Cinta Atau Dicintai?

29 Mei 2009

Salam Al Azhar

CINTA...

Cinta atau Dicintai..

Dilema dihadapi muda-mudi zaman mellenium dewasa ini.Saya sebagai manusia tidak terlepas merasa bahang cinta.Walau sealim dan sewara' mana seseorang insan,maka akan timbul juga perasaan mencintai dan rasa dicintai.Saya ada juga timbul perasaan cinta kepada seorang akhawat ini tetapi si 'dia' tidak mengetahui yang diri ini yang banyak kekurangan inimencintainya.

Namun timbul satu persoalan,adakah saya ikhlas mencintainya?? Adakah sekadar cinta syok sendiri? Atau sekadar cinta monyet yang tidak ada makna dan aura? Dan adakah si 'dia' sanggup menerima untuk dicintai oleh si'ini'?

Inilah satu dilema yang dihadapi oleh semua ikhwah samaada berada di Universiti di Malaysia atau di Mesir atau dimana-mana tempat ada wujud Adam & Hawa,Laila & Majnun,Uda & Dara atau apa-apa perumpamaan yang menggambarkan pasangan yang rancak bercinta.

Semua ada hasrat untuk membina masjid(kahwin la senang citer).Maka ada dikalangan kita ini mengambil langkah bercinta sebelum berkahwin.Orang kata dari mata jatuh ke hati.Cinta-cintun amat famous dikalangan muda-mudi dewasa ini.Maka timbul kata-kata 'I Love you',Saya Cintakan Kamu,Saya sanggup sehidup semati denganmu dan segala 'makniko'perkataan cinta untuk menarik pasangan.Ada yang advance lagi,keluar dating di cafe-cafe atau restoren,yang lebih teruk tergelincir terus ke lembah perzinaan yang menghasilkan anak tak sah taraf (anak luar nikah).

Persoalannya adakah layak kita memilik cinta,mencintai,atau dicintai seseorang insan?

Tepuk dada,tanya iman
tampar muka muhasabah diri

Adakah layak meiliki cinta seorang akhawat dengan hanya selesa dengan apa yang ada tanpa ada kesedaran untuk berubah?

Lu fikirlah sendiri!!!

Muhasabah untuk diriku dan teman-teman

Nasr City,Cairo

Bingkisan Hati...Roommate Yang 'Blur'

27 Mei 2009

Salam Azhar

Dicelahan kesibukan final exam yang memeningkan kepala,saya sempat meneliti keadaan politik tanah Air yang beraneka corak yang mengusutkan kepala & rencah hidup yang penuh pancaroba di Kota Raya Seribu Menara ini.Macam saya dapati setakat menghadam keadaan semasa disini.Macam perkara dapat saya kutip.Dari tingkah laku roommate yang blur dan kononnya tak banyak cakap sehingga ragam Arab yang beraneka rencah. Dari yang baik sehinggalah yang boleh 'ceroi' dan 'ta'ban'.
Sepanjang enam bulan lebih,macam saya pelajari.Hidup berdikari ini memang susah & memeritkan jika tidak ada daya kesabaran & kekuatan yang tinggi.Kalau kena ahli bait yang ok tak pe la.Kalau yang 'blur' macam roommate saya,alamat kiamat la dunia ini!

Ini lah saya nak cite la sikit roommate yang sedikit blur.Ini adalah kisah benar yang saya pendam dalam hati.Bukanlah saya tak suka dengan roomate saya tu,tetapi kadang-kadang geram juga la.Ye la hafaz 30 Juzuk Quran pun,kot ya nak jaga hafazan,jangan takkan la jadi blur lagu tu,(ikut bahasa tokwan saya,'majnun'tika nak cakap,dia cakap.Tika senyap orang tanya dia tak menyahut).Inilah situasi yang saya hadapi selama 6 bulan lebih berada di Mesir ini especially dengan 'mamat pesembor'ni.Tak taula nak buat macam mana.Ye la,tika baik,cakap bukan main lebat lagi bercakap .Tika kita nak cakap atau orang panggil dia,dia buat-buat bodoh je!Ke'blur'annya & kemajnunannya kadang-kadang boleh juga sabar.Tapi kadang-kadang rasa macam nak lempar keluar je dari tingkap.Nasib baik la ada pertimbangan iman & aqal lagi.Kalu tak mahu je hambat mamat ni keluar dari bilik saya.Saya kenal la budak-budak junior & senior juga budak yang hafaz Al Quran especially budak Shubro.Ok je,'kecek kiro' mudah la. Tak de 'blur' sangat dan senyap bodoh je.Ade jugak yang bersikap macam tu tapi taklah ketara macam mamat 'blur' ni.Tak tahu la macam nak cakap.Sabar je la selagi boleh.Mamat 'blur' ni baik jugak orangnya,cuma 'blur'nye aje yang buat saya macam nak belasah dan lempar kot cendela rumah.

Inilah serba sedikit roomate saya yang blur lagi 'majnun'(bukan gila e).Maybe dia tak blur sangat.Maybe saya lihat yo blur dan tak banyak cakap.Tapi saya cukup tak selesa dengan keadaan ini. Menyeksakan zahir & batin!!!
Ape nak dikato,sabor je la yob.Nak marah pun,umur dah la tua dari kita(setahun je).Insyallah,maybe ada hikmah juga la saya duduk sebilik dengan mamat blur.Mungkin ada la tu kelebihan & kekurangan ber'roommate' dengan mat blur tu.Sabor je la yeob (kata teman saya orang Perak).

