Al Qardhawi & Meniti Imtihan......

21 Disember 2009

Salam Hijrah....

i



Dr Yusuf Qaradhawi ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H
dari KDYMM Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah,Timb.Yang Dipertuan Agong

Sekarang ini masih lagi dalam mood sambutan Hijraturrasul s.a.w 1431H. Dan Malaysia pada tahun ini bertuah kerana menerima kehadiran ulama' tersohor dan mujadid kurun ini iaitu Fadhilatul Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi hafizohullah yang mana beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H oleh Kerajaan Malaysia sebagai menghargai jasa,keilmuan kepada dunia Islam dan ummah amnya.Sesungguhnya penganugerahan ini adalah kecil dibanding sumbangan Al Qardhawi dalam  bidang ilmu dan pembaharuan khususnya dalam bidang fiqh pada kurun ini.Karyanya yang juga tesis Phd beliau Fiqhuz Zakah  amat bernilai disamping karya-karyanya yang lain seperti Fatawa Muasorah,Fiqhud Daulah,Fiqh Al Awlawiyyat dan banyak lagi.Amat rugilah jika tema-teman di Malaysia yang miss muhadhorah perdana beliau samaada ketika Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan,Muhadhorah Perdana mengenai Fiqh Jihad dan Muhadhorah di Masjid Sultan Salahuddin Ab Aziz Shah,Shah Alam.Kesempatan ini amat bernilai dan wajar direbut dengan sebaik mungkin.Kita mendoakan semoga beliau terus diberi kesihatan untuk berbakti kepada ummah dan insyaallah diizinkan Allah dapat bertemu dengan rakyat Malaysia di masa akan datang.

ii

tidak sampai sebulan lagi,pelajar-pelajar di bumi anbiya' ini akan menghadapi imtihan atau exam fasal(sem) satu yang dijangka akan bermula pertengahan bulan depan. Pada sem ini saya ada 1 madah yang kandas iaitu madah Ulum Hadith. Dan bagi pelajar baru,ini merupakan pengalaman baru dalam menghadapi imtihan.Walaupun telah menghadapi imtihan qabul baru-baru ini,namun ia tidak sama.Maka saya menasihati diri ini dan teman-teman agar bersiap-sedia menghadapi imtihan ini.Bagi pelajar baru,segarakan pendaftaran kuliah dan urusan kernih(kad pelajar) kerana ia penting dalam menghadapi peperiksaan.Namun yang paling penting ialah pergantungan kita kepada Allah s.w.t.Berusaha,berdoa dan bertawakal kunci kepada kejayaan.Namun yang palin penting ialah sabar menghadapi ujian dan mehnah ketika mencari ilmu di bumi Mesir ini.

Saya mendoakan  semoga pelajar azhariyyun dan tibb dikurniakan Allah kejayaan dalam imtihan yang bakal menyusul dan dikurniakan ketabahan dalam meniti hari-hari menjelang imtihan.... 

Kalam Tahun Baru.....

16 Disember 2009




 
Salam Al Azhar & Tahun Baru 1431H..
 
Alhamdulillah,syukur kpada Allah s.w.t kerana Allah masih lagi memberikan lagi nikmat yg melimpah ruah dan insyaallah pada petang hari Khamis ini,kita akan meninggalkan tahun 1430 Hijrah dengan seribu kenangan dan ingatan yg beraneka rencah.Suka duka telah dilalui walaupun kadang-kadang menusuk qalbu dan melegakan hati yg lara.
 
Sesungguhnya menjadi lumrah setiap perkara akan ada penghujungnya.Maka di hari-hari akhir di tahun 1430H,saya berpesan kpada diri saya sendiri dan kepada teman-teman dan sahabat sekalian agar marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membedah segala  kelanjuran dan kelemahan kita sebagai hamba Allah dan sebagai plajar Islam.
 
Sesungguhnya 1430H akan meninggalkan bnyak kenangan.Bagi yg melalui pengalaman buruk,gagal dan duka sepanjang tahun ini,maka jadikanlah 1431H sebagai tahun menimbus segala keburukan dan kedukaan serta mara dan terus cekal menghadapi mehnah dan tribulasi sebagai pejuang di jalan Allah. 
 
Bagi yg telah berjaya dan menghadapi 1430H dengan kegembiraan,maka jadikan 1431H sebagai jalan untuk memantapkan kejayaan serta istiqamah dalam kejayaan.Ingatlah,kejayaan dan kegembiraan tidak akan sentiasa melingkari kita dan kegagalan dan kedukaan tidaklah sentiasa menghantui kita.

