Salam Serambi Makkah
Tika pena ini mula bergerak menulis,saya telah berada di tanah air saya yang tercinta,Kelantan Darul Naim yang terkenal dengan semangat Islam dan keluhuran budi penduduknya.Rabu 15 Julai 2009 jam 11.10 pagi,saya menjejakkan kaki di bumi bertuah ini.Saya melihat tidak ketara sangat perubahan semaada keadaan sekeliling,keadaan sosial dan pembangunan.Saya melihat bandar Kota Bharu sudah semakin membangun dan tidak tertinggal dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Saya juga sempat merasai musim durian,manggi,rambutan yang sedang berbuah sekarang.Alhamdulillah sempat juga merasa durian.Naik panas dibuatnya sementelahan cuaca kat sini agak panas 'berlengas'.Tapi banding dengan kat Kaherah lagi panas Kaherah.
Setakat ini,saya masih berkelana dirumah,dan alhamdulillah,barang-barang dari Mesir semua sudah diterima oleh penerima masing-masing.
Buat masa ni,jadi imam kat surau dekat rumah.Alhamdulillah.
Peluang dapat pulang ke Malaysia menyimpulkan makna tersendiri.Bertapa bermakna peluang bersama orang yang disayangi, dan bertapa ruginya ilmu yang 'kurang' digali semasa berada di Kota Raya Kaherah yang sibuk sokmo itu. Kalau setakat tazkirah dalam usrah dan liqa' kecil itu,bleh la lagi tapi,kalu bagi kuliah kat orang kampung,mau tak ketar kepala lutut dan anak tekak!Maklumlah ilmu yang sekadar 'sudu teg' belum memungkinkan diri ini untuk terjun dlam kancah masyarakat yang braneka rencah.
Buat teman-teman yang tidak pulang tahun ini,insyaallah,ada rezeki,boleh balik la tu.Namun jangan persiakan fursah musim panas.Biar padang pasir di Siwa saja yng kering,jangan jiwa dan iman kering tanpa pengisian.Biar jiwa dan dada kita penuh dengan ilmu,iman dan taqwa dan sesekali takbur dengan ilmu yang dimiliki.
Insyaallah nukilan ini adalah pesanan untuk teman-teman dan yang empunya diri.Ada masa buan 10 ni jmpa lagi
Selamat Bercuti!
Selamat Mencari Ilmu
Selamat Berjaulah & Bermatrouh Siwa.
Dari kejauhan....
Kota Bharu,Kelantan
29 Rejab 1430H
22 Julai 2009M
cetusan Kota Bharu
21 Julai 2009
Jaulah Masa & Minda
05 Julai 2009
As Salam Misr
Kehidupan terus berjalan tanpa mengenal erti penat & lelah.Sejak menjejak kaki ke bumi Anbiya' yang penuh onak duri dan serpihan kaca perjuangan,bermacam ragam hidup telah dirasai samaada pahit atau manis.Kadang-kadang rasa nak marah pun ada,nak menjerit meraung pun ada.A'la kulihal,jika tidak ada iman & taqwa didada,mahu tergelincir dibuatnya
Sekarang ini musim jaulah & cuti bagi pelajar dirasat Al Azhar & Perubatan.Bagi pelajar perubatan di Universiti Ain Shams,mereka tamat peperiksaan 8hb Julai ini.Maka musim cuti diisi dengan bermacam aneka jenis program dari talaqqi,tafaquh,kursus perubatan Islam,bazaria dan macam-macam lagi.Musim cuti ini juga diisi dengan aktiviti membina masjid atau walimatulurus.Teringat pengalaman semasa cuti sekolah di Malaysia,bertimbun-timbun datang kad kenduri kahwin memenuhi rumah.Kalu sempat,pergi,kalau tak,kirim salam la.