والله المستعان

ًWallahua'llam

7th District
Nasr City,Cairo,Egpyt

Pelajari kekalahan PKS di Indonesia

25 Mei 2009

(petikan Harakah Daily)
A Shukur Harun

Kekalahan yang dideritai oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dalam pilihan raya Parlimen bulan lalu sangat memedihkan bagi umat Islam, namun kekalahan dan kemerosotannya sangat wajar dipelajari khususnya oleh pendukung gerakan Islam dan parti Islam di mana saja.

Pada pilihan raya Parlimen Indonesia tahun 2004, prestasi PKS yang pada watu itu di bawah pimpinan Dr Hidayat Nur Wahid, ulama lulusan Madinah, sangat cemerlang. Parti bernuansa Islam itu dianggap sebagai pengganti Masyumi, parti gabungan pimpinan Almarhum Muhd Natsir pada tahun 50-an kerana wawasannya sama mahukan Indonesia itu bernaung di bawah panji-panji Islam, walaupun Muhd Natsir sedar Indonesia sebuah negara berbilang agama dan budaya.

PKS dianggap parti Islam generasi baru yang sangat menjanjikan, begitu banyak harapan dan dukungan diberikan kepadanya. Dalam pilihan raya 2004 itu, PKS memenangi kerusi bandar-bandar besar.
Malangnya kemenangan itu ternyata tidak dapat dipertahankan lama. Dalam pilihan raya Parlimen Indonesia bulan lalu, PKS menderita kekalahan di kawasan yang dipernah dimenanginya dulu. Ia kalah di Jakarta, Depok, Bekasi, Bandung dan kota-kota besar lain.

Kekalan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.
Ia beransur-ansur menjadi parti elit yang kakinya tidak berjejak di kalangan rakyat biasa. Sungguh malang, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Semuanya terjadi apabila sesetengah pemimpin PKS memuji bekas Presiden Suharto yang semua orang tahu mengenai pemerintahan kuku besi serta tindakan tiraninya.
Selanjutnya ada sesetengah pemimpin PKS mahu pula mengadakan hubungan baik dengan parti Suharto, Golkar yang kini dipimpin oleh Jusuf Kalla.

Segala-galanya bermula pada suatu malam bulan November 2008, sebuah majlis jamuan � Silatulrahmi dan Dialog Antara Keluarga Pahlawan Nasional diadakan di Jakarta.
Hadir sama puteri Suharto, Titiek Suharto dan duduk semeja dengan Ketua Dewan Syura PKS, Hilmy Aminuddin dan Setiausaha Agung PKS, Anis Matta. Dalam ucapannya, Titiek sangat berterima kasih kepada pemimpi parti politik yang hadir kerana memuji ayahnya, Suharto dan memasukan nama ayahandanya sebagai pahlawan dan guru bangsa.

Acara itu, kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring untuk mendorong rekonsiliasi agar tidak ada lagi dendam antara generasi.
Majlis pada malam itu penuh kontrovesi, ramai pemerhati melihat ada usaha sesetengah pihak hendak �memutihkan Suharto�, suastu usaha yang sama sekali bertentangan dengan keadaan yang ada, di mana rejim Suharto menimpakan derita bangsa, pelanggaran hak asasi manusia, matinya demokrasi dan segalanya.

Malangnya, seperti dikatakan tadi, turut hadir pada malam itu, malah memuji dan merestui Suharto sebagai �Pahlawan Nasional dan Guru Bangsa� ialah pemimpin tertinggi PKS. Bagi mereka kalau Suharto itu hendak dimaafkan, ada cara lain � secara peribadi-peribadi � bukan melibatkan pati politik, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya Parlimen (DPR) dan seterusnya Pemilu Presiden bulan Julai ini.

Ramai pendukung PKS menyalahkan Anis Mata yang hadir dan turut memuji Suharto, tetapi ada yang bertanya bagaimana dengan kehadiran Ketua Dewan Syura PKS sendiri, Hilmy Aminuddin. Bagaimana bliau melihat semuanya ini dari perspektif Islam?
Sejak peristiwa itu, keraguan dan kekecewaan rakyat terhadap parti Islam itu semakin membesar, khususnya generasi muda. Mereka yang kecewa ini bukan saja dari pulau Jawa, tetapi juga dari Sumatera dan Kalimantan, kepulauan Riau serta Sulawesi.

Prestasi PKS yang selama ini diharapkan menjadi tonggak kekuatan parti Islam Indonesia ternyata juga merosot. Tinjauan terhadap momentum kerja, terutama di kawasan yang dimenanginya pada tahun 2004 dulu, didapati merosot. Rakyat yang mendukung PKS dulu kecewa kerana �tidak dipedulikan� setelah menang.

Itulah antara sebuahnya, PKS yang selama ini diberikan harapan tinggi untuk menjadi tunggak parti nasional, setelah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang tidak berdaya memenuhi cita rasa dan harapan rakyat.
Mulanya, ketika awal pemilihan Parlimen bulan lalu, Dr Hidayat Nur Wahid diuar-uarkan untuk mendamping Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai regu Presiden dan Naib Presidern. Namun dengan kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh PKS, maka 'harga' PKS pun merosot, tidak mungkin lagi SBY menerima Dr Hidayat sebagai regunya.

Susilo pun memilih Boediono (bekas Gabenor Bank Pusat), pakar ekonomi sebagai calon naib presidennya menolak calon yang diajukan parti politik lain lain.
Alasannya, SBY mememerlukan seorang pendamping yang ahli di bidang ekonomi untuk menghadapi krisis kewuangan global yang cukup tenat jika kembali memimpin.

