Rejab,Bulan Jihad & Palestin

19 Jun 2010

Salam Rejab

Sekarang ini kita berada di bulan yg mulia,Bulan Rajab...

Ramai juga yg mula2 start puasa sunnah.....

Namun tidak dinafikan Rejab merupakan bulan yg dimuliakan sejak zaman jahiliah dan termasuk dalam bulan yang diharamkan berperang.

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 36






"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa."


Maka bersempena kedatangan bulan Rejab yang mulia ini,hendaklah kita melipatganda amal ibadat seperti solat-solat sunnah dan sedaqah,lebih-lebih lagi,kita jadikan bulan Rejab sebagai bulan persediaan untuk menghadapi universiti tarbiyah selama sebulan iaitu Falkulti Ramadhan Al Mubarak yg bakal menjelma pada bulan Ogos nanti,Insyaallah

Di bulan Rejab juga,banyak peristiwa penting dalam sejarah perkembangan hidup manusia khususnya kita sebagai yang beragama Islam.Sinonim  dengan masyarakat di Malaysia,bulan Rejab ialah bulan berlakunya peristiwa agung dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.aw  sebelum hijrah Ar Rasul s.a.w ke Madinah iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj yang membuahkan penerimaan pengsyaritan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w disamping menghiburkan hati Nabi s.a.w yang berada keadaan duka nestapa selepas dihentam dengan batu oleh Bani Thaqif di Taif bersama Zaid bin Al Haritahah r.anh dlm ekespidisi dakwah di Taif dan juga wafatnya bapa saudara baginda, Abu Talib dan Sayyidatina Khadijah At Thohirah,isteri baginda yang tercinta.Ini dicatit dlm Al Quran dalam Surah Al Isra' ayat 1 dan beberapa ayat dalam Surah An Najm.

Selain Peristiwa Isra' Mi'raj,Bulan Rejab juga menyaksikan berlakunya perang yang terakhir dihadapi oleh Nabi s.a.w  iaitu Perang Tabuk(tidak sempat bertempur kerana Rom dan sekutu Arab lari 
engundur diri apabila berita kemaraan tentara Nabi s.a.w dan kaum Muslimin sampai kepengetahuan mereka).Perang ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 hijrah.Tentera Musliman berkekuatan 30,000 orang keluar dari Madinah menuju Tabuk yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Arab,bagi menghadapi Rom dan sekutu Arab.

Perang ini juga berlaku dlm suasana musim panas dan hasil tanaman yang masak ranum yang menunggu masa untuk dipetik,ini menguji daya tahan iman kaum Muslimin dalam menyahut panggilan jihad.Ada yng minta uzur dan ada juga mengambil kesempatan membuat onar sperti membina masjid Dhirar yang akhir diperintah bakar oleh Nabi s.aw.

Perang Tabuk juga meperlihatkan Allah s.w.t hendak membersihkan umat Islam dari sifat nifaq dan juga Allah s.w.t mendedahkan kebejatan orang Munafiq melalui tindak-tanduk mereka cuba mensabotaj moral dan logistik angkatan perang Nabi s.aw.Allah s.w.t juga memberi satu peringatan dan motivasi yang keras kpada 3 sahabat-Kaab bin Malik,Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'- yang sengaja menguzurkan diri dari mngikuti angkatan perang ke Tabuk.

Bulan Rejab juga mencatatkan sejarah pembebas Masjidil Aqsa dari Salibiiyyin pada tahun 1187M bertepatan 27 Rejab oleh Panglima Agung,Sultan An Nasir Salahuddin Yusuf bin Ayyub,Sultan Syam,Mesir dan Yaman selepas 90 tahun ditadbir oleh Salibiyyin.

Selepas berbulan mengepung Baitul Maqdis dengan serangan manjanik yang bertubi-tubi keatas kota Al Quds,maka akhirnya,berlakunya perjanjian damai antara Salahuddin Al Ayubi dan Patriach Al Quds dan Al Quds diambil kembali oleh panji2 Islam dengan aman dan non-Muslim diberi keamanan oleh Salahuddin.     Maka pada 27hb Rejab,Salahuddin dan tenteranya memasuki Al Quds dan membebaskan Masjidil Aqsa dari kekufuran syirik kepada nur Islam dan Tauhid.

Maka sewajarnya Bulan Rejab dijadikan bulan peringatan Palestin dan perlu digerakkan kesedaran ummah bahwa bulan Rejab bukan hanya kita hanya memperingati Isra' dan Mi'raj tetapi juga bulan kita melahirkan semangat perpaduan ummah bersama rakyat Palestin serta bersama2 berjuang agar Masjidil Aqsa dan seluruh Palestin dibebaskan dari penyangak Zionis Yahudi....

