Memaparkan catatan dengan label politik dan thaqafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik dan thaqafah. Papar semua catatan

Kiambang Bertaut Kembali....

22 Jun 2009

Salam Ukhuwah

Alhamdulillah,segala kekusutan yang melingkari jemaah Pas selepas usainya Muktamar Pas Ke-55 akhirnya berjaya dirungkai. Hari ini tercatat sebagai 'Hari Perpaduan dan Ukhuwah' dimana pada tengahari tadi,Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen memutuskan sepakat menolak Kerajaan Perpaduan(UG) dengan UMNO disamping tidak menutup pintu perbincangan mengenai kemaslahatan negara & rakyat amnya. Kenyataan ini ditandatangani oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang. Maka saya secara peribadi mengharapkan isu UG ini telah selesai dan telah menemui kata noktahnya hari ini. NO To UG!

Yang Pasti, 1 Malaysia hari ini berasa gembira & terharu dengan kerendahan diri hati dan kesediaan YAB Tuan Guru Mursyidul Am yang menarik balik kenyataan keras terhadap Timb. Presiden Pas,YB Ust Nasharuddin Mat Isa yang meminta Ust Nasha meletak jawatan sebagai Timb. Presiden dan MP Bachok beberapa hari lepas. Sesungguhnya kenyataan Mursyidul Am ini amat dinantikan seluruh ahli jamaah & rakyat bagi menyejukkan suhu politik Pas yang bergelegak sekarang ini. Sekurang-kurangnya,impian musuh-musuh Pas untuk melihat perpecahan dalam kepimpinan Pas telah menemui kegagalan. Penerimaan jawatan AJK Pas Pusat oleh Abg Mat Sabu dan Dato' Husam Musa menambahkan lagi jalinan ukhuwah diantara pimpinan & akar umbi. Semoga ia mampu merapatkan kembali saf yang longgar sebelum ini dan bersatu menghadapi rintangan dan cabaran dalam arena politik Malaysia. Benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan Allah dalam satu sof dan jamaah laksana satu binaan yang tersusun rapi " (surah As Sof ayat 4).
Semoga semua pihak dalam Pas melupakan sengketa mengenai & membuka buku dan lanskap baru iaitu kukuhkan jamaah,mantapkan pakatan rakyat,Insyaallah,kejayaan pasti akan menjelma.

Jadikan PRK Manek Urai ini sebagai batu tanda kesungguhan kita menentang anasir luar dalam parti serta menautkan kembali ukhuwah yang terlucut buat sementara. Insyaallah dengan apa berlaku sekarang ini,kiambang telah bertaut semula!.

ALLAHUAKBAR!!!

Bandar Nasr,Kaherah.
29 Jumadal Akhir 1430H/22 Jun 2009.

Kerajaan Perpaduan-Menyejuk Amarah Tok Guru...

20 Jun 2009

As Salam Misr...

Saya mengikuti dengan cemas perkembangan polemik Kerajaan Perpaduan (UG) dari rantauan yang menyebabkan rumahtangga Pas bergegar hebat. Menambahkan lagi 'gegaran' kenyataan Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Ab Aziz yang meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb.Presiden & Ahli Parlimen Bachok. Amarah Tok Guru ini mengejutkan politik negara & seingatan saya,belum pernah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang agak pedas & keras kepada pimpinan mahupun lawan. Ini menyebabkan Ust Nasha 'hilang' tanpa dikesan selepas keluarnya statement Tok Guru itu. Presiden,Tuan Guru Haji Ab Hadi masih diluar negara,Ust Nasha hilang entah kemana,parti jadi bercelaru. Inilah situasi parti siasah dakwah tertua di Malaysia waktu ini.

Pesanan saya kepada dua pihak,anti dan pro UG. Boleh berbincang dengan UMNO-BN tetapi perlu dilakukan secara sistematik dan mengambil kira taktik & muslihat UMNO-BN yang sentiasa ingin mengkucar-kacirkan Pas. Bukan tak boleh tapi fikir dan teliti semasak-masaknya. Sejarah mengajar bagaimana Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 dan tumbang Kerajaan Pas Kelantan pada 1978 adalah hasil bikinan UMNO yang menjadi tok dalang dalam krisis Pas dan Politik Kelantan pada waktu itu. Oleh kepada pengerak dan penyokong UG,saya saran cadangan ini dibatalkan buat masa ini. Perkukahkan PR & baru kita lihat dan perhalusi semula gagasan UG. Bukan Tak boleh,tapi belum kena pada waktunya. Pemimpin Veteran seperti Tok Guru Nik Ab Aziz sudah tentu merasai peritnya bersama BN. Nama je dalam BN,tapi Pas tetap diperlakukan macam pembangkang walaupun dari segi zahirnya dapat jawatan menteri dan exco. Pengalaman yang memahitkan inilah Tuan Guru amat menentang UG ini sejak mula ia diperdebatkan walaupun diperingkat cadangan.

Oleh itu,saya mengharapkan semua pimpinan dan ahli agar 'berpuasa mulut' mulai sekarang. Biar UMNO sorang berkokok. Tunggu kata putus dalam Mesyuarat Majlis Syura dam AJK Pas Pusat. Dalam hal ini juga sepatutnya Majlis Syura boleh membuat kata muktamad mengenai UG seperti mana mereka buat semasa memutuskan kerjasama dengan Semangat 46. Saya yakin isu ini akan berakhir jika Majlis Syura Ulama' membuat kata muktamad dan saya ia akan menyejukkan semua pihak dan keadaan terutama Tok Guru yang bermati-matian menentang UG ini. Kepada blog-blog,puasakan pena tuan-tuan dan jangan keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Berusaha untuk jernihkan keadaan,bukannya jadi penambah bara dan api permusuhan. Nampaknya buat masa ini semua pihak kena 'puasa' dari bercakap pasal UG sehingga keputusan muktamad diputuskan.

Maka konklusinya,isu ini mengajar kita erti wala' dan samu' wa thoa'h dalam jamaah. Ia juga menguji sejauh mana cermat ahli & pimpinan mengurus dan mencernakan kusut yang melingkari jamaah. Sama-samalah kita nanti bagaimana 'ending' UG ini.

Bandar Nasr,KAHERAH
20 JUN 2009
26 JUMADAL AKHIRAH 1430H.

Kerajaan Perpaduan & Mat Blur 'Terakongkang'*

18 Jun 2009

Salam Ardhul Kinanah

i
Nampaknya polemik kerajaan terus membara walaupun telah usai Muktamar Pas ke-55 di Shah Alam beberapa minggu lepas. Kemuncaknya apabila keluarnya kenyataan dari Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Ab Aziz meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb. Presiden dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Saya yakin seluruh negara tercengang dengan kenyataan Tok Guru itu yang saya fikir keras dan cukup mendalam maknanya. Melihatkan keadaan sekarang,isu kerajaan perpaduan telah menyebabkan rumahtangga Pas dan Pakatan Rakyat berkecamuk. Manipulasi media massa dan blog-blog 'hantu raya' telah berjaya mengkucar-kacirkan jamaah secara halus dan sistematik. Kecelaruan belum terurai dan masih kabur untuk akar umbi memahaminya.