Alasan tersebut disampaikan SBY kepada Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam pertemuan menjelang deklarasi pasangan calon presiden dan naibnya: SBY-Boediono (SBY - Berbudi) di Hotel Sheraton, Bandung baru-baru ini.
Tifatul Sembiring bertanya: "Kita minta penjelasan kenapa Boediono - SBY melihat persolan kita ke depan masih masalah ekonomi. Selama lima tahun krisis ini belum berakhir?" SBY menjawab, "memang belum selesai."

Selain itu, PKS juga meminta penjelasan tentang mazhab ekonomi Boediono. Dalam pertemuan tertutup itu, SBY menjelaskan bahwa Undang-Undang Sukuk dan Perbankan Syariah di Indoneia sebenarnya lahir pada masa Boediono memegang jawatan di Bank Central itu.
Kini SBY (Demokrat) berpasangan dengan Boediono, Jusuf Kalla (Golkar) dan Wiranto dari Golkar dan Megawati (PDI) dengan bekas jeneral Prabowo.

Adapun PKS menduduki tempat ke empat dalam senarai pemilihan anggota parlimen bulan lalu.Sebuah pendapat yang cukup menarik ialah dari Direktur Eksekutif Center for Indonesia Reform, Sapto Waluyo mengenai PKS ini: "Kesan kekalahan PKS ini menyebabkan target mendapat 20 peratus suasara telah gagal, kerana kekalahan strategi, bacaan politik, jangkauan dan lain-lain."

Kini PKS terpaksa mengambil keputusan mendukung pasangan SBY-Boediono, setelah 'harga'nya dipasaran politik Indonesia demikian merosot. Ramai yang bingung mengapalah pemimpin PKS yang lengkap dengan Majlis Syuranya, kepimpinan tertingginya yang berpendidikan tinggi, tarbiyah siasinya dan lain-lain, tetapi memuji Suharto, menganggapnya salah seorang pahlawan nasional Indonesia.

Kesimpulannya, kesilapan dan kelemahan Parti Islam Indoneia, PKS ini wajar menjadi renungan pendukung parti politik Islam di mana saja. - lanh

Tawadu' Seorang Ulama'

21 Mei 2009




Adakah kita akan bersikap seperti ini apabila ditaklifkan amanah seberat ini??

Tepuk Dada Tanya Iman...

Pesanan Untuk Diriku & Teman Seperjuangan

Tribute To
YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Ab Hadi Awang(Presiden Parti Islam Se Malaysia PAS)


26hb Jumadal Awal 1430H
21hb Mei 2009

Nasr City,Cairo,Egpyt

Nota Perjuangan Untuk Empunya Diri

20 Mei 2009

Salam Perjuangan
i

kini saya & teman-teman masih bertempur dengan perjuangan & ujian peperiksaan yang dijangka akan berakhir pada pertengahan Jun depan. Maka tak dapat tidak,saya & teman-teman berusaha sedaya mungkin untuk memanaskan point-point penting untuk dijawab dalam exam. Namun,kadang-kadang mari perasaan juga 'blur'& terlupa apa yang dihafal dan dibaca tadi. Itulah arus perjuangan yang harus ditempoh di dalam dewan exam yang menyerabutkan. Tak tahu la apa nak jadi. Tawakal aje la yob(bak kata teman yob dari Perak). Innallah maa'na.

ii

saya terlepas lagi nak pergi Muktamar Agung PAS Ke-55 di Shah Alam setelah terlepas tahun lepas di Perak akibat masalah pengangkutan. Namun saya mengikut secara dekat perkembangan Jemaah Islam yang tertua di Malaysia ini walaupun di rantauan orang. Saya membaca blog Roslan Shahir,n32.blogspot.com,s/u akhbar Tg Haji Ab Hadi Awang. Beliau menukilkan bahawa apabila ditanya kepada TG apa perasaan beliau apabila menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS,beliau ketawa kemudian berlinangan air mata dan matanya merah. Subhanallah,ulama' kesayangan ulama' ummah,beliau tidak merasa megah dengan jawatan tertinggi dalam parti,bahkan merasakan sedih& bimbang takut amanah ahli dan pendokong jemaah tak dapat dilaksanakan. Oleh marilah kita berfikir,adakah kita mampu tahan lasak menghadapi ujian senang & susah & lebih-lebih lagi apabila ditaklifkan jawatan dalam jamaah. Saya secara peribadi kurang selesa untuk dilantik sebarang jawatan hatta Ajk kecil sekalipun. Namun,saya ada simtom payah nak tolak taklifan orang kecuali ada alasan yang konkrit. Namun saya terfikir juga,kalu tolak terus,iya lah maybe ada orang yang akan ganti,tetapi adakah tidak terfikir kita sudah terlepas peluang untuk menyumbang untuk Islam dan jamaah?

