'Unity Goverment' dan Khilaf Pimpinan

29 April 2009

Salam Nil

Kurang dua bulan lagi, Pas akan mengadakan Muktamar Agung Ke-56 di Stadium Melawati,Shah Alam,Selangor. Seperti tahun-tahun sebelum ini,muktamar akan menumpukan segala pemasalahan,cadangan dan kritikan untuk didengar,dicerna dan dimuhasabahkan oleh pimpinan dan perwakilan bagi memantapkan lagi jemaah Islam yang mencapai usia 58 tahun ini. Maka medan muktamar wajib digunakan secara berkesan bukan sekadar medan memuji dan mengampu pimpinan tetapi untuk membedah dan membersihkan kelemahan dalam organisasi parti disamping memantapkan hadaf perjuangan di sanubari pimpinan dan ahli bawahan.

Tahun ini juga berlaku pemilihan parti bagi sesi 2009/011 bermula peringkat cawangan-cawangan sehingga kawasan-kawasan. Perkara ini ada normal bagi badan organisasi terutama parti politik. Namun pemilihan dalam parti turut diwarnai rencah dan 'soksek-soksek' mengenai bakal calon-calon yang bakal bertembung Jun ini. Tidak kurang juga 'khilaf' pandangan diantara Mursyidul Am,Tuan Guru Dato' Hj Nik Ab Aziz Nik Mat dengan Tuan Guru Presiden mengenai Unity Goverment atau kerajaan perpaduan yang terus hangat diperdebatkan disana-sini yang mana dicadangkan perkara ini oleh Tg Presiden sebagai alternatif bagi mengatasi kekusutan dan pesaingan politik yang kurang sihat antara Bn dan PR dan menangani kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang.

Bagaimanapun ia menimbulkan polemik apabila Tuan Guru Nik Aziz kurang setuju dengan Tg Haji Hadi. Pandangan Tg Nik Aziz mungkin ada asasnya bimbang Pas akan 'dipatuk' sekali oleh Umno Bn setelah Tg Nik Aziz pernah merasai pahit 'bisa'nya berada dalam BN ketika memegang jawatan Ketua Ulama' Pas Pusat pada tahun 1973 -1977. Beliau dan Dato' Mustapha Ali(Pesuruhjaya PAS Terengganu) yang ketika itu Ketua Pemuda Pas merasai dan melihat bagaimana Parti Islam itu berpecah kerana menyambut salam perpaduan dari Umno Perikatan yang diterajui oleh Tun Razak dan menelan pahit dan bisa apabila Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 akibat berlakunya krisis Pas di Kelantan ketika dibawah kepimpinan Hussein On. Maka selaku orang lama di peringkat pimpinan jamaah,beliau amat merasai perit dan pahit ketika Pas menyertai kerajaan BN. Apabila timbul polemik diantara beliau dan Tg Haji Hadi,maka kita sebagai ahli dan pendokong jamaah Islam harus 'husnu zan' dengan mereka berdua yang mana mereka mempunyai sebab dan hujjah yang syarie mereka berkhilaf.Pandangan saya ,kemungkinan Tg Nik Aziz agak teliti dan cermat dalam kenyataan berkenaan isu kerajaan perpaduan kerana tidak mahu Pas merasai perit dan pahit ditipu dan dikhianati hidup-hidup oleh Umno Bn buat kali kedua. Maka Tg Nik Ab Aziz berkhilaf sedikit dengan Tg Haji Hadi.

Namun,kekhilafan kedua-dua Tok Guru mengenai kerajaan perpaduan tidaklah bermakna mereka bertelagah, jauh sekali wujudnya dua kem atau freksi dalam PAS terutama ketika menjelang muktamar Jun ini. Khilaf di antara dua Tok Guru ini adalah rahmat kepada pimpinan lain dan ahli bawahan. Maka menjadi tugas pimpinan di semua peringkat menerangkan dan mendidik kepada akar umbi tentang pendirian semasa jamaah. Di samping sifat wala' dan sam u' wa toa'h perlu ada dalam setiap ahli jamaah agar dapat melahirkan parti dan ahli yang sentiasa terbuka dan berdisiplin.
Justeru,tidak molek dan wajar untuk kita mencerca dan menghina dua orang Tok Guru dalam media samaada dalam blog atau sebagainya hanya disebabkan khilafnya dalam isu 'Unity Goverment'. Khilaf mereka bersebab dan berhujah.

Oleh itu,saya harap semua pihak menggunakan platform muktamar untuk mencernakan dan menghadamkan khilaf Unity Goverment. Kita serahkan kepada perwakilan untuk membahas isu ini secara ilmiah bukannya secara 'akal separuh masa' dan beremosi. Isu Unity Goverment ini adalah isu besar dan kompleks,maka muktamar adalah pentas yang ideal untuk membahaskan isu ini,bukannya melalui blog-blog atau kenyataan media yang boleh mengusutkan lagi keadaan. Oleh itu,khilaf diantara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi mengenai Unity Goverment harus diamati dan dihadam secara ilmiah serta disingkap tabir dan hakikatnya secara cermat dan halus kerana ini melibatkan survival parti pada masa depan. Cermatnya pimpinan mengurus khilaf ini membuah natijah yang konsensus dalam mengukuhkan Pas dan Pakatan Rakyat yang Pas adalah tulang belakangnya. Persetan media-media arus perdana yang tidak menyebelahi kita,yang paling penting adab jami'e dan wala' harus dijaga dan dipatuhi setiap pimpinan dan ahli. Khilaf benda lumrah,cuma cara dan adab berkhilaf dan adab kita menghadapi khilaf pimpinan perlu kita ambil berat dan cakna 'sokmo'. Insya Allah, Allah bersama orang yang bersabar dan tetap utuh berjuang dalam jamaah Islam.

