Kuttub Sittah-Agenda Trsembunyi JPMK??

16 Oktober 2009

salam serambi makkah

hari rabu dpn,insyaallah sya kembali smula ke kota kaherah untuk meneruskan smula pngajian di sana.jam 11.35 mlm hari rabu ni,saya akn mninggalkan malaysia yg penuh aneka ragam politik,sosial dan ragam masyarakatnya yg pelbagai.ada rezeki  tahun depan atau jika ada kmampuan utk pulang,jupo pulok ngn teman2 di malaysia.

dua tiga hari ni ada khbar yg kurang enak dri mesir.Selain isu niqab yg masih panas,timbul pulak isu sabotaj  scara 'atas darat' oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yg tak semena2 meminta Pusat Konvensyen Al Azhar (ACC) dan Syeikhul Al Azhar,Imamul Akbar Syeikh Sayyid Tantawi supaya membatalkan penggunaan veneu dan program itu yang dijangka akan bermula esok(17/10/2009) shingga Selasa ini(20/10/2009).

Sya mndoakan agar semua kekalutan ni dpt dileraikan.Tidak molek juga kedutaan mensabotaj program ni. hnya tidak 'ngam' ngan PMRAM,program yg begitu bermanafaat ini diganggu dan disabotaj oleh kedutaan. Jangan kerana marahkan nyamuk sebuah rumah dibakar.

atau..kedutaan ada mempunyai agenda lain utk mensabitkan PMRAM dgn parti pembangkang(Pas) di Malaysia sekaligus utk mnguburkan PMRAM secara halus dan mencalar imej PMRAM dihadapan kerajaan Mesir,Syeikhul Azhar dan Masyayikh yg trlibat dlm program ni.

Walaubagaimanapun,sya  brharap agar Badan Pengurus PMRAM agar bersabar dan mendoakan agar program akan berjalan dgn lancar serta selamat dari sebarang sabotaj dan tindakan dari mana-mana pihak yg brusaha menggagalkan program yang mulia ini.

Untuk maklumat lanjut tentang program Kutub Sittah dan isu berkaitannya,sila layari laman web berikut:

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/


**************************

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden PMRAM


Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)

2009

Fatwa Majlis Fatwa Mesir(Darul Ifta') Berkaitan Niqab (Terjemahan)

14 Oktober 2009

sumber:http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/10/terjemahan-fatwa-majlis-kebangsaan.html
            (Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussin,Mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
Saya nyatakan di bawah terjemahan fatwa yang pernah diajukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kepada Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah) pada tahun 2007 sebagai satu muqaddimah dalam memahami isu purdah ini. Saya akan cuba untuk mengkaji isu Syeikh al-Azhar Dr. Sayyid al-Tantawi agar isu ini akan semakin jelas buat para pembaca. Diharap para pembaca tidak terburu-buru untuk menghukum tindakan Syeikh al-Azhar semata-mata dengan paparan media baru-bari ini.


****************************

"Tanyalah orang yang mengetahui sekiranya kamu semua tidak mengetahui". (Surah al-Nahl ayat 43)

Segala puji bagi Allah satu-satunya. Selawat dan salam buat Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya, Nabi Muhammad utusan Allah. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Rasulullah, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda secara baik sehingga hari Kiamat.

Kami telah menerima permohonan fatwa daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertarikh 29/5/2007 yang bernombor 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menghalang para mahasiswi Malaysia yang menuntut di al-Azhar daripada memakai niqab (purdah) dengan alasan keselamatan dan takut daripada teroris, sedangkan kedutaan boleh untuk meminta mahasiswi tersebut untuk membuka niqab mereka sebelum mereka masuk ke premis kedutaan bagi mengenalpasti identiti mahasiswi berkenaan.

Persoalan di sini adalah: adakah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dibolehkan dari sudut Syarak untuk memaksa mahasiswi yang berniqab untuk berpegang dengan satu pandangan tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pandangan para fuqaha seperti masalah niqab? Apakah pendirian yang perlu diambil oleh para mahasiswi yang berniqab terhadap ketetapan yang diputuskan oleh pihak kedutaan?


Jawapan:

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya bermazhab dengan mazhab Syafi`e Radhiallahu `Anhu. Di dalam mazgab Syafi`e, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.

Di dalam kitab Hasyiah Jamal `Ala Syarh al-Manhaj sebagaimana yang juga tertera di dalam kitab Syarh al-Mahalli `Ala Minhaj al-Nawawi:

"Adapun aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi, maka seluruh badan".