Yea lah..saya pun bukan ada bakat kepimpinan,ceramah pun tak pandai,amal jamai' maybe tak sehebat teman-teman yang udah masyi dengan tarbiah. Namun itu bukannya tagline untuk kita tidak cuba memimpin. Namun,kalu belum jadi pemimpin udah tunjuk lagak tak betul jugak

Jadi saya berpesan kepada diriku yang kurang ini dan kepada perwakilan muktamar agar menghargai peluang menjadi pemimpin. Jadikan peluang dipilih untuk menabur bakti kepada Islam & Jamaah. Kepada yang menarik,saya ucapkan 'tahniah' kerana berjaya mengukur diri dari segi kemampuan untuk memikul amanah. Amanah adalah perkara berat dan jika salah jalan ke lubang nerakalah kita. Nauzubillah. Kepada yang akan bertanding,bertandinglah dengan sihat. Ingat,jawatan,kemasyhuran bukanlah perkara utama & hakiki,tetapi kemegahan merupakan ilusi dan amanah adalah perkara yang akan dipersoalkan di mahkamah Allah. Ingatlah,bertanding,masuk exam,nikah,hatta pegang jawatan Ajk kecil mestilah berpaksi Amalulillah- AMAL KERANA ALLAH. Itu syiar kita sebagai orang Mu'min. Janganlah kita ghairah merebut pangkat & kemegahan sementara,Allah & Rasul diketepikan. Oleh itu saya berpesan kepada diriku ini dan teman-teman agar sentiasa islah diri,amal& aktiviti seharian agar akan lahir generasi yang memegang panji-panji Islam dengan penuh ikhlas & tawadu'. Insyaallah.

Wallahua'lam

etisalat wap,opera mini,nokia 5200.
25 Jumadal Awal 1430H/20hb Mei 2009.

Bait Muslim & Kahwin Oh Kahwin!

18 Mei 2009

Salam Al Azhar

saya ada terbaca artikel adinda saya Hilal Asyraf mengenai Bait Muslim(ms.langitillahi.com). Saya rasa artikel yang dinukilkan beliau amat tepat bagi sesiapa yang mahu membina 'masjid' yang diredhai Allah. Buat pengetahuan semua,Bait Muslim telah diinstitusikan dibawah PMRAM dan dibawah selian YDP Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN). Yang kelantan punya macam tu la. Saya secara peribadi mula kenal Bait Muslim ketika sampai di Mesir ini. Maklumlah jauh dari keluarga,macam-macam lah boleh berlaku. Bagus juga ada Unit Bait Muslim ini,diorang akan urus mula dari merisik sampai ke kenduri(insyaallah). Tapi atas komitmen kedua-dua pihak la. Line clear jalan,tak clear,tunggu & tunggu je la.

Nabi s.a.w menggalakkan mencari pasangan hidup untuk menambahkan keramaian umat manusia lebih-lebih kita sebagai orang Islam. Bahkan baginda menyuruh sesiapa yang berkemampuan untuk berkahwin dan memilih isteri/suami yang baik & beriman. Namun,hadaf atau tujuan yang sebenar perkahwinan kurang dititik beratkan secara
tuntas dan cermat oleh pasangan terutama selepas lafaz 'AKU TERIMA NIKAHNYA'. Hanya duk fikir nafkah zahir& batin je. Tak dinafikan kedua-duanya wajib,tetapi adakah itu saja yang hendak diisi sepanjang perkahwinan dan pembinaan Bait Muslim yang hakiki?

Ramai tidak menjadikan pentarbiahan anak-anak dan pentarbiahan pasangan itu sendiri sebagai sesuatu yang perlu diambil berat sejak dalam rahim lagi. Selalunya duk fikir banyak mana baju & peralatan bayi untuk
anak-anak yang akan dilahirkan. Tidak dibincangkan macam mana nak didik anak supaya jadi orang yang berguna di masa depan. Ini yang silap. Satu lagi,pasangan mungkin tidak terfikir apa tujuan mereka kahwin. Adakah selesai sekadar aqad nikah,kenduri,malam pertama,dapat anak. Adakah sekadar begitu sahaja?

Bab kahwin kadang-kadang menjadi isu atau topik sensitif atau lebih teruk jadi topik 18sx!. Yang ini lagi tak kena. Kahwin bukan hanya mudah disebut,tetapi ia mengandungi hadaf yang betul,tanggungjawab yang besar dan memerlukan pengorbanan & kecermatan menanganinya. Melihat situasi di Mesir,kadang-kadang merangsang jiwa untuk membina masjid,lebih-lebih jika ada yang sudah berkenan di hati. Inilah cabaran yang ditempuhi sebagai siswa/wi di bumi anbiya' ini. Kahwin tak lari tetapi akan mengejar. Bila masanya,Allah saja yang tahu.

Kemantapan iman & jiwa saja mampu menahan gelojak di hati ini. Namun saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada teman-teman,lihat diri,muhasabah diri sebelum mentaqdim akhawat kat sini atau kat Malaysia kerana persediaan dalaman dan spritual yang kukuh mampu melahirkan bait muslim yang mardhotillah. Insya allah. Kahwin ialah penyempurna fitrah manusia. Gunakan sebaiknya supaya dapat mencapai Bait Muslim yang hakiki serta mencapai mardhotillah. AMIN...

P/s: doa2knlah semoga penukil blog ini dapat jodoh yang baik dan solehah.

Wallahua'lam

Nasr City,CAIRO
23 JUMADAL AWAL 1430H

Selamat Hari Guru,Cikgu....

