Muhasabah & Royalti Bergegar di RKB....

22 Mac 2010

 KAMI ANAK-ANAK KELANTAN DI MESIR MENYOKONG TUNTUTAN ROYALTI OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Salam Al Azhar


21hb Mac 2010,bertempat di Dewan  Tok Kenali,Rumah Kelantan Baru(RKB),Hayyu Sabi',Madinah Nasr,Kaherah,Republik Arab Mesir,satu majlis Dialog Separuh Penggal Ahli Jawatankuasa Tertinggi Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir(KPKM) sesi 2009/2010 dan Tanda Tangan  Tuntutan Royalti telah dianjurkan dengan jayanya.Dialog tahunan dianjurkan saban tahun oleh pihak kepimpinan KPKM  untuk membedah siasat dan mendapatkan komentar dari ahli-ahli KPKM tentang prestasi AJKT KPKM sepanjang separuh penggal menejui badan yang menerajui kebajikan anak-anak Kelantan di Bumi Mesir ini.(Gambar dibawah:Ust Muhammad Najid Abdullah,Yang Dipertua KPKM 2009/010)

Banyak persoalan,kritikan,bidasan,lontaran idea dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli samaada daripada ikhwah  mahupun akhawat untuk menambah baik perjalanan KPKM untuk separuh penggal yang berikutnya.Walaupun adakala suasana menjadi panas dan terdapat sedikit kelakar,namun semua pertanyaan itu jelas ingin melihat AJKT 'bangkit' dari mimpi kekuasaam dan menambahbaik khidmat mereka kepada ahli KPKM yang bertebaran di bumi Kinanah dari Alex sampai ke Giza...

Alhamdulillah dialog tersebut berlangsung secara harmoni dan penuh ukhuwah Islamiah.Segala teguran dan libasan hendaknya diambil perhatian dan ihtimam oleh AJKT dan Insyaallah segala permasalahan bermula dari masalah rumah,musyrif,pelajar perubatan sehinggalah kepada urusan bangunan baru akan dapat ditanggani dalam separuh penggal AJKT ini menerajui KPKM bagi sesi 2009/010.Insyaallah,Allah bersama dengan mereka  yang  ikhlas  dan tidak menggunakan jawatan sebagai Exco dan Ketua Biro untuk  kepentingan dan menjadi  'manggak' dan takbur dengan jawatan yang dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar KPKM yang lalu.

(gambar atas:Antara AJKT KPKM yang hadir) 

Majlis diteruskan dengan kutipan tandatangan untuk tuntutan Royalti Minyak yang mana Kerajaan Kelantan sedang  berhempas pulas menuntut royalti daripada Kerajaan Pusat.Maka sebagai rakyat Kelantan maka KPKM menyokong tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan dan mengambil inisiatif mengutip tandatangan rakyat Kelantan seluruh Mesir bagi menunjukkan solidariti warga Kelantan di Bumi Kinanah dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu royalti ini.

KAMI  NAK ROYALTI  BUKAN  EHSAN !!!

...................................................................

Sheikhul Azhar Yang Baru!!

Fadhilatul Imamul Akbar
Sheikh Dr Ahmad Muhammad Tayyib
فضيلة الإمام الأكبر الشيخ الدكتور أحمد محمد طيب

Hosni Mubarak, the Egyptian president, has named Sheikh Ahmed Mohammed Ahmed al-Tayeb as head of Al-Azhar, the country's most prestigious seat of Islamic learning, state television reported.

Mubarak, who is recovering from gall bladder surgery in Germany, appointed Tayeb on Friday, nine days after the death of Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, the previous head of the institution.
Al-Azhar institution, which includes a 10th century mosque, a university and several affiliated schools, is Sunni Islam's highest seat of learning. Its role is to propagate Islamic teachings and culture around the world.

"I want to express my deep appreciation of the trust bestowed on me by President Hosni Mubarak," Tayeb told the MENA news agency by telephone from his home town of Al-Qurna.
The grand imam of Al-Azhar has been appointed by presidential decree since 1961 and the institution receives most of its funding from the state, opening up the post to criticism of being too close to the government.

Tayeb is known for his tough stance against the Muslim Brotherhood, Egypt's largest and most organised opposition group, which remains officially banned despite popular support.
In 2006, he condemned a military-style parade by Brotherhood students at Al-Azhar University in which they wore black facemasks "like Hamas, Hezbollah and the Republican Guard in Iran," he said at the time.

Born in 1946, Tayeb joined an Al-Azhar affiliated school at the age of 10.