Kita berdoalah semoga Allah memanjangkan umar kita semoga dapat beramal dibulan Rejab dan Syaa'ban dan Insyaallah dapat bersua dengan bulan Ramadhan Al Mubarak...


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان


وبلغنا رمضان


(أو كما قال ) 


مدينة النصر

1906010
7 رجب  
1431 هـ

rencah imtihan 2

15 Jun 2010

salam imtihan...

(i)

Muktamar Pas yg ke-56 baru berakhir 2 3 hari lepas yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK).Dengan tema "Islam Adil Untuk Semua' menjadi teras ucapan Dasar Presiden Pas,Pas terus melakar tinta dengan penyertaan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong Pas (DHPP) yg mnjadi permerhati khas dlm muktamar.

Banyak isu2 dan usul yg telah dibangkitkan oleh perwakilan yg mnggambil bahagian,dari isu pemerkasaan parti dan tarbiyyah ahli sehinggalah ke isu judi bola sepak.Teguran dan kritikan perwakilan diharap dpat diambil ihtimam(perhatian) dalam memerkasakan lagi Pas dipersada politik negara dan memerkasakan peranan Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dlam mnghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentarbiyyah dan pemerkasaan parti dan ahli harus dilipatgandakan lagi lebih2 lagi Pas mnerima 'ahli baru' dari kalangan Non-Muslim.Seluruh pencinta gerakan siasah dakwah ini mngharapkan kebngkitan dan kmenangan Pas dalam PRU-13 bgi mngakhiri zaman jahiliah dan fasiq UMNO-BN selama 50 tahun....Insyaallah.

(ii)

14hb Jun 2010,jam 2 petang di Hospital  Selayang,Pas kehilangan pakar rujuk perlembagaan dan sejarahnya,apabila Ustaz Hassan Shukri(gambar),71 kembali mngadap Tuhan Pencipta Alam akibat serangan jantung.Allahyarham yg juga Bekas Timbalan Presiden Pas dan Ahli Majlis Syura Ulama' Pas dimasukan ke CCU selepas mngadu sakit dada selepas pulang dari mnghadiri Muktamar Pas ke-56 di Kota Bharu bersama Tuan Haji Subky Latif.

Namun pada jam 2 ptg,Ustaz Hj Hassan Shukri disahkan meninggal dunia di CCU Hospital Selayang.

Sepanjang penglibatan Al Marhum dalam PAS,beliau pernah memegang jawatan penting dlam parti Islam yg tertua di Malaysia ini ,antaranya



1)Ketua Pemuda PAS Pusat
2)Setiausaha Agung Pas
3)Ahli Majlis Syura Ulama' Pas
4)Naib Presiden Pas
5)Pesuruhjaya Pas Selangor
6)Timbalan Presiden Pas

Al Marhum juga bnyak memberi sumbangan dalam memantapkan perjalanan organisasi,strategi dan beliau antara pakar rujuk perlembangaan Pas dan bnyak mengingati sejarah jatuh bangun Pas sejak awal penubuhanya 60 tahun yg lalu.Beliau antara Pengasas dan orang yg bertanggungjawab menubuhkan Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar yg berkebetulan berdekatan dengan rumah beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham....Al Fatihah...




(Presiden Pas Tuan Guru Dato' Seri Haji Ab Hadi Awang mngimamkan Solat Jenazah keatas Al Marhum Ustaz Hassan Shukri)



(iii)

Imtihan sudah hmpir berakhir...hari khamis(17hb Jun 2010) merupakan hari terakhir imtihan bagi penulis iaitu subjek Tauhid.Namun ujian lisan masih belum usai dan akan dihadapi pada 4hb Julai 2010.

12hb Julai 2010 insyaallah,penulis akan berangkat pulang ke Malaysia bercuti di sana...tidak tahu lagi apa perancangan utk cuti tahun ini.Insyaallah Moga2  ada manafaat dari kpulangan ke Malaysia tahun ini,Insyaallah...

Salam Perjuangan...

'Islam Adil Untuk Semua'

Kota Nasr,
1507010
3 rejab 1431H

Foto & Video Demonstrasi Anti-Israel (4hb Jun 2010)

05 Jun 2010

Sekitar Demonstrasi Anti Israel di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur lepas Solat Jumaat Semalam(4hb Jun 2010)


Solat Hajat & Himpunan Anti Israel di Kota Bharu,Kelantan yg dipimpin oleh Dato' Bentara Setia MB Kelantan,Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat



sumber: Perisik Rakyat & Berita Harian


Video Demo Anti Israel di KL(4hb Jun 2010)