Maka sempena kehadiran Awal Muharam 1431H,saya berpesan kepada diri saya dan teman-teman dan sahabat-sahabat agar meningkatkan amalan kita dan Insyaallah kita jadikan tahun baru ini sebagai 'turning point' untuk memantapkan lagi keimanan dan istiqomah dalam segala amal kehidupan dan marilah kita mendoakan agar Allah s.w.t  menganugerahkan taufiq dan hidayah serta kejayaan dalam setiap amalan kita lebih-lebih lagi sebagai pelajar di Bumi Mesir dan di Malaysia.Semua tautan ukhuwah kita terus mekar walaupun dibadai musim dingin atau dihembus musim panas.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hijraturrasul 1431H kepada semua yang mengenali diri ini.Maaf Zahir dan Batin dan semoga terus dibawah lindungan Allah. Semoga tahun 1431H menjanjikan kebahagian dan kegembiran kepada kita semua...Selamat Beramal pada hari A'syura...


كل عام وأنتم بخير

والله التوفيق والرشاد

الله أكبر ولله الحمد
Salam Perjuangan!

الحي السابع ،مدينة النصر ،القاهرة
الجمهورية مصر العربية

Kalam Eidil Adha...

26 November 2009


Salam Eidil Adha dari lembah nil.

Esok umat Islam di seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Eidil Adha sbagai tanda peringatan kita trhadap pngorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam mnjunjung titah printah Allah s.w.t. Hari Raya mrupakan hari kmenangan dan kgembiraan d'samping mngeratkn lg ukhuwah sesama muslim.

Buat tahun kedua,saya braya Eidil Adha di bumi Mesir. Suasana di sini amat brbeza namun tetap meriah. Mood Eidil adha x trasa sngat hiba brbanding Eidil Fitri. Namun kalu d layan lagu raya,mahu x hiba n tringat kt malaysia yg trcinta.

Pngorbanan yg melingkari roh dan konsep Hari Raya Eidil Adha perlu dihayati secara tuntas. Setiap umat manusia dituntut brkorban dalam mndapat hasil yg cemerlang dan tuntas.

Lebih-lebih lagi sbagai seorang plajar dan mahasiswa dan belajar pulak d' mesir,maka sharusnya bnyak pngorbanan harus d'lakukan demi mnggapai kejayaan.

Oleh tu,sempena Hari Raya Eidil Adha,marilah sama-sama kita mnghayati roh pngorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s dalam mendepani mehnah,kegagalan dan kjayaan semasa mnuntut ilmu di bumi Mesir ini. Di kesempatan ini,saya ingin mngucapkan Selamat Hari Raya Eidil Adha Al Mubarak kpada keluarga di Malaysia,teman-teman di Malaysia dan di Mesir,guru-guru di Maahad Muhammadi Lelaki dan semua yg mngenali diri ini. Maaf Zahir dan Batin. Smoga terus sukses slalu. HAVE NICE EID...


SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA

Kullua'min Waantum Bikhair....

Nasr City,cairo
9 zulhijjah 1430H.

Mendepani Mehnah & Fitnah.....

17 November 2009

Salam Tanah Anbiya'

Mehnah & fitnah merupakan  suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan manunsia yang penuh kelemahan dan kekurangan.Lebih-lebih lagi sebagai  sbagai pelajar Islam dan pejuang Islam.Memerhati perjalanan hidup di Mesir dan situasi politik yang tidak menentu di Malaysia,maka kedua perkara ini,mehnah dan fitnah  menjerut kita dan lebih dekat dengan kita

Di Malaysia,fitnah dan mehnah sekarang melanda jemaah Islam dan Pakatan Rakyat. Lepas satu hal,satu hal timbul membadai.Dari kejatuhan Kerajaan Perak kepada isu pemerkasaan Pas, teguran TGNA dan isu baiah  .Semua ini berlaku apabila ketidakcermatan pimpinan menangani isu ini secara hikmah dan tuntas.Maka polimek berlegar dalam blog-blog yang sebelum ni mendokong kita sebelum ni telah menghentam kita balik.Contohnya isu baiah,sepatutnya isu ni tidak diluahkan di khalayak umum yg memungkinkan berlaku polemik dan fitnah yg kadang-kdang tidak terkawal.Walaupun isu ini berjaya ditangani secara separuh masak,namun ini isu ni hampir mnjatuhkan kredibiliti jemaah di mata masyarkat.Oleh itu,saya menyeru pimpinan agar menangani isu ini secara cermat dan berhemah dan mendepani mehnah dan fitnah secara matang dan bijaksana.
Media baru yang tumbuh bak cendewan tumbuh selepas hujan kadang-kadang menjadi pembantu dan ia juga menjadi pemusnah kpada jemaah.Oleh itu pengukuhan jemaah dengan tarbiah di kalangan pimpinan dan akar umbi harus dilipat gandakan lagi demi melahirkan amilin yg ikhlas membantu kemenangan, dan bukannya menjadi api dalam sekam kepada jemaah.