He has spent more than 40 years at the institution, receiving a PhD in religion and philosophy from al-Azhar university in 1977 before becoming a faculty member and then dean of the philosophy department.

Tayeb has been in charge of the al-Azhar university since 2003 and was Grand Mufti, Egypt's highest religious legal authority, from 2002 to 2003.

He is widely considered to be a moderate.

(sumber:http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/03/2010319165631215994.html)

you came to me....

13 Mac 2010

Salam Al Azhar

Dr Sami Yusuf(gambar di atas),anak kelahiran Iran merupakan seorang penyanyi nasyid yang masyhur di rantau Eropah dan Timur Tengah.Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau mempunyai mesej ketuhanan yang menyentuhkan kalbu dan pujian dan sanjungan kepada kekasih dan khatimul anbiya' Nabi Muhammad s.a.w.Antara lagu-lagu yang masyhur ialah Al Mua'lim,Hasbi Rabbi,Supplication,Ya Rasulullah,Asma Allah dan banyak lagi.Maka tidak hairan beliau digelar sebagai duta dunia (Global Ambassador).

Pada bulan Ramadhan tahun lepas,Dr Sami Yusuff muncul dengan lagu terbaru beliau You Come To Me.Alhamdulillah,saya baru terjumpa dan  mendengar lagu tersebut.Maka tanpa berlengah lagi,saya terus mendownload lagu terbabit kedalam laptop saya.Lagu tersebut cukup menyentuh qalbu dan mempunyai maksud yang mendalam.Ia menyerlahkan perasaan syukur,kasih dan penghargaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa risalah hidayah dan petunjuk kepada umat manusia.

Penghayatan beliau terhadap amat mendalam dan menusuk jiwa dan membangkitkan semangat kecintaan dan iqrar kita kepada Nabi s.a.w....

Oleh itu,marilah menghayati klik video yg begitu indah dibawah dan marilah perbanyakkan selawat keatas Nabi s.a.w....Semoga jiwa anda terhibur....

ALFATIHAH-hilangnya permata yang konterversi.......

10 Mac 2010

 Al Marhum Al Imamul Akbar Syeikh Dr  Muhammad Sayyid Tantawi
(1928-2010)

Salam Al Azhar

Hari ini dunia Islam kehilangan sebutir permata dan ulama'  yang banyak menabur bakti kepada ummah selama 81 tahun berada di alam yang fana' ini.Kembalinya Al Imamul Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi,Syeikhul Al Azhar As Syarif  merupakan satu kehilangan besar dalam lapang ilmu dan ummah.Penulis pernah mempelajari tafsir semasa  mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menggunakan kitab yang dikarang oleh Imamul Akbar Al Marhum Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi.

Al Marhum pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Mesir selama 10 tahun mulai  tahun 1986 hingga 1996 sebelum dilantik sebagai Syeikhul Azhar oleh Presiden Mesir,Muhammad Husni Mubarak.

Walaupun banyak kenyataan konterversi yang dikeluarkan oleh Al Marhum khususnya dalam isu riba dan niqab yang jelas mendapat kritikan sesetengah ulama',namun jasa dan sumbangan Al Marhum dalam menambahbaik sistem pendidikan di Al Azhar serta ketinggian ilmu Al Marhum terutama dalam bidang tafsir harus dikenang sepanjang zaman.

Kepada keluarga Al Marhum,salam takziah dan semoga ruh  Al Marhum diletakkan disisi para syuhada' dan solihin...AL FATIHAH

إنا لله وإنا إليه راجعون


مدينة النصر 
24 Rabiul Awal 1431H
10 Mac 2010

Lompat-Melompat...Dari Air Jernih ke Lubang Najis?

04 Mac 2010

      YB Dato' Seri Zahrain Hashim(Bayan Baru)          YB Tan Tee Bang (Nibong Tebal)
Salam Azhar 

Sejak dua menjak sudah 3 ahli dewan rakyat(gambar-gambar yang diletakkan  pada artikel ni) dari parti keadilan rakyat(PKR) telah mengubah pandangan politik kepada BEBAS.Bagi arif dalm politik,perkara lompat-melompat adalah perkara biasa dan lumrah dalam sistem demokrasi.