Israel mengganas lagi....!!! Flatila Keamanan Diserang 'Lanun' Israel

02 Jun 2010

Kapal Mavi Marmara 

Salam Imtihan

Kerancakan persiapan imtihan teman-teman di bumi Anbiya' dikejutkan dengan serbuan tentera Laut dan Komando Israel keatas  Kapal Mavi Marmara yang membawa sukarelawan Flotila Keamanan Life 4 Gaza yg dalam perjalanan misi utk memecahkan kepungan Zionis keatas Gaza serta menyampaikan bantuan kemanusian kepada rakyat Pelastin di Gaza yg dikepung oleh Israel dan mangkuk ayung 'saudara seagama' Mesir sejak Hamas menguasai Jalur Gaza sejak 2008 dan ditambah lagi selepas Perang Gaza-Israel pada Dis.2008 hingga Januari 2009  yang memburukkan lagi kemalaratan rakyat Palestin di Gaza akibat sekatan barangan dan pergerakan oleh kedua-dua pihak,Israel dan Mesir.

Kedatangan misi ini ke Gaza telah 'disambut' dengan kasar,ganas dan penuh ke'brutal'an,lebih2 lagi dilaporkan 19 orang sukarelawan syahid dan puluhan lagi cedera..kapal terbabit telah ditunda ke Ashdod dan ditahan di penjara di selatan Israel. Ketika artikel ini ditulis, ada juga sukarelawan trutamanya yg mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel telah dihantar pulang dan selebihnya masih ditahan oleh Israel.




Tindakan kejam,ganas dan brutal Zionis Israel telah mndapat bantahan seluruh dunia.Beberapa jam selepas kapal tersebut diserbu Israel,ribuan umat Islam Turki menyerbu Konsulat Israel di Turki dan Kediaman Konsul Israel.Seluruh dunia telah bangun membantah tindakan tentera komando Israel yg bertindak ganas yg jelas tidak bersenjata api dan hanya bersenjata 'ala kadar' bagi mempertahankan diri dari rempuhan dan serangan ala lanun                                        (gambar kanan:demonstrasi membantah kezaliman Israel terhadap misi Gaza  didepan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur,semalam(1 Jun 2010)  Israel.Bantahan dilakukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.warna kulit dan agama seluruh dunia,dari Indonesia hingga ke Amerika Syarikat...satu nada,satu suara..membantah kekejaman dan kebejatan Isarel keatas konvoi kemanusian yg disertai pelbagai negara dengan satu tujuan dan matlamat,memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza yang dilakukan Israel dan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan untuk rakyat Palestin di Gaza yang masih belum dapat kemudahan asas yg mencukupi akibat dimusnahkan Israel dalam Perang Gaza-Israel Dis.2008-Jan.2009

Oleh itu, marilah kita mendoakan keselamatan teman2 kita yg sedang ditahan di Israel termasuk 12 orang rakyat Malaysia yg turut menyertai konvoi ini.Marilah sama2 kita bermunajat kepada Allah s.w.t dan membaca doa  Qunut Nazilah pada rakat akhir setiap solat lima waktu (selepas i'tidal) dan solat hajat spertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda menghadapi pengkhianatan dan pembunuhan sahabat-sahabat baginda dalam Peristiwa Ar Rajei' dan Telaga Maunah serta ketika Nabi s.aw dan para sahabat menghadapi kepungan Bala Tentera Al Azhab.Nas Qunut Nazilah iaitu:

اللهم إنا نجعلك في نحور أعداءنا ونعوذبك من شرورهم

اللهم فرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم

وسلط عليهم كلبا من كلابك

اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

tentera komando Israel ketika mula menceroboh 
Mivi Marmara pada pagi Isnin  31hb Mei 2010

Ayuh bersama kita mendoakan kehancuran Israel Zionis la'natullah ila yaumil qiamah serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anggota konvoi yg masih ditahan di Penjara Barsyeva,Selatan Israel...semoga walaupun dengan tindakan brutal Israel ini,insyaallah,ini tidak akan mematahkan usaha masyarakat  global  menamatkan 'Tembok Jerman Moden' di Gaza serta  menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yg memerlukan bantuan kemanusiaan dan kemudahan utk pembangunan infrastruktur,kesihatan,pendidikan dan lain-lain bagi Wilayah Gaza. 

Life 4 Gaza....

الله أكبر

خيبر،خيبر يايهود

جيش محمد(صلى الله عليه وسلم)سيعود

مدينة النصر
2 jun 2010
19 jumadilakhir 1431H


terbaru:12 orang rakyat yg ditahan oleh Israel telah dibebaskan
sumber:Malaysiakini


sebahagian foto demonstrasi  bantahan dunia terhadap kekejaman Zionis
terhadap misi flatila keamanan 'Life 4 Gaza'

PARIS

JAKARTA

ISTANBUL

Tanah Airku

Tanah Airku

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'