Saya juga berasa marah dengan tindak-tanduk Malaysian Student Department(MSD) atau Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) terhadap sabotaj dan kempen memburukkan PMRAM ketika tindakan mereka menghantar surat kepada Syeikhul Azhar supaya tidak membenarkan PMRAM mengunakan Pusat Konvensyen Al Azhar untuk tujuan Progran Kuttub Sittah tempoh hari.Walaupun bantahan dikemukan kepada pihak terbabit,namun tidak ada respon yg tuntas ditunjukkan oleh Pengarah JPMK,Prof Madya Dr Jamil Hashim dan MSD sendiri.Oleh Desak,satu jawatankuasa diketuai Ustaz Adnan bin Wazir telah menghantar tiga tuntutan kepada JPMK.Namun tuntutan ini masih belum di tunaikan sehingga saat nukilan ini di tulis.

Akhirnya,Dewan Pemuda Pas Pusat melalui Ketuanya,Ustaz Nasruddin bin Hassan At Tantawi mengecam tindakan jakun JPMK dan Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar-Baharu,Zulkifli Noordin membangkitkan isu ini di parlimen.Saya harap pihak pimpinan PMRAM brsabar dalm menghadapi mehnah dan fitnah yang jahat lagi jakun ini.Semoga Allah membuka hati JPMK dan melakukan apa yg patut bagi membersihkan nama PMRAM di mata Al Azhar dan Syeikh Al Azhar...

nasr city
29 zulkaedah 1430

Membuang Kecelaruan.....

09 November 2009

Salam Tanah Nil

Setelah meninggalkan bumi Malaysia yg trcinta mnghampiri satu bulan,brmacam aneka peristiwa dan rencah meliputi sosial,politik dan lain-lain telah membadai bumi Malaysia dgn hebatnya.Walaupun jauh bribu-ribu batu dngan Malaysia,namun 'ribut n taufan' yg brlaku di tanah air dapat diikuti dgn rapat yang kadang-kadang meresahkan hati kita sebagai pendokong jemaah Islam.

Komen TGNA dalam blog beliau ( link) tentang 'dua tiga kerat' pemimpin Pas yang bermasalah amat mengejutkan jemaah yang membawa kepada mesyurat khas AJK Pas Pusat pada 28hb Oktober dan diikuti dengan Seminar Pas yang berlangsung semalam di Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar,Gombak,Kuala Lumpur.Walau apapun komen selepas seminar itu,tetapi seminar dikira berjaya merungkai  sedikitb sebanyak masalah yang menglingkari parti yang berusia 58 tahun ini.Kehadiran dua tokoh akedemik iaitu Pensyarah Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Dr Ab Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah,Pensyarah Media Universiti Malaya sedikit sebanyak dapat merungkai dan membedah siasat akan kelemahan dan dapat berkongsi idea-idea baru bagi memacu perjalanan parti menjelang PRU ke-13.Jadikan input-input yang dilontar oleh dua org ahli akedemik itu harus dikutip sebagai bekalan menghadapi n mndepani cabaran dalam lanskap politik yg sentiasa brubah.

Tidak dinafikan banyak berita-berita yg kurang enak didengar trutamanya serangan terhadap pimpinan sejak sebelum berlangsung Muktamar Agung Pas di Shah Alam lagi.Masalah puak pro UMNO,Pro Ulama',Pro Erdogan,Ulama'Liberal dan macam-macam jenis label telah meruntuh semangat perpaduan dan melahirkan kecurigaan sesama ahli dan dikalangan pimpinan sendiri.Walaupun Muktamar selesai dan isu UG ini ditamatkan cerita oleh TGHH sendiri,namun cakap dalam blog masih lagi berbunyi.

Yang terakhir ialah nukilan TGNA dalam blog mengenai EGM.Namun kita sbagai ahli jamaah,kita harus brsangka baik dan jangan cepat melatah dalam isu ini.Kpada pimpinan,selesaikan isu ini dan buang kecelaruan dikalangan minda ahli-ahli dan penyokong.Selesaikan isu ini segera seblum wisel PRU 13 ditiupkan....

Semoga jamaah kita terus diberkati Allah dan dijauhi dari sifat dengki-mendengki,menabur fitnah dan sifat-sifat munafiq.

والله المستعان
حي السابع,مدينة النصر،القاهرة،مصر

Let's Begin & Penangkapan Dr MAZA

02 November 2009

Salam Tanah Nil

i

Alhamdulillah,sudah seminggu diri ini brada di Tanah Mesir ni utk mnyambung jihad & pngajian di University Al Azhar, Hayyu Hussin Kaherah yg penuh nostalgik itu.Tahun ni x dpat naik tahun krana masih brbaki 5 subjek tahun satu yg masih trkandas,dan yang lebih mncabar,sem(fasal) satu hnya satu subjek shaja yg kandas dan 4 subjek pada sem(fasal )dua pada bulan Mac nanti.

Alhmadulillah prjalanan dari Kota Bharu smpai Kaherah brjalan lancar walaupun brlaku masalah sdikit smasa mlepasi polis di KLIA yg mnyebabkan beg galas trpaksa di 'check in' ke kargo.Tapi semuanya d'lalui dngan selamat.