Walaupun amalan ini sah di segi demokrasi,namun dari segi moral dan agama,ini adalah salah dan dianggap mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat dan parti dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.Lebih2  lagi yang melompat tu dari pembangkang ke parti kerajaan,maka walaupun sejuta penafian dan alasan dinyatakan,namun ia tidak dapat melindungi dan menimbus persepsi bahawa MP ini telah disogok untuk melompat menyokong kerajaan lebih-lebih ketika kerajaan dalam terdesak untuk mendapat majioriti 2/3 di Dewan Rakyat dan lebih lagi-lagi menjelang persempadanan semula kawasan pilihanraya yang memerlukan majioriti 2/3 untuk diluluskan.
(gambar atas:YB Hj Mohsin Fadzli Hj Samsuri(Bagan Serai)
Namun,pesanan saya kepada MP yang melompat dan ada hati nak melompat,fikir semasak-masaknya dan timbanglah,adakah kita ni melompat ke air yang jernih atau ke tong najis? lebih2 lagi jika sampai menumbangkan sebuah kerajaan seperti yang berlaku di Perak.Jika berada di dalam tong najis,maka amat bagus dan wajiblah kita melompat ke air yg jernih dan suci.Namun,sbaliknya jika berada di air yang jernih tetapi melompat ke dalam tong najis yang kotor dan jijik,maka amat 'bangang' dan 'bahlol' lah tindakan dan perbuatan tersebut...

Fikirkan  dosa pahala dan rakyat yang  mengharap khidmat anda seblum melompat.....

Ibrah Sinai & Salam Maulidurrasul

24 Februari 2010

Salam Al Azhar
Alhmdulillah,13hb hingga 15hb Febuari 2010,saya  berkesempatan mengikuti Rehlah ke Sekitar Semenanjung Sinai.Rehlah ini juga disertai oleh 46 orang peserta.Alhamdulillah banyak faedah yang dapat dari rehlah ini.Antara yang paling mencabar ialah pendakian ke puncak Jabal Musa di Tursina yang cukup mencabar ketahanan fizikal.Nasib baik naik waktu malam,klu naik waktu siang,tak tau cam mner rasa.

Alhamdulillah,saya dan teman-teman yang lain dapat merasai jerih payahnya dan kegigihan Nabi Allah Musa a.s menjunjung perintah Allah s.w.t  mendaki gunung Tursina yang curam dan berkerikil tajam demi bermunajat dan menerima kitab Taurat.Saya itu pengalaman yang abadi yang tidak
(gambar sebelah:Qala'h(kubu Salahuddin Al Ayubi di Toba,Sinai)
dilupakan.Walaupun penat,tetapi pengalaman menunaikan solat Subuh di

Puncak Gunung Sinai dan melihat terbitnya suria pagi adalah suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.Insyaallah jika ada fursoh dan tenaga yang kuat,akan ditawan lagi bukit yang penuh barakah ini.Selain menawan gunung Musa,saya dan rombongan turut melawat Uyun Musa,lembu Samiri(gambar bawah),bekas kubu pertahanan Israel semasa Sinai ditawan oleh Israel, dan juga pantai peranginan Dahab.Disana banyak kesan peninggalan anbiya dan mursalin serta tinggalan 
(gambar kanan:tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t di Puncak Jabal Musa)
kerajaan-  kerajaan terdahulu seperti Kubu Salahuddin Al Ayyubi di Toba(walaupun hanya ambik gambar je-nak masuk bayar LE 50 le) dan juga berpeluang sampai dekat dengan sempadan Mesir-Israel di Toba.
Satu peluang yang amat tinggi nilainya.Jika selama ini hanya melihat di kaca televisyen melalui slot Jejak Rasul,maka kali ini,saya merasai sendiri pengalaman menziarahi tempat-tempat yang sebelum ini hanya diikuti di kaca televisyen.Semoga rehlah Sinai 2010 dapat membangkit semangat untuk terus berjuang di bumi anbiya' dalam lapangan penggalian ilmu dan cekal menghadapi ujian dan mehnah,secekal Nabi Musa mendaki Gunung Sinai untuk menjunjung perintah Allah s.w.t.Insyaallah...

2

Sekarang kita berada di bulan Rabi'ul Awal.Maka sinonim dengan masyarakat kita,bulan Rabi'ulawal ialah bulan maulud,iaitu pada tanggal 12 Rabi'ulawal,lahirnya Sayyidul Anbiya' Wal Mursalin,Khatimulanbiya',Muhammmad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab Al Qurashi Al Ismaili Al Ibrahimi sollahua'laihiwasalam.Baru-baru kecoh apabila pihak tertentu menggegak-gempitakan isu pembatalan perarakan Sambutan Maulidurrasul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.Namun,isu ini hanya mainan politik pihak-pihak yang desparate mencari isu-isu yang sensasi untuk menyerang kepimpinan Pakatan P.Pinang.

