Salam Tanah Nil
Setelah meninggalkan bumi Malaysia yg trcinta mnghampiri satu bulan,brmacam aneka peristiwa dan rencah meliputi sosial,politik dan lain-lain telah membadai bumi Malaysia dgn hebatnya.Walaupun jauh bribu-ribu batu dngan Malaysia,namun 'ribut n taufan' yg brlaku di tanah air dapat diikuti dgn rapat yang kadang-kadang meresahkan hati kita sebagai pendokong jemaah Islam.
Komen TGNA dalam blog beliau ( link) tentang 'dua tiga kerat' pemimpin Pas yang bermasalah amat mengejutkan jemaah yang membawa kepada mesyurat khas AJK Pas Pusat pada 28hb Oktober dan diikuti dengan Seminar Pas yang berlangsung semalam di Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar,Gombak,Kuala Lumpur.Walau apapun komen selepas seminar itu,tetapi seminar dikira berjaya merungkai sedikitb sebanyak masalah yang menglingkari parti yang berusia 58 tahun ini.Kehadiran dua tokoh akedemik iaitu Pensyarah Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Dr Ab Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah,Pensyarah Media Universiti Malaya sedikit sebanyak dapat merungkai dan membedah siasat akan kelemahan dan dapat berkongsi idea-idea baru bagi memacu perjalanan parti menjelang PRU ke-13.Jadikan input-input yang dilontar oleh dua org ahli akedemik itu harus dikutip sebagai bekalan menghadapi n mndepani cabaran dalam lanskap politik yg sentiasa brubah.
Tidak dinafikan banyak berita-berita yg kurang enak didengar trutamanya serangan terhadap pimpinan sejak sebelum berlangsung Muktamar Agung Pas di Shah Alam lagi.Masalah puak pro UMNO,Pro Ulama',Pro Erdogan,Ulama'Liberal dan macam-macam jenis label telah meruntuh semangat perpaduan dan melahirkan kecurigaan sesama ahli dan dikalangan pimpinan sendiri.Walaupun Muktamar selesai dan isu UG ini ditamatkan cerita oleh TGHH sendiri,namun cakap dalam blog masih lagi berbunyi.
Yang terakhir ialah nukilan TGNA dalam blog mengenai EGM.Namun kita sbagai ahli jamaah,kita harus brsangka baik dan jangan cepat melatah dalam isu ini.Kpada pimpinan,selesaikan isu ini dan buang kecelaruan dikalangan minda ahli-ahli dan penyokong.Selesaikan isu ini segera seblum wisel PRU 13 ditiupkan....
Semoga jamaah kita terus diberkati Allah dan dijauhi dari sifat dengki-mendengki,menabur fitnah dan sifat-sifat munafiq.
Membuang Kecelaruan.....
09 November 2009
Let's Begin & Penangkapan Dr MAZA
02 November 2009
Salam Tanah Nil
i
Alhamdulillah,sudah seminggu diri ini brada di Tanah Mesir ni utk mnyambung jihad & pngajian di University Al Azhar, Hayyu Hussin Kaherah yg penuh nostalgik itu.Tahun ni x dpat naik tahun krana masih brbaki 5 subjek tahun satu yg masih trkandas,dan yang lebih mncabar,sem(fasal) satu hnya satu subjek shaja yg kandas dan 4 subjek pada sem(fasal )dua pada bulan Mac nanti.
Alhmadulillah prjalanan dari Kota Bharu smpai Kaherah brjalan lancar walaupun brlaku masalah sdikit smasa mlepasi polis di KLIA yg mnyebabkan beg galas trpaksa di 'check in' ke kargo.Tapi semuanya d'lalui dngan selamat.
Sperti mana biasa,Tanah Mesir menerima kemasukan pelajar baru.Kepada pelajar baru,masih belum trlambat utk mengucapkan Ahlan Wasahlan ila Ardhul Kinanah.Semoga dapt mengambil ilmu yng melaut disini dan dapat menjadikan amilin dan ulama' yg brjasa kpada masyarakat dan agama yg skrg memrlukan ulama' dan amilin yg dapat menyelami hati nurani masyarakat dan meminpin masyarakat mengikut apa yg digariskan oleh Al Quran & As Sunnah.
Let's begin!
Jom Pergi Kuliah!(nasihat utk diri sendiri jga)...
ii
Inilah sikap penguatkuasa agama di Malaysia yg kadangkala brtindak mlampaui batas trhadap ilmuan yg brdakwah kpada masyarakat.Sungguh malang ia brlaku dikala Pakatan menguasai Selangor.Mungkin ini satu sabotaj kpada kerajaan negeri.Kita brharap isu ini dapat ditangani dgn baik dan sebagai pnguatkuasa agama,sepatutnya pihak trbabit menangani perkara ini secara hikmah dan cermat supaya tidak menjadi polemik umum.