Sperti mana biasa,Tanah Mesir menerima kemasukan pelajar baru.Kepada pelajar baru,masih belum trlambat  utk mengucapkan Ahlan Wasahlan ila Ardhul Kinanah.Semoga dapt mengambil ilmu yng melaut disini dan dapat menjadikan amilin dan ulama' yg brjasa kpada masyarakat dan agama yg skrg memrlukan ulama' dan amilin yg dapat menyelami hati nurani masyarakat dan meminpin masyarakat mengikut apa yg digariskan oleh Al Quran & As Sunnah.

Let's begin!
Jom Pergi Kuliah!(nasihat utk diri sendiri jga)...

ii


Negara digemparkan dgan penangkapan mantan Mufti Perlis,Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin ketika menyampaikan kuliah di Taman Ukay Perdana oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Alasan yg diberi ialah mengajar tanpa tauliah.Yang peliknya Dr MAZA hanya mengajar di premis prsendirian dan bukan di masjid atau surau.
Inilah sikap penguatkuasa agama di Malaysia yg kadangkala brtindak mlampaui batas trhadap ilmuan yg brdakwah kpada masyarakat.Sungguh malang ia brlaku dikala Pakatan menguasai Selangor.Mungkin ini satu sabotaj kpada kerajaan negeri.Kita brharap isu ini dapat ditangani dgn baik dan sebagai pnguatkuasa agama,sepatutnya pihak trbabit menangani perkara ini secara hikmah dan cermat supaya tidak menjadi polemik umum.
Isu ini menggambarkan bahawa susah dan peritnya seseorang pendakwah menyeru ummah kearah jalan yg benar.Saya mendoakan Dr MAZA tabah dan sabar menghadapi fitnah dan tribulasi ni.Semoga terus kuat mnghadapi cabaran sebagai daei dan menghayati kata-kata Nabi Yaakub a.s apabila mendapat berita khilangan Nabi Yusuf a.s sbagai dinukilan Allah dalam Surah Yusuf ayat 18:


فصبرجميل والله المستعان على ماتصفون


والله أعلم
حي السابع ،مدينة النصر،القاهرة،مصر


Kuttub Sittah-Agenda Trsembunyi JPMK??

16 Oktober 2009

salam serambi makkah

hari rabu dpn,insyaallah sya kembali smula ke kota kaherah untuk meneruskan smula pngajian di sana.jam 11.35 mlm hari rabu ni,saya akn mninggalkan malaysia yg penuh aneka ragam politik,sosial dan ragam masyarakatnya yg pelbagai.ada rezeki  tahun depan atau jika ada kmampuan utk pulang,jupo pulok ngn teman2 di malaysia.

dua tiga hari ni ada khbar yg kurang enak dri mesir.Selain isu niqab yg masih panas,timbul pulak isu sabotaj  scara 'atas darat' oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yg tak semena2 meminta Pusat Konvensyen Al Azhar (ACC) dan Syeikhul Al Azhar,Imamul Akbar Syeikh Sayyid Tantawi supaya membatalkan penggunaan veneu dan program itu yang dijangka akan bermula esok(17/10/2009) shingga Selasa ini(20/10/2009).

Sya mndoakan agar semua kekalutan ni dpt dileraikan.Tidak molek juga kedutaan mensabotaj program ni. hnya tidak 'ngam' ngan PMRAM,program yg begitu bermanafaat ini diganggu dan disabotaj oleh kedutaan. Jangan kerana marahkan nyamuk sebuah rumah dibakar.

atau..kedutaan ada mempunyai agenda lain utk mensabitkan PMRAM dgn parti pembangkang(Pas) di Malaysia sekaligus utk mnguburkan PMRAM secara halus dan mencalar imej PMRAM dihadapan kerajaan Mesir,Syeikhul Azhar dan Masyayikh yg trlibat dlm program ni.

Walaubagaimanapun,sya  brharap agar Badan Pengurus PMRAM agar bersabar dan mendoakan agar program akan berjalan dgn lancar serta selamat dari sebarang sabotaj dan tindakan dari mana-mana pihak yg brusaha menggagalkan program yang mulia ini.

Untuk maklumat lanjut tentang program Kutub Sittah dan isu berkaitannya,sila layari laman web berikut:

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/


**************************

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden PMRAM


Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)

2009

Fatwa Majlis Fatwa Mesir(Darul Ifta') Berkaitan Niqab (Terjemahan)

14 Oktober 2009

sumber:http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/10/terjemahan-fatwa-majlis-kebangsaan.html
            (Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussin,Mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
Saya nyatakan di bawah terjemahan fatwa yang pernah diajukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kepada Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah) pada tahun 2007 sebagai satu muqaddimah dalam memahami isu purdah ini. Saya akan cuba untuk mengkaji isu Syeikh al-Azhar Dr. Sayyid al-Tantawi agar isu ini akan semakin jelas buat para pembaca. Diharap para pembaca tidak terburu-buru untuk menghukum tindakan Syeikh al-Azhar semata-mata dengan paparan media baru-bari ini.