14hb Julai,terbang lah pulang berziarah di Malaysia.Sebenarnya tak tahu buat apa juga balik ini.Didoakan semoga ada manfaat yang dapat dikutip dari jaulah ke Malaysia.Disamping membedah siasat kelemahan dan kelanjuran semasa di bumi anbiya' ini disamping memantapkan niat & tekad serta menambahbaik sahsiah dan minat terhadap ilmu,especially ilmu yang bernuansa 'pondok' dan turath.Semoga terus diberkati Allah selalu.
Label:
cetusan hati
di
7/05/2009 06:46:00 PTG
0
ulasan
Kiambang Bertaut Kembali....
22 Jun 2009
Salam Ukhuwah
Alhamdulillah,segala kekusutan yang melingkari jemaah Pas selepas usainya Muktamar Pas Ke-55 akhirnya berjaya dirungkai. Hari ini tercatat sebagai 'Hari Perpaduan dan Ukhuwah' dimana pada tengahari tadi,Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen memutuskan sepakat menolak Kerajaan Perpaduan(UG) dengan UMNO disamping tidak menutup pintu perbincangan mengenai kemaslahatan negara & rakyat amnya. Kenyataan ini ditandatangani oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang. Maka saya secara peribadi mengharapkan isu UG ini telah selesai dan telah menemui kata noktahnya hari ini. NO To UG!
Yang Pasti, 1 Malaysia hari ini berasa gembira & terharu dengan kerendahan diri hati dan kesediaan YAB Tuan Guru Mursyidul Am yang menarik balik kenyataan keras terhadap Timb. Presiden Pas,YB Ust Nasharuddin Mat Isa yang meminta Ust Nasha meletak jawatan sebagai Timb. Presiden dan MP Bachok beberapa hari lepas. Sesungguhnya kenyataan Mursyidul Am ini amat dinantikan seluruh ahli jamaah & rakyat bagi menyejukkan suhu politik Pas yang bergelegak sekarang ini. Sekurang-kurangnya,impian musuh-musuh Pas untuk melihat perpecahan dalam kepimpinan Pas telah menemui kegagalan. Penerimaan jawatan AJK Pas Pusat oleh Abg Mat Sabu dan Dato' Husam Musa menambahkan lagi jalinan ukhuwah diantara pimpinan & akar umbi. Semoga ia mampu merapatkan kembali saf yang longgar sebelum ini dan bersatu menghadapi rintangan dan cabaran dalam arena politik Malaysia. Benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan Allah dalam satu sof dan jamaah laksana satu binaan yang tersusun rapi " (surah As Sof ayat 4).
Semoga semua pihak dalam Pas melupakan sengketa mengenai & membuka buku dan lanskap baru iaitu kukuhkan jamaah,mantapkan pakatan rakyat,Insyaallah,kejayaan pasti akan menjelma.
Jadikan PRK Manek Urai ini sebagai batu tanda kesungguhan kita menentang anasir luar dalam parti serta menautkan kembali ukhuwah yang terlucut buat sementara. Insyaallah dengan apa berlaku sekarang ini,kiambang telah bertaut semula!.
ALLAHUAKBAR!!!
Bandar Nasr,Kaherah.
29 Jumadal Akhir 1430H/22 Jun 2009.
Kerajaan Perpaduan-Menyejuk Amarah Tok Guru...
20 Jun 2009
As Salam Misr...
Saya mengikuti dengan cemas perkembangan polemik Kerajaan Perpaduan (UG) dari rantauan yang menyebabkan rumahtangga Pas bergegar hebat. Menambahkan lagi 'gegaran' kenyataan Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Ab Aziz yang meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb.Presiden & Ahli Parlimen Bachok. Amarah Tok Guru ini mengejutkan politik negara & seingatan saya,belum pernah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang agak pedas & keras kepada pimpinan mahupun lawan. Ini menyebabkan Ust Nasha 'hilang' tanpa dikesan selepas keluarnya statement Tok Guru itu. Presiden,Tuan Guru Haji Ab Hadi masih diluar negara,Ust Nasha hilang entah kemana,parti jadi bercelaru. Inilah situasi parti siasah dakwah tertua di Malaysia waktu ini.
