Ibrah Sinai & Salam Maulidurrasul

24 Februari 2010

Salam Al Azhar
Alhmdulillah,13hb hingga 15hb Febuari 2010,saya  berkesempatan mengikuti Rehlah ke Sekitar Semenanjung Sinai.Rehlah ini juga disertai oleh 46 orang peserta.Alhamdulillah banyak faedah yang dapat dari rehlah ini.Antara yang paling mencabar ialah pendakian ke puncak Jabal Musa di Tursina yang cukup mencabar ketahanan fizikal.Nasib baik naik waktu malam,klu naik waktu siang,tak tau cam mner rasa.

Alhamdulillah,saya dan teman-teman yang lain dapat merasai jerih payahnya dan kegigihan Nabi Allah Musa a.s menjunjung perintah Allah s.w.t  mendaki gunung Tursina yang curam dan berkerikil tajam demi bermunajat dan menerima kitab Taurat.Saya itu pengalaman yang abadi yang tidak
(gambar sebelah:Qala'h(kubu Salahuddin Al Ayubi di Toba,Sinai)
dilupakan.Walaupun penat,tetapi pengalaman menunaikan solat Subuh di

Puncak Gunung Sinai dan melihat terbitnya suria pagi adalah suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.Insyaallah jika ada fursoh dan tenaga yang kuat,akan ditawan lagi bukit yang penuh barakah ini.Selain menawan gunung Musa,saya dan rombongan turut melawat Uyun Musa,lembu Samiri(gambar bawah),bekas kubu pertahanan Israel semasa Sinai ditawan oleh Israel, dan juga pantai peranginan Dahab.Disana banyak kesan peninggalan anbiya dan mursalin serta tinggalan 
(gambar kanan:tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t di Puncak Jabal Musa)
kerajaan-  kerajaan terdahulu seperti Kubu Salahuddin Al Ayyubi di Toba(walaupun hanya ambik gambar je-nak masuk bayar LE 50 le) dan juga berpeluang sampai dekat dengan sempadan Mesir-Israel di Toba.
Satu peluang yang amat tinggi nilainya.Jika selama ini hanya melihat di kaca televisyen melalui slot Jejak Rasul,maka kali ini,saya merasai sendiri pengalaman menziarahi tempat-tempat yang sebelum ini hanya diikuti di kaca televisyen.Semoga rehlah Sinai 2010 dapat membangkit semangat untuk terus berjuang di bumi anbiya' dalam lapangan penggalian ilmu dan cekal menghadapi ujian dan mehnah,secekal Nabi Musa mendaki Gunung Sinai untuk menjunjung perintah Allah s.w.t.Insyaallah...

2

Sekarang kita berada di bulan Rabi'ul Awal.Maka sinonim dengan masyarakat kita,bulan Rabi'ulawal ialah bulan maulud,iaitu pada tanggal 12 Rabi'ulawal,lahirnya Sayyidul Anbiya' Wal Mursalin,Khatimulanbiya',Muhammmad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab Al Qurashi Al Ismaili Al Ibrahimi sollahua'laihiwasalam.Baru-baru kecoh apabila pihak tertentu menggegak-gempitakan isu pembatalan perarakan Sambutan Maulidurrasul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.Namun,isu ini hanya mainan politik pihak-pihak yang desparate mencari isu-isu yang sensasi untuk menyerang kepimpinan Pakatan P.Pinang.

Maulid ini adalah satu acara dan adat menperingati kelahiran Nabi s.a.w.Ia tidak disunnah oleh Nabi s.a.w,para sahabat,tabii'n.Ia timbul ketika zaman kerajaan Fatimiah menguasai Mesir dan acara memperingati Maulud Nabi ini digunakan secara halus untuk tujuan propaganda Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah

Namun tidak salah menperingati Maulidurrasul s.a.w,namun jangan sampai menghukum sambutan ini bidaa'h yang sesat.Sekurang-kurang generasi awal kita dapat mengenali Nabi Muhammad s.a.w melalui sambutan Maulud dan ia juga boleh menjadi medium dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali Nabi Muhammad s.a.w dan sekaligus Islam sendiri.Adapun pengisian dalam maulud itu,itu adalah terletak kepada kebijaksanaan kita sendiri mengatur dan mengendalikannya.
      
