Coret-Coret Eid @ KB (siri 2)

27 September 2009

Salam Eidilfitri

Ketika artikel ini dinukilkan,mood raya sudah beransur surut berikutan ramai anak perantau sudah kembali ke tempat masing-masing  dan meneruskan pekerjaan masing-masing setelah seminggu bercuti dan beraya di kampung halaman.

namun,amalan openhouse masih lagi diteruskan dimana2,tak kira status keluarga. Raya kan sblan.Walaupun satu Syawal sudah hmpir sminggu brlalu,namun kemeriahan tetap ada.

Sepanjang 21 tahun hayat hidup ini menyambut Hari Raya Eidulfitri dan Eiduladha,saya melihat cara budaya masyarakat kita masih tidak berubah cara smbutan dua Hari Raya ini.Semacam warisan turun-temurun sejak berzaman dan statik.

Kalau Eidulfitri,meriah bagai ' nak nghak'.Siap dengan juadah yang beraneka macam dan rasa,duit raya dan macam2 lg hiburan yang adakala melalaikan kita dari menghayati maksud sebenar Eid.

Saya melihat roh dan penghayatan sebenar Eid sudah mulai menipis dalam sanubari dan pemikiran masyarakat di Malaysia dewasa ini.Ditambah lgi dengan peranan media massa yang memomokkan hiburan yang melampau dan 'mencandukan' masyarakat dari menyambut Hari Raya sepertimana yang dianjurkan oleh Al Quran dan Sunnah ar Rasul s.a.w.

Walaupun amalan ziarah-menziarahi masih diamalkan,namun sedikit sbnyak  pnghayatan semakin kurang,ditambah dengan penularan anasir luar seperti pembakaran mercun yang melampaui batas,pergaulan  yang semakin liar antara lelaki dan perempuan,'sarkas-sarkas' dan hedonisme yg melampau-lampau di media massa semakin menjauhkan kita dari jalan yang diatur dan diredhai Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.

Yang pelik bin ajaib,apabila kita menyambut Eidiladha,boleh pulak mengikut apa yang disyariatkan.Tiada hiburan melampau,mercun yang menggila dan makanan yang enak( mungkin sebab sibuk melakukan ibadat Qurban).
Namun kita harus ingat,hari raya ini hari raya berorientasikan agama,bukannya budaya Melayu atau budaya Arab.Islam yang mendasari dua hari raya itu.Jika hilang ruh itu,maka ia akan menjdi adat.Maka jika menjadi adat,maka tidak ada kesempurnaan.Kesempurnaan sesuatu amalan atau adat akan lebih bermakna jika disulami dengan agama dan taqarub(mendekatkan diri) kepada Rabbul Izaati Wa Jalal

Oleh itu mari lah kita menjauhi amalan di Hari raya yang bidaah dan khurafat dan hayatilah semangat Eid dengan cara betul dan mengikut sunnah yang diajar oleh Nabi s.a.w.Sambutlah eid dngan roh 1Allah-Syariat didahulukan Sunnah Diutamakan.Itulah perkara yang akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.

Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah selalu...

Salam Eid Al Fitr

Coret- Coret Eid @ KB(siri 1)

24 September 2009

Salam Aidilfitri

Hari ini sudah masuk raya ke-5.
Alhamdulillah dpt beraya kat Kg. tahn ni,insyaallah thn dpn klu ada rezeki nk raya kat cni lagi.Kalu ada bajet la

Seronok juga dpt raya kt cni.Macm2 ragam dan kerenah ahli kluarga spnjang menymbut eid ini. Disini saya nukilkan sedikit ragam2 raya @ KB....

Malam Raya

Mak sedara dan famili udah smpai kt KB jam 11.30 pg melalui flight Fire Fly(kiro hok paling murah la tu),ayah sedara dan famili smpai jam 9.30 mlm selpas bertarung ngan traffic jam slama 14 jam.
Mak sedara datang ke rumah  tengahari dengan famili.
Buka puasa kat surau kat rumah..

Buat pertama saya buka puasa dengan masakan tradisi India,roti capati.Memang jarang dibuat orang,tapi untuk kelain pada malam raya, maka itulah yang berjaya dilaksanakan.Masuk waktu Isya',mulalah sambutan Eid dengan alunan takbir selapas solat.

Malam itu juga,kuzi ayam sudah siap untuk dimakan.Tapi taruh untuk esok la.