Betul,setiap ahli dan pendokong wajib taat akan arahan pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat. Namun dalam situasi sekarang,saya percaya ramai ahli bawahan keliru dan terkeliru dengan statement pimpinan yang kadangkala tidak dihadam dengan betul,maka akibat berlaku kecelaruan dan salah faham di antara ahli dan akhirnya membawa kepada perasaan curiga ahli terhadap pimpinan. Ditambah lagi liputan dan manipulasi media 'hantu raya' yang melampau-lampau dan bias dalam melaporkan berita berkenaan pembangkang menambahkan lagi kusut di kepala.

Justeru apa peranan kita sebagai ahli bila berlaku perkara demikian? Sudah tentu sikap wala' dan menjaga adab berjamaah dan berkhilaf pendapat adalah kunci untuk mengelak isu ini berterusan. Apa yang terjadi ialah sesetengah ahli yang tidak memahami konsep & idea menghentam pimpinan dalam blog dan lebih payah lagi di media 'hantu raya'. Inilah terjadi kepada Ust Nasha. Bukanlah saya ingin menyebelahi beliau tetapi kalau betul pun beliau ada tersilap dan salah caturan,maka tidak wajar kita menghentam beliau bagai nak nghak!. Lebih-lebih lagi isu ini telah dijawab dalam muktamar. Namun,resmi manusia,dijolok juga sarang tebuan walaupun tahu akan disengat. Yang menjadi mangsanya ialah jamaah itu yang kacau-bilau.

Maka saya dengan penuh rendah diri memohon pimpinan Pas agar menyelesaikan konflik ini secara hikmah dan tidak terbawa-bawa dengan rentak tari media 'hantu raya'. Maka sudah tentu yang ruginya adalah jamaah. Nasihat saya kepada Ust Nasha,lagi molek & berhikmah Ust hentikan dulu statement Kerajaan Perpaduan. Biar Majlis Syura Ulama' yang menentukan konsep dan idea samaada perlu diteruskan atau tidak. Kami mengharap tuan-tuan & puan-puan pimpinan Pas agar dapat menyelesaikan isu ini sebelum 'bisul pecah keluar darah'.

ii

Dalam artikel yang lalu, ada saya menceritakan tentang room mate atau rakan sebilik yang 'blur'. Bukanlah saya ingin membuka aib 'mamat' ni,tetapi kadang-kadang geram juga tengok dia. Rasa lempar dia dalam Sungai Nil dan 'perhanyut' ke Laut Mediterenean. Kalu tak pun 'tohok' dia kat padang pasir Aswan biar 'mampus' kat situ. Geram juga kadang-kadang 'blurnya' sampai tahap kronik dan tak 'dapek den nak nolong'. Kadang-kadang kalau boleh sabar dengan 'Mat Blur Terakongkang' ni. Tp kesabaran ada batasan juga. 'Kebluran' nya sudah sampai tahap gaban.! Ambo tak tahe doh wei! Tak tahu doh nak buat guano. Ada juga kawan-kawan dan teman-teman nasihat supaya padam post yang lepas berkaitan dan ber'damai' dengan 'mangkuk' ni. Saya terima nasihat & saya cuba juga walaupun artikel itu saya tidak padam tapi still blur & blur. Tak tau nak buat macam mana. Wait &see je la. Still jadi Mat Blur Terakongkang.

Bandar Nasr,Kaherah,Mesir
25 Jumadal Akhirah 1430H
* siapa makan udang dia terasa gatalnya

Islam Memimpin Perubahan

08 Jun 2009

Salam Perjuangan

Alhamdulillah usainya final exam universiti bertepatan dengan tamatnya Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung di Stadium Malawati,Shah Alam,Selangor. Muktamar tahun ini menyaksikan pemilihan jawatan AJK Pusat bagi 2009-2011,terutama sekali bagi jawatan Timb. Presiden yang melibatkan 3 penjuru diantara Ust Nasha,Dato'Husam & Abg Mat Sabu. Tahniah diucapkan kepada Ust Nasha atas kemenangan beliau mempertahankan jawatan Timb. Presiden buat penggal ketiga. Begitu juga kepada yang dipilih menduduki jawatan Naib-Naib Presiden & AJK Pas Pusat. Selamat Melaksanakan Amanah yang ditaklifkan kepada saudara dan saudari sekalian.

Banyak sekali yang ditimbulkan sepanjang 3 hari berlangsung muktamar. Dari isu kerajaan perpaduan,PPSMI,Bubar Dun Perak serta kritikan & saranan untuk mengkoreksi apa-apa yang ralat dalam pengurusan & pentadbiran parti. Maka medan muktamarlah digunakan sepenuhnya oleh akar umbi untuk mengislahkan serta memperbaiki apa-apa yang kurang dalam perjalanan parti. Tetapi tentu sekali pemilihan parti yang menjadi tumpuan umum sejak 2 3 bulan sebelum berlangsungnya muktamar. Ditambah fokus yang kadang-kadang agak melampau oleh media-media arus perdana dan juga melalui blog-blog. Ada juga menggambarkan wujudnya dua kumpulan dalam Pas iaitu Pro Ulama(Pro Muqabalah/UMNO) dan Pro Profesional(Pro PR/Anwar Ibrahim). Namun Alhamdulillah,usaha untuk meleburkan ukhuwah diantara pimpinan dengan ahli bawahan dan sesama pimpinan gagal. Saya melihat ini sekadar 'cakap-cakap belakang' yang mempunyai agenda tersirat untuk memecah belah perpaduan antara jemaah.

Saranan,kritikan dan idea dari perwakilan wajar dihadam dan dicerna oleh pimpinan baru agar Pas sebagai gerakan terus relevan di persada politik tanah air dan mampu memformasikan Islam sebagai memimpin perubahan sebagaimana ditegaskan dalam ucapan Dasar Presiden kali ini.

Maka saya mengharapkan pimpinan yang ditaklifkan dalam muktamar yang baru lalu agar dapat melaksanakan tugas penuh dedikasi,amanah dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Bagi yang kurang berjaya,teruskan perjuangan anda,kerana jawatan bukan hadaf kita tetapi agenda Islam adalah matlamat kita bersama. Kurangkan konteversi tingkatkan prestasi. Bagi cadangan kerajaan perpaduan,saya minta pimpinan memikir semasak-masaknya dalam merencanakan agenda ini kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada perjalanan jamaa'h khususnya pada PRU Ke-13 dan yang paling hampir PRK Manek Urai Kelantan. Silap percaturan akan memungkin kegagalan jamaah meraih sokongan khususnya non Muslim yang mulai secara kuat menyokong Pas. Jangan kerana ingin berbincang dengan UMNO,hadaf,dasar dan permuafakatan dalam parti dan PR kita persetankan.