Wallahua'lam
madinat nasr,cairo,mesir
28hb apr 2009
etisalat wap,NOKIA 5200.

Gerakan Tarbiyyah-Satu Penilaian Ilmiah (1).

25 April 2009

Salam Dari Bumi Anbiya'

Tarbiah merupakan suatu perkara penting dalam pembentukan sahsiah peribadi seseorang Muslim yang berjaya dan berkualiti.Sudah banyak program tarbiah dianjurkan pelbagai pertubuhan diseluruh dunia Islam sejak ribuan tahun lalu. Sejarah pembinaan tarbiah insan bermula sejak azali lagi dan Nabi s.a.w juga ditarbiah secara langsung dari Allah s.w.t sebagaimana mafhum sabda Baginda
" Tuhanku telah mendidiku dan dialah sebaik-baik pendidik".
Tarbiah ini amat penting dalam pembentukan minda dan akhlaq seseorang Muslim yang mu'min. Tanpa tarbiah gerak kerja kita seharian dan amal islami agak kurang mantap dan berkesan. Gerakan tarbiah samaada fardiah atau jami'yah lebih menonjol dan mencapai zaman keemasan di zaman permulaan tumbang Khilafah Uthmaniah Turki sehingga meledaknya Revolusi Islam Iran tahun 1979. Sebelum ini gerakan tarbiah di kenali dengan gerakan Islah yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Selepas meledaknya Revolusi Islam Iran,gerakan tarbiah makin subur dan makin mendapat sambutan. Buku-buku karangan tokoh gerakan Islam seperti Al Maududi, Imam As Syahid Hassan Al Bana', As Syahid Sayed Quthb,Said Hawa,Fathi Yakan dan ramai lagi diterjemah dan dijadikan teks rujukan dalam pengisian tarbiah selain Al Quran dan Hadith samaada secara fardiah atau jami'yah. Maka istilah usrah,tamrin,qiamulail,rehlah mulai 'famous' dan dikenali ramai dan menjadi pasak bagi gerakan Tarbiah. Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya tranformasi dalam bidang politik seperti pembentukan 'Kepimpinan Ulama' ' pada tahun 1983 berikutan perlantikan Haji Yusuf Rawa sebagai Presiden Pas. Pas sebelum ini dianggap agak meminggirkan tarbiah ketika dibawah Dato' Asri Haji Muda telah memasukkan elemen penting tarbiah baik untuk pimpinan ataupun untuk ahli bawahan bagi meneguhkan kefahaman ahli tentang perjuangan Islam yang di dokong Pas. Hasilnya lahir pimpinan yang mempunyai karisma dan minda yang penuh ilmu dan thaqafah. Namun,Pas dilihat gagal mentarbiah ahli bawahan sehingga lahirnya NG0-NGO Islam seperti JIM,ABIM dan lain-lain.
Pertubuhan ini diwujudkan oleh bekas mahasiswa yang pulang dari negara barat yang mempunyai gerakan tarbiah yang mantap. Mereka melihat Pas hanya lebih menekankan perjuangan untuk menegakkan Islam secara politik sahaja tanpa dibina asas tarbiyah yang kukuh terutama di kalangan sesetangah pimpinan parti dan ahli biasa. Maka wujud lah persatuan-persatuan terbabit yang lebih selesa bergerak diatas landasan non partisan. Maka Pas harus berterima kasih kepada pertubuhan ini kerana dengan adanya kedua-duanya,JIM dan ABIM,maka ramai pimpinan lahir daripada kilang tarbiah kedua-dua jamaah ini seperti Hj Mohamad Sabu, Tuan Guru Haji Hadi,Al Marhum Ust Fadhil Noor dan ramai lagi. Malah ramai pimpinan sekarang adalah bekas pendokong JIM dan ABIM. Kedua-dua jamaah ini hanya kepada tarbiyyah dan pembangunan modal Insan serta perkaderan yang mungkin kurang berkesan di lakukan oleh Pas.

Maka kesimpulannya gerakan tarbiyah telah berjaya membentuk Pas untuk lebih dinamik dan relevan dengan tuntutan semasa. Namun kepimpinan harus mentarbiah dan ditarbiah agar tidak lari daripada orbit Islam seperti mana yang pernah di sebut oleh Al Marhum Ust Fadhil Noor,Bekas Presiden Pas. Perkembangan semasa dan cabaran masa kini yang semakin kompleks mewajibkan setiap ahli dan pimpinan sentiasa ditarbiah atau sentiasa dalam suasana tarbiah. Pas sebagai Jemaah siasah ada la sedikit sebanyak lemah dari segi tarbiah dan pengkaderan,maka kedua-dua jamaah ini berfungsi mengkader pimpinan pelapis supaya dapat meneruskan perjuagan berteraskan Islam serta menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu,tarbiyah amat penting dalam mewujudkan pimpinan yang kolektif serta faham akan akar tarbiah serta adab dalam berjamaah. Maka ini perlu diberi perhatian serius oleh ketiga-tiga jamaah ini terutamanya Pas yang bakal mengadakan muktamarnya di Shah Alam bulan Jun ini. Pemantapan kerja jamaah dan tarbiah harus dipergiatkan agar dapat melahirkan amilin yang berkualiti bagi memastikan kelangsungan dakwah Islamiah khususnya di bumi Malaysia dan dunia amnya. Oleh perancangan tarbiyah yang berkesan mampu melahirkan kepimpinan yang berkualiti dan bersih fikrahnya dari anasir yang kotor serta songsang serta dapat membaca waqie' semasa masyarakat hari ini.

Wallahua'lam.
Madinat Nasr,Cairo,Mesir.
29 Rabiulakhir 1430H/ 25 04 09.
Etisalat wap,NOKIA 5200.

