rencah imtihan 2

15 Jun 2010

salam imtihan...

(i)

Muktamar Pas yg ke-56 baru berakhir 2 3 hari lepas yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK).Dengan tema "Islam Adil Untuk Semua' menjadi teras ucapan Dasar Presiden Pas,Pas terus melakar tinta dengan penyertaan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong Pas (DHPP) yg mnjadi permerhati khas dlm muktamar.

Banyak isu2 dan usul yg telah dibangkitkan oleh perwakilan yg mnggambil bahagian,dari isu pemerkasaan parti dan tarbiyyah ahli sehinggalah ke isu judi bola sepak.Teguran dan kritikan perwakilan diharap dpat diambil ihtimam(perhatian) dalam memerkasakan lagi Pas dipersada politik negara dan memerkasakan peranan Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dlam mnghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentarbiyyah dan pemerkasaan parti dan ahli harus dilipatgandakan lagi lebih2 lagi Pas mnerima 'ahli baru' dari kalangan Non-Muslim.Seluruh pencinta gerakan siasah dakwah ini mngharapkan kebngkitan dan kmenangan Pas dalam PRU-13 bgi mngakhiri zaman jahiliah dan fasiq UMNO-BN selama 50 tahun....Insyaallah.

(ii)

14hb Jun 2010,jam 2 petang di Hospital  Selayang,Pas kehilangan pakar rujuk perlembagaan dan sejarahnya,apabila Ustaz Hassan Shukri(gambar),71 kembali mngadap Tuhan Pencipta Alam akibat serangan jantung.Allahyarham yg juga Bekas Timbalan Presiden Pas dan Ahli Majlis Syura Ulama' Pas dimasukan ke CCU selepas mngadu sakit dada selepas pulang dari mnghadiri Muktamar Pas ke-56 di Kota Bharu bersama Tuan Haji Subky Latif.

Namun pada jam 2 ptg,Ustaz Hj Hassan Shukri disahkan meninggal dunia di CCU Hospital Selayang.

Sepanjang penglibatan Al Marhum dalam PAS,beliau pernah memegang jawatan penting dlam parti Islam yg tertua di Malaysia ini ,antaranya



1)Ketua Pemuda PAS Pusat
2)Setiausaha Agung Pas
3)Ahli Majlis Syura Ulama' Pas
4)Naib Presiden Pas
5)Pesuruhjaya Pas Selangor
6)Timbalan Presiden Pas

Al Marhum juga bnyak memberi sumbangan dalam memantapkan perjalanan organisasi,strategi dan beliau antara pakar rujuk perlembangaan Pas dan bnyak mengingati sejarah jatuh bangun Pas sejak awal penubuhanya 60 tahun yg lalu.Beliau antara Pengasas dan orang yg bertanggungjawab menubuhkan Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar yg berkebetulan berdekatan dengan rumah beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham....Al Fatihah...




(Presiden Pas Tuan Guru Dato' Seri Haji Ab Hadi Awang mngimamkan Solat Jenazah keatas Al Marhum Ustaz Hassan Shukri)



(iii)

Imtihan sudah hmpir berakhir...hari khamis(17hb Jun 2010) merupakan hari terakhir imtihan bagi penulis iaitu subjek Tauhid.Namun ujian lisan masih belum usai dan akan dihadapi pada 4hb Julai 2010.

12hb Julai 2010 insyaallah,penulis akan berangkat pulang ke Malaysia bercuti di sana...tidak tahu lagi apa perancangan utk cuti tahun ini.Insyaallah Moga2  ada manafaat dari kpulangan ke Malaysia tahun ini,Insyaallah...

Salam Perjuangan...

'Islam Adil Untuk Semua'

Kota Nasr,
1507010
3 rejab 1431H

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'