Kesimpulannya,marilah sama-sama rapatkan saf yang bengkok,maniskan kembali muka yang masam mencuka dan eratkan mahabbah sesama pimpinan dan sesama ahli. Hindarilah kecaman,bidasan liar & komen picisan yang lebih teruk diburaikan di media arus perdana yang sentiasa kurang senang dengan kita. Selesaikan segala masalah,ketidakpuasan hati,dan apa-apa juga berkaitan parti melalui medan syura yang dianjurkan Islam. Inilah yang terbaik dalam mereliasasikan hasrat 'Islam Memimpin Perubahan' seperti yang digagaskan oleh Dato' Seri Presiden dalam Ucapan Dasar. Akhir Kalam,Selamat Berjuang dan Membangun Bersama Islam

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar. Walillahil hamd

nasr city,
8hb Jun 2009
15 Jumadal Akhir 1430H

Ucapan Perasmian Mu'tamar Pemuda PAS Ke-50

04 Jun 2009


UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KALI KE-50

TIMBALAN PRESIDEN PAS NASHARUDIN MAT ISA
Para Muktamirin yang dikasihi sekalian,

Marilah sama-sama kita renungi Kalamu'Llah Subhanahu wa Ta'ala yang telah berfirman di dalam al-Qur'an ayat 102-103, Surah Ali Imran : Wahai Orang orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni�mat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (sewaktu jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
Begitulah juga, Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam ayat ke-55 dan 56, Surah al Maidah "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."
Kedua-dua ayat ini mengandungi maksud yang tersirat dan cukup mendalam. Ia sesuai dijadikan sebagai elemen-elemen yang melengkapi maksud wehdah (penyatuan), mahabbah (kasih sayang) dan ukhkuwah (persaudaraan) yang menjadi teras kepada kejayaan Islam dan jamaah.

Dalam hal ini teringat kita mutiara pesanan Al-Marhum Asy-Syaikh Mustafa Masyhur dalam tinta emasnya yang amat kita kenali, Tariqud-Da'wah bila mana beliau berkata:

"Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah RasuluLlah SAW dan para sahabat baginda RA berjalan sebelumnya. Demikianlah juga kita dan pendukung dakwah berjalan dengan Tawfiq daripada Allah SWT. Kita dan mereka akan berjalan berbekalkan iman, �amal, mahabbah dan ukhuwwah. RasuluLlah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Maka berpadulah ikatan iman dan kekuatan �aqidah dengan penyatuan. Jadilah jamaah mereka sebagai jamaah contoh. KalimahNya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini."

Saudara saudara sekalian

Salah satu aspek terpenting dalam 'Amal Jama'iyy yang dipegang oleh PAS yang menjadikan ia berbeza daripada parti politik lainnya, ialah amalan syura. Sesungguhnya peranan syura yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Ali �Imran: 159 merupakan panduan yang amat jelas dan pengawas kepada perjalanan dan hala tuju PAS. Amalan syura ini telah kita warisi daripada zaman Rasulullah SAW lagi dalam banyak suasana yang telah baginda contohkan.

Oleh itu, kita tidak boleh berganjak daripada Syura. Adalah menjadi kewajiban setiap pimpinan dan ahli mengikat dengan keputusan Syura Jamaah walaupun dia mempunyai pandangannya yang tersendiri. Pandangan sendirinya itu apabila telah dicurahkan dalam Syura dan apabila Syura mengambil keputusan, maka keputusan Syura ilzam ke atasnya. Pelaksanaan syura yang meluas, menurut sebahagian besar pimpinan harakiyy, adalah wajib dan sebahagian fuqaha� berpendapat pula Amir Syura dan Amir Jamaah mesti ilzam dengan keputusan syura. Kaedah pelaksanaan syura ini pula adalah berdasarkan prinsip pendapat yang paling kuat (al-ra�yu al-rajih) di kalangan mereka yang bersyura. Kaedah ini dipegang berdasarkan alasan bahawa salah satu nas yang berhubungan dengan syura meletakkan ia bersampingan dua rukun Islam yang utama, iaitu solat dan zakat sehingga memberikan konotasi bahawa pentingnya syura seakan-akan syarat asasi sebagai seorang Muslim-Mukmin apatah lagi bagi kita sebuah organisasi politik yang sedang memikul amanah memimpin ummah.

Firmanu'Llahu Ta�ala fi kitabihi�l-Karim: (59) "Sesungguhnya Allah memerintah kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia, hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya pada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan melihat"
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil 'amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan �ulama). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (Al-Qur�an) dan Rasul (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan seelok-elok penyelesaiannya"
Kepimpinan dalam Islam merupakan sunnah mulia Rasulullah SAW. Meskipun begitu, ia juga merupakan suatu amanah yang cukup besar. Bukankah atas dasar itulah, Rasulullah SAW menolak permintaan �Abdul Rahman bin Samurah bilamana baginda SAW dengan tegas bersabda (maksudnya): "Hai Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kepimpinan (al-Imarah) kerana kalau kamu diberikannya padahal kamu tidak memintanya, maka kamu akan diberi pertolongan; tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu memintanya, kamu akan dibebankan.�
Sesungguhnya kepimpinan adalah amanah berat yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli jamaah supaya mengurus politik dan pentadbiran negara dengan cara yang betul lagi benar, memimpin umat dan berpegang teguh dengan tali Allah meskipun diuji dengan pelbagai mehnah (tribulasi) yang sukar diduga. Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar. Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah destinasi objektif (hadaf) yang telah ditetapkan. PAS mempunyai produk Islam untuk disampaikan. Ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam.

Saya tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh John C. Maxwell yang bertajuk, The 21 Irrefutable Laws of Leadership, beliau menyatakan bahawa: "The second principle of law is the Law of Navigation. Anyone can steer the ship, but it takes a leader to chart the course".
Ilmu pengurusan yang dinukil oleh penulis Barat juga perlu diolah supaya ia mampu melengkapkan kepimpinan pemuda dengan kompetensi kepimpinan yang tinggi.

Keimanan yang terpasak dalam jiwa pejuang-pejuang agama telah mengikat jasad dan roh untuk mengendalikan urusan politik secara ibadah serta menyeru rakyat supaya ta'abud li'Llahi Ta�ala. Kita sama sekali tidak akan berganjak untuk bersama-sama dengan Islam walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Sebagaimana sebuah hadith Rasulullah SAW,

"Ingatlah bahawa lingkaran Islam itu adalah bulat, berputarlah kamu bersama Islam di mana sahaja ia berputar".
Sehubungan dengan itu, saya ambil kesempatan disini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN. Dan saya amat percaya adik adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jamaah kita.

Islam yang kita perjuangkan ini diambil dari nas Al Quran dan Al Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah lah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai.

