Kapal Mavi Marmara
Salam Imtihan
Kerancakan persiapan imtihan teman-teman di bumi Anbiya' dikejutkan dengan serbuan tentera Laut dan Komando Israel keatas Kapal Mavi Marmara yang membawa sukarelawan Flotila Keamanan Life 4 Gaza yg dalam perjalanan misi utk memecahkan kepungan Zionis keatas Gaza serta menyampaikan bantuan kemanusian kepada rakyat Pelastin di Gaza yg dikepung oleh Israel dan mangkuk ayung 'saudara seagama' Mesir sejak Hamas menguasai Jalur Gaza sejak 2008 dan ditambah lagi selepas Perang Gaza-Israel pada Dis.2008 hingga Januari 2009 yang memburukkan lagi kemalaratan rakyat Palestin di Gaza akibat sekatan barangan dan pergerakan oleh kedua-dua pihak,Israel dan Mesir.
Kedatangan misi ini ke Gaza telah 'disambut' dengan kasar,ganas dan penuh ke'brutal'an,lebih2 lagi dilaporkan 19 orang sukarelawan syahid dan puluhan lagi cedera..kapal terbabit telah ditunda ke Ashdod dan ditahan di penjara di selatan Israel. Ketika artikel ini ditulis, ada juga sukarelawan trutamanya yg mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel telah dihantar pulang dan selebihnya masih ditahan oleh Israel.

Oleh itu, marilah kita mendoakan keselamatan teman2 kita yg sedang ditahan di Israel termasuk 12 orang rakyat Malaysia yg turut menyertai konvoi ini.Marilah sama2 kita bermunajat kepada Allah s.w.t dan membaca doa Qunut Nazilah pada rakat akhir setiap solat lima waktu (selepas i'tidal) dan solat hajat spertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda menghadapi pengkhianatan dan pembunuhan sahabat-sahabat baginda dalam Peristiwa Ar Rajei' dan Telaga Maunah serta ketika Nabi s.aw dan para sahabat menghadapi kepungan Bala Tentera Al Azhab.Nas Qunut Nazilah iaitu:
اللهم إنا نجعلك في نحور أعداءنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم فرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب
إهزمهم وانصرنا عليهم
tentera komando Israel ketika mula menceroboh
Mivi Marmara pada pagi Isnin 31hb Mei 2010
Life 4 Gaza....
الله أكبر
خيبر،خيبر يايهود
جيش محمد(صلى الله عليه وسلم)سيعود
مدينة النصر
2 jun 2010
19 jumadilakhir 1431H
terbaru:12 orang rakyat yg ditahan oleh Israel telah dibebaskan
sumber:Malaysiakini
terbaru:12 orang rakyat yg ditahan oleh Israel telah dibebaskan
sumber:Malaysiakini
sebahagian foto demonstrasi bantahan dunia terhadap kekejaman Zionis
terhadap misi flatila keamanan 'Life 4 Gaza'
PARIS
JAKARTA
ISTANBUL
0 ulasan:
Catat Ulasan