Maulid ini adalah satu acara dan adat menperingati kelahiran Nabi s.a.w.Ia tidak disunnah oleh Nabi s.a.w,para sahabat,tabii'n.Ia timbul ketika zaman kerajaan Fatimiah menguasai Mesir dan acara memperingati Maulud Nabi ini digunakan secara halus untuk tujuan propaganda Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah

Namun tidak salah menperingati Maulidurrasul s.a.w,namun jangan sampai menghukum sambutan ini bidaa'h yang sesat.Sekurang-kurang generasi awal kita dapat mengenali Nabi Muhammad s.a.w melalui sambutan Maulud dan ia juga boleh menjadi medium dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali Nabi Muhammad s.a.w dan sekaligus Islam sendiri.Adapun pengisian dalam maulud itu,itu adalah terletak kepada kebijaksanaan kita sendiri mengatur dan mengendalikannya.
      
Yang paling penting,cinta kita kepada Nabi s.a.w  tidak hanya berarak dan berselawat berdegar-degar tetapi tinggal sunnah dan lebih teruk lagi menentang perjuangan yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Kecintaan kita kepada Nabi s.a.w mesti diterjemah dengan amal perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah dan Rasul s.aw.
Oleh itu sempena sambutan Maulidurrasul 1431H,marilah kukuhkan iman dan azam kita untuk terus bersama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini serta terus berpegang kepada sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai sabda Nabi s.a.w:

عليكم بسنتي وسنة خلفاء الراشدين المهديين) أو كما قال عليه الصلاة والسلام)
  "Hendak berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang diberi hidayah"
Marilah kita menyambut Maulidurrasul dengan hati yang insaf serta tulus mencintai Rasul s.a.w serta perbanyakan selawat dan salam keatas baginda walaupun dimana berada....
 
  اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحاب محمد
 Selamat Menyambut Maulidurrasul 1431H
 nasr city,cairo

Khitbah & Cinta Bertasbih

04 Februari 2010

Salam Al Azhar...

Setiap manusia dikurniakan perasaan kasih,cinta dan sayang. Itu merupakan sunnatullah kepada makhluk Nya tanpa mengira jantina,bangsa dan warna kulit. Sebagai umat Islam,cinta kita hanya kepada Allah dan Rasul Nya s.a.w. Allah s.w.t juga mengurniakan sifat ingin berpasangan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain.

Bagi menjadikan seseorang individu sebagai teman hidup,maka Islam sebagai agama yang syumul lagi mementingkan kebersihan dari segi menghalalkan nikah dan mengharamkan zina.

Maka muqadimah bagi nikah ialah khitbah atau lamaran. Hal ini merupakan sunnah yang diamalkan sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi rasul iaitu semasa pernikahan baginda dengan Sayyidah Khadijah r.anha. Maka dengan perasaan takut dan gementar penulis cuba mengkhitbah seorang perempuan yang pada hematnya berkenan dihatinya dan cocok untuk dijadikan suri hidup sepanjang hayat.

Namun,tadqir mengatasi tadbir,lamaran penulis ditolak secara baik. Nampaknya cinta belum cukup kuat bertasbih,perlu ditambah dengan ramuan islah diri dan muhasabah serta taqarub kepada Allah s.w.t. Insyaallah,walaupun pedih..hidup mesti diteruskan. Insyaallah akan bertemu jodoh yang pantas menjadi teman dunia dan akhirat. Cinta inilah akan menyebabkan kita dan penulis akan bertasbih bukan kerana menonton filem 'KETIKA CINTA BERTASBIH' tetapi bertasbih dan memuji Rabbul izzati wal jalal,maka sempurnalah doa yang dinukilkan Allah s.w.t dalam surah Al Furqan ayat 74 yang bermaksud ' Wahai Tuhan kami,kurniakan kepada kami isteri/suami serta zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata zahir dan batin dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa'

Semoga kegagalan dalam khitbah ini tidak melunturkan semangat harapan agar 'si dia' menjadi suri penyeri keluarga yang unggul,insyaallah. Semoga ia termaqbul,insyaallah jika diizinkan Allah s.w.t.

Ameen Ya Rabb.

nasr city,cairo
20safar1431
402010

Kalam Pasca Exam...

27 Januari 2010



Semua Rakyat Kelantan dijemput hadir beramai-ramai
Salam Al Azhar

Alhamdulillah saya telah berjaya menyelesaikan imtihan yang tunggal itu denga selamatnya petang ahad lalu (24hb Januari 2010).Insyaallah marilah sama-sama kita manafaat cuti dengan perkara yang berfaedah.Yang ditunggu pada cuti ialah jaulah ke Sinai.Tak tahu sama ada nak pergi atau tidak.Insyaallah ada rezeki rasa nak pergi juga.


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'