16 Mei 2009


(sekadar gambar hiasan)

Salam Nil

قال الرسول – أدبّني ربي فأحسن تأديبي
(Tuhanku Telah mendidikku dan dia sebaik-baik pemberi didikan)

Setiap 16hb Mei,kita menyambut Hari Guru untuk mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa kita menjadi modal insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Dalam Islam,sejak dari mula kewujudan umat manusia lagi,Allah s.w.t telah mengutus 'guru' kepada umat manusia untuk menyeru kepada jalan yang benar dan satu iaitu mentauhidkan Allah dan menurut titah perintah.'Guru' yang dimaksudkan disini ialah para anbiya' dan mursalin serta pewaris perjuangan mereka iaitu para alim ulama'.Guru merupakan obor dan penerang kegelapan serta pembina jati diri sesuatu bangsa.Maka sesuailah jika tahun ini,tema sambutan Hari Guru pada tahun ini 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Guru amat penting dalam pembinaan hidup manusia dan pembangunan masyarakat sejak zaman ber zaman .Tanpa bimbingan guru-guru,tidak akan lahir para sahabat Nabi s.a.w yang agung lagi terbilang yang ditarbiyyah oleh guru yang agung Nabi Muhammad s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al Khattab ,Khalid ibnul Walid dan lain-lain lagi.Tanpa tarbiyyah dan sentuhan guru,tidak lahir para pejuang seperti Tariq bin Ziad dan Salahuddin Al Ayyubi yang mampu meredah samudera Gibraltar membuka Andalus dan mengambil semula Kota Al Quds dari tangan durjana Salibiyyin.Tanpa didikan dari guru tidak akan tokoh seperti Ibnu Sina yang gah dengan kitab Qanun Fi Tibb nya yang menjadi rujukan seluruh dunia perubatan.Tanpa pengorbanan dan jerih payah dari guru-guru mendidik anak-anak murid tidak lahir pimpinan negara yang mampu mentadbir negara dengan baik.Maka kita tidak nafikan lagi sumbangan dan jasa guru kepada kita sejak dari awal kita dilahirkan sehingga berada di tahap sekarang.Maka tema Sambutan Hari Guru 'Guru Pembina Negara Bangsa' amat tepat dan bermakna sekali.Tanpa guru siapalah kita.Tanpa guru dan murabbi yang agung,Nabi Muhammad s.a.w kita tidak merasa nikmat agung yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam seperti yang kita nikmati hari ini.Tanpa bimbingan guru juga kita tidak akan mampu mengira dan membaca serta mampu mengolah ilmu yang dipelajari.

Maka sempena Hari Guru pada tahun ini marilah sama-sama kita review balik jasa dan pengorbanan guru selama ini yang mentarbiyyah dan mentadib kita sehingga berada di tahap ini hari ini.Bagi saya yang berjaya menjejakkan kaki di Kota Kaherah ini,jasa dan guru cukup di dalam ingatan saya.Tanpa susah payah dan jerih mendidik saya dan teman-teman di Maahad Muhammadi Lelaki yang datang seangkatan dengan saya,maka mana mungkin saya dapat belajar di Universiti Al Azhar As Syarif yang terkenal itu.Maka dikesempatan ini saya mewakili teman-teman Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki ingin mengucapkan jazakallah khairan jaza' dan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan pendidik di Maahad Muhammadi Lelaki,Jalan Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan.Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,terguris kata,terlanjur perbuatan.Especially kepada Cikgu Pauziah,Ustazah Asiah,Cikgu Aini,Ustaz Hamdi,Ustaz Zul Atabah(Ada masa datang la lawat kitorang kat Mesir ini),Cikgu Rosmaidah,dan semua tenaga di MML samaada yang masih berada disana atau yang sudah berpindah.Doakan kejayaan anak didikmu di bumi barakah ini dalam final exam yang bermula esok(17hb Mei),semoga najah dan cemerlang belako,Insyaallah.Kepada guru-guru yang sudah kembali ke rahmatullah,marilah kita sedekahkan sejamabak AL FATIHAH dan Doa semoga segala pengorbanan dan jasa mereka dibalas dengan pahala yang berlipat ganda serta roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh,para syuhada dan para anbiya'.AMIN...

SELAMAT HARI GURU
‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
TERIMA KASIH CIKGU!!!


diari hatiku

nasr city,cairo,egpyt
16th May 2009
21th Jumaadal Awwal 1430H

---JADUAL IMTIHAN---

12 Mei 2009

Jadual Imtihan Sem Akhir tahun 1 Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al Azhar tahun 2009.

17/5/09- Al Quran
20/5/09- Fiqh Muqaran
24/5/09-Fiqh Syafie'
27/5/09- Qaa'h Bahas
3/6/09-Tauhid
7/6/09-Qodhoya Mua'soroh.

Gud luck n rabbina taufiq wa najah.

Ulama' dan Profesional-Saling Bertaut

10 Mei 2009

SALAM NIL

إنما يخشى الله من عباده العلمؤا


(Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya ialah ulama')surah Fatir ayat 28

Semakin menghampiri tirai Muktamar Agung PAS Ke-55 dibuka,semakin banyak polemik yang ditimbulkan samaada mengenai berkaitan pemilihan yang akan berlangsung atau berkaitan perkara-perkara lain.Antara isu yang paling top diperbincangkan umum selain perebutan dan pertandingan jawatan dalam parti ialah soal ulama' dan profesional.Saya bukanlah orang yang arif dan pakar berkaitan isu ini,tetapi sekadar ilmu dan kemampuan,insyaallah saya akan cuba mengulas.Harap ada kesilapan,diminta untuk ditegur dan dikritik.Maka setiap sekali tibanya muktamar,maka timbullah isu ulama dan profesional.Malah sejak akhirnya timbulnya istilah PROTAZ(profesional Ustaz),USTAZ MAT(Ustaz Ulama')dan PROLIB(Profesional Liberal)ia lebih 'panas' lagi ketika tahun pemilihan jawatan dalam parti.Isunya menjadi hangat sehingga timbulnya pelbagai kenyataan dan lontaran fikiran dari pimpinan mengenai siapa yang layak untuk memimpin parti.Saya melihat sejak akhir-akhir ini akhbar Utusan Malaysia nampaknya galak benar menulis dan memaparkan tentang perkembangan pemilihan jawatan dalam Pas.Tak tahu lah apa sebenar niat mereka mempromosikan berita sensasi berkaitan pemilihan dalam PAS ini.Namun sebagai anggota jamaah seharusnya meletakkan wala' yang sepatutnya kepada kepimpinan dan bukannya kepada Utusan dan Blog!