Sekali saya menegaskan bahawa prinsip dan dasar Islam yang kita perjuangkan akan sekali kali tidak berganjak, namun kaedah dan uslub boleh berubah. Akan kita perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita ijtihadkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan UMNO dan BN.

Allah SWT akan memilih golongan-golongan HizbuLlah, AnsaruLlah dan Hawariyyun ini untuk benar-benar melunaskan janji mereka. Kita mesti memastikan bahawa jejak langkah kita tidak akan berpaling daripada landasan perjuangan yang suci murni ini. Sebaliknya, tanamkanlah rasa ghairah untuk memenangkan Islam dari segenap juzuk.

Dan insya' Allah PAS boleh dan Pemuda PASlah yang akan berada di barisan hadapannya! Sekalipun tugasan politik dan kebajikan kita terlalu banyak, maka jangan lupa bahawasanya ia adalah sebahagian daripada ruang lingkup dakwah yang luas terbentang dan kita sebagai da'i yang bertanggungjawab ke atas mad�u. Bila disebut tentang madú pula, semua yang ada diluar sana adalah madú kita. Akan terus kita ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apa pun yang mereka miliki.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat ke-55 dan 56.

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhakan untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat. Dan taatlah kepada Rasulullah SAW supaya kamu beroleh rahmat"
Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini telah berkata, "Ini adalah janji Allah kepada Rasulullah SAW bahawa Allah akan menjadikan umatnya sebagai para khalifah di muka bumi, iaitu sebagai imam dan pemimpin bagi umat manusia. Dengan mereka, negara akan diislahkan dan manusia akan tunduk kepada mereka, juga akan diubah rasa ketakutan kepada keamanan dan pemerintahan akan berada di tangan mereka."

Penentangan zaman-berzaman terhadap kebenaran dan keadilan Islam sentiasa dilancarkan oleh musuh-musuh Islam serta golongan munafiq. Tidak cukup dengan serangan militer, mereka melancarkan serangan-serangan pemikiran, budaya dan ekonomi sehingga melumpuhkan kekuatan umat Islam terutamanya golongan muda. Justeru, bagi menangani apa jua cabaran musuh Islam, hanya tarbiyyah Islamiyyah yang mampu menjadi benteng untuk menepis serangan-serangan itu. Tarbiyyah Islamiyyah berperanan dalam membentuk syakhsiyyah Muslim sejati dan menguatkan pergantungan atau �aqidah kita kepada Yang Maha Berkuasa.

PAS mestilah menekuni pemasalahan dan kesulitan yang dialami pada hari ini. Kebejatan peribadi manusia, krisis ekonomi dan impaknya kepada dunia, ketidakstabilan politik serta penindasan terhadap Islam mestilah diselesaikan dengan cara Islam. Maka, bagi menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah sejagat ini, gerakan Islam mesti memperbaharui mekanisme dan pendekatan tarbiyyah supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Walaupun begitu, ia mestilah berpegang teguh dengan prinsip dan dasar Islam sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 256;

"Sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan beriman kepada Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dalam bukunya yang bertajuk, Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi telah mencatatkan peringatan penting untuk kader-kader dakwah mengenai cabaran kekecewaan dalam melakukan 'amal-'amal Islami. Beliau berhujah dan meletakkan beberapa faktor yang menyebabkan lunturnya semangat pemuda untuk berjihad di jalan Allah, iaitu;


(i) pakatan jahat musuh Islam terhadap Islam;
(ii) berbilang jemaah dan permusuhan yang berlaku di antara jemaah;
(iii) kegagalan untuk mencapai kemenangan; dan
(iv) berhujah dengan nas-nas yang menyeru kepada pengasingan diri daripada hidup bermasyarakat.


Dalam hal ini, 'ulama dan mujahid dakwah yang berpengalaman ini telah berpesan supaya jangan wujud satu jamaah yang tidak mengenal Islam melainkan ia hanya bergerak dalam bidang politik dan mengkritik pemerintahan serta kerajaan. Tanpa menghiraukan pengislahan akhlak, penyempurnaan tarbiyyah dan penyucian diri, jamaah seperti ini akan menyumbang kepada kemerosotan usaha jihad. Begitu juga, orang yang berputus asa sentiasa bersikap negatif terhadap potensi gerakan Islam kerana hanya melihat satu demi satu kegagalan dalam menumpaskan kerajaan nasionalis dan sekularis ini. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menegakkan Islam dalam negara tersebut.

Maka, kita merafa�kan doa dan munajat ke hadhrat Ilahi, memohon dengan sesungguhnya supaya seluruh ahli kita sentiasa teguh beriltizam untuk menggalas amanah Islam ini serta istiqamah dalam mendepani pelbagai mehnah dan fitnah yang datang silih berganti. Hanya mereka yang ikhlas dan telah membulatkan tekad kepada Allah akan dibayar oleh Allah dengan ganjaran harga yang cukup tinggi di akhirat kelak. Sesungguhnya martabat para mujahid dakwah yang ikhlas dan benar akan diangkat oleh Allah SWT sebagaimana Janji-Nya di dalam al-Qur'an.

PAS telah meniti dan mengharungi medan demokrasi sejak tahun 1951. Bermula penyertaannya dalam pilihanraya pada tahun 1955 sehingga PRU 12 pada tahun 2008. Sesungguhnya PAS tidak pernah diuji Allah dengan kemenangan sebesar ini. PAS sedar ujian kemenangan adalah jauh lebih sukar daripada ujian kekalahan dalam pilihanraya. Bukan hanya di peringkat luaran, malah di peringkat dalaman. Apa yang telah berlaku selama 15 bulan ini, sewajarnya kita insafi dan tafakkur sejenak. PAS pernah berada dalam keadaan hanya dengan memenangi satu kerusi di Parlimen dan majoriti satu kerusi di DUN. PAS pernah memimpin Pakatan Pembangkang di Dewan Rakyat.

Malah PAS telah menerajui Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan bersama Pakatan Rakyat memimpin Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Ini semua adalah hidangan dan ujian besar daripada Allah buat mereka yang berakal untuk sentiasa memuhasabah diri. Ia akan menjadikan PAS supaya lebih matang dalam mengharungi liku-liku demokrasi ini. Insya� Allah cabaran besar ini akan kita galas, akan kita pikul dan akan kita hargai dengan memberikan pentadbiran politik terbaik kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Imej PAS sebagai parti pembangkang perlu dijenamakan semula. PAS bukan sekadar parti pembangkang � asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan, tetapi PAS kini adalah sebuah Parti Islam yang telah bersedia untuk mengambilalih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan Izin Allah. Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan. Kita perlu sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menawarkan penambahbaikan kepada masalah mereka.