Kuttub Sittah-Agenda Trsembunyi JPMK??
16 Oktober 2009
salam serambi makkah
hari rabu dpn,insyaallah sya kembali smula ke kota kaherah untuk meneruskan smula pngajian di sana.jam 11.35 mlm hari rabu ni,saya akn mninggalkan malaysia yg penuh aneka ragam politik,sosial dan ragam masyarakatnya yg pelbagai.ada rezeki tahun depan atau jika ada kmampuan utk pulang,jupo pulok ngn teman2 di malaysia.
dua tiga hari ni ada khbar yg kurang enak dri mesir.Selain isu niqab yg masih panas,timbul pulak isu sabotaj scara 'atas darat' oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yg tak semena2 meminta Pusat Konvensyen Al Azhar (ACC) dan Syeikhul Al Azhar,Imamul Akbar Syeikh Sayyid Tantawi supaya membatalkan penggunaan veneu dan program itu yang dijangka akan bermula esok(17/10/2009) shingga Selasa ini(20/10/2009).
Sya mndoakan agar semua kekalutan ni dpt dileraikan.Tidak molek juga kedutaan mensabotaj program ni. hnya tidak 'ngam' ngan PMRAM,program yg begitu bermanafaat ini diganggu dan disabotaj oleh kedutaan. Jangan kerana marahkan nyamuk sebuah rumah dibakar.
atau..kedutaan ada mempunyai agenda lain utk mensabitkan PMRAM dgn parti pembangkang(Pas) di Malaysia sekaligus utk mnguburkan PMRAM secara halus dan mencalar imej PMRAM dihadapan kerajaan Mesir,Syeikhul Azhar dan Masyayikh yg trlibat dlm program ni.
Walaubagaimanapun,sya brharap agar Badan Pengurus PMRAM agar bersabar dan mendoakan agar program akan berjalan dgn lancar serta selamat dari sebarang sabotaj dan tindakan dari mana-mana pihak yg brusaha menggagalkan program yang mulia ini.
Untuk maklumat lanjut tentang program Kutub Sittah dan isu berkaitannya,sila layari laman web berikut:
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/
**************************
Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden PMRAM
PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.
Sekian.
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)
2009
Fatwa Majlis Fatwa Mesir(Darul Ifta') Berkaitan Niqab (Terjemahan)
14 Oktober 2009
sumber:http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/10/terjemahan-fatwa-majlis-kebangsaan.html
(Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussin,Mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
Saya nyatakan di bawah terjemahan fatwa yang pernah diajukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kepada Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah) pada tahun 2007 sebagai satu muqaddimah dalam memahami isu purdah ini. Saya akan cuba untuk mengkaji isu Syeikh al-Azhar Dr. Sayyid al-Tantawi agar isu ini akan semakin jelas buat para pembaca. Diharap para pembaca tidak terburu-buru untuk menghukum tindakan Syeikh al-Azhar semata-mata dengan paparan media baru-bari ini.
****************************
"Tanyalah orang yang mengetahui sekiranya kamu semua tidak mengetahui". (Surah al-Nahl ayat 43)
Segala puji bagi Allah satu-satunya. Selawat dan salam buat Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya, Nabi Muhammad utusan Allah. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Rasulullah, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda secara baik sehingga hari Kiamat.
Kami telah menerima permohonan fatwa daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertarikh 29/5/2007 yang bernombor 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menghalang para mahasiswi Malaysia yang menuntut di al-Azhar daripada memakai niqab (purdah) dengan alasan keselamatan dan takut daripada teroris, sedangkan kedutaan boleh untuk meminta mahasiswi tersebut untuk membuka niqab mereka sebelum mereka masuk ke premis kedutaan bagi mengenalpasti identiti mahasiswi berkenaan.
Persoalan di sini adalah: adakah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dibolehkan dari sudut Syarak untuk memaksa mahasiswi yang berniqab untuk berpegang dengan satu pandangan tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pandangan para fuqaha seperti masalah niqab? Apakah pendirian yang perlu diambil oleh para mahasiswi yang berniqab terhadap ketetapan yang diputuskan oleh pihak kedutaan?
Jawapan:
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya bermazhab dengan mazhab Syafi`e Radhiallahu `Anhu. Di dalam mazgab Syafi`e, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.
Di dalam kitab Hasyiah Jamal `Ala Syarh al-Manhaj sebagaimana yang juga tertera di dalam kitab Syarh al-Mahalli `Ala Minhaj al-Nawawi:
"Adapun aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi, maka seluruh badan".