Pagi Raya

Pagi raya menjelma dengan alunan azan subuh.Hari pertama tanpa sahur.hehehe

alunan takbir  berterusan lagi selepas solat subuh.Balik dari solat subuh,mula brsiap2 secara slow2(walaupun hakikatnya semua prsiapan diswastakan kpada abah n umi,hehehhe).

Pukul 7.30 pagi,bersiap2 untuk ke masjid dekat rumah untuk menunaikan solat sunat Eidilfitri.Dengan baju warna hijau terang dan  samping putih bercorak hijau muda dan biru muda saya melangkah keluar menuju ke masjid ngan motor.

Namun tahun ini sedikit ralat kerana x dapt jd imam dan khatib kat surau yg lebih 3 atau 4 tahun saya jadi imam ctu.Tahun ini saya bertukar veneu solat taraweh dan solat eid. Mula2 nye ingat ke nak solat eid kat tempat biasa.Alih-alih,ajk masjid kat ctu suruh jdi khatib sbb tok imam biasa balik kg sbelah isterinya.Namun akhirnya dio jga solat kat masjid yg sana jga.Tapi nasib ada pengganti  untuk imam kat surau tu.

Jam menunjukkan 5 minit seblum kul 8,ku smpai di surau kat rumah.Takbir dialunkan.Smpai time saya,saya brtakbir dengn skuat hati dismping menghayati maksud yg diungkapkan.

Setelah bertakbir selama setengah jam,maka saya pun mengimamkan solat sunat Eidilfitri...sesudah tu terus membaca khutbah eid(hmm,x mampu lagi la nak berkhutbah).Sesudah usai khutbah,saya terus brsalaman dengan jamaah  yang memenuhi surau tu.Tingkat atas dibengiti dngan suara budak2 yang menunggu pemberian duit raya.

Maka bermulalah aksi berebut duit raya.Yang bengap dn teruknya orang tua dan belia jga jdi bodoh nak berebut duit.Maklumlah pruntukan ciput.Akibat aksi rebut-merebut itu,adalah kanak-kanak yg trlepas duit raya n ada belia 'bengap' yng beraya sakan dapt duit raya yng ada kata 2 kali ambik!.

Selepas solat eid,bermula tetamu brtanding krumah.Dicelah kebanjiran tetamu kerumah sempa jugat beraya ke rumah jiran...Makan soto ngan air laicikang.Sodapppp.....

Rumah terus dikunjungi oleh waris-warah,kenalan ayahnda dan adik.Semua itu hanya berhenti sekejap jam 3 petang.Masa itu diambil peluang untuk ziarah k'rumah jiran yg lain.
Sbelah ptg lepas asar,tetamu terus brtandang ke rumah

Berakhirlah raya pertama yang cukup indah dan bermakna....

bersambung.....

Perutusan Hari Raya I'dulfitri Al Mubarak 1430H

19 September 2009

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إلـه إلا الله
الله أكبر
ولله الحمد







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya I'dilfitri Al Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang megaku Allah sebagai Tuhan Nya dan Nabi Muhammad s.a.w  sebagai hamba Nya dan Rasul Nya.Semoga dengan kedatangan Aidilfitri pada kali dapat menambatkan kembali tautan ukhuwah dan silaturrahim sesema ummah.Ia juga melambangkan menifestasi kemenangan ummah semasa menempuh ibadat serta universiti Ramadhan selama sebulan penuh dengan penuh ketaqwaan dan mengharapkan keampunan daripada Allah s.w.t  semata-mata.Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan semasa berada di sekolah Ramadhan selama sebulan dan kita doakan semoga sentiasa melakukan amal ibadat walaupun diluar bulan Ramadhan yang mulia ini.



Oleh itu marilah kita menyamut hari raya secara betul dan mengikut apa yang di syariatkan sebagai menyahut dan mematuhi firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 185:


ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون


"Hendaklah kamu cukupkan bilangan dan tempoh puasa kamu dan hendaklah kamu membesarkan  Allah atas petunjuk Nya yang diberikan kepada kamu moga-moga kamu tergolong dari golongan yang bersyukur"

Oleh marilah kita mengisi hari raya dengan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta menjauhi segala bentuk maksiat dan hiburan yang melalaikan dan menyebabkan kita akan menempah bala' dan kemurkaan Allah s.w.t.Perbanyakan takbir,tahmid,tahlil mulai selapas maghrib sehingga khatib naik keatas mimbar.Segarakan membayar zakat fitrah agar golongan yang tidak berkemampuan dapat merayakan I'dilfitri dengan meriah.Teruskan amalan ziarah-menziarahi antara kaum kerabat dan sahabat handai.Semoga ikatan iman kita terus jitu dan berkekalan sehingga akhir hayat



