupu yang pertama kali menyambut Raya di kg suaminya.Tahun ini berasa teruja dan bersyukur kerana dapat bersua dengan teman-teman lama x-Maahadian di Ijtima' Eid Alumni Maahad Muhammadi yang berlangsung pada 4 Syawal 1431H lalu di MML.Memang hebat dan grand....

Di kesmpatan yg ada dan amsih belum terlambat,penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri Al Mubarak,Kullua'min waantum bikhair,taqaballahu mina waminkum.Maaf Zahir & Batin kepada teman-teman x-Maahadians dan Mesir.

ii

Patik ingin menyembahkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Patik mendoakan kesejahteraan Tuanku sepanjang menerajui Negeri Kelantan dengan penuh adil dan saksama serta berpaksikan syariah yang digariskan oleh Al Quran dan Sunnah...

MENJUNJUNG KASIH!

Allahu Akbar

Daulat Tuanku

Mauizah Pra-Eidil Fitri

06 September 2010

Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?

sinar.jpg

Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Ina, Johor

Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.
2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.
3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.
5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.
6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.
7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.
8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.
9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.
10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka(semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.
11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.(klik sini)

coretan hujung pagi ramadhan.....

01 September 2010

salam  ramadhan dri serambi Makkah


alhamdulillah,syukur kpada Allah s.w.t kerana memberi peluang menghirup udara Ramadhan dan lebih-lebih lagi di sepuluh akhir Ramadhan...

Semalam(31hb Ogos 2010),seluruh Malaysia merayakan sambutan Kemerdekaan negara  Malaysia ke-53.Kita mendoakan semoga Malaysia terus aman,makmur dan terpelihara dari segala waba' bencana serta fitnah dan kekacauan  yang boleh merosakan keharmonian rakyat yang berbilang agama dan bangsa.

Sepanjang berada dibulan Ramadhan,bermacam isu-isu panas muncul membelah kesunyian dan kemuliaan bulan Ramadhan.Awal Ramadhan dimulai dengan isu doa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang dimanipulasi menjadi isu rasis perkauman Melayu yang sempit oleh sesetengah pihak.

Alhamdulillah,isu ini berjaya 'dikambus' dengan lendik walaupun berpuluh laporan polis dilaporkan.Isu ini menunjukan kejahilan dan ke'bangang'an pihak-pihak tertentu berkaitan hal hukum syariat.Benda-benda furu' hendaklah di tangani secara hikmah dan bukannya memanaskannya menjadi isu perkauman sempit.

Pertengahan Ramdhan dikecohkan oleh laporan akhbar bahawa MP Serdang,Teo Nie Ching berucap dan 'memberi tazkirah(versi yang laporkan oleh Utusan Malaysia) didalam Surau Al Huda,Kajang serta menyampaikan sumbangan kepada AJK Surau untuk tujuan pembangunan surau.Isu ini juga jika tidak ditangani secara berhikmah boleh menyebabkan amarah perkauman akan memarak.Isu ini juga memlondehkan lagi pimpinan pihak berkuasa agama yang mentadbir dan mengurus agama Islam tetapi jahil dan 'bodoh' membuat kenyataan untuk isu ini,bukan berdasarkan ilmu tetapi berdasar line politik yang jumud.

Maka,bersempena bulan yang mulia,kita harap isu ini ditamatkan dan di'cool'kan.Isu ini agak mudah ditangani jika masing-masing ada ilmu berkaitan agama dan uslub da'wah dan bukan berdasarkan rasisme....

SELAMAT BERAMAL DI LAILATUL QADAR

Perutusan Ramadhan 1431H....

09 Ogos 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
قوله تعالى : يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Alhamdulillah,marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t  kerana Allah s.w.t  masih lagi memberi peluang untuk bernafas dan berjalan di atas bumi Nya dengan sihat dan aman khususnya di bumi bertuah Malaysia.Nikmat keamanan dan kesihatan sewajarnya harus dimanafaat semaksima mungkin dalam menjalani liku-liku hidup sebagai khalifah dan pentadbir bumi yang ditakhlif oleh Allah s.w.t kepada setiap umat manusia.

Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w membawa syariah dan model panduan hidup yang lengkap bagi setiap umat manusia sepanjang zaman dan keadaan.Islam telah didatangkan secara lengkap dan sempurna dari segi tarbiyah jasmani dan tarbiyah rohani yang membentuk ummah yang berdaya saing serta releven dalam mengharungi waqi' semasa yang penuh pancaroba.Salah itu medium tarbiyah rohani yang diperwajibkan oleh Islam ialah puasa di Bulan Ramadhan.

Puasa merupakan pusat tarbiyah tahunan untuk umat Islam yang sengaja diprogramkan oleh Allah s.w.t bagi membersihkan hati-hati manusia dari karat-karat dosa sepanjang 11 bulan yang lalu. Sabda Nabi s.a.w

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ماتقدم من ذنبه - رواه البخاري ومسلم وغيرهما
Maksudnya "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan yang mantap dan penuh pengharapan(agar diterima doa dan diampun dosa) maka akan diampun dosa-dosanya yang telah lalu"-Hadith Riwayat Bukhari,Muslim dan selain kedua-duannya
 
Oleh itu,bersempena kedatangan Ramadhan 1431H bersamaan 2010 Miladi,saya berpesan kepada diri ini  dan sahabat-sahabat sekalian agar memantapkan iman dan mepertingakatkan amal ibadat di bulan yang mulia tadi serta istiqamah dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
 
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menghayati Kesyumulan Ramadhan Al Mubarak dan Ribuan kemaafan dipinta jika ada sebarang kekhilafan sepanjang melayari bahtera hidup ini dan sepanjang muamalah bersama-sama sahabat-sahabat sekalian samaaada di Malaysia mahupun di Mesir
 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1431H/2010MILADI
كل عام وأنتم بخير
الله أكبر ولله الحمد

Mohd Hafizuddin Wan No'man
Kota Bharu,Kelantan,Malaysia
 
90810 
28syaa'ban1431
p/s:jika ingin bertemu sila dail no ini +60135227371....

Tanah Airku

Tanah Airku

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'