Imtihan Bersua Lagi !!

21 April 2009


Kurang sebulan lagi semua pelajar di Tanah Anbiya' yang penuh barakah akan 'bertempur' dengan Imtihan Akhir Tahun atau Imtihan Akhir Sem. Tak kira lah sama ada pelajar Dirasat Al Azhar di Kaherah atau di Muhafazah atau Dikatir di Universiti Al Qahirah Qasru Ain,Al Azhar Hayyu Sadis,Universiti Tanta,Universiti Zaqaziq atau Universiti Mansurah serta sahabat-sahabat yang nun jauh di Iskandariah pastinya sedang berhempas pulas menelaah pelajaran yang masih berbaki belum dimuktamadkan samaada dari segi 'stduy group'nya atau kelas tutorial.Maka berjaga malamlah sahabat-sahabat kita yang terus menerus mengumpul tenaga untuk bertempur dalam imtihan.Bagi saya,imtihan adalah ujian dan cubaan untuk mengukur sejauh mana cakna kita terhadap pengajian di jamiah.Namun,saya berpesan kepada diri ini dan sahabat-sahabat sekalian agar tidak meletak hadaf pengajian kita sekadar untuk lulus dalam peperiksaan.Peperiksaan ialah alat untuk kita memahami serta menghadam segala ilmu yang diperoleh semasa berada bersama doktor.Maka tidak dapat tidak peperiksaan adalah satu modul untuk menguji sejauh mana kepekaan,pemahaman dan hadamnya kita dengan ilmu yang diterima daripada muhadhorah di jamiah.

Sebagaimana kita tahu lah,imtihan di Mesir ini agak sukar dan memusingkan kepala dan minda setiap pelajar yang memilih untuk berkelana dan bertempur di Bumi Kinanah ini.Berdasarkan pengalaman abang-abang senior di Jamiah Al Azhar samaada di Kota Raya Kaherah atau di Muhafazah,ramai yang kecundang di tahun 1 dan terpaksa mengulang tahun,bahkan lebih teruk dan menyedihkan terpaksa mengulang tahun beberapa kali.Namun,ini bukanlah satu alasan untuk kita mengaku kalah sebelum berjuang.Berjuang dulu semoga kita akan berjaya dan mendapat natijah yang mumtazah dan excellent.Teruskan usaha dan penghadaman ilmu sebelum memasuki medan dan dewan imtihan.Semoga kita terus diberi kekuatan dan kudrat daripada Allah s.w.t untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya dalam imtihan yang bakal menjelang tak berapa lama lagi.Oleh itu,itu saya berpesan kepada diri ini dan kepada para sahabat agar terus istiqamah dalam pengajian dan berpaut erat dengan persatuan walaupun berada di ambang imtihan,dan yang lebih penting berdoa kepada Allah s.w.t agar di tetapkan iman dan istiqamah dalam amal dan dikurniakan hidayah dan taufiq. Insyaallah,kejayaan pasti akan datang,tapi ia tidak datang bergolek tetapi memerlukan kesungguhan dan komitmen kita dalam menghadapi imtihan yang bakal menyusul.

Oleh,itu saya hamba Allah yang dhaif lagi banyak kekurangan menyusun sepuluh jari kemaafan kepada ibu bapa dan aqrab di Malaysia,sahabat-sahabat di Malaysia dan di Mesir jikalah adanya salah dan silap semasa berada di Bumi Mesir ini dan doakan agar kita semua terus sentiasa diberkati Allah dan di kurniakan kejayaan yang haqiqi dan gemilang dalam imtihan yang bakal menjelang.Semoga sukses dan cemerlang,gemilang dan terbilang dalam imtihan.Selamat Bertempur dalam imtihan...

حسبي الله ونعم الوكيل
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في جميع الأعمال والإمتحانات
الله أكبر ولله الحمد

مدينة النصر,القاهرة,مصر
21/04/2009

'Berdansa" Di ARMA (Asrama Melayu Abbasiah)??

19 April 2009

Akhawat 'berdansa' di Asrama Rumah Melayu Abbasiah

Link : http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o"

Renung-Renugkan dan Fikir-Fikirkan

Tepuk dada dan kepala tanya iman....

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia???

17 April 2009

(petikan dari Harakah Daily)

Fahri Abdullah al-Masri
Thu | Apr 16, 09 | 8:41:28 pm MYT

Siapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]

Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.

Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Ciri-ciri Ruwaibidhah
Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.

Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.

Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.

Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.

Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.

Ruwaibidhah di negara kita
Antara ciri-ciri yang utama Ruwaibidhah ini ialah sistem yang dipegang, amalan pentadbiran dan cara hidup era tersebut telah menyebabkan, hanya golongan Ruwaibidhah sahaja yang bercakap. Manakala, penyertaan suara yang selain daripada mereka tidak diberikan.

Keadaan ini menyebabkan maklumat menjadi tidak seimbang, rakyat akan mendengar sebelah pihak dan menelan bulau-bulat propaganda mereka. Dengan sebab inilah masyarakat dan rakyat tu menjadi semakin bodoh kerana diperbodohkan.

Setelah masyarakat tidak cerdik, maka berleluasalah gejala lain seperti, orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung-sanjung dan didewa-dewakan.

Akta-akta, undang-undang diperkenalkan sehingga menyekat penyertaan suara orang-ramai. Orang yang benar-benar ikhlas dan jujur sangat kurang peluangnya untuk bercakap, menulis dan melontarkan pandangan. Media dikawal rapi. Pendek kata inilah ciri-ciri diktator pada hari ini.