Bukan hanya menunding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat. AlMarhum Bapak Natsir pernah berkata,

"Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah. Tetapi ia tumbuh sendiri dalam hempas pulas kanca, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat".
Pada hari ini kita berhadapan dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang baru tetapi semakin lemah dan semakin laju menjunam ke lembah kebinasaan. Kita pinggirkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, kita melihat kekuatan mereka. Sejauhmana kita sudah mempersiapkan diri untuk menandingi mereka dari aspek pengurusan, ekonomi, pemikiran polisi, enggagement dan sebagainya? Oleh yang demikian, pemuda perlu menampilkan dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-baiknya.

Demikianlah akhlak berjamaah yang kita anuti. Pemuda juga mesti terus teguh mempertahankan Syura. Ramai di kalangan pemuda mempunyai kelebihan-kelebihan yang masih belum dimaksimumkan. Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasakan amalan yang betul. Kita mesti berani membuat re-invention dan re-branding yang menepati sasaran dakwah kita. Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim kita. Jagalah adab-adab berjamaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya. Dan kita yakin, Pemuda PAS sudah bersedia. Pemuda kini sudah mampu dan semakin matang. Dan saya teramat yakin, Pemuda PAS akan bersedia pada bila-bila masa.

Demi sesungguhnya, di dalam jamaah PAS kita kini, telah tersedia saff Pemuda yang memiliki:


(i) barisan pelapis pemimpin yang karismatik;
(ii) ulama� muda yang proaktif lagi profesional;
(iii) academia profesional berilmu Islam yang berwibawa lagi mantap; dan
(iv) ketumbukan pemuda yang tidak pernah gentar dengan jentera musuh.


Itulah benteng kekuatan Pemuda. Itulah ketahanan jamaah. Antum rijal dakwah yang bakal menempah sejarah apabila PRU ke-13 menjelang tiba! Dalam mencapai cita-cita murni Islam ini, Pemuda mesti berperanan sebagai pemangkin dan pelonjak aktiviti jamaah serta menjamin kejayaannya. Pemuda mesti berfungsi sebagai mata dan hati budi jamaah memperbetulkan kesilapan pimpinan dan gigih mempertahankan jamaah daripada sebarang anasir perosak yang menikam jamaah dari dalam. Oleh itu Pemuda mesti berani dan bersiap-siaga memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila diminta oleh pimpinan.

Pemuda yang rata-ratanya bersifat profesional walau apapun latar belakang pendidikan, mestilah menjadi sumber kekuatan yang membantu kepimpinan ulamak yang telah kita bentuk begitu kukuh sejak sekian lama. Gandingan mantap inilah yang akan kita teruskan, paduan tenaga inilah yang akan kita terus gilap dan inilah saff sebenar kita berhadapan dengan pilihanraya ke-13 nanti!

Bukankah Pemuda yang pernah dipimpin oleh bekas-bekas Ketuanya terdahulu telah bekerja keras membina dan mengasaskan kepempinan sedia ada? Bukankah Pemuda juga yang bekerja keras berganding bahu dalam pilihanraya tahun 1999 sehingga 2008 yang lalu dan menghasilkan natijah kemenangan yang kita rasai sekarang? Ayuh...., pada hari ini saya mengajak seluruh Pemuda PAS dalam Dewan Muktamar ini memantapkan gandingan tenaga sedia ada ini ke arah kecemerlangan Islam! Kukuhkan penyatuan kita dan bersedia untuk hadapi hari-hari mendatang.......

Tidak dapat dinafikan peranan pemuda dalam gerakan Islam sedunia. Sebagai contoh, pada tahun-tahun 1970-an, Dr. Ali Shari'ati telah membincangkan peranan pemikir reformasi yang celik atau englightened souls yang berjaya untuk mencapai transformasi secara revolusi. Beliau sering mengingatkan bahawa matlamat golongan cerdik adalah berfungsi menanam kepercayaan dinamik dalam diri umat manusia sendiri bagi membentuk kesedaran diri dan memformulasikan idealisme mereka. Pasakkanlah kesepaduan ini agar dapat menghasilkan impak dan natijah yang luar biasa.

Sebenarnya kita sudah berjaya melahirkan pemimpin pemuda yang berpotensi. Tapi kita mesti bekerja lebih kuat untuk melahirkan pemuda yang luar biasa keupayaannya. Pemuda perlu melakukan pelaburan yang besar dalam membina pelapis kepimpinan dan menjalankan penyelidikan sains sosial dan polisi negara. Kita tidak dapat menafikan kehebatan pemuda dalam mengoperasikan politik, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan tawaran polisi negara yang konstruktif.

Perkara ini penting supaya pemimpin yang lahir dari vakum pemuda mempunyai pemikiran Islam yang jelas, berkarisma tinggi, bijak dalam menyelesaikan konflik, kental iman dan taqwa, berani serta cintakan syahid. Di samping itu, pemuda juga mesti memikirkan jaringan pendidikan yang melengkapkan ketrampilan pemuda. Pendidikan pra-sekolah mesti dititikberatkan, pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti didekati, di peringkat pengajian tinggi mesti dijadikan medan latihan yang paling efektif.

Kesimpulannya, Dewan Pemuda mempunyai elemen-elemen yang mantap lagi tuntas untuk membina sebuah negara yang kita impikan. Kukuhkanlah integrasi kepakaran ilmu, perhebatkanlah gerakan kepemudaan dan yakinlah dengan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya masa depan itu pasti dan tetap milik Islam.- azm

Firman Allah SWT dalam ayat 32, Surah At-Taubah, "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendakinya melainkan Allah akan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya"

Dengan lafaz "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", saya merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke-50, 1430 Tahun Hijriyy bersamaan 2009 Masihi.

Wassalamualaikum wm wb.- azm

Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS 9 Jamadil Akhir 1430 / 3 Jun 2009 Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar

Ulama' dan Profesional-Saling Bertaut

10 Mei 2009

SALAM NIL

إنما يخشى الله من عباده العلمؤا


(Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya ialah ulama')surah Fatir ayat 28

Semakin menghampiri tirai Muktamar Agung PAS Ke-55 dibuka,semakin banyak polemik yang ditimbulkan samaada mengenai berkaitan pemilihan yang akan berlangsung atau berkaitan perkara-perkara lain.Antara isu yang paling top diperbincangkan umum selain perebutan dan pertandingan jawatan dalam parti ialah soal ulama' dan profesional.Saya bukanlah orang yang arif dan pakar berkaitan isu ini,tetapi sekadar ilmu dan kemampuan,insyaallah saya akan cuba mengulas.Harap ada kesilapan,diminta untuk ditegur dan dikritik.Maka setiap sekali tibanya muktamar,maka timbullah isu ulama dan profesional.Malah sejak akhirnya timbulnya istilah PROTAZ(profesional Ustaz),USTAZ MAT(Ustaz Ulama')dan PROLIB(Profesional Liberal)ia lebih 'panas' lagi ketika tahun pemilihan jawatan dalam parti.Isunya menjadi hangat sehingga timbulnya pelbagai kenyataan dan lontaran fikiran dari pimpinan mengenai siapa yang layak untuk memimpin parti.Saya melihat sejak akhir-akhir ini akhbar Utusan Malaysia nampaknya galak benar menulis dan memaparkan tentang perkembangan pemilihan jawatan dalam Pas.Tak tahu lah apa sebenar niat mereka mempromosikan berita sensasi berkaitan pemilihan dalam PAS ini.Namun sebagai anggota jamaah seharusnya meletakkan wala' yang sepatutnya kepada kepimpinan dan bukannya kepada Utusan dan Blog!

