rencah imtihan 1

19 Mei 2010

salam imtihan

Firman Allah s.w.t:













dewasa ni,gerbang imtihan sudah dimasuki oleh teman-teman trutamanya dalam dari Kuliah Perubatan yang telah memulakan oral test kira-kira 2 minggu lepas.Namun Allah s.w.t telah mengurniakan ujian yg maha hebat kepada teman-teman di rumah tingkat 4(satu imarah(bangunan dengan ana).Tiga mangkuk Arab telah memecah masuk rumah ketika teman-teman menunaikan solat Jumaat di Masjid Maahad Libbi yg berhampiran rumah kami dan mencuri 3 laptop,6 handset,1 kamera dan 1 hardisk external.Ujian ini amat menyerabutkan fikiran teman-teman yg bergelumang dengan cabaran imtihan yg bakal menjelang.

Namun,Alhamdulillah,dengan kuasa Allah s.w.t, tiga orang pencuri itu berjaya diberkas oleh amnu daulah(polis mesir) dan kebanyakan barang-barang yg dicuri dapat ditemui.Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pimpinan PMRAM Pusat yg diketuai oelh Presiden PMRAM,Ustaz Sharizan Hazime dan Pimpinan Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yg diketuai oleh Barisan Penasihat yang bertungkus lumus membantu meringankan beban teman-teman yg ditimpa musibah.Semoga ini menjadi pengajaran kepada teman-teman supaya menitikberatkan soal keselematan yg mnjadi hambatan kepada siswa/wi di bumi Anbiya' ini,lebih2 lagi ketika menghadapi fatrah imtihan yg bakal menjelang....

Alhamdulillah,urusan kenaikan nama di kuliah bagi pelajar-pelajar baru Perubatan telah selesai dan alhamdulillah masing2 sudah atau sedang menyelesaikan urusan pendaftaran kuliah yg trtangguh hampir 5 6 bulan.Namun,kisah pelajar-pelajar Qiraat Syubra masih belum lendik walaupun mereka dibenarkan
mngambil ujian pada bulan 7,namun isu ni sudah meletup sampai ke Malaysia.Pihak pimpinan Shubra sedang bertungkus lumus menyelesaikan masalah teman2 di Shubra dan Mansurah.Perkara ini menuntut kemantangan semua pihak dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan kebajikan siswa/wi disini.

Tahniah kpada Pakatan Rakyat atas kemenangan calon PR melalui DAP,Wong Hon Leng dengan majioriti 398 undi....
Hidup Rakyat!!

Salam Imtihan.....

nasrcity
1905010
5jumadilthaniah1431H

coretan imtihan....

03 Mei 2010

Salam Al Azhar

Tinggal 2 3 minggu lgi,imtihan(peperiksaan) akhir tahun bagi sesi 2009/2010 bakal menjengah mahasiswa/wi di perlembahan Nil,samaada pengajian Islam(syariah,usuluddin,bahasa arab,dakwah & dirasat islamiah) mahupun perubatan dan pergigian.Masing2 sekarang sedang membuat persiapan dan persediaan semaksima mungkin bagi menghadapi imtihan ini.

Namun,kerancakan persediaan dan ulangkaji teman2 di cawangan agak sedikit terganggu  berikutan ura-ura pemindahan besar-besaran semua wafidin(pelajar asing bukan Arab)  yg juga turut melibatkan pelajar Malaysia ke Kota Kaherah.Ini berikutan berlakunya Muktamar Wafidin di Mansurah yg cukup panas dan konterversi serta kenyataan amid kuliah(Ketua Jabatan) di Tanta,Dimyat dan Mansurah yg menyatakan ada arahan dari pentadbiran Al Azhar As Syarif  Pusat di Kaherah yg mengarahkan semua pelajar asing selain Arab dipindahkan ke Kaherah dan bakal ditempatkan di kuliah baru yg diberi nama Kuliah Ulum Al Islamiah yg bertempat di Hayyu Sadis,Nasr City,Kaherah.