Sebenarnya, jika mereka ingin menunjukkan kebaikan, semua itu hanyalah sekadar sandiwara dan lakonan. Mereka mungkin mahu menyekat suara orang-ramai, tetapi dikhuatiri akan dinamakan kukubesi dan diktator. Maka, sesekali terpaksalah mereka merelakan penyertaan suara khalayak ramai. Tapi, selepas itu mereka akan menutupnya semula.

Peluang bercakap cuma dimiliki sepenuhnya oleh watak-watak yang hina dan mereka ini tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Bayangkan, ruang bercakap di media, radio dan televisyen dimonopoli oleh orang yang tidak tahu mengendalikan masalah rakyat.

Sedangkan, mereka yang benar-benar bijaksana dalam urusan menyelesaikan masalah rakyat telah diketepikan suara mereka itu dalam ruang media. Dan jika mereka yang bijaksana ini mahu mencari pentas ceramah dan pidato, permit boleh ditarik balik pada saat-saat akhir setelah pada awalnya permit itu diberikan.

Perkembangan mutakhir ini menyebabkan ramai pihak boleh menyatakan suara dan bantahan mereka menerusi blog, laman web dan sebagainya. Namun, mereka tetap terdedah kepada unsur godaman internet oleh pihak-pihak tertentu, ditahan reman di bawah akta tertentu untuk disoal-siasat dan lain-lain tindakan lagi.

Bagaimana mengatasi Ruwaibidhah?
Tidak guna juga jika kita merincikan siapakah Ruwaibidhah tanpa memberikan imbuhan mengenai bagaimanakah caranya untuk menangani puak-puak Ruwaibidhah ini.

Asas atau kunci untuk menumbangkan hegemoni, legasi puak-puak Ruwaibidhah ini amat bergantung kepada taraf kecerdikan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini. Ketika masyarakat cerdik dan cekap membuat keputusan, maka Ruwaibidhah ini akan tumbang dengan sendirinya nanti, insya Allah.

Islam telah pun menggariskan apakah ciri-ciri munafik sebagai musuh utama umat Islam. Munafik sebenarnya bukan Islam. Mereka kelihatan Islam di luaran, tetapi dalamannya masih kufur. Munafik akan terlempar dalam neraka terlebih dahulu. Dan, tidak sah berimamkan orang munafik kerana pada hakikatnya mereka adalah kufur.

Demikian ciri munafik. Tetapi, sukar dikenalpasti kemunafikan ini lantaran mereka juga bersolat seperti orang lain.

Sementara ciri-ciri ruwaibidhah ini boleh jadi terlekat ke atas Muslimin dan orang bukan Islam. Dalam masyarakat Islam ada pemimpin ruwaibidhah dan begitu juga dalam negara bukan Islam. Pendek kata, ruwaibidhah adalah ciri universal yang dimiliki oleh mana-mana bangsa, agama dan kepercayaan.

Kehadiran golongan ruwaibidah bersifat merentasi sempadan bangsa, negara, agama dan kepercayaan dan boleh mereka hadir di mana-mana jua. Sedangkan munafik hanya suatu gelaran yang dinisbahkan kepada orang bukan Islam yang menyamar untuk melemahkan umat Islam daripada dalam. Ini ciri khas untuk masyarakat Islam sahaja.

Penawar untuk menjatuhkan tembok keangkuhan ruwaibidhah ialah.. perjuangan menegakkan kebebasan bersuara, menggalakkan kemunculan ruang media yang lebih banyak untuk membongkar isi filsafat songsang mereka selama ini.

Penyertaan bersuara dalam kalangan rakyat menggetarkan seluruh hati dan perasaan kelompok Ruwaibidhah kerana tipu daya mereka akan terbongkar. Niat jahat mereka ditumbangkan oleh bedilan kata-kata pejuang kebenaran. PPSMI dan Ruwaibidhah
Sabda Rasulullah s.a.w, Ruwaibidhah ini sebenarnya watak manusia yang kerdil, hina dan mereka ini sebenarnya tak tahu mengenai cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang-ramai. Masalah masyarakat yang tidak selesai, belum selesai dan separuh selesai ini berpunca daripada kegagalan media yang seimbang untuk beroperasi secara adil.

Ruwaibidhah inilah yang dengan takburnya mengangkat suara: "Perjuangan belum selesai!"

Mahu selesai bagaimana sedangkan mereka inilah antara penyumbang saham terbesar dalam usaha meruntuhkan tamadun bangsa ini. Suara-suara untuk menegur dihalang. Yang ingin membuat pembaharuan dipecat, dan dikenakan pelbagai tindakan.

Sebenarnya, banyaklah masalah rakyat yang belum selesai di bawah pemerintahan Ruwaibidhah ini. Ciri-ciri terakhir yang telah digariskan oleh baginda rasulullah ialah mereka ini tidak mengerti urusan orang-ramai. Mereka tidak tahu kerana tidak turun padang bagi menyelami hakikat sebenarnya.

Tak perlu ambil contoh urusan rakyat yang terlalu banyak. Ambil contoh PPSMI saja. Adakah Ruwaibidhah ini boleh turun menyamar dan betul-betul menyelidik mengenai susah-payah orang bawahan, guru-guru yang mahu melaksanakan PPSMI?

Ternyata Ruwaibidhah tidak tahu banyak kesukaran rakyat bawahan. Selain itu, orang yang ingin bercakap benar seperti guru-guru yang ingin melontarkan keluhan, tidak diizinkan bercakap di media dengan ugutan tertentu oleh Ruwaibidhah.

Malah, cendekiawan yang benar dalam kalangan GMP dituduh sebagai pendusta. Sedangkan si Ruwaibidhah ini pula dikatakan sebagai orang yang benar dalam ucapannya.

