Salam perjuangan dan imtihan
menyambung kalam......
16 Jun 2011
catatan hujung tahun baru
14 Disember 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
Setelah setahun mengharungi tahun Hijrah 1431H,maka tiba masa berpisah dengan 1431H.Muncul pula 1432H.Diucapkan smoga kedatangan tahun baru menberi sinar kebahagian dan menguatkan azam kita, sekuat azam Rasulullah s.a.w dan sahabat karibnya,Saidina Abu Bakar As Siddiq r.anh mengharung ekspidisi hijrah yang cukup mencabar demi kelangsungan dakwah Islamiah.
1431H menceritakan pelbagai cerita dan adegan suka sepanjang berkelana di bumi anbiya'.Sedih,suka,kecewa,pening,marah merupakan asam garam dan gula dalam kehidupan setiap insan yang lemah tak terdaya.Umat Islam di 1431H terus berada di zon kelemahan dan masih statik serta terkial-kial mencari kekuatan ditengah-tengah kepesatan kemodenan yang berlari deras menghempas dunia maya?
Namun,adakah kita bersedia menghadapi hempasan badai kemodenan yang kadangkala membawa batu kerikil yang adakala menyakitkan kita jika tidak cermat ditepis.
Saya tinggalkan untuk dijawab setiap individu yang mengaku umat Islam?
1431H melakarkan suasana politik Malaysia yang semakin bercelaru dan berkecamuk dengan isu perkauman dan ketuanan Melayu yang tak puas sudah dipalu oleh pihak-pihak tertentu,lebih teruk lagi media-media arus perdana turut 'tumpang semangkuk' menghangatkan suhu yang sudah sedia panas pasca Pilihan Raya ke-12 8hb Mac 2008.Kerajaan yang bukan sebulu dengan parti kerajaan persekutuan terus-menerus dianaktiri secara halus dan mewujudkan 'kerajaan dalam kerajaan'.Kaedah politik zaman batu masih diamalkan walaupun dunia buana ini berubah dan berlalu deras.
Apakah yang kita harapkan dari tahun baru ini...? adakah gah sekadar azam tahun baru dan sambutan yang bernilai mahal itu?
Sebagai ummah,kita mendoakan tahun baru 1432H menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya walaupun berlakunya perubahan sosial,ekonomi dan politik.itu semua lumrah. Itu saja harapan kita.
1432H,insyaallah menjanjikan suasana aman damai dan semoga kehidupan kita terus dibawah lambayung hidayah dan barakah Allah s.w.t.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H.......
Selamat Berpuasa 9,10,11 Muharram
'Satu Ummah Satu Matlamat'
Hayyu Sabie',Nasr City
9 Muharram 1432
14/12/2010
Mauizah Tasyriq...
19 November 2010
salam hari tasyriq......
bulan ini(nov.) telah memasuki bulan ke-4 saya berada di bumi Kelantan Serambi Makkah....dan masih di dalam suasana Eidil Adha Al Mubarak yang disambut di Malaysia pada hari Rabu 17hb Nov. 2010 bersamaan 10hb Zulhijjah 1431H dan Negara-negara lain menyambut Eidil Adha pada Selasa 16hb Nov. 2010.
Banyak rencah-rencah yang berlaku di Malaysia sepanjang 4 bulan keberadaan saya di sini. Sebelum ini,kita diwarnai dengan Pilihan Raya Kecil Galas yang mengajar erti pahit dalam perjuangan.Kekalahan Pas dalam pilihanraya tersebut dengan majioriti 1,190 undi memberi isyarat amaran kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas di Kelantan supaya menperkemas jentera parti dari segi fizikal dan spritiual.
Kita masih merayakan Eidil Adha.Saban tahun kita mngorbankan binatang ternakan namun adakah mengorbankan diri untuk berbakti kepada ummah yang dahagakan bimbingan.Adakah kita sudah 'menyembelih' sifat mazmuh dalam diri kita.
oleh itu,sempena kedatangan Eidil adha,marilah sama menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah s.w.t sebagai contoh pedoman dalam mendepani cabaran dalam perjuangan...
Salam Eidil Adha....
1911010/12121431
Eid Mubarak,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar....Daulat Tuanku
18 September 2010
Salam Eidilfitri
Mauizah Pra-Eidil Fitri
06 September 2010
Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
coretan hujung pagi ramadhan.....
01 September 2010
salam ramadhan dri serambi Makkah