Di dalam kitab Hawasyi al-Syarwani `Ala Tuhfat al-Muhtaj Libni Hajar `Ala Minhaj al-Nawawi dinyatakan:
"Dapat diketahui daripada kenyataan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat;
• Aurat di dalam solat iaitu apa yang telah dinyatakan sebelum ini
• Aurat apabila bersama dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh badannya termasuklah wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan pandangan yang muktamad (pandangan yang kuat)
• Aurat apabila dia berseorang diri atau ketika bersama dengan mahramnya iaitu sama seperti aurat lelaki."
Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala al-Khatib dinyatakan:
"Adapun aurat wanita di luar solat apabila ada bersama dengan lelaki ajnabi, maka auratnya adalah seluruh badannya termasuklah muka dan dua tapak tangan sekalipun ketika aman daripada fitnah".
Maka berdasarkan soalan yang dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa pihak berkuasa boleh untuk mengambil pendekatan dari sudut keselamatan, mengenal pasti identiti, kaji selidik dan siasatan bagi memastikan keamanan pihak berkuasa. Antaranya adalah meminta agar wanita yang berniqab menunjukkan wajahnya ketika mereka ingin masuk ke dalam premis kedutaan tanpa perlu untuk pihak kedutaan memaksa mereka untuk menanggalkan niqab mereka di dalam premis kedutaan kerana premis kedutaan adalah kawasan umum bagi setiap warganegara.
Wallahu Subhanahu Wataala A'lam.
Ditandatangani oleh tenaga fatwa,
Muhammad Wusam Abbas, Muhammad Syalabi dan Imad al-Din Ahmad `Iffat.
Tarikh: 30/5/2007.
Bagan Pinang-Muhasabah Kekalahan
11 Oktober 2009
Salam Serambi Makkah
Semoga keputusan yang diperolehi ini akn memberikan kita satu natijah untuk menilai dan membedah siasat kelemahan samaada dari segi strategi dan cara menambati hati pengundi.
Maka perlu ada perancangan daripada PR dan Pas sendiri untuk memenangi hati pengundi smula pasca Bagan Pinang khususnya di Wilayah Selatan yang masih tebal dengan zhulumat UMNO/BN.
Semoga ia menjadi pengajaran kpada smua pendokong gerakan Islam Pas dan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus teguh memenuhi aspirasi rakyat.Tahniah kepada pengundi yg istiqamah menyokong calon PAS/BN walaupun ia belum cukup untuk memenangkan calon PAS/Pakatan pada kali ini.
Buat UMNO/BN,
jangan takbur dgn kmenangan ini...Tahniah kpada Isa.Selamat Berkhidmat.
Kepada pimpinan PAS/Paktan:
Mari bermuhasabah!!
Teruskan perjuangan,jangan berputus asa dengan kekalahan ini....
Disebalik kekalahan ini,mungkin ada hikmah disebaliknya...
Teruskan Perjuangan
Rayuan Tok Guru
08 Oktober 2009
Rayuan dan Perutusan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat(Mursyidul Am PAS)kepada Pengundi N31 Bagan Pinang,Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11hb Oktober 2009
"BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"
"PAS FOR ALL"
Ribut & Gempa Bumi- Amaran Allah!
01 Oktober 2009
Salam Serambi Makkah
Ptg semlam berlakunya ribut yg kuat melanda Kelantan.Ribut tersebut menerbangkan atap-atap dan menumbangkan pohon-pohon besar.Ribut luar jangkaan ini turut mengorbankan satu nyawa di Bachok,Kelantan yang ditimpa pohon besar ketika brteduh di kedai.
Gempa Bumi juga berlaku di Padang,Indonesia dan di Kepulauan Somua di Pasifik.100 orang terkorban di Somua akibat gempa bumi dan gelombang tsunami yang membadai kpuluan tersebut.Kemudia lebih 400 lebih terkorban akibat gempa bumi di Padang,Indonesia.
Inilah adalah ujian dan bala' dari Allah s.w.t yg ingin mengajar manusia yg alpa dan trbabas dari jalan yang diredhainya.
Bayangkan hanya lebih kurang 1 minit,ribut membadai dan mengangkat atap2 dan menumbangkan pokok-pokok.Inilah besarnya kekuasaan Allah.Oleh itu marilah kita bermuhasabah,beristighfar memohon ampun dari Allah s.w.t smoga kita dijauhi dari bala' bencana yg mnimpa kita yg kadang2 tanpa disedari dan jga menimpa org yg soleh.
Takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Padang,Indonesia dan mangsa-mangsa ribut di Kelantan.