Tokoh-tokoh GMP sentiasa hadir dengan jumlah bilangan yang sama dan kehadiran mereka tidak berubah. Walhal Ruwaibidah telah berubah daripada Hishammuddin Hussein kepada Muhyiddin Yassin. Mengubah seorang Ruwaibidhah kepada Ruwaibidhah yang lain tidaklah mengubah apa-apa dasar itu pun.

Ini kerana Ruwaibidhah tetaplah digantikan dengan Ruwaibidhah. Salin pakaian dan baju sahaja sedangkan roh, jiwa serta pemikiran termasuk sistemnya tetaplah sama.

Adakah hal ini pun salah satu daripada strategi halus Najib juga untuk menyelamatkan sepupunya Hishammuddin dan supaya Muhyiddin terbeban dengan banyak hal dan akhirnya hal ini menjadi hujah untuk menyingkirkan Muhyiddin kemudian hari?

Ruwaibidhah Najib akan melakukan banyak sandiwara lakonan sepanjang pemerintahannya. Bermula rampasan kuasa di Perak, kemudian penarikan penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan dalam keadaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang masih dikekalkan, Ruwaibidhah ini masih lagi menyekat dan membataskan penyertaan suara.

Adalah perlu bagi Ruwaibidhah Najib menonjolkan kebaikannya buat sementara waktu. Tetapi gergasi Ruwaibidhah ini tidak boleh menipu para pengamal media yang terlalu cukup masin dengan pengalaman ketika menekuni tipu helah Najib dan fasih pula dengan sandiwara membebaskan 13 tahanan ISA itu.

Masa dan waktu, bersulam keinginan rakyat mencari ruang maklumat yang lebih banyak menyebabkan Ruwaibidhah akan hancur sedikit demi sedikit. Anai-anai maklumat inilah yang akan meruntuhkan tembok gergasi Ruwaibidhah Najib, insya Allah!

Enam Bulan Menongkah Badai

16 April 2009


Jumaat, 17hb April 2009 bersamaan 21hb Rabiul akhir 1430H,maka genaplah enam bulan saya berada di Bumi Mesir ini bagi meneruskan lagi pengajian ini di peringkat ijazah sarjana muda syariah di Universiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin Kaherah.Pejam kelik pejam kelik sudah enam bulan berada disini dengan pelbagai rencah dan ragam dapat disaksikan sepanjang berada disini.Dari masa ketibaan pada malam 17hb Oktober 2008 sehingga meniti hari untuk peperiksaan semester(fasal) dua(Exam Final) banyak untuk dinukilkan sehingga dua hari dua malam tak habis untuk digarap di dalam kesempatan yang terhad ini.Enam bulan yang lalu menyimpan pelbagai kenangan suka duka,pahit maung sebagai pelajar Azhari di Bumi Anbiya ini.Mula sampai disambut oleh abang-abang senior dan ditauzi' kerumah-rumah sekitar hayyu sabi'ini.Maka setelah satu bulan bersama teman-teman,maka ada pula ditauzikan ke muhafazah(cawangan) seperti Tanta,Dimyat,Damanhur,Iskandariah(akhawat sahaja) dan Mansurah.Maka tinggalah saki baki teman-teman yang memilih untuk bertempur di Bandaraya Kaherah ini termasuklah diri ini yang dhoif lagi mempunyai banyak kekurangan.Duduk tak lama ditauzikan pula ke rumah baru berdekatan dengan rumah negeri.Duduk enam orang satu rumah dengan sewa yang berpatutan(Le 1000:RM 600 lebih).Maka duduk la kat situ sampai sekarang.Alhamdulillah,semua setakat ini ok la walaupun kadang-kadang kurang 'ngam' dengan ahli bayt.Tapi biasalah tu kot,duduk kat mesir kena pandai masuk dengan orang(tapi kalau mesra terlajak sampai tak balik rumah atau balik rumah lewat malam tak boleh juga)...

Sekarang sudah masuk bulan April ini,tinggal tidak sampai sebulan exam bakal menjelma,jangkaan awal dan tengah bulan mei mulalah exam yang agak mencabar bagi semua azhariyyun dan atibba'(test practical sudah mula dah bagi budak medic), bagi budak azhar,sekarang musim tutorial yang rancak diadakan di beberapa rumah-rumah negeri.Masing-masing rancak membuat persiapan dari segi pembangunan nota dan study group.Tapi saya ini kadang-kadang culas juga nak pergi tutorial,kalau sem lepas,sebab sejuk sangat.Sem ni tak tau sebab apa.Tapi tak pe,segala maklumer baru mengenai perkembangan pengajian samaada dijamiah atau dirumah negeri sentiasa diikuti secara langsung.Insyaallah...