Isu ulama' dan profesional ini telah lama dikemundangkan sejak zaman kepimpinan Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor lagi.Ketika ledakan reformasi tahun 1998 akibat pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim,ramai para ulama' dan profesional telah mula menyertai PAS secara aktif, diantaranya Dato' Dr Hassan Ali, Dr Harun Din,Dato' Ismail Kamus,dan ramai lagi.Malah ada yang baru menyertai PAS terus diberi tempat bertanding dalam pilihan raya seperti Dato' Kamaruddin Jaafar,Ustaz Taib Azzamudden Md Taib,Dato' Dr Hassan Ali dan lain-lain lagi .Maka sejak itu,makin bercambahlah kemasukan ulama' dan profesional menyertai PAS dan mereka aktif dalam parti samaada diperingkat cawangan,kawasan,negeri mahupun peringkat Pusat.Malah ketika prestasi PAS merosot pada tahun 2004,Pas terus menerima kemasukan profesional ke dalam parti.Kemunculan pimpinan yang berlatar belakang profesional seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa,Dr Zulkefly Ahmad,Dr Lo'Lo',Dr Mariah dan ramai lagi adalah satu manifestasi keterbukaan PAS sebagai jamaah Islam yang menerima semua lapisan golongan masyarakat menyertai Pas.Malah Al Marhum Dato' Fadhil Noor sendiri menukilkan "kita mahu mem'profesional'kan ulama' dan meng'ulama'kan profesional."

Kita ingin melahirkan ulama' yang bertakwa,takut kepada Allah dan amanah dengan ilmunya sebagaimana dinukilkan Allah dalam ayat yang dinyatakan diawal kalam.Kita tidak mahu melahirkan ulama' yang beku,jumud,pasif dan hanya tahu soal bab hukum-hakam yang asas sahaja sahaja walaupun tidak dinafikan ia merupakan fardhu ain bagi setiap muslim.Kita mahu melahirkan ulama' yang berfikiran segar,boleh menerima tajdid dan mesra dengan semua lapisan masyarakat.Disamping itu juga ulama'juga harus membimbing golongan profesional agar dapat di'ulama'kan dari segi asas pembinaan dasar Islam dan tarbiyah yang kuat.Kita tidak mahu profesional yang liberal dan tidak ada arah tujuan.Disamping itu ulama' perlu memperteguhkan penguasaan ilmu-ilmu semasa supaya ulama' dapat memimpin ummah diabad ini.Medan dakwah hari ini bukannya hanya di masjid dan surau,tetapi ia merangkumi dan meliputi segala bidang dan aspek kemasyarakatan.Golongan profesional juga harus memantapkan ilmu agama dan asas dasar Islam supaya ia dapat memimpin masyarakat kearah jalan yang diredhai Allah.

Tidak dinafikan bagi seseorang ilmu turath itu juga penting,tetapi janganlah kita mengkesampingkan ilmu semasa.Kalau boleh ulama' ini biarlah dapat memotivasi anak-anak remaja dengan teknik-teknik yang menarik dan selaras dengan tuntutna Al Quran.Profesional pulak harus mendalami ilmu turath dan agama dan tidak hanya tertumpu kepada ilmu dan di bidang yang diceburi.Sebagai contoh,kita mahu melahirkan doktor yang bukan hanya mampu mengubat penyakit jasmani yang dihadapi oleh manusia malah dapat mengubati penyakit rohani manusia dengan menjadi murrabi dan pendidik kepada manusia.Sekarang ini sudah ada protaz dalam masyarakat,cuma ia jarang ditonjolkan dalam masyarakat kita.Maka PAS sebagai jamaah Islam harus sentiasa menonjolkan perkara ini.Alim ulama'adalah pewaris ilmu para anbiya'.Mereka mewarisi bukannya harta berkoyan-koyan,tetapi yang diwarisi oleh mereka ialah ilmu yang bermanafaat untuk kemudahan,kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Justeru itu ulama' & profesional perlu terus ditautkan demi menjamin kekuatan Islam terus utuh. Tanpa ulama' gelap gulitalah kita,tanpa profesional tidak lengkaplah dunia.

Wallahua'lam.
Madinah Nasr,Qaherah,Misr

Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah

05 Mei 2009

Salam Nil.

Ditengah-tengah sibuk melayani mata yang hampir layu,saya terbaca artikel Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin (lihat drmaza.com) berkaitan kupasan mengenai derhaka mengikut konteks Islam.Bahkan setelah berlaku krisis politik di Perak dimana MB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terpaksa menyembah derhaka titah KDYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah supaya meletak jawatan berikutan kononnya beliau hilang kepercayaan di kalangan Ahli Dun. Maka timbullah isu bahawa DS Nizar menderhaka kepada Sultan dan isu tersebut dimainkan oleh UMNO/BN sehingga mereka jatuh 'berguling ke kaki bukit' di Bukit Gantang 7hb April lalu. Maka tertimbuslah isu derhaka bersama tertimbusnya UMNO dan BN di Bukit Gantang.

Sejarah menunjukkan banyak dinasti beraja tumbang akibat rakyat menyembah derhaka kepada pemerintah. Apabila raja atau waliyul amr tidak menjalankan amanah dengan betul dan bertanggungjawab,maka rakyat bermuafakat menyembah derhaka kepada raja. Maka lahir ungkapan masyhur Megat Seri Rama sebelum menikam Sultan Mahmud Shah II Johor iaitu: 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH'. Ia menunjukkanjika raja atau pemimpin itu adil,maka ia wajib ditaati. Akan tetapi jika pemimpin itu khianat & berlaku zalim maka raja dan pemerintah wajib disanggah dan ditegur secara beradab & bertertib.