Yang paling penting,cinta kita kepada Nabi s.a.w  tidak hanya berarak dan berselawat berdegar-degar tetapi tinggal sunnah dan lebih teruk lagi menentang perjuangan yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Kecintaan kita kepada Nabi s.a.w mesti diterjemah dengan amal perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah dan Rasul s.aw.
Oleh itu sempena sambutan Maulidurrasul 1431H,marilah kukuhkan iman dan azam kita untuk terus bersama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini serta terus berpegang kepada sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai sabda Nabi s.a.w:

عليكم بسنتي وسنة خلفاء الراشدين المهديين) أو كما قال عليه الصلاة والسلام)
  "Hendak berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang diberi hidayah"
Marilah kita menyambut Maulidurrasul dengan hati yang insaf serta tulus mencintai Rasul s.a.w serta perbanyakan selawat dan salam keatas baginda walaupun dimana berada....
 
  اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحاب محمد
 Selamat Menyambut Maulidurrasul 1431H
 nasr city,cairo

Khitbah & Cinta Bertasbih

04 Februari 2010

Salam Al Azhar...

Setiap manusia dikurniakan perasaan kasih,cinta dan sayang. Itu merupakan sunnatullah kepada makhluk Nya tanpa mengira jantina,bangsa dan warna kulit. Sebagai umat Islam,cinta kita hanya kepada Allah dan Rasul Nya s.a.w. Allah s.w.t juga mengurniakan sifat ingin berpasangan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain.

Bagi menjadikan seseorang individu sebagai teman hidup,maka Islam sebagai agama yang syumul lagi mementingkan kebersihan dari segi menghalalkan nikah dan mengharamkan zina.

Maka muqadimah bagi nikah ialah khitbah atau lamaran. Hal ini merupakan sunnah yang diamalkan sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi rasul iaitu semasa pernikahan baginda dengan Sayyidah Khadijah r.anha. Maka dengan perasaan takut dan gementar penulis cuba mengkhitbah seorang perempuan yang pada hematnya berkenan dihatinya dan cocok untuk dijadikan suri hidup sepanjang hayat.

Namun,tadqir mengatasi tadbir,lamaran penulis ditolak secara baik. Nampaknya cinta belum cukup kuat bertasbih,perlu ditambah dengan ramuan islah diri dan muhasabah serta taqarub kepada Allah s.w.t. Insyaallah,walaupun pedih..hidup mesti diteruskan. Insyaallah akan bertemu jodoh yang pantas menjadi teman dunia dan akhirat. Cinta inilah akan menyebabkan kita dan penulis akan bertasbih bukan kerana menonton filem 'KETIKA CINTA BERTASBIH' tetapi bertasbih dan memuji Rabbul izzati wal jalal,maka sempurnalah doa yang dinukilkan Allah s.w.t dalam surah Al Furqan ayat 74 yang bermaksud ' Wahai Tuhan kami,kurniakan kepada kami isteri/suami serta zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata zahir dan batin dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa'

Semoga kegagalan dalam khitbah ini tidak melunturkan semangat harapan agar 'si dia' menjadi suri penyeri keluarga yang unggul,insyaallah. Semoga ia termaqbul,insyaallah jika diizinkan Allah s.w.t.

Ameen Ya Rabb.

nasr city,cairo
20safar1431
402010

Kalam Pasca Exam...

27 Januari 2010



Semua Rakyat Kelantan dijemput hadir beramai-ramai
Salam Al Azhar

Alhamdulillah saya telah berjaya menyelesaikan imtihan yang tunggal itu denga selamatnya petang ahad lalu (24hb Januari 2010).Insyaallah marilah sama-sama kita manafaat cuti dengan perkara yang berfaedah.Yang ditunggu pada cuti ialah jaulah ke Sinai.Tak tahu sama ada nak pergi atau tidak.Insyaallah ada rezeki rasa nak pergi juga.

catatan Ambang Imtihan...

15 Januari 2010

Salam Imtihan...

Mulai esok,teman yg mnuntut di universiti al azhar assyarif,hayyu hussin,kaherah,mesir akan memulakan 'pertempuran' imtihan sem 1.Bagi pelajar syariah,pada sem ni ada 5 madah(subjek),usuluddin 6 madah dan lughah 5 madah atau 6 madah.Sem ini sya ada satu madah iaitu ulum hadith pada 24hb ni
Risau juga la walaupun satu madah saje.Smoga Allah s.w.t memberi kemudahan dalam menjawab soalan yg ditanya nanti.

Politik dan situasi haru biru dengan isu kalimah Allah yg muncul akibat keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dlm pnerbitan majalah dan surat khabar.Saya berharap perkara ini dapat di lendikkan.Jika ia akan menjadi krisis agama dan kaum yang kronik jika tidak ditangani dengan cermat dan penuh hikmah.

