Gerakan Tarbiyyah-Satu Penilaian Ilmiah (1).

25 April 2009

Salam Dari Bumi Anbiya'

Tarbiah merupakan suatu perkara penting dalam pembentukan sahsiah peribadi seseorang Muslim yang berjaya dan berkualiti.Sudah banyak program tarbiah dianjurkan pelbagai pertubuhan diseluruh dunia Islam sejak ribuan tahun lalu. Sejarah pembinaan tarbiah insan bermula sejak azali lagi dan Nabi s.a.w juga ditarbiah secara langsung dari Allah s.w.t sebagaimana mafhum sabda Baginda
" Tuhanku telah mendidiku dan dialah sebaik-baik pendidik".
Tarbiah ini amat penting dalam pembentukan minda dan akhlaq seseorang Muslim yang mu'min. Tanpa tarbiah gerak kerja kita seharian dan amal islami agak kurang mantap dan berkesan. Gerakan tarbiah samaada fardiah atau jami'yah lebih menonjol dan mencapai zaman keemasan di zaman permulaan tumbang Khilafah Uthmaniah Turki sehingga meledaknya Revolusi Islam Iran tahun 1979. Sebelum ini gerakan tarbiah di kenali dengan gerakan Islah yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Selepas meledaknya Revolusi Islam Iran,gerakan tarbiah makin subur dan makin mendapat sambutan. Buku-buku karangan tokoh gerakan Islam seperti Al Maududi, Imam As Syahid Hassan Al Bana', As Syahid Sayed Quthb,Said Hawa,Fathi Yakan dan ramai lagi diterjemah dan dijadikan teks rujukan dalam pengisian tarbiah selain Al Quran dan Hadith samaada secara fardiah atau jami'yah. Maka istilah usrah,tamrin,qiamulail,rehlah mulai 'famous' dan dikenali ramai dan menjadi pasak bagi gerakan Tarbiah. Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya tranformasi dalam bidang politik seperti pembentukan 'Kepimpinan Ulama' ' pada tahun 1983 berikutan perlantikan Haji Yusuf Rawa sebagai Presiden Pas. Pas sebelum ini dianggap agak meminggirkan tarbiah ketika dibawah Dato' Asri Haji Muda telah memasukkan elemen penting tarbiah baik untuk pimpinan ataupun untuk ahli bawahan bagi meneguhkan kefahaman ahli tentang perjuangan Islam yang di dokong Pas. Hasilnya lahir pimpinan yang mempunyai karisma dan minda yang penuh ilmu dan thaqafah. Namun,Pas dilihat gagal mentarbiah ahli bawahan sehingga lahirnya NG0-NGO Islam seperti JIM,ABIM dan lain-lain.
Pertubuhan ini diwujudkan oleh bekas mahasiswa yang pulang dari negara barat yang mempunyai gerakan tarbiah yang mantap. Mereka melihat Pas hanya lebih menekankan perjuangan untuk menegakkan Islam secara politik sahaja tanpa dibina asas tarbiyah yang kukuh terutama di kalangan sesetangah pimpinan parti dan ahli biasa. Maka wujud lah persatuan-persatuan terbabit yang lebih selesa bergerak diatas landasan non partisan. Maka Pas harus berterima kasih kepada pertubuhan ini kerana dengan adanya kedua-duanya,JIM dan ABIM,maka ramai pimpinan lahir daripada kilang tarbiah kedua-dua jamaah ini seperti Hj Mohamad Sabu, Tuan Guru Haji Hadi,Al Marhum Ust Fadhil Noor dan ramai lagi. Malah ramai pimpinan sekarang adalah bekas pendokong JIM dan ABIM. Kedua-dua jamaah ini hanya kepada tarbiyyah dan pembangunan modal Insan serta perkaderan yang mungkin kurang berkesan di lakukan oleh Pas.

Maka kesimpulannya gerakan tarbiyah telah berjaya membentuk Pas untuk lebih dinamik dan relevan dengan tuntutan semasa. Namun kepimpinan harus mentarbiah dan ditarbiah agar tidak lari daripada orbit Islam seperti mana yang pernah di sebut oleh Al Marhum Ust Fadhil Noor,Bekas Presiden Pas. Perkembangan semasa dan cabaran masa kini yang semakin kompleks mewajibkan setiap ahli dan pimpinan sentiasa ditarbiah atau sentiasa dalam suasana tarbiah. Pas sebagai Jemaah siasah ada la sedikit sebanyak lemah dari segi tarbiah dan pengkaderan,maka kedua-dua jamaah ini berfungsi mengkader pimpinan pelapis supaya dapat meneruskan perjuagan berteraskan Islam serta menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu,tarbiyah amat penting dalam mewujudkan pimpinan yang kolektif serta faham akan akar tarbiah serta adab dalam berjamaah. Maka ini perlu diberi perhatian serius oleh ketiga-tiga jamaah ini terutamanya Pas yang bakal mengadakan muktamarnya di Shah Alam bulan Jun ini. Pemantapan kerja jamaah dan tarbiah harus dipergiatkan agar dapat melahirkan amilin yang berkualiti bagi memastikan kelangsungan dakwah Islamiah khususnya di bumi Malaysia dan dunia amnya. Oleh perancangan tarbiyah yang berkesan mampu melahirkan kepimpinan yang berkualiti dan bersih fikrahnya dari anasir yang kotor serta songsang serta dapat membaca waqie' semasa masyarakat hari ini.

Wallahua'lam.
Madinat Nasr,Cairo,Mesir.
29 Rabiulakhir 1430H/ 25 04 09.
Etisalat wap,NOKIA 5200.

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'