Pesanan saya kepada dua pihak,anti dan pro UG. Boleh berbincang dengan UMNO-BN tetapi perlu dilakukan secara sistematik dan mengambil kira taktik & muslihat UMNO-BN yang sentiasa ingin mengkucar-kacirkan Pas. Bukan tak boleh tapi fikir dan teliti semasak-masaknya. Sejarah mengajar bagaimana Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 dan tumbang Kerajaan Pas Kelantan pada 1978 adalah hasil bikinan UMNO yang menjadi tok dalang dalam krisis Pas dan Politik Kelantan pada waktu itu. Oleh kepada pengerak dan penyokong UG,saya saran cadangan ini dibatalkan buat masa ini. Perkukahkan PR & baru kita lihat dan perhalusi semula gagasan UG. Bukan Tak boleh,tapi belum kena pada waktunya. Pemimpin Veteran seperti Tok Guru Nik Ab Aziz sudah tentu merasai peritnya bersama BN. Nama je dalam BN,tapi Pas tetap diperlakukan macam pembangkang walaupun dari segi zahirnya dapat jawatan menteri dan exco. Pengalaman yang memahitkan inilah Tuan Guru amat menentang UG ini sejak mula ia diperdebatkan walaupun diperingkat cadangan.
Oleh itu,saya mengharapkan semua pimpinan dan ahli agar 'berpuasa mulut' mulai sekarang. Biar UMNO sorang berkokok. Tunggu kata putus dalam Mesyuarat Majlis Syura dam AJK Pas Pusat. Dalam hal ini juga sepatutnya Majlis Syura boleh membuat kata muktamad mengenai UG seperti mana mereka buat semasa memutuskan kerjasama dengan Semangat 46. Saya yakin isu ini akan berakhir jika Majlis Syura Ulama' membuat kata muktamad dan saya ia akan menyejukkan semua pihak dan keadaan terutama Tok Guru yang bermati-matian menentang UG ini. Kepada blog-blog,puasakan pena tuan-tuan dan jangan keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Berusaha untuk jernihkan keadaan,bukannya jadi penambah bara dan api permusuhan. Nampaknya buat masa ini semua pihak kena 'puasa' dari bercakap pasal UG sehingga keputusan muktamad diputuskan.
Maka konklusinya,isu ini mengajar kita erti wala' dan samu' wa thoa'h dalam jamaah. Ia juga menguji sejauh mana cermat ahli & pimpinan mengurus dan mencernakan kusut yang melingkari jamaah. Sama-samalah kita nanti bagaimana 'ending' UG ini.
Bandar Nasr,KAHERAH
20 JUN 2009
26 JUMADAL AKHIRAH 1430H.
Kerajaan Perpaduan & Mat Blur 'Terakongkang'*
18 Jun 2009
Salam Ardhul Kinanah
i
Nampaknya polemik kerajaan terus membara walaupun telah usai Muktamar Pas ke-55 di Shah Alam beberapa minggu lepas. Kemuncaknya apabila keluarnya kenyataan dari Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Ab Aziz meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb. Presiden dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Saya yakin seluruh negara tercengang dengan kenyataan Tok Guru itu yang saya fikir keras dan cukup mendalam maknanya. Melihatkan keadaan sekarang,isu kerajaan perpaduan telah menyebabkan rumahtangga Pas dan Pakatan Rakyat berkecamuk. Manipulasi media massa dan blog-blog 'hantu raya' telah berjaya mengkucar-kacirkan jamaah secara halus dan sistematik. Kecelaruan belum terurai dan masih kabur untuk akar umbi memahaminya.
Betul,setiap ahli dan pendokong wajib taat akan arahan pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat. Namun dalam situasi sekarang,saya percaya ramai ahli bawahan keliru dan terkeliru dengan statement pimpinan yang kadangkala tidak dihadam dengan betul,maka akibat berlaku kecelaruan dan salah faham di antara ahli dan akhirnya membawa kepada perasaan curiga ahli terhadap pimpinan. Ditambah lagi liputan dan manipulasi media 'hantu raya' yang melampau-lampau dan bias dalam melaporkan berita berkenaan pembangkang menambahkan lagi kusut di kepala.