Keadaan diburukkan lagi dengan 'kelembaban' tindakan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK/MSD) menyelesaikan permasalahan teman2 dari Maahad Qiraat Shubra(ikhwah) dan Maahad Qiraat Mansurah(akhawat) serta teman2 dari Kuliah Perubatan di Ain Shams dan Tanta yg masih 'tergantung' urusan pendaftaran kuliah walaupun exam hanya berbaki 2 3 minggu lagi...ini menuntut kecekapan pegawai MSD menangani masalah siswa/wi di Mesir samaada dari segi keselamatan mahupun kebajikan dan urusan dengan Kerajaan Republik Arab Mesir.Jangan bersikap lepas tangan dan perlu tegas mempertahankan kebajikan dan hak dan maruah pelajar Malaysia di bumi Mesir ini.

MSD/JPMK harus mencontohi Kedutaan Indonesia di Mesir yang cukup tegas dan efisyen dlm menangani isu rogol pekerja Indonesia oleh warga Mesir.Sepatutnya pegawai2 MSD/Kedutaan tidak hanya menandatangani surat-menyurat atau menyambut lawatan pemimpin negara ke Mesir,itu bukan fungsi utama pegawai2 terbabit ditugaskan disini dan juga utk mengecat bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah atau bangunan Nadi UMNO Mesir,tetapi pegawai MSD/Kedutaan harus menjadi wakil atau pemudahcara kerajaan Malaysia dengan pihak Mesir,dan bukan hnya syok sendiri dan goyang kaki dlm pejabat MSD tetapi membiarkan masalah pelajar diselesaikan oleh PMRAM secara berseorangan.

Betul,PMRAM sbagai badan yg mnaungi anak2 Melayu di sini secara termampu menyelesaikan masalah berkaitan urusan kuliah,kebajikan dan keselamatan siswa/wi disini.Namun dalam isu perpindahan siswa/wi ke Kaherah yg sedang hangat kini memerlukan campur tangan yg maksima dari MSD/Kedutaan Malaysia di Kaherah bagi menyatakan pndirian Malaysia menentang peraturan yg ditetapkan oleh Al Azhar.Namun,yg sedihnya,tindakan seolah2 'berdiam diri' MSD/Kedutaan sekarang mngundang spekulasi bahwa MSD/Kedutaan seolah2 menyokong pemindahan terbabit.Namun,kita berharap isu ini dpat dilendikkan secara berhikmah dan efisyen oleh MSD dan PMRAM demi tidak mnggangu pengajian dan exam yg bakal menjelang.

Kepada teman2 kuliah perubatan,Maahad Qiraat Shubra dan Mansurah,penulis sentiasa mndoakan agar teman2 akan tabah mnghadapi dugaan ini dan semoga ini mnguatkan lagi azam utk bersama dan berada di bumi anbiya' wlaupun diuji dengan pelbagai karenah birokrasi samaada dri pihak MSD mahupun pihak syuun Al Azhar yg amat meletihkan dan mncabar emosi...

Selamat Menempuh Imtihan....

nasrcity
20510
18jumadilula1430

Perhatian Untuk Lepasan SPM/STAM 2009


PUTRAJAYA, 1 Mei — Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KPT berkata tarikh tutup permohonan bagi pengajian di Jordan ialah 15 Mei ini, Mesir (31 Mei) dan Morocco pada 15 Jun ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, KPT berkata borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah itu boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi.
Permohonan ke negara Timur Tengah itu mula dibuka pada 11 Mac lalu bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma.
Bagi pengajian bidang perubatan, universiti yang terlibat di Mesir ialah Universiti Ain Shams, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.
Bagi pengajian bidang pergigian di Mesir pula melibatkan Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Al-Azhar dan Universiti Tanta manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.
Pengajian Islam pula adalah di Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Mu’tah, Universiti Al-Bayt, Universiti Yarmouk dan Jordan University di Jordan.
Manakala bidang pengajian sama ditawarkan di Universiti Al-Khadi Ayyad, Universiti El-Hassan Sani, Universiti Muhammad Abdillah, Universiti Muhammad Al-Awwal, Universiti Muhammad El-Khamis/Muhammad V dan Universiti Qurayiwiyen di Morocco. — Bernama


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'