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya I'dil fitri-من العائدين والفائزين والمقبولين كل عام وأنتم بخير
Maaf  Zahir dan Batin kepada keluarga,sahabat-sahabat x-Maahad Muhammadi Lelaki SPM 2006,teman-teman diperlembhan Nil khususnya ahli bayt.Semoga terus ceria walaupun diperantauan.
Dan juga kepada semua guru-guru di Maahad Muhammadi Lelaki,terima kasih atas budi dan jasa tuan dan puan.Dan semua yang mengenali diri ini.


Akhir Kalam,


سلامت هاريراي عيد الفطر المبارك
كل عام وأنتم بخير


**Jemputlah datang ke rumah raya ni

قلام فكره
كوتبهارو،كلنتن
 29 Ramadhan 1429H
19hb September 2009

IJTIMA’ EIDULFITR ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI (AMAL)’09

15 September 2009



KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI LELAKI(MML),MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN,MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN

Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) akan mengadakan Ijtima' EidulFitr 2009 pada hari dan waktu dan masa berikut:-

TARIKH:4 SYAWAL 1430H(23HB SEPTEMBER 2009)
HARI:RABU
TEMPAT:RESTOREN NASI ULAM CIKGU,KAMPUNG KRAFTANGAN,KOTA BHARU KELANTAN
MASA:9 PAGI HINGGA 2 PETANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

"AIDILFITRI DISAMBUT,UKHUWAH TERBINA,BAKTI TERLAKSANA"

Pra-Eidul Fitr- Hari Raya bukan Hari Sedih

13 September 2009

oleh DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN(Bekas Mufti Kerajaan Perlis Darul Sunnah)

MASYARAKAT Melayu kita sering mengaitkan hari raya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hari raya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hari raya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

Coret-Coret Akhir Ramadhan

12 September 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Serambi Makkah



Selamat berpuasa dan mengejar 10 akhir Ramadhan yang mana terdapat didalamnya malam Al Qadr yang lebih baik dari seribu bulan.Yang penting jangan duk sibuk sngat dngan persiapan raya sampai terlepas beramal ibadat.Gunakan masa yang pantas berlalu ini untuk kita taqrubillah terutamanya di 10 akhir Ramadhan ini.

Semoga sentiasa sukses dalam amal dan kerja buat kita walaupun dalam bulan yang penuh berkat ini

Sebelum berakhirnya Ramadhan yang dijangka pada Hari Ahad 20hb September 2009 atau lebih tepatnya selepas azan Maghrib 19hb September 2009, marilah sama-sama bermuhasabah adakah Ramadhan pada tahun 1430H sudah sempurna dilaksanakan oleh kita sebagai hamba Allah... ataupun Ramadhan yang akan melabuhkan tirai akan kita lalui tanpa sebarang perubahan dan apa-apa peningkatan dari segi amal ibadat dan taqarub kepada Allah

Tahun ini,alhamduillah dapat lagi diri ini berRamadhan di Tanah Air Malaysiaku yang tercinta.Namun sedikit ralat la juga,tak dapat bertaraweh setakat ni di Qaryah Ramadhan MPKB-BRI atau tempat biasa iaitu di Masjid Muhammadi.Bukan sebab malas atau sengaja tak nak pergi,tetapi tak dapat tinggal jadi imam kat surau berhampiran dengan rumah.Huhuhu.

Alhamdulillah,tahun ni,ramadhan ini cukup bermakna kerana dapat berpuasa di Serambi Makkah,negeriku yang tercinta dan Insyaallah akan menyambut Eidulfitr yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Jadi, baki 10 malam terakhir kita manafaatkan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.Kita sempurnakan Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya.Insyaallah,moga menjadi orang yang mendapat dua kemenangan seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang man mafhumnya:

"Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan,ketika berbuka puasa(hari raya) dan juga kita bertemu dengan Allah ketika menerima pembelasan di Hari Akhirat"

Oleh marilah kita berdoa agar diberikan dua kemenangan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w dalam mafhum hadith tadi.Semoga kita terus diberkati Allah di baki akhir dalam bulan barakah ini.

Selamat Mencari Lailatul Qadar


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'