****************************

"Tanyalah orang yang mengetahui sekiranya kamu semua tidak mengetahui". (Surah al-Nahl ayat 43)

Segala puji bagi Allah satu-satunya. Selawat dan salam buat Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya, Nabi Muhammad utusan Allah. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Rasulullah, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda secara baik sehingga hari Kiamat.

Kami telah menerima permohonan fatwa daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertarikh 29/5/2007 yang bernombor 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menghalang para mahasiswi Malaysia yang menuntut di al-Azhar daripada memakai niqab (purdah) dengan alasan keselamatan dan takut daripada teroris, sedangkan kedutaan boleh untuk meminta mahasiswi tersebut untuk membuka niqab mereka sebelum mereka masuk ke premis kedutaan bagi mengenalpasti identiti mahasiswi berkenaan.

Persoalan di sini adalah: adakah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dibolehkan dari sudut Syarak untuk memaksa mahasiswi yang berniqab untuk berpegang dengan satu pandangan tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pandangan para fuqaha seperti masalah niqab? Apakah pendirian yang perlu diambil oleh para mahasiswi yang berniqab terhadap ketetapan yang diputuskan oleh pihak kedutaan?


Jawapan:

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya bermazhab dengan mazhab Syafi`e Radhiallahu `Anhu. Di dalam mazgab Syafi`e, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.

Di dalam kitab Hasyiah Jamal `Ala Syarh al-Manhaj sebagaimana yang juga tertera di dalam kitab Syarh al-Mahalli `Ala Minhaj al-Nawawi:

"Adapun aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi, maka seluruh badan".


Di dalam kitab Hawasyi al-Syarwani `Ala Tuhfat al-Muhtaj Libni Hajar `Ala Minhaj al-Nawawi dinyatakan:

"Dapat diketahui daripada kenyataan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat;

• Aurat di dalam solat iaitu apa yang telah dinyatakan sebelum ini
• Aurat apabila bersama dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh badannya termasuklah wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan pandangan yang muktamad (pandangan yang kuat)
• Aurat apabila dia berseorang diri atau ketika bersama dengan mahramnya iaitu sama seperti aurat lelaki."


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala al-Khatib dinyatakan:

"Adapun aurat wanita di luar solat apabila ada bersama dengan lelaki ajnabi, maka auratnya adalah seluruh badannya termasuklah muka dan dua tapak tangan sekalipun ketika aman daripada fitnah".

Maka berdasarkan soalan yang dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa pihak berkuasa boleh untuk mengambil pendekatan dari sudut keselamatan, mengenal pasti identiti, kaji selidik dan siasatan bagi memastikan keamanan pihak berkuasa. Antaranya adalah meminta agar wanita yang berniqab menunjukkan wajahnya ketika mereka ingin masuk ke dalam premis kedutaan tanpa perlu untuk pihak kedutaan memaksa mereka untuk menanggalkan niqab mereka di dalam premis kedutaan kerana premis kedutaan adalah kawasan umum bagi setiap warganegara.

Wallahu Subhanahu Wataala A'lam.


Ditandatangani oleh tenaga fatwa,

Muhammad Wusam Abbas, Muhammad Syalabi dan Imad al-Din Ahmad `Iffat.

Tarikh: 30/5/2007.

Bagan Pinang-Muhasabah Kekalahan

11 Oktober 2009

Salam Serambi Makkah

Keputusan Pilihan Raya Kecil  N31 DUN  Bagan Pinang  11hb Oktober 2009


Hj Zulkefly Mohammad bin Haji Omar (Pas):2578
Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad (BN) :8013 
Majioriti :5435

Semoga keputusan yang diperolehi ini akn memberikan kita satu natijah untuk menilai dan membedah siasat kelemahan samaada dari segi strategi dan cara menambati hati pengundi.


Maka perlu ada perancangan daripada PR dan Pas sendiri untuk memenangi hati pengundi smula pasca Bagan Pinang khususnya di Wilayah Selatan yang masih tebal dengan zhulumat UMNO/BN.

Semoga ia menjadi pengajaran kpada smua pendokong gerakan Islam Pas dan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus teguh memenuhi aspirasi rakyat.Tahniah kepada pengundi yg istiqamah menyokong calon PAS/BN  walaupun ia belum cukup untuk memenangkan calon PAS/Pakatan pada kali ini.

Buat UMNO/BN,
jangan takbur dgn kmenangan ini...Tahniah kpada Isa.Selamat Berkhidmat.

Kepada pimpinan PAS/Paktan:

Mari bermuhasabah!!

Teruskan perjuangan,jangan berputus asa dengan kekalahan  ini....