Justeru apa peranan kita sebagai ahli bila berlaku perkara demikian? Sudah tentu sikap wala' dan menjaga adab berjamaah dan berkhilaf pendapat adalah kunci untuk mengelak isu ini berterusan. Apa yang terjadi ialah sesetengah ahli yang tidak memahami konsep & idea menghentam pimpinan dalam blog dan lebih payah lagi di media 'hantu raya'. Inilah terjadi kepada Ust Nasha. Bukanlah saya ingin menyebelahi beliau tetapi kalau betul pun beliau ada tersilap dan salah caturan,maka tidak wajar kita menghentam beliau bagai nak nghak!. Lebih-lebih lagi isu ini telah dijawab dalam muktamar. Namun,resmi manusia,dijolok juga sarang tebuan walaupun tahu akan disengat. Yang menjadi mangsanya ialah jamaah itu yang kacau-bilau.
Maka saya dengan penuh rendah diri memohon pimpinan Pas agar menyelesaikan konflik ini secara hikmah dan tidak terbawa-bawa dengan rentak tari media 'hantu raya'. Maka sudah tentu yang ruginya adalah jamaah. Nasihat saya kepada Ust Nasha,lagi molek & berhikmah Ust hentikan dulu statement Kerajaan Perpaduan. Biar Majlis Syura Ulama' yang menentukan konsep dan idea samaada perlu diteruskan atau tidak. Kami mengharap tuan-tuan & puan-puan pimpinan Pas agar dapat menyelesaikan isu ini sebelum 'bisul pecah keluar darah'.
ii
Dalam artikel yang lalu, ada saya menceritakan tentang room mate atau rakan sebilik yang 'blur'. Bukanlah saya ingin membuka aib 'mamat' ni,tetapi kadang-kadang geram juga tengok dia. Rasa lempar dia dalam Sungai Nil dan 'perhanyut' ke Laut Mediterenean. Kalu tak pun 'tohok' dia kat padang pasir Aswan biar 'mampus' kat situ. Geram juga kadang-kadang 'blurnya' sampai tahap kronik dan tak 'dapek den nak nolong'. Kadang-kadang kalau boleh sabar dengan 'Mat Blur Terakongkang' ni. Tp kesabaran ada batasan juga. 'Kebluran' nya sudah sampai tahap gaban.! Ambo tak tahe doh wei! Tak tahu doh nak buat guano. Ada juga kawan-kawan dan teman-teman nasihat supaya padam post yang lepas berkaitan dan ber'damai' dengan 'mangkuk' ni. Saya terima nasihat & saya cuba juga walaupun artikel itu saya tidak padam tapi still blur & blur. Tak tau nak buat macam mana. Wait &see je la. Still jadi Mat Blur Terakongkang.
Bandar Nasr,Kaherah,Mesir
25 Jumadal Akhirah 1430H
* siapa makan udang dia terasa gatalnya
Hilangnya 'Permata' Dakwah dan Haraki...