Isu ulama' dan profesional ini telah lama dikemundangkan sejak zaman kepimpinan Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor lagi.Ketika ledakan reformasi tahun 1998 akibat pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim,ramai para ulama' dan profesional telah mula menyertai PAS secara aktif, diantaranya Dato' Dr Hassan Ali, Dr Harun Din,Dato' Ismail Kamus,dan ramai lagi.Malah ada yang baru menyertai PAS terus diberi tempat bertanding dalam pilihan raya seperti Dato' Kamaruddin Jaafar,Ustaz Taib Azzamudden Md Taib,Dato' Dr Hassan Ali dan lain-lain lagi .Maka sejak itu,makin bercambahlah kemasukan ulama' dan profesional menyertai PAS dan mereka aktif dalam parti samaada diperingkat cawangan,kawasan,negeri mahupun peringkat Pusat.Malah ketika prestasi PAS merosot pada tahun 2004,Pas terus menerima kemasukan profesional ke dalam parti.Kemunculan pimpinan yang berlatar belakang profesional seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa,Dr Zulkefly Ahmad,Dr Lo'Lo',Dr Mariah dan ramai lagi adalah satu manifestasi keterbukaan PAS sebagai jamaah Islam yang menerima semua lapisan golongan masyarakat menyertai Pas.Malah Al Marhum Dato' Fadhil Noor sendiri menukilkan "kita mahu mem'profesional'kan ulama' dan meng'ulama'kan profesional."

Kita ingin melahirkan ulama' yang bertakwa,takut kepada Allah dan amanah dengan ilmunya sebagaimana dinukilkan Allah dalam ayat yang dinyatakan diawal kalam.Kita tidak mahu melahirkan ulama' yang beku,jumud,pasif dan hanya tahu soal bab hukum-hakam yang asas sahaja sahaja walaupun tidak dinafikan ia merupakan fardhu ain bagi setiap muslim.Kita mahu melahirkan ulama' yang berfikiran segar,boleh menerima tajdid dan mesra dengan semua lapisan masyarakat.Disamping itu juga ulama'juga harus membimbing golongan profesional agar dapat di'ulama'kan dari segi asas pembinaan dasar Islam dan tarbiyah yang kuat.Kita tidak mahu profesional yang liberal dan tidak ada arah tujuan.Disamping itu ulama' perlu memperteguhkan penguasaan ilmu-ilmu semasa supaya ulama' dapat memimpin ummah diabad ini.Medan dakwah hari ini bukannya hanya di masjid dan surau,tetapi ia merangkumi dan meliputi segala bidang dan aspek kemasyarakatan.Golongan profesional juga harus memantapkan ilmu agama dan asas dasar Islam supaya ia dapat memimpin masyarakat kearah jalan yang diredhai Allah.

Tidak dinafikan bagi seseorang ilmu turath itu juga penting,tetapi janganlah kita mengkesampingkan ilmu semasa.Kalau boleh ulama' ini biarlah dapat memotivasi anak-anak remaja dengan teknik-teknik yang menarik dan selaras dengan tuntutna Al Quran.Profesional pulak harus mendalami ilmu turath dan agama dan tidak hanya tertumpu kepada ilmu dan di bidang yang diceburi.Sebagai contoh,kita mahu melahirkan doktor yang bukan hanya mampu mengubat penyakit jasmani yang dihadapi oleh manusia malah dapat mengubati penyakit rohani manusia dengan menjadi murrabi dan pendidik kepada manusia.Sekarang ini sudah ada protaz dalam masyarakat,cuma ia jarang ditonjolkan dalam masyarakat kita.Maka PAS sebagai jamaah Islam harus sentiasa menonjolkan perkara ini.Alim ulama'adalah pewaris ilmu para anbiya'.Mereka mewarisi bukannya harta berkoyan-koyan,tetapi yang diwarisi oleh mereka ialah ilmu yang bermanafaat untuk kemudahan,kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Justeru itu ulama' & profesional perlu terus ditautkan demi menjamin kekuatan Islam terus utuh. Tanpa ulama' gelap gulitalah kita,tanpa profesional tidak lengkaplah dunia.

Wallahua'lam.
Madinah Nasr,Qaherah,Misr

Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah

05 Mei 2009

Salam Nil.

Ditengah-tengah sibuk melayani mata yang hampir layu,saya terbaca artikel Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin (lihat drmaza.com) berkaitan kupasan mengenai derhaka mengikut konteks Islam.Bahkan setelah berlaku krisis politik di Perak dimana MB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terpaksa menyembah derhaka titah KDYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah supaya meletak jawatan berikutan kononnya beliau hilang kepercayaan di kalangan Ahli Dun. Maka timbullah isu bahawa DS Nizar menderhaka kepada Sultan dan isu tersebut dimainkan oleh UMNO/BN sehingga mereka jatuh 'berguling ke kaki bukit' di Bukit Gantang 7hb April lalu. Maka tertimbuslah isu derhaka bersama tertimbusnya UMNO dan BN di Bukit Gantang.