Disebalik kekalahan ini,mungkin ada hikmah disebaliknya...

Teruskan Perjuangan



Rayuan Tok Guru

08 Oktober 2009

Rayuan dan Perutusan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat(Mursyidul Am PAS)kepada Pengundi N31 Bagan Pinang,Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11hb Oktober 2009




"BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"
"PAS FOR ALL"

Ribut & Gempa Bumi- Amaran Allah!

01 Oktober 2009

Salam Serambi Makkah

Ptg semlam berlakunya ribut  yg kuat melanda Kelantan.Ribut tersebut menerbangkan atap-atap dan menumbangkan pohon-pohon besar.Ribut luar jangkaan ini turut mengorbankan satu nyawa di Bachok,Kelantan yang ditimpa pohon besar ketika brteduh di kedai.

Gempa Bumi juga berlaku di Padang,Indonesia dan di Kepulauan Somua di Pasifik.100 orang terkorban di Somua akibat gempa bumi dan gelombang tsunami yang membadai kpuluan tersebut.Kemudia lebih 400 lebih terkorban akibat gempa bumi di Padang,Indonesia.

Inilah adalah ujian dan bala' dari Allah s.w.t yg ingin mengajar  manusia yg alpa dan trbabas dari jalan yang diredhainya.
 
Bayangkan hanya lebih kurang 1 minit,ribut  membadai dan mengangkat atap2 dan menumbangkan pokok-pokok.Inilah besarnya kekuasaan Allah.Oleh itu marilah kita bermuhasabah,beristighfar memohon ampun dari Allah s.w.t smoga kita dijauhi dari bala' bencana yg mnimpa kita yg kadang2 tanpa disedari dan jga menimpa org yg soleh.

Takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Padang,Indonesia dan mangsa-mangsa ribut di Kelantan.

اللهم ادفعنا عن البلاء والوباء والفتن


Coret-Coret Eid @ KB (siri 2)

27 September 2009

Salam Eidilfitri

Ketika artikel ini dinukilkan,mood raya sudah beransur surut berikutan ramai anak perantau sudah kembali ke tempat masing-masing  dan meneruskan pekerjaan masing-masing setelah seminggu bercuti dan beraya di kampung halaman.

namun,amalan openhouse masih lagi diteruskan dimana2,tak kira status keluarga. Raya kan sblan.Walaupun satu Syawal sudah hmpir sminggu brlalu,namun kemeriahan tetap ada.

Sepanjang 21 tahun hayat hidup ini menyambut Hari Raya Eidulfitri dan Eiduladha,saya melihat cara budaya masyarakat kita masih tidak berubah cara smbutan dua Hari Raya ini.Semacam warisan turun-temurun sejak berzaman dan statik.

Kalau Eidulfitri,meriah bagai ' nak nghak'.Siap dengan juadah yang beraneka macam dan rasa,duit raya dan macam2 lg hiburan yang adakala melalaikan kita dari menghayati maksud sebenar Eid.

Saya melihat roh dan penghayatan sebenar Eid sudah mulai menipis dalam sanubari dan pemikiran masyarakat di Malaysia dewasa ini.Ditambah lgi dengan peranan media massa yang memomokkan hiburan yang melampau dan 'mencandukan' masyarakat dari menyambut Hari Raya sepertimana yang dianjurkan oleh Al Quran dan Sunnah ar Rasul s.a.w.

Walaupun amalan ziarah-menziarahi masih diamalkan,namun sedikit sbnyak  pnghayatan semakin kurang,ditambah dengan penularan anasir luar seperti pembakaran mercun yang melampaui batas,pergaulan  yang semakin liar antara lelaki dan perempuan,'sarkas-sarkas' dan hedonisme yg melampau-lampau di media massa semakin menjauhkan kita dari jalan yang diatur dan diredhai Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.

Yang pelik bin ajaib,apabila kita menyambut Eidiladha,boleh pulak mengikut apa yang disyariatkan.Tiada hiburan melampau,mercun yang menggila dan makanan yang enak( mungkin sebab sibuk melakukan ibadat Qurban).
Namun kita harus ingat,hari raya ini hari raya berorientasikan agama,bukannya budaya Melayu atau budaya Arab.Islam yang mendasari dua hari raya itu.Jika hilang ruh itu,maka ia akan menjdi adat.Maka jika menjadi adat,maka tidak ada kesempurnaan.Kesempurnaan sesuatu amalan atau adat akan lebih bermakna jika disulami dengan agama dan taqarub(mendekatkan diri) kepada Rabbul Izaati Wa Jalal

Oleh itu mari lah kita menjauhi amalan di Hari raya yang bidaah dan khurafat dan hayatilah semangat Eid dengan cara betul dan mengikut sunnah yang diajar oleh Nabi s.a.w.Sambutlah eid dngan roh 1Allah-Syariat didahulukan Sunnah Diutamakan.Itulah perkara yang akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.

Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah selalu...

Salam Eid Al Fitr

Coret- Coret Eid @ KB(siri 1)

24 September 2009

Salam Aidilfitri

Hari ini sudah masuk raya ke-5.
Alhamdulillah dpt beraya kat Kg. tahn ni,insyaallah thn dpn klu ada rezeki nk raya kat cni lagi.Kalu ada bajet la

Seronok juga dpt raya kt cni.Macm2 ragam dan kerenah ahli kluarga spnjang menymbut eid ini. Disini saya nukilkan sedikit ragam2 raya @ KB....

Malam Raya

Mak sedara dan famili udah smpai kt KB jam 11.30 pg melalui flight Fire Fly(kiro hok paling murah la tu),ayah sedara dan famili smpai jam 9.30 mlm selpas bertarung ngan traffic jam slama 14 jam.
Mak sedara datang ke rumah  tengahari dengan famili.
Buka puasa kat surau kat rumah..

Buat pertama saya buka puasa dengan masakan tradisi India,roti capati.Memang jarang dibuat orang,tapi untuk kelain pada malam raya, maka itulah yang berjaya dilaksanakan.Masuk waktu Isya',mulalah sambutan Eid dengan alunan takbir selapas solat.

Malam itu juga,kuzi ayam sudah siap untuk dimakan.Tapi taruh untuk esok la.

Pagi Raya

Pagi raya menjelma dengan alunan azan subuh.Hari pertama tanpa sahur.hehehe

alunan takbir  berterusan lagi selepas solat subuh.Balik dari solat subuh,mula brsiap2 secara slow2(walaupun hakikatnya semua prsiapan diswastakan kpada abah n umi,hehehhe).

Pukul 7.30 pagi,bersiap2 untuk ke masjid dekat rumah untuk menunaikan solat sunat Eidilfitri.Dengan baju warna hijau terang dan  samping putih bercorak hijau muda dan biru muda saya melangkah keluar menuju ke masjid ngan motor.

Namun tahun ini sedikit ralat kerana x dapt jd imam dan khatib kat surau yg lebih 3 atau 4 tahun saya jadi imam ctu.Tahun ini saya bertukar veneu solat taraweh dan solat eid. Mula2 nye ingat ke nak solat eid kat tempat biasa.Alih-alih,ajk masjid kat ctu suruh jdi khatib sbb tok imam biasa balik kg sbelah isterinya.Namun akhirnya dio jga solat kat masjid yg sana jga.Tapi nasib ada pengganti  untuk imam kat surau tu.

Jam menunjukkan 5 minit seblum kul 8,ku smpai di surau kat rumah.Takbir dialunkan.Smpai time saya,saya brtakbir dengn skuat hati dismping menghayati maksud yg diungkapkan.

Setelah bertakbir selama setengah jam,maka saya pun mengimamkan solat sunat Eidilfitri...sesudah tu terus membaca khutbah eid(hmm,x mampu lagi la nak berkhutbah).Sesudah usai khutbah,saya terus brsalaman dengan jamaah  yang memenuhi surau tu.Tingkat atas dibengiti dngan suara budak2 yang menunggu pemberian duit raya.

Maka bermulalah aksi berebut duit raya.Yang bengap dn teruknya orang tua dan belia jga jdi bodoh nak berebut duit.Maklumlah pruntukan ciput.Akibat aksi rebut-merebut itu,adalah kanak-kanak yg trlepas duit raya n ada belia 'bengap' yng beraya sakan dapt duit raya yng ada kata 2 kali ambik!.

Selepas solat eid,bermula tetamu brtanding krumah.Dicelah kebanjiran tetamu kerumah sempa jugat beraya ke rumah jiran...Makan soto ngan air laicikang.Sodapppp.....

Rumah terus dikunjungi oleh waris-warah,kenalan ayahnda dan adik.Semua itu hanya berhenti sekejap jam 3 petang.Masa itu diambil peluang untuk ziarah k'rumah jiran yg lain.
Sbelah ptg lepas asar,tetamu terus brtandang ke rumah

Berakhirlah raya pertama yang cukup indah dan bermakna....

bersambung.....

Perutusan Hari Raya I'dulfitri Al Mubarak 1430H

19 September 2009

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إلـه إلا الله
الله أكبر
ولله الحمد







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya I'dilfitri Al Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang megaku Allah sebagai Tuhan Nya dan Nabi Muhammad s.a.w  sebagai hamba Nya dan Rasul Nya.Semoga dengan kedatangan Aidilfitri pada kali dapat menambatkan kembali tautan ukhuwah dan silaturrahim sesema ummah.Ia juga melambangkan menifestasi kemenangan ummah semasa menempuh ibadat serta universiti Ramadhan selama sebulan penuh dengan penuh ketaqwaan dan mengharapkan keampunan daripada Allah s.w.t  semata-mata.Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan semasa berada di sekolah Ramadhan selama sebulan dan kita doakan semoga sentiasa melakukan amal ibadat walaupun diluar bulan Ramadhan yang mulia ini.