Bagi saya,kalimah Allah ini tidak sesuai untuk digunakan di Malaysia untuk agama selain Islam.Kerana ia akan membawa kpada implikasi dari segi pemahaman generasi muda dan kanak-kanak.Ini tidak dibenarkan dari segi waqie' (keadaan semasa dan setempat) di Malaysia yang berbilang bangsa dan tahap pemahaman agama yang pelbagai.Adapun dari segi hukum fiqh,maka ia diharuskan .Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan secara ilmiah bukanmya secara demonstrasi,kerana ini berkaitan agama.Adalah lebih baik dialog antara ulama' Islam dan pihak gereja perlu diperbanyakkan agar isu-isu sensitif melibatkan tidak timbul dikemudian hari.Usaha-usaha pemantapan akidah Islam juga harus diperhebatkan supaya umat Islam faham tentang agamannya dan mantap akidahnya.Marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa memelihara Malaysia daripada sebarang anasir-anasir yang jahat.


15hb Januari 2010 bersamaan hari Jumaat berlakunya gerhana matahari Anilus yang dapat disaksikan oleh penduduk dunia di beberapa negera di Asia & Afrika.Sebagai seorang Muslim,kita digelakkan oleh Nabi s.a.w agar menunaikan Solat Kusuf As Syams( كسوف الشمس) atau Solat Khusuf Al Qamar ( خسوف القمر)  apabila berlakunya gerhana Matahari( كسوف الشمس)  atau gerhana bulan( خسوف القمر).Oleh itu marilah sama-sama menghayati kejadian Allah s.w.t  dan menyedari kelemahan kita sebagai hambaNya.

1501010
nasrcity,cairo
 

Exam,Sewa,Roomate dan......

06 Januari 2010

Salam Tahun Baru 2010


Alhamdulillah,kita memasuki tahun baru 2010M dengan dimulai dengan gerhana bulan di beberapa tempat di di dunia ini.Namun ia bukanlah petanda tahun 2010 bakal dilalui dengan aman dan makmur.

Musim exam hampir menjelma.Persiapan akhir berjalan rancak dan mulai 16hb ni bermulanya gempuran imtihan bagi pelajar Malaysia di Mesir samaada azhariyyun atau tib..

Didoakan smoga teman2 dikuatkan iman dan jiwa dalam menghadapi imtihan dan insyaaallah akan memperolehi natijah yg terbaik.

Tirai 2010 juga dimulai dengan kenaikan sewa rumah.Walaupun kenaikan itu tidak mendadak,namun perpindahan teman serumah ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA),namun ia sedikit sebanyak 'menambah' sedikit beban bayaran sewa dan makan-minum.Namun saya brharap ia dpat diharungi dengan skadar trmampu.Allahul Mustaa'n

'Kbangangan' dan 'kmngkukan' roomate kembali mnggila.Maklumlh...smakin dekat dngan exam,semakin mnggila dan brtambah 'blur'nya. Sem lpas pun cam tu juga...x tau buat cam mner ag.'Blur'nya duk tang tu la juga...

duk mikir juga nk cari rumah lain,malas sebalik dgn dia ni..tapi nk buat cam mner,rumah mahal2 belaka kat cni dan jauh dari hayyu sabi'.

alang kepalang,Kena mngdap la juga budak ni....nak buat cam mner...nasib badan

p/s: siapa makan to'miah dia rasa masin nye ;-p

Selamat Berjuang dalam Imtihan....
Selamat Memulakan sesi persekolahan baru buat adik2 dan teman2 kat Malaysia....Bittaufiq Wannajah...

Al Qardhawi & Meniti Imtihan......

21 Disember 2009

Salam Hijrah....

i



Dr Yusuf Qaradhawi ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H
dari KDYMM Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah,Timb.Yang Dipertuan Agong

Sekarang ini masih lagi dalam mood sambutan Hijraturrasul s.a.w 1431H. Dan Malaysia pada tahun ini bertuah kerana menerima kehadiran ulama' tersohor dan mujadid kurun ini iaitu Fadhilatul Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi hafizohullah yang mana beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H oleh Kerajaan Malaysia sebagai menghargai jasa,keilmuan kepada dunia Islam dan ummah amnya.Sesungguhnya penganugerahan ini adalah kecil dibanding sumbangan Al Qardhawi dalam  bidang ilmu dan pembaharuan khususnya dalam bidang fiqh pada kurun ini.Karyanya yang juga tesis Phd beliau Fiqhuz Zakah  amat bernilai disamping karya-karyanya yang lain seperti Fatawa Muasorah,Fiqhud Daulah,Fiqh Al Awlawiyyat dan banyak lagi.Amat rugilah jika tema-teman di Malaysia yang miss muhadhorah perdana beliau samaada ketika Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan,Muhadhorah Perdana mengenai Fiqh Jihad dan Muhadhorah di Masjid Sultan Salahuddin Ab Aziz Shah,Shah Alam.Kesempatan ini amat bernilai dan wajar direbut dengan sebaik mungkin.Kita mendoakan semoga beliau terus diberi kesihatan untuk berbakti kepada ummah dan insyaallah diizinkan Allah dapat bertemu dengan rakyat Malaysia di masa akan datang.