Di dalam kitab Hawasyi al-Syarwani `Ala Tuhfat al-Muhtaj Libni Hajar `Ala Minhaj al-Nawawi dinyatakan:

"Dapat diketahui daripada kenyataan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat;

• Aurat di dalam solat iaitu apa yang telah dinyatakan sebelum ini
• Aurat apabila bersama dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh badannya termasuklah wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan pandangan yang muktamad (pandangan yang kuat)
• Aurat apabila dia berseorang diri atau ketika bersama dengan mahramnya iaitu sama seperti aurat lelaki."


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala al-Khatib dinyatakan:

"Adapun aurat wanita di luar solat apabila ada bersama dengan lelaki ajnabi, maka auratnya adalah seluruh badannya termasuklah muka dan dua tapak tangan sekalipun ketika aman daripada fitnah".

Maka berdasarkan soalan yang dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa pihak berkuasa boleh untuk mengambil pendekatan dari sudut keselamatan, mengenal pasti identiti, kaji selidik dan siasatan bagi memastikan keamanan pihak berkuasa. Antaranya adalah meminta agar wanita yang berniqab menunjukkan wajahnya ketika mereka ingin masuk ke dalam premis kedutaan tanpa perlu untuk pihak kedutaan memaksa mereka untuk menanggalkan niqab mereka di dalam premis kedutaan kerana premis kedutaan adalah kawasan umum bagi setiap warganegara.

Wallahu Subhanahu Wataala A'lam.


Ditandatangani oleh tenaga fatwa,

Muhammad Wusam Abbas, Muhammad Syalabi dan Imad al-Din Ahmad `Iffat.

Tarikh: 30/5/2007.

Bagan Pinang-Muhasabah Kekalahan

11 Oktober 2009

Salam Serambi Makkah

Keputusan Pilihan Raya Kecil  N31 DUN  Bagan Pinang  11hb Oktober 2009


Hj Zulkefly Mohammad bin Haji Omar (Pas):2578
Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad (BN) :8013 
Majioriti :5435

Semoga keputusan yang diperolehi ini akn memberikan kita satu natijah untuk menilai dan membedah siasat kelemahan samaada dari segi strategi dan cara menambati hati pengundi.


Maka perlu ada perancangan daripada PR dan Pas sendiri untuk memenangi hati pengundi smula pasca Bagan Pinang khususnya di Wilayah Selatan yang masih tebal dengan zhulumat UMNO/BN.

Semoga ia menjadi pengajaran kpada smua pendokong gerakan Islam Pas dan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus teguh memenuhi aspirasi rakyat.Tahniah kepada pengundi yg istiqamah menyokong calon PAS/BN  walaupun ia belum cukup untuk memenangkan calon PAS/Pakatan pada kali ini.

Buat UMNO/BN,
jangan takbur dgn kmenangan ini...Tahniah kpada Isa.Selamat Berkhidmat.

Kepada pimpinan PAS/Paktan:

Mari bermuhasabah!!

Teruskan perjuangan,jangan berputus asa dengan kekalahan  ini....

Disebalik kekalahan ini,mungkin ada hikmah disebaliknya...

Teruskan Perjuangan



Rayuan Tok Guru

08 Oktober 2009

Rayuan dan Perutusan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat(Mursyidul Am PAS)kepada Pengundi N31 Bagan Pinang,Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11hb Oktober 2009




"BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"
"PAS FOR ALL"

Ribut & Gempa Bumi- Amaran Allah!

01 Oktober 2009

Salam Serambi Makkah

Ptg semlam berlakunya ribut  yg kuat melanda Kelantan.Ribut tersebut menerbangkan atap-atap dan menumbangkan pohon-pohon besar.Ribut luar jangkaan ini turut mengorbankan satu nyawa di Bachok,Kelantan yang ditimpa pohon besar ketika brteduh di kedai.

Gempa Bumi juga berlaku di Padang,Indonesia dan di Kepulauan Somua di Pasifik.100 orang terkorban di Somua akibat gempa bumi dan gelombang tsunami yang membadai kpuluan tersebut.Kemudia lebih 400 lebih terkorban akibat gempa bumi di Padang,Indonesia.

Inilah adalah ujian dan bala' dari Allah s.w.t yg ingin mengajar  manusia yg alpa dan trbabas dari jalan yang diredhainya.
 
Bayangkan hanya lebih kurang 1 minit,ribut  membadai dan mengangkat atap2 dan menumbangkan pokok-pokok.Inilah besarnya kekuasaan Allah.Oleh itu marilah kita bermuhasabah,beristighfar memohon ampun dari Allah s.w.t smoga kita dijauhi dari bala' bencana yg mnimpa kita yg kadang2 tanpa disedari dan jga menimpa org yg soleh.

Takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Padang,Indonesia dan mangsa-mangsa ribut di Kelantan.

اللهم ادفعنا عن البلاء والوباء والفتن


Tanah Airku

Tanah Airku

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'