Alhamdulillah selama enam bulan tidak ada masalah menyusaikan diri dengan kehidupan yang seba baru dan mencabar di Mesir ini terutama sekali di Kota Raya Kaherah ini yang sentiasa tidak pernah kurang sibuknya.Tidak ada la perkara-perkara besar berlaku melibatkan persatuan kecuali letupan bom di Saidina Hussin dua tiga bulan lepas.Ini pun alhamdulillah tiada pelajar Malaysia yang terlibat.Teman-teman serumah seperti biasa sibuk dengan talaqi dan kuliah.Tetapi kadang-kadang panas telinga juga la duk sindir kita yang tak pergi talaqi.Macamlah dia tu ilmu dah tinggi sangat bila talaqi keliling pinggang.Adalah 'mamat' action lebih...Pesanan saya ilmu bukan untuk bermegah-megah tapi untuk disampaikan dan cara penyampaian juga mesti mengunakan uslub dakwah yang betul.Jangan main hentam aje.Tak mengapalah,bukannya saya tidak mahu pergi talaqi dengan syeikh,tapi apa gunanya kita pergi bertalaqi,perangai dah berlagak macam jadi syeikh kabir.Itu yang tidak kena.Tetapi mungkin insyaallah dalam cuti musim panas ini,saya cuba bertalaqi terutamanya dalam bidang Al Quran.Mungkin nak perbetulkan Quran.Apa guna punya ilmu yang banyak,baca Quran lintang pukang.Kalau orang kampung tengok,nanti mereka pandang 'jeh' kat orang ngaji kat Mesir.Ngaji kat Mesir,baca Al Quran macam budak ngaji kat J-QaF.Oleh saya berpesan kepada diri ini dan teman sekalian agar memperbetulkan Al Quran sebelum nak jadi ulama'.Macam mana nak jadi ulama',baca Al Quran pun tak betul.Saya teringat pesanan Sheikh Asyraf Hasanain,Imam Masjid Soleh Jaafari,Darasah yang berpesan agar kita memperbetulkan bacaan Al Quran kita terutama dari segi sebutan huruf,tajwid dan waqaf ibtida'.Benda fardhu ain keatas setiap individu Muslim,adapaun hafaz Al Quran fardhu Kifayah.Ingat,apabila kita terjun ke dalam kancah masyarakat perkara pertama yang dinilai oleh masyrakat bukannya pandai mana kita mengeluarkan hukum atau menjawab permasalahan agama tetapi sejauh mana cermat dan teraturnya kita membaca Al Quran.Oleh itu,saya berpesan kepada diri ini dan kepada teman-teman agar sentiasa cakna terhadap Al Quran selain kita tadabur dan amalkan isinya dalam kehidupan seharian,maka kita juga harus memperbetulkan bacaan Al Quran ketika supaya menjadi mantap dan mengikut tajwid yang teratur..Wallahua'lam

Insyaallah,imtihan akan menjelma tiba,saya mendoakan semua teman-teman samada Azhariyyun atau Attiba' dan juga teman-teman yang berada di Malaysia yang sedang atau akan bertempur dengan final exam.Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.Insyaallah.Doakan kejayaan kita bersama.
RABBINA NAJJAH

Nasr City

16hb April 2009

TAHNIAH Kepada Calon Yang Menang!!

08 April 2009


Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Calon PAS P059 Bukit Gantang,Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin,Calon PKR N25 Bukit Selambau, S.Manikumar dan Calon BN Batang Air Malcom Mussen Lamoh atas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan serantak semalam 7hb April 2009


Semoga kemenangan YB-YB yang baru dipilih ini menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia.Dan yang paling penting amanah yang bakal dipikul bagi membawa suara dan rintihan rakyat kepada pengetahuan kerajaan di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Saya berharap ketiga-tiga wakil rakyat ini dapat melaksanakan amanah dan tugas secara jujur dan amanah.

TAHNIAH & Selamat Bertugas!!!
















YAB Dato' Seri Nizar diisytiharkan menang PRK Bukit Gantang

Keputusan Penuh Pilihanraya Kecil
P059 Bukit Gantang


Ir Haji Mohmmad Nizar Jamaluddin(PAS) 21,860


Ismail Saffian (BN) 19,071


Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62(hilang deposit)


Majioriti :2,789


Manikumar diisyitharkan pemenang PRK Bukit Selamabau

Keputusan Penuh
N25 Bukit Selambau


S.Manikumar (PKR) 12,632

Dato S.Ganesan (BN) 10,229


*13 calon Bebas hilang deposit


Majioriti:2,403



Keputusan PRK Batang Air
Malcom Mussen Lamoh (BN) 3,907

Jawah Anak Gerang (PKR) 2,053


Majioriti:1,854


Selamat Bertempur Dalam Exam!!

05 April 2009

Ketika saya menungkilkan blog ni,sahabat-sahabat saya Dr-Dr di Universiti Al Azhar,Ain Shams,Kaherah dan di Muhafazah (cawangan) sedang bertempur dengan exam paractical.Saya mengucapkan selamat bertempur dalam exam ini yang saya rasa cukup mencabar iQ dan eQ para dakatir sekalian. Semoga Allah s.w.t membantu kalian semua dan menjadikan kalian najah dan berjaya dalam imtihanat yang akan berlangsung sehingga bulan Jun nanti.Kepada pelajar dirasat bersiap sedia lah.Exam akhir sem akan bermula bulan depan.Semoga najah dan excelent....


GUD LUCK!!!

Tiga Pilihanraya Kecil-Referendum Rakyat.....

7hb April 2009, tiga tempat di Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Kecil secara serentak.Pilihan Raya Kecil P059 Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya,Allahyarham Haji Roslan Shahrum,N25 Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan bekas Exco Kedah dan ADUN,V.Arumugam dan N29 Batang Air berikutan kematian penyandang kerusi Mendiang Dato' Dublin.Ketiga-tiga PRK ini menarik perhatian umum termasuklah saya yang berada di Kota Kaherah yang sentiasa tidak kurang sibuk dan dibuai hangatnya musim peralihan sejuk-panas.Saya selaku rakyat Malaysia disini meneliti secara dekat perkembangn di Tanah Air.Maklumlah,internet di hujung telefon bimbit.



Ramai penganlisis politik membuat kesimpulan dan analisis mereka bahawa PRK ini terutama di Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap kepimpinan baru UMNO pimpinan Najib Tun Razak dan juga terhadap rampasan kuasa yang berlaku di Negeri Perakm pada 2 Febuari lalu.Lalu pimpinan BN cepat-cepat menafikan bahawa PRK ini adalah referendum terhadap BN dan khususnya terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang mengangkat sumpah pada pagi Jumaat 3hb April 2009.