Sejarah menunjukkan banyak dinasti beraja tumbang akibat rakyat menyembah derhaka kepada pemerintah. Apabila raja atau waliyul amr tidak menjalankan amanah dengan betul dan bertanggungjawab,maka rakyat bermuafakat menyembah derhaka kepada raja. Maka lahir ungkapan masyhur Megat Seri Rama sebelum menikam Sultan Mahmud Shah II Johor iaitu: 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH'. Ia menunjukkanjika raja atau pemimpin itu adil,maka ia wajib ditaati. Akan tetapi jika pemimpin itu khianat & berlaku zalim maka raja dan pemerintah wajib disanggah dan ditegur secara beradab & bertertib.

Dalam sejarah Khulafa' Ar Rasyidin juga pernah dinukilkan bahawa seseorang telah menghunus pedang kepada Saidina Umar Al Khattab sambil berjanji akan membetulkan Umar dengan pedangnya jika ia berlaku zalim & tidak menunaikan amanah ummah & rakyat.Ini juga bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya " Tidak wajib taat makhluk dalam perkara yang membuat maksiat terhadap khaliqNya(melanggar perintah Allah)." Hadith ini jelas menyatakan tidak wajibnya rakyat mentaati raja atau pemimpin dalam perkara yang menyalahi tuntutan Syariat

Dalam tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi,Sultan atau Raja merupakan pemerintah di alam nusantara mulai dari Champa sehingga ke Makasar. Ia wujud sejak zaman sebelum kemasukan Islam ke Alam Melayu lagi. Maka apabila dakwah Islam sampai di Alam Melayu,maka institusi Raja diteruskan dengan pemakaian gelaran 'Sultan' kepada raja-raja yang telah memeluk Islam ditangan pendakwah-pendakwah Arab. Maka institusi beraja yang berdaulat terus di beberapa negara di alam Melayu seperti Malaysia dan Brunei walaupun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Barat. Institusi beraja di negara kita terus dipertahan walaupun kekebalan raja-raja telah ditarik oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1983 dan 1993. Sejak berkurun lamanya,masyarakat Melayu percaya raja atau sultan mempunyai daulat dan kemuliaan tersendiri sehingga titah perintah sultan atau wajib ditaati walaupun bertentangan dengan adat resam Melayu dan Syariat. Bahkan masyarakat Melayu zaman dahulu terpaksa menyerah anak gadis untuk dijadikan gundik atau harta mereka kepada sultan walaupun tindakan raja itu salah. Inilah kepercayaan khurafat masyarakat Melayu lama yang menganggap titah diraja adalah mutlak &tidak boleh disanggah. Ini menyebabkan minda mereka terjajah secara batin walaupun dari segi zahirnya mereka merdeka.
Institusi raja turut diperalatkan penjajah dalam mengukuhkan kuasa mereka dan membanteras penentangan terhadap mereka. Ini jelas ketika Peristiwa Gerakan Tani yang dipimpin oleh Haji Ab Rahman Limbong pada akhir 1920an. British telah menggunakan kuasa Sultan untuk menamatkan serangan Gerakan Tani atas alasan orang Melayu tidak menderhaka kepada sultan. Maka gerakan itu dapat ditumpaskan dan pemimpinnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman buang negeri. Ini adalah salah satu contoh bagaimana pihak sultan diperalatkan untuk kepentingan kuasa politik. Malah juga kuasa sultan dihadkan dalam bidang kuasa adat dan syariah yang terhad dan jumud.

Oleh itu,dalam kes DS Nizar dengan Sultan Perak,DS Nizar telah menuturkan dengan penuh adab dan tertib akan sembah derhaka beliau terhadap titah Sultan. Tidak timbul soal derhaka kepada sultan. Sebagai rakyat kita wajib taat kepada pemerintah,tetapi kita tidak diajar untuk taat secara membabi buta tanpa ada pertimbangan akal yang sihat. Pihak sultan harus menjaga akhlak dan budi pekerti sebagai payung kepada rakyat. Keputusan baginda harus berasaskan keadilan dan kemaslahatan umum selaras tugas seorang pemerintah seperti mana yang dinukilkan oleh Imam Mawardi dalam kitabnya Ahkam Sultaniah " menjaga agama dan mentadbir dunia(rakyat) dengannya".
Oleh itu,patik selaku rakyat yang hina dina ini memohon ampun perkenan KDYM Sultan Perak agar menyelesaikan segera krisis politik di negeri tuanku dan memberi semula hak memilih kerajaan kepada rakyat. Patik bimbang,rakyat tuanku akan hilang taat dan hormat kepada tuanku jika tuanku terus mengambil sikap memihak dalam isu ini. Selesaikan krisis secara baik dan adil. Semoga Tuanku dibawah lindungan Allah selalu dan terus bertakhta dalam penuh keimanan,takwa dan adil.Amin.
DAULAT TUANKU!

cairo 5.5.09

Membuang Keserabutan....

04 Mei 2009

Salam Nil

i

Dalam minggu ini akan bermulalah imtihan akhir sem kedua bagi pelajar Syariah dan minggu depan bagi pelajar usuluddin dan lughah. Dilihat kepada persiapan yang dibuata sekarang masih belum mencukupi dan belum cukup mantoq lagi untuk menghadapi imtihan especially ujian lisan.Ujian terbahagi kepada tiga item penting iaitu Al Quran,Fiqh dan Usul Fiqh.Mak semakin mendekati exam,semakin berserabutlah kepala ini.Macam-macamlah perkara terbayang dibenak fikiran.Dari perkara remeh temeh kepada perkara yang besar-besar semua menerjah masuk ke kotak minda ini yang sedia berserabut.Jealous juga tengok ahli bait yang kuat study bagai nak hancur kitab dibuatnya,tapi kita ni,kitab pun tak sentuh,kuliah pergi selang-seli(maklumlah duduk jauh dari kuliah,kena naik bas pulak tu).Virus dan penyakit 'manja' dari Malaysia belum dapat dilemapar sejauh-jauhnya ke dalam sungai Nil.Maka jadilah badan naik malas dan kepala pun berserabut.Itulah dilema yang dihadapi oleh pelajar samaada di bumi Mesir atau di Malaysia Tanah AirKu.

