Rejab,Bulan Jihad & Palestin

19 Jun 2010

Salam Rejab

Sekarang ini kita berada di bulan yg mulia,Bulan Rajab...

Ramai juga yg mula2 start puasa sunnah.....

Namun tidak dinafikan Rejab merupakan bulan yg dimuliakan sejak zaman jahiliah dan termasuk dalam bulan yang diharamkan berperang.

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 36






"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa."


Maka bersempena kedatangan bulan Rejab yang mulia ini,hendaklah kita melipatganda amal ibadat seperti solat-solat sunnah dan sedaqah,lebih-lebih lagi,kita jadikan bulan Rejab sebagai bulan persediaan untuk menghadapi universiti tarbiyah selama sebulan iaitu Falkulti Ramadhan Al Mubarak yg bakal menjelma pada bulan Ogos nanti,Insyaallah

Di bulan Rejab juga,banyak peristiwa penting dalam sejarah perkembangan hidup manusia khususnya kita sebagai yang beragama Islam.Sinonim  dengan masyarakat di Malaysia,bulan Rejab ialah bulan berlakunya peristiwa agung dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.aw  sebelum hijrah Ar Rasul s.a.w ke Madinah iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj yang membuahkan penerimaan pengsyaritan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w disamping menghiburkan hati Nabi s.a.w yang berada keadaan duka nestapa selepas dihentam dengan batu oleh Bani Thaqif di Taif bersama Zaid bin Al Haritahah r.anh dlm ekespidisi dakwah di Taif dan juga wafatnya bapa saudara baginda, Abu Talib dan Sayyidatina Khadijah At Thohirah,isteri baginda yang tercinta.Ini dicatit dlm Al Quran dalam Surah Al Isra' ayat 1 dan beberapa ayat dalam Surah An Najm.

Selain Peristiwa Isra' Mi'raj,Bulan Rejab juga menyaksikan berlakunya perang yang terakhir dihadapi oleh Nabi s.a.w  iaitu Perang Tabuk(tidak sempat bertempur kerana Rom dan sekutu Arab lari 
engundur diri apabila berita kemaraan tentara Nabi s.a.w dan kaum Muslimin sampai kepengetahuan mereka).Perang ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 hijrah.Tentera Musliman berkekuatan 30,000 orang keluar dari Madinah menuju Tabuk yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Arab,bagi menghadapi Rom dan sekutu Arab.

Perang ini juga berlaku dlm suasana musim panas dan hasil tanaman yang masak ranum yang menunggu masa untuk dipetik,ini menguji daya tahan iman kaum Muslimin dalam menyahut panggilan jihad.Ada yng minta uzur dan ada juga mengambil kesempatan membuat onar sperti membina masjid Dhirar yang akhir diperintah bakar oleh Nabi s.aw.

Perang Tabuk juga meperlihatkan Allah s.w.t hendak membersihkan umat Islam dari sifat nifaq dan juga Allah s.w.t mendedahkan kebejatan orang Munafiq melalui tindak-tanduk mereka cuba mensabotaj moral dan logistik angkatan perang Nabi s.aw.Allah s.w.t juga memberi satu peringatan dan motivasi yang keras kpada 3 sahabat-Kaab bin Malik,Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'- yang sengaja menguzurkan diri dari mngikuti angkatan perang ke Tabuk.

Bulan Rejab juga mencatatkan sejarah pembebas Masjidil Aqsa dari Salibiiyyin pada tahun 1187M bertepatan 27 Rejab oleh Panglima Agung,Sultan An Nasir Salahuddin Yusuf bin Ayyub,Sultan Syam,Mesir dan Yaman selepas 90 tahun ditadbir oleh Salibiyyin.

Selepas berbulan mengepung Baitul Maqdis dengan serangan manjanik yang bertubi-tubi keatas kota Al Quds,maka akhirnya,berlakunya perjanjian damai antara Salahuddin Al Ayubi dan Patriach Al Quds dan Al Quds diambil kembali oleh panji2 Islam dengan aman dan non-Muslim diberi keamanan oleh Salahuddin.     Maka pada 27hb Rejab,Salahuddin dan tenteranya memasuki Al Quds dan membebaskan Masjidil Aqsa dari kekufuran syirik kepada nur Islam dan Tauhid.

Maka sewajarnya Bulan Rejab dijadikan bulan peringatan Palestin dan perlu digerakkan kesedaran ummah bahwa bulan Rejab bukan hanya kita hanya memperingati Isra' dan Mi'raj tetapi juga bulan kita melahirkan semangat perpaduan ummah bersama rakyat Palestin serta bersama2 berjuang agar Masjidil Aqsa dan seluruh Palestin dibebaskan dari penyangak Zionis Yahudi....

Kita berdoalah semoga Allah memanjangkan umar kita semoga dapat beramal dibulan Rejab dan Syaa'ban dan Insyaallah dapat bersua dengan bulan Ramadhan Al Mubarak...


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان


وبلغنا رمضان


(أو كما قال ) 


مدينة النصر

1906010
7 رجب  
1431 هـ

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'