14 Jun 2009

(Al Marhum Dr Fathi Yakan)
Salam Saifi
Selepas pelajar Malaysia khususnya Perubatan di Qasrul Aini menangasi pemergian Al Marhum Dr Muhammad Ammar Zulkifli Rabu lepas dalam nahas jalan raya di Suez,petang semalam,perginya pula seorang tokoh ulama' haraki dan dakwah yang banyak menyedarkan ummah mengenai perjalanan dakwah dan peranan yang harus dimainkan setiap individu muslim sebagai daei yang 'amru bi maa'ruf wan nahyu anil munkar'. Beliau yang dimaksudkan ialah Sheikh Dr Fathi Yakin. Beliau yang berusia 77 tahun diisytiharkan meninggal dunia di hospital selepas doktor bersepakat membuang alat bantuan hayat yang melingkari jasad beliau. Perginya beliau menghadap penciptaNya merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam khususnya dalam bidang haraki & dakwah. Buku beliau yang menjdi teks usrah di seluruh dunia Islam dan khususnya di Malaysia ' Ma yaa'ni intimai lil Islam' (Apakah erti aku menganut Islam) mengajak kita supaya bermuhasah dan merenung apakah peranan kita sebagai umat Islam. Beliau menjelaskan dan mengajak kita agar menterjemahkan konsep Islam dan kalimatu tauhid dalam segenap aspek hidup mulai dari diri sehingga kepada pemerintahan negara dan antarabangsa. Al Marhum juga menjadi pendamai antara tentera Lubnan dan Kumpulan Fatah Islami yang bertempur di Khemah Nahrul Barid. Al Marhum juga memimpin banyak badan kebajikan dan dakwah di Lubnan selain pernah menjadi ahli Parlimen Lubnan sehingga tahun 1996.
Semoga Allah memberkati usaha beliau dan mengampun dosa beliau serta menempatkan roh beliau ditempat yang tertinggi di kalangan syuhada' dan solihin. AMIN,al Fatihah.
Seksyen 7,Bandar Nasr,Kaherah,Mesir.
14hb Jun 2009.
21hb Jummadal Akhirah 1430H.
Iskandariah Yang Mengasyikkan & Belansungkawa buat Almarhum Dr Ammar(Tahun 3 Tib Qasrul Ain).
11 Jun 2009
Salam Iskandariah
i
Buat Pertama kali saya menjejak kaki di Kota Cleopatra,Iskandariah bersama teman. Saya transit di rumah kawan lama semasa di MML,Dr Irsyad. Alhamdulillah,saya sempat menziarahi tempat bersejarah dan menarik di Iskandariah seperti Maktabah Iskandariah yang cukup besar dan mengagumkan dengan ribuan buku-buku dan internet percuma . Saya juga sempat menziarahi Makam Imam Al Busiri,Pengarang Kitab Nahjul Burdah,Makam Waliullah,dan juga Makam Cicit Nabi s.a.w iaitu anak-anak kepada Ali Zainal Abidin bin Hussin bin Ali. Saya juga mengunjungi Kubu Salahuddin yang cukup mengasyikkan di tepian pantai. Alhamdulillah,sampai juga saya di Iskandariah yang cukup permai dari hiruk pikuk dan bising hon dan debu seperti di Kota Raya Kaherah. Rasa seperti di kawasan Semut Api,PCB. Terima kasih dan alfun syukran kepada Dr Irsyad Zamani yang sudi menerima saya & teman sebagai tetamu untuk beberapa hari ini.
ii
Ketika pulang dari City Centre,Iskandariah malam tadi bersama teman-teman,saya menerima berita 5 pelajar medic terbabit dalam nahas jalan raya. Sesudah usai solat subuh pagi tadi,saya terima berita seorang pelajar yang terlibat terkorban dalam nahas itu ketika dalam perjalanan ke hospital di Suez. Saya mengucapkan ta'ziah kepada keluarga Al Marhum Ammar Zulkifli atas pemergian beliau ke Rahmatullah. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t & ditempatkan di kalangan para solihin & syuhada'. Amin. Saya mengenali secara tak langsung semasa kunjungan ke rumah Dr Nasrullah di Kelantan tahun lepas dan kami berbuka puasa bersama-sama dan sempat beramah mesra walaupun sekejap Saya secara personal juga amat merasai kehilangan Al Marhum. Kepada teman sepejuangan almarhum,salam ta'ziah dan semoga terus tabah & teguh pendirian dalam menghadapi musibah. Kita doakan semoga bagi 3 orang sahabat yang masih kritikal di hospital & masih dalam tahanan polis akan cepat sembuh & terus sentiasa dibawah perlindungan Allah dalam menghadapi musibah ini..
AL FATIHAH
Syari' Bur Said,Syathibiy ,Iskandariah,Mesir
10hb Jun 2009.