ii

tidak sampai sebulan lagi,pelajar-pelajar di bumi anbiya' ini akan menghadapi imtihan atau exam fasal(sem) satu yang dijangka akan bermula pertengahan bulan depan. Pada sem ini saya ada 1 madah yang kandas iaitu madah Ulum Hadith. Dan bagi pelajar baru,ini merupakan pengalaman baru dalam menghadapi imtihan.Walaupun telah menghadapi imtihan qabul baru-baru ini,namun ia tidak sama.Maka saya menasihati diri ini dan teman-teman agar bersiap-sedia menghadapi imtihan ini.Bagi pelajar baru,segarakan pendaftaran kuliah dan urusan kernih(kad pelajar) kerana ia penting dalam menghadapi peperiksaan.Namun yang paling penting ialah pergantungan kita kepada Allah s.w.t.Berusaha,berdoa dan bertawakal kunci kepada kejayaan.Namun yang palin penting ialah sabar menghadapi ujian dan mehnah ketika mencari ilmu di bumi Mesir ini.

Saya mendoakan  semoga pelajar azhariyyun dan tibb dikurniakan Allah kejayaan dalam imtihan yang bakal menyusul dan dikurniakan ketabahan dalam meniti hari-hari menjelang imtihan.... 

Kalam Tahun Baru.....

16 Disember 2009




 
Salam Al Azhar & Tahun Baru 1431H..
 
Alhamdulillah,syukur kpada Allah s.w.t kerana Allah masih lagi memberikan lagi nikmat yg melimpah ruah dan insyaallah pada petang hari Khamis ini,kita akan meninggalkan tahun 1430 Hijrah dengan seribu kenangan dan ingatan yg beraneka rencah.Suka duka telah dilalui walaupun kadang-kadang menusuk qalbu dan melegakan hati yg lara.
 
Sesungguhnya menjadi lumrah setiap perkara akan ada penghujungnya.Maka di hari-hari akhir di tahun 1430H,saya berpesan kpada diri saya sendiri dan kepada teman-teman dan sahabat sekalian agar marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membedah segala  kelanjuran dan kelemahan kita sebagai hamba Allah dan sebagai plajar Islam.
 
Sesungguhnya 1430H akan meninggalkan bnyak kenangan.Bagi yg melalui pengalaman buruk,gagal dan duka sepanjang tahun ini,maka jadikanlah 1431H sebagai tahun menimbus segala keburukan dan kedukaan serta mara dan terus cekal menghadapi mehnah dan tribulasi sebagai pejuang di jalan Allah. 
 
Bagi yg telah berjaya dan menghadapi 1430H dengan kegembiraan,maka jadikan 1431H sebagai jalan untuk memantapkan kejayaan serta istiqamah dalam kejayaan.Ingatlah,kejayaan dan kegembiraan tidak akan sentiasa melingkari kita dan kegagalan dan kedukaan tidaklah sentiasa menghantui kita.

Maka sempena kehadiran Awal Muharam 1431H,saya berpesan kepada diri saya dan teman-teman dan sahabat-sahabat agar meningkatkan amalan kita dan Insyaallah kita jadikan tahun baru ini sebagai 'turning point' untuk memantapkan lagi keimanan dan istiqomah dalam segala amal kehidupan dan marilah kita mendoakan agar Allah s.w.t  menganugerahkan taufiq dan hidayah serta kejayaan dalam setiap amalan kita lebih-lebih lagi sebagai pelajar di Bumi Mesir dan di Malaysia.Semua tautan ukhuwah kita terus mekar walaupun dibadai musim dingin atau dihembus musim panas.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hijraturrasul 1431H kepada semua yang mengenali diri ini.Maaf Zahir dan Batin dan semoga terus dibawah lindungan Allah. Semoga tahun 1431H menjanjikan kebahagian dan kegembiran kepada kita semua...Selamat Beramal pada hari A'syura...


كل عام وأنتم بخير

والله التوفيق والرشاد

الله أكبر ولله الحمد
Salam Perjuangan!

الحي السابع ،مدينة النصر ،القاهرة
الجمهورية مصر العربية


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'