Namun walaupun pelbagai penafian yang dinyatakan,tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ketiga-tiga PRK ini merupakan referendum rakyat terhadap pimpinan BN khususnya di Negeri Perak.Sepanjang kempen ini,jentera BN berhempas pulas berkempen memberitahu rakyat bahawa kononnya 'peralihan kuasa' yang berlaku di Perak itu adalah sah dan mengikut Undang-Undang Tubuh Perak.Maka turun habislah segala jentera kerajaan yang terus-menerus menjadi alat dan perkakas BN berkempen untuk calon BN di Bukit Gantang Ismail Saffian.Bahkan MB Kudeta,Zambry Kadir memulakan gendang kempen dengan aksi yang cukup melucukan menuduh calon PAS,DS Nizar Jamaluddin merampas majlis BN di Masjid Simpang di Bukit Gantang.Maka terus kedua-dua pihak,Pakatan dan BN berkempen habis-habisan dan



Insyaallah hari Selasa ini rakyat di ketiga-tiga tempat akan menbuang undi menentukan siapa pilihan mereka untuk dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Bukit Selembau dan Batang Air.Bukan sekadar itu sahaja itu sahaja,ini juga merupakan referendum terhadap segala apa yang berlaku di Perak khususnya rampasan kuasa BN.Banyak pihak lebih menumpukan Bukit Gantang kerana Dato' Seri Nizar bertanding disana dan juga ini menjadi platform bagi rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang untuk menentukan hayat kerajaan BN Kudeta Perak.Oleh itu menyeru semua pengundi di Bukit Gantang,Bukit Selembau dan Batang Air agar keluar-keluar beramai-ramai mengundi dan menentukan calon pilihan mereka.Mengundilah dengan tenang dan tanpa dipengaruhi emosi dan sebarang ugutan rasuah.

INGAT,undi anda amat bernilai dan bermakna dan bakal merubah langskap politik Malaysia khususnya dibawah PM keenam,Najib Tun Razak



Selamat Memilih....



UNDI UNTUK PERUBAHAN!!


Madinat Nasr

5 April 2009

Selamat Bertugas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak-PM Malaysia Keenam

04 April 2009

قوله تعالى
الذين إن مكنّاهم فى الأرض أقاموا الصلوة وءاتوالزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور
سورة الحج أية
41

"Mereka yang di beri kekuasaan di atas muka bumi ini,mereka menyuruh menegakkan solat,menyuruh membayar zakat,menyuruh kepada perkara maaruf dan mencegah dan menegah kemungkaran dan bagi Allah lah segala kesudahan segala perkara"

Awal minggu ini,Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Ab Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam menggantikan
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang meletak jawatan setelah memimpin Malaysia selama lima tahun lima bulan.

Bagi kami penuntut di bumi Anbiya' ini,kami mengucapkan selamat bertugas kepada DS Najib dan semoga perubahan dapat dilestarikan lagi dan semoga dapat diatasilah masal
ah ekonomi yang sedang menghimpit negara.
Kami di bumi Anbiya ini terus berharap DS dapat meningkatkan taraf hidup masyrakat umum dan mengluaskan ruang demokrasi di Malaysia serta meningkatkan lagi minda masyrakat yang rata-ratanya masih lagi berfikiran kelas ketiga.Dan lebih lagi menjaga,memelihara dan memartabatkan lagi syiar dan syariat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah s.w.t memberi rahmat,taufiq dan maghfirah kepada DS dalam memimpin 27 juta rakyat Malaysia yang tercinta ini kearah jalan yang diredhai Allah s.w.t serta mengikuti lunas-lunas demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

سيروا على بركة الله

Selamat Bertugas

Madinah An Nasr,4 April 2009 6:10 ptg

Kecelaruan Fikrah....satu pandangan

02 April 2009

Dua minggu lepas,saya dan sahabat seperjuangan menghadiri Muktamar Senawi PMRAM ke-76 di Kelab Sukan Madinatunnasr,Kaherah.Alhamdulillah,muktamar itu berlangsung dengan jayanya.Kita mengucapkan tahniah kepada pimpinan baru Badan Pengerus PMRAM yang diberi taklif untuk memimpin badan yang berusia 79 tahun ini.Semoga PMRAM terus utuh melayari gelombang bahtera perjuangan memimpin anak bangsa di bumi anbiya' ini kearah menjadi ulama' yang bertakwa dan amanah dengan ilmu yang dipelajari.Walaupun ada sorang 'budak UMNO' yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO menggesa kerajaan supaya mengharamkan PMRAM,namun kita yakin insyaallah,PMRAM akan terus gah dan bertahan menghadapi badai dan mehnah.Insyaallah.