Maka untuk mengubat keserabutan ini,maka jalan terbaik ialah doa kepada Allah agar dipermudahkan segala usaha.Lepas itu akan ada berkata si mamat yang berlagak dah mantoq dah dalam persiapan untuk exa, "Alah kau cakap senang la,nak buat tu yang susah". Tak mengapa,cuba secara perlahan-lahan dan tidak secara agresif agar tidak rebah ditengah jalan.Kita bimbang jugak mula-mula buat semangat bagai 'nak ghak',tetapi lepas daripada terus luntur dan tidak istiqamah lagi bahkan lebih teruk tinggal terus.Ini yang paling dibimbangi.
Susah juga la nak metransformasikan hati dan semangat lebih-lebih berada di bumi anbiya yang penuh mehnah dan tribulasi ini.Ini memerlukan kesabaran,kecekalan hati demi menghasilkan natijah yang mantoq dan terbaik.Berbalik kepada exam,saya hanya berserah kepada Allah,kita doakan moga Allah sentiasa memberi rahmat dan ketenangan ketika menjawab soalan samaada ketika ujian lisan atau bertulis,namun pesanan bagi yang sudah mantoq persiapan,jangan sombong dan angkuh serta tidak mahu berkongsi dengan tema-teman.Kita sebagai pelajar harus berasa rendah diri dengan ilmu yang diperolehi dan tidak takbur dengan ilmu yang diperolehi.Sudah banyak tutorial dan talaqi sudah mahu berlagak lebai,ini tidak betul dengan sikap kita sebagai pelajar lebih-lebih lagi pelajar agama.

Insyaallah,dihari-hari akhir sebelum imtihan,kiat guna fursoh(peluang) yang ada untuk mentelaah pelajaran dan kitab yang belum habis diingati dan dibaca.Selagi belum melangkah ke dewan exam,selagi peluang masih terbuka luas untuk kita berusaha untuk meperkuatkan enjin perjuangan untuk menghadapi peperiksaan.
Ana mendoakan agar sahabat-sahabiah terus mantap dalam persiapan kearah peperiksaan dan akan berjaya dalam peperiksaan akhir sem 2 ni.Insyaallah,.
Insyaalllah,la tahzan inna llah maa'na.Selamat bermujahadah dengan peperiksaan

ii

Sejak dua minggu ini juga,wujudnya polemik mengenai kepimpinan ulama'dan profesional berikutan menjelang Muktamar PAS ke-55 yang akan berlangsung Jun ini.Maka timbullah golongan pro ulama' dan golongan pro profesional.Ketika dibawah pimpinan Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor,sudah timbul istilah ini namun ia berjaya ditangkis oleh kepimpinan PAS pada waktu itu.Ketika ini juga bakal menyaksikan pemilihan AJK PAS Pusat sesi 2009/011.Maka timbul calon-calon yang akan bertanding yang dicalonkan oleh kawasan-kawasan tertentu.Yang menjadi tumpuan ialah jawatan Presiden dan Timb.Presiden yang pastinya hangat diperkatakan.Maka timbul kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat,Ustaz Dato' Muhammad Daud Iraqi yang menyatakan Presiden dan Timbalan Presiden harus diterajui oleh Ulama'.Maka keluarlah suara yang menyatakan kurang setuju dengan kenyataan tersebut seperti dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Awang,Naib Presiden PAS.Bukan itu sahaja,timbulnya kem pro Tok Guru dan Pro Presiden yang saya rasa hanya mainan politik musuh untuk melagakan pimpinan.

Maka nasihat saya kepada calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan PAS Jun ini agar menjaga adab berjamaah.Kenyataan yang konterversi yang boleh 'menyerabutkan' kepala ahli harus dielakkan demi keutuhan jamaah.Seperti kata kekanda Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blog beliau,jadikan pemilihan parti jalan atau wasilah untuk 'fastabiqul khairat'(berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan)untuk meperteguhkan jamaah.Ingat,Pas sebagai jamaah yang terulung di Malaysia sering diperhatikan oleh kawan dan lawan baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Maka ingatlah,setinggi mana jawatan kita akan tandingi,wala' kepada jamaah harus diutamakan dan keutuhan perpaduan dalam jamaah harus dipertahankan.Jangan disebabkan ghairah mengejar jawatan,kesatuan jamaah dipersetankan dan adab bertanding dibakulsampahkan.Maka sewajarnya adab dan ketatasusilaan semasa bertanding harus dijaga dan dipertahankan agar imej PAS selaku jamaah Islam di Malaysia tidak tercalar oleh hal-hal yang remeh temeh.Berbeza pendapat dan pandangan dibenarkan.Namun janganlah kerana mengejar pangkat dan jawatan,jamaah kita dikesampingkan dan adab diketepikan.
Maka,pemilihan yang bakal berlangsung harus digunakan sebaik-baiknya oleh perwakilan seluruh negara untuk memilih pimpinan yang terbaik bagi memacu parti kearah memperkasakan kepimpinan berteraskan ulama'.Jauhi umpan musuh yang mahu melaga-lagakan kita.Sebaliknya,kita teguh diatas semangat menjaga demokrasi dalam parti demi melahirkan pimpinan yang kolektif dan inovatif dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Selamat Bertanding...


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'