Dalam sejarah Khulafa' Ar Rasyidin juga pernah dinukilkan bahawa seseorang telah menghunus pedang kepada Saidina Umar Al Khattab sambil berjanji akan membetulkan Umar dengan pedangnya jika ia berlaku zalim & tidak menunaikan amanah ummah & rakyat.Ini juga bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya " Tidak wajib taat makhluk dalam perkara yang membuat maksiat terhadap khaliqNya(melanggar perintah Allah)." Hadith ini jelas menyatakan tidak wajibnya rakyat mentaati raja atau pemimpin dalam perkara yang menyalahi tuntutan Syariat

Dalam tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi,Sultan atau Raja merupakan pemerintah di alam nusantara mulai dari Champa sehingga ke Makasar. Ia wujud sejak zaman sebelum kemasukan Islam ke Alam Melayu lagi. Maka apabila dakwah Islam sampai di Alam Melayu,maka institusi Raja diteruskan dengan pemakaian gelaran 'Sultan' kepada raja-raja yang telah memeluk Islam ditangan pendakwah-pendakwah Arab. Maka institusi beraja yang berdaulat terus di beberapa negara di alam Melayu seperti Malaysia dan Brunei walaupun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Barat. Institusi beraja di negara kita terus dipertahan walaupun kekebalan raja-raja telah ditarik oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1983 dan 1993. Sejak berkurun lamanya,masyarakat Melayu percaya raja atau sultan mempunyai daulat dan kemuliaan tersendiri sehingga titah perintah sultan atau wajib ditaati walaupun bertentangan dengan adat resam Melayu dan Syariat. Bahkan masyarakat Melayu zaman dahulu terpaksa menyerah anak gadis untuk dijadikan gundik atau harta mereka kepada sultan walaupun tindakan raja itu salah. Inilah kepercayaan khurafat masyarakat Melayu lama yang menganggap titah diraja adalah mutlak &tidak boleh disanggah. Ini menyebabkan minda mereka terjajah secara batin walaupun dari segi zahirnya mereka merdeka.
Institusi raja turut diperalatkan penjajah dalam mengukuhkan kuasa mereka dan membanteras penentangan terhadap mereka. Ini jelas ketika Peristiwa Gerakan Tani yang dipimpin oleh Haji Ab Rahman Limbong pada akhir 1920an. British telah menggunakan kuasa Sultan untuk menamatkan serangan Gerakan Tani atas alasan orang Melayu tidak menderhaka kepada sultan. Maka gerakan itu dapat ditumpaskan dan pemimpinnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman buang negeri. Ini adalah salah satu contoh bagaimana pihak sultan diperalatkan untuk kepentingan kuasa politik. Malah juga kuasa sultan dihadkan dalam bidang kuasa adat dan syariah yang terhad dan jumud.

Oleh itu,dalam kes DS Nizar dengan Sultan Perak,DS Nizar telah menuturkan dengan penuh adab dan tertib akan sembah derhaka beliau terhadap titah Sultan. Tidak timbul soal derhaka kepada sultan. Sebagai rakyat kita wajib taat kepada pemerintah,tetapi kita tidak diajar untuk taat secara membabi buta tanpa ada pertimbangan akal yang sihat. Pihak sultan harus menjaga akhlak dan budi pekerti sebagai payung kepada rakyat. Keputusan baginda harus berasaskan keadilan dan kemaslahatan umum selaras tugas seorang pemerintah seperti mana yang dinukilkan oleh Imam Mawardi dalam kitabnya Ahkam Sultaniah " menjaga agama dan mentadbir dunia(rakyat) dengannya".
Oleh itu,patik selaku rakyat yang hina dina ini memohon ampun perkenan KDYM Sultan Perak agar menyelesaikan segera krisis politik di negeri tuanku dan memberi semula hak memilih kerajaan kepada rakyat. Patik bimbang,rakyat tuanku akan hilang taat dan hormat kepada tuanku jika tuanku terus mengambil sikap memihak dalam isu ini. Selesaikan krisis secara baik dan adil. Semoga Tuanku dibawah lindungan Allah selalu dan terus bertakhta dalam penuh keimanan,takwa dan adil.Amin.
DAULAT TUANKU!

cairo 5.5.09

'Unity Goverment' dan Khilaf Pimpinan

29 April 2009

Salam Nil

Kurang dua bulan lagi, Pas akan mengadakan Muktamar Agung Ke-56 di Stadium Melawati,Shah Alam,Selangor. Seperti tahun-tahun sebelum ini,muktamar akan menumpukan segala pemasalahan,cadangan dan kritikan untuk didengar,dicerna dan dimuhasabahkan oleh pimpinan dan perwakilan bagi memantapkan lagi jemaah Islam yang mencapai usia 58 tahun ini. Maka medan muktamar wajib digunakan secara berkesan bukan sekadar medan memuji dan mengampu pimpinan tetapi untuk membedah dan membersihkan kelemahan dalam organisasi parti disamping memantapkan hadaf perjuangan di sanubari pimpinan dan ahli bawahan.

Tahun ini juga berlaku pemilihan parti bagi sesi 2009/011 bermula peringkat cawangan-cawangan sehingga kawasan-kawasan. Perkara ini ada normal bagi badan organisasi terutama parti politik. Namun pemilihan dalam parti turut diwarnai rencah dan 'soksek-soksek' mengenai bakal calon-calon yang bakal bertembung Jun ini. Tidak kurang juga 'khilaf' pandangan diantara Mursyidul Am,Tuan Guru Dato' Hj Nik Ab Aziz Nik Mat dengan Tuan Guru Presiden mengenai Unity Goverment atau kerajaan perpaduan yang terus hangat diperdebatkan disana-sini yang mana dicadangkan perkara ini oleh Tg Presiden sebagai alternatif bagi mengatasi kekusutan dan pesaingan politik yang kurang sihat antara Bn dan PR dan menangani kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang.

Bagaimanapun ia menimbulkan polemik apabila Tuan Guru Nik Aziz kurang setuju dengan Tg Haji Hadi. Pandangan Tg Nik Aziz mungkin ada asasnya bimbang Pas akan 'dipatuk' sekali oleh Umno Bn setelah Tg Nik Aziz pernah merasai pahit 'bisa'nya berada dalam BN ketika memegang jawatan Ketua Ulama' Pas Pusat pada tahun 1973 -1977. Beliau dan Dato' Mustapha Ali(Pesuruhjaya PAS Terengganu) yang ketika itu Ketua Pemuda Pas merasai dan melihat bagaimana Parti Islam itu berpecah kerana menyambut salam perpaduan dari Umno Perikatan yang diterajui oleh Tun Razak dan menelan pahit dan bisa apabila Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 akibat berlakunya krisis Pas di Kelantan ketika dibawah kepimpinan Hussein On. Maka selaku orang lama di peringkat pimpinan jamaah,beliau amat merasai perit dan pahit ketika Pas menyertai kerajaan BN. Apabila timbul polemik diantara beliau dan Tg Haji Hadi,maka kita sebagai ahli dan pendokong jamaah Islam harus 'husnu zan' dengan mereka berdua yang mana mereka mempunyai sebab dan hujjah yang syarie mereka berkhilaf.Pandangan saya ,kemungkinan Tg Nik Aziz agak teliti dan cermat dalam kenyataan berkenaan isu kerajaan perpaduan kerana tidak mahu Pas merasai perit dan pahit ditipu dan dikhianati hidup-hidup oleh Umno Bn buat kali kedua. Maka Tg Nik Ab Aziz berkhilaf sedikit dengan Tg Haji Hadi.