Dalam ruangan yang ada ini,saya bukannya mahu mengulas tentang senario politik Malaysia yang semakin rancak berikutan perlantikan dan angkat sumpah DS Najib (orang panggil Najib Altantuya) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pagi Jumaat 3 April 2009 dan juga perjalanan kempen Pilihanraya Kecil Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Air,ini semua sudah maklum dan maaruf.Namun saya ucapkan selamat bersara kepada Tun (insyaallah) Abdullah Badawi,jasamu tetap terpahat dalam lipatan sejarah walaupun dalam tempoh yang singkat memimpin negara.Kepada DS Najib,tahniah dan selamat masuk pejabat dan gunakan anugerah kuasa yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya...
Berbalik kepada senario di bumi anbiya ini,semasa menjadi pemerhati di muktamar walaupun sempat hadir sebelah petang dan malam,saya sempat mengikuti perbahasan usul yang hangat.Antara usul yang diluluskan sebulat suara dalam muktamar terbabit ialah mengukuhkan perpaduan mahasiswa/wi di bumi anbiya ini.Sejak mula saya menjejak kaki ke bumi anbiya ini dan semasa mengikuti secara tidak langsung program PMRAM dan BKAN,ada dinyatakan petubuhan'haram' yang beroperasi di Mesir dan dipimpin oleh pelajar-pelajar malaysia yang menuntut disini.Antaranya, ISMA,Nadi UMNO,ABIM dan JIM. Pertubuhan ini adalah 'haram' disisi Kerajaan Mesir dan PMRAM tetapi halal disisi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atau JPMK yang berkubu di Dewan Malaysia Abbasiah dan Mohandisen.Keempat-empat pertubuhan ini adalah agen pemecah belah dan anak emas kedutaan bagi mengimbangi pengaruh PMRAM yang bertapak di bumi Mesir sejak tahun 1930 iaitu lebih 79 tahun yang lalu. Manakala kempat-empat pertubuhan wujud diawal tahun 90an atau yang lebih tepat pada tahun 1992 apabila JPMK bertindak mengnyah PMRAM dari menjadikan Dewan Malaysia Abbasiah sebagai pejabat rasmi. Maka parut akibat penindasan JPMK masih belum sembuh dan terus bernanah.Tindakan JPMK ini juga mungkinlah disebabkan iklim politik ditanah air yang menyaksikan Kerajaan BN di Kelantan ditewaskan dengan teruk sekali dan naik Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat yang juga bekas lulusan sini sebagai Menteri Besar Kelantan.Kemungkinan JPMK risau akan lahirnya pimpinan PMRAM yang menjadi serupa MB Kelantan itu dan juga hasad dengki pegaawai JPMK,maka terjadi peristiwa hitam itu yang menyebabkan PMRAM terpaksa mencari bangunan dan apartment(syaqah) untuk dijadikan pejabat dan markaz. Begitulah dicoret sedikit tregedi hitam yang menimpa persatuan ini pada masa lalu.

Maka bagi merencatkan pengaruh PMRAM dikalangan pelajar di bumi Kinanah ini,maka JPMK dengan secara terbuka menaja penubuhan persatuan-persatuan baru di Mesir ini yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan hanya diiktiraf oleh JPMK.Maka timbul Persatuan Pelajar Mesir.Tapi persatuan ini akhirnya terkubur.Diwujudkan pula Kelab UMNO.Namun kelab ini,yang kalau orang Arab sebut jadi 'Kalbun Amno'(Anjing UMNO) akhirnya hidup segan mati tak mau. Tanpa putus asa. Akhirnya diwujudkan JIM cawangan Mesir,ABIM cawangan Mesir,dan ISMA.Ketiga-tiga persatuan ini diiktiraf oleh JPMK dan mereka dibenarkan beroperasi dari Asrama Melayu Abbasiah (ARMA) dan sering menjemput pegawai-pegawai JPMK dalam pelbagai program samaada berbentuk ilmiah atau sukan.
Maka ada juga la pelajar yang terlibat dengan persatuan ini sehingga ia menjadi isu besar sehingga dibincangkan dalam Muktamar baru-baru ini. Didalam muktamar ketiga-tiga pertubuhan ini terutamanya ISMA dihentam habis-habisan oleh perwakilan muktamar sebagai ejen pemecah belah mahasiswa/wi di bumi Mesir ini dan macam-macam lagi lah kecaman dan kutukan terhadap kumpulan dan pertubuhan ini.Saya bukan lah membela kumpulan ini,tetapi alangkah moleknya dan cermatnya kepimpinan PMRAM dan kumpulan-kumpulan ini bermuqabalah dan bermuzakrah bagi menyelesaikan perkara ini. Perkara berlarutan bertahun-tahun dan kadang-kadang hubungan sesama pelajar semaada yang bernaung dibawah PMRAM atau kumpulan ini tidak mesra bahkan lebih teruk lagi sampai kepada tahap tidak bertegur sapa.

Soalnya adakah ini yang PMRAM dan kumpulan-kumpulan ini mahukan? Sampai berlakunya pulau memulau.Ini tidak sihat untuk seorang pelajar yang belajar agama dan bakal memimpin masyarakat di masa hadapan.Kalau perkara ini terus berlaku,saya yakin akan berlaku kecelaruan fikrah dan perlumbaan mencari identiti di masa akan depan apabila adik-adik kita yang akan datang ke sini memimpin badan-badan ini.Oleh kedua-dua pihak,PMRAM dan JIM,ISMA,dan ABIM Mesir harus mencari titik pertemuan dan persamaan di antar pihak masing-masing.Saya melihat perkara ini serius dan harus dilangsaikan dengan kadar segara sebelum ia menjadi barah di kalangan mahasiswa/wi di bumi Anbiya ini.

Firman Allah s.w.t

قل يأهل الكتاب تعلوا إلى كلمة سواء بينا وبينكم ألا نعبد إلا الله ونشرك به شيئا

Ambilah pengajaran dari ayat ini dan berfikrlah untuk kebaikan mahasiswa/wi di Mesir ini.
Oleh mari sama-sama berpakat membangunkan pelajar dari segi modal insan serta menjaga serta cakna akan kebajikan mereka.Usahlah kerana mempertahankan pendangan berdasarkan persatuan tidak boleh kita bersatu hati di bumi Anbiya'.Usahlah kedua-dua pihak,baik PMRAM atau persatuan naungan JPMK mewujudkan kecelaruan fikrah dan pemikiran di kalangan pelajar.Sama-samalah berganding bahu.Yang penting, JPMK jangan jadi alat adu domba di antara pelajar-pelajar. JPMK ini ye lah,kadang karenah pegawai-pegawai inilah yang merosakkan perpaduan pelajar di bumi Mesir ini.Oleh itu mari sama-sama membuang keserabutan fikrah demi melahirkan generasi ulama' dan profesional yang mampu menyumbang kepada kebangkitan Islam dan kemajuan masyarakat di masa akan depan.
Selamat berjuang!!!

سيروا على بركة الله
Nasr City,Cairo


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'