Namun,kekhilafan kedua-dua Tok Guru mengenai kerajaan perpaduan tidaklah bermakna mereka bertelagah, jauh sekali wujudnya dua kem atau freksi dalam PAS terutama ketika menjelang muktamar Jun ini. Khilaf di antara dua Tok Guru ini adalah rahmat kepada pimpinan lain dan ahli bawahan. Maka menjadi tugas pimpinan di semua peringkat menerangkan dan mendidik kepada akar umbi tentang pendirian semasa jamaah. Di samping sifat wala' dan sam u' wa toa'h perlu ada dalam setiap ahli jamaah agar dapat melahirkan parti dan ahli yang sentiasa terbuka dan berdisiplin.
Justeru,tidak molek dan wajar untuk kita mencerca dan menghina dua orang Tok Guru dalam media samaada dalam blog atau sebagainya hanya disebabkan khilafnya dalam isu 'Unity Goverment'. Khilaf mereka bersebab dan berhujah.

Oleh itu,saya harap semua pihak menggunakan platform muktamar untuk mencernakan dan menghadamkan khilaf Unity Goverment. Kita serahkan kepada perwakilan untuk membahas isu ini secara ilmiah bukannya secara 'akal separuh masa' dan beremosi. Isu Unity Goverment ini adalah isu besar dan kompleks,maka muktamar adalah pentas yang ideal untuk membahaskan isu ini,bukannya melalui blog-blog atau kenyataan media yang boleh mengusutkan lagi keadaan. Oleh itu,khilaf diantara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi mengenai Unity Goverment harus diamati dan dihadam secara ilmiah serta disingkap tabir dan hakikatnya secara cermat dan halus kerana ini melibatkan survival parti pada masa depan. Cermatnya pimpinan mengurus khilaf ini membuah natijah yang konsensus dalam mengukuhkan Pas dan Pakatan Rakyat yang Pas adalah tulang belakangnya. Persetan media-media arus perdana yang tidak menyebelahi kita,yang paling penting adab jami'e dan wala' harus dijaga dan dipatuhi setiap pimpinan dan ahli. Khilaf benda lumrah,cuma cara dan adab berkhilaf dan adab kita menghadapi khilaf pimpinan perlu kita ambil berat dan cakna 'sokmo'. Insya Allah, Allah bersama orang yang bersabar dan tetap utuh berjuang dalam jamaah Islam.

Wallahua'lam
madinat nasr,cairo,mesir
28hb apr 2009
etisalat wap,NOKIA 5200.

Himpunan 7 Mac Anti PPSMI-Amarah Rakyat Terhadap Dasar Yang Celaka

07 Mac 2009



Saya mula melayari laman maya untuk mengetahui situasi Himpunan 7 Mac AntiPPSMI di Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini seawal jam 8 pagi waktu Mesir(jam 2 petang waktu tanah air).Banyak laman maya saya telusuri untuk mengambil 'mood' himpunan ini walaupun tidak menghadirinya.Maka dilaporkan himpunan telah berjaya menghimpunkan segenap lapisan masyarakat daripada budayawan dan sasterawan seperti Dato' Hassan Ahmad selaku Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan penasihat pertubuhan ini,Sasterawan Negera Dato' A.Samad Said,gurur -guru dan semua lapisan masyarakat bagi membantah pelaksanaan Pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris telah dimulakan pelaksanaannya sejak tahun 2001 oleh Bekas PM,Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak menyusahkan anak bangsa dan melacuri perlembagaan persekutuan yang diagung-agungkan serta menggadai maruah bangsa Melayu itu sendiri.
Keha
diran ribuan rakyat walaupun sanggup bertempur dengan FRU yang bertindak membabi buta menembak gas pemedih mata dan air kimia sehingga ke dalam Masjid Negara membuktikan mereka jelek dan amat menyampah dengan kedegilan kerajaan UMNO dan BN memansuhkan dasar yang 'bangang' ini(bak kata Dr Hassan Ahmad).Rakyat telah lama bersabar khususnya golongan pendidik dengan kerajaan dengan dasar ini yang terang-terang menggadaikan masa depan anak bangsa yang majioriti masih tidak dapat menguasai secara tahap minimum subjek Bahasa Inggeris itu sendiri,inikan pula matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris.Saya secara peribadi amat kesian melihat guru-guru semasa dibangku sekolah yang kadang-kadang agak kekok mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi guru yang telah lemah dalam penguasaan BI.Kadang-kadang guru-guru sendiri terpaksa merujuk kamus pelajar 'sama naik' dengan pelajar yang juga sebahagian besar gagal memahami konsep dalam dua matapelajaran ini walaupun ditunjuk ajar oleh guru dengan bantuan alat bantu mengajar dan LCD.

.Inilah barangkali menyedarkan para budayawan dan sasterawan yang selama ini menyokong secara babi buta dasar ini(walaupun Ahli Parlimen PAS dan BA ketika diketuai Allahyarham Dato' Haji Fadhil Mohd Noor selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PAS ketika itu membantah keras ketika dasar ini mula diperkenalkan ) telah membukakan mata hati mereka melihat 'kecelakaan' dan kebangangangan dasar ini.Maka ditubuhkan satu badan NGO membantah pelaksanaan dasar ini setelah 8 tahun dasar ini yang diketuai budayawan dan sasterawan Dato' Hassan Ahmad dan dinaungi oleh Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said yang menjelajah seluruh negara bagi menguar-uarkan himpunan ini dan memberi penerangan tentang dasar jelek ini.Maka tidak sia-sialah usaha mereka mengembeling tenaga melaksanakan himpunan ini sambil dibantu pimpinan politik seperti Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan pimpian Pemuda PAS dan Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dibantu Angkatan Muda Keadilam,maka 7 Mac 2009,jam 2 petang waktu Malaysia,himpunan ini berjaya secara tertib pada mulanya sebelum disabotaj secara jahatnya oleh polis yang seperti biasa mendapat mandat dari BN untuk menyuraikan dengan apa cara sekali pun demostran ini walaupun mereka tahu yang mereka hadapi ialah rakyat yang hanya bertangan kosong.Maka gambar dibawah ini boleh menjadi saksi bagaimana polis kita masih berada tahap 'minda kelas ketiga' dalam menghadapi himpunan ini dengan bertindak ala 'Yahudi di Palestin'. Dilaporkan ada yang pengsan terkena gas pemedih mata termasuk Haji Muhammad Sabu,Naib Presiden PAS.Walau mana ganas anak buah Musa Hassan ini,tetapi hakikatnya mereka gagal membendung amarah rakyat yang menuntut PPSMI dihapuskan dari Tanah Malaysia tercinta ini. Kepada pejuang,jangan mengalah,Lawan tetap lawan selagi hayat dikandung badan.....!!!!(gambar ehsan Harakah daily,Malaysia Kini,Kelab Greenboc & blog YB Drs Khalil Idham Lim,Adun PAS Titi Serong Perak).


Gas pemedih mata turut disembur di dalam Masjid Negara


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'