Oleh itu marilah kita menyamut hari raya secara betul dan mengikut apa yang di syariatkan sebagai menyahut dan mematuhi firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 185:


ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون


"Hendaklah kamu cukupkan bilangan dan tempoh puasa kamu dan hendaklah kamu membesarkan  Allah atas petunjuk Nya yang diberikan kepada kamu moga-moga kamu tergolong dari golongan yang bersyukur"

Oleh marilah kita mengisi hari raya dengan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta menjauhi segala bentuk maksiat dan hiburan yang melalaikan dan menyebabkan kita akan menempah bala' dan kemurkaan Allah s.w.t.Perbanyakan takbir,tahmid,tahlil mulai selapas maghrib sehingga khatib naik keatas mimbar.Segarakan membayar zakat fitrah agar golongan yang tidak berkemampuan dapat merayakan I'dilfitri dengan meriah.Teruskan amalan ziarah-menziarahi antara kaum kerabat dan sahabat handai.Semoga ikatan iman kita terus jitu dan berkekalan sehingga akhir hayat



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya I'dil fitri-من العائدين والفائزين والمقبولين كل عام وأنتم بخير
Maaf  Zahir dan Batin kepada keluarga,sahabat-sahabat x-Maahad Muhammadi Lelaki SPM 2006,teman-teman diperlembhan Nil khususnya ahli bayt.Semoga terus ceria walaupun diperantauan.
Dan juga kepada semua guru-guru di Maahad Muhammadi Lelaki,terima kasih atas budi dan jasa tuan dan puan.Dan semua yang mengenali diri ini.


Akhir Kalam,


سلامت هاريراي عيد الفطر المبارك
كل عام وأنتم بخير


**Jemputlah datang ke rumah raya ni

قلام فكره
كوتبهارو،كلنتن
 29 Ramadhan 1429H
19hb September 2009

IJTIMA’ EIDULFITR ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI (AMAL)’09

15 September 2009



KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI LELAKI(MML),MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN,MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN

Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) akan mengadakan Ijtima' EidulFitr 2009 pada hari dan waktu dan masa berikut:-

TARIKH:4 SYAWAL 1430H(23HB SEPTEMBER 2009)
HARI:RABU
TEMPAT:RESTOREN NASI ULAM CIKGU,KAMPUNG KRAFTANGAN,KOTA BHARU KELANTAN
MASA:9 PAGI HINGGA 2 PETANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

"AIDILFITRI DISAMBUT,UKHUWAH TERBINA,BAKTI TERLAKSANA"

Pra-Eidul Fitr- Hari Raya bukan Hari Sedih

13 September 2009

oleh DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN(Bekas Mufti Kerajaan Perlis Darul Sunnah)

MASYARAKAT Melayu kita sering mengaitkan hari raya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hari raya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hari raya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

Coret-Coret Akhir Ramadhan

12 September 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Serambi Makkah



Selamat berpuasa dan mengejar 10 akhir Ramadhan yang mana terdapat didalamnya malam Al Qadr yang lebih baik dari seribu bulan.Yang penting jangan duk sibuk sngat dngan persiapan raya sampai terlepas beramal ibadat.Gunakan masa yang pantas berlalu ini untuk kita taqrubillah terutamanya di 10 akhir Ramadhan ini.

Semoga sentiasa sukses dalam amal dan kerja buat kita walaupun dalam bulan yang penuh berkat ini

Sebelum berakhirnya Ramadhan yang dijangka pada Hari Ahad 20hb September 2009 atau lebih tepatnya selepas azan Maghrib 19hb September 2009, marilah sama-sama bermuhasabah adakah Ramadhan pada tahun 1430H sudah sempurna dilaksanakan oleh kita sebagai hamba Allah... ataupun Ramadhan yang akan melabuhkan tirai akan kita lalui tanpa sebarang perubahan dan apa-apa peningkatan dari segi amal ibadat dan taqarub kepada Allah

Tahun ini,alhamduillah dapat lagi diri ini berRamadhan di Tanah Air Malaysiaku yang tercinta.Namun sedikit ralat la juga,tak dapat bertaraweh setakat ni di Qaryah Ramadhan MPKB-BRI atau tempat biasa iaitu di Masjid Muhammadi.Bukan sebab malas atau sengaja tak nak pergi,tetapi tak dapat tinggal jadi imam kat surau berhampiran dengan rumah.Huhuhu.

Alhamdulillah,tahun ni,ramadhan ini cukup bermakna kerana dapat berpuasa di Serambi Makkah,negeriku yang tercinta dan Insyaallah akan menyambut Eidulfitr yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Jadi, baki 10 malam terakhir kita manafaatkan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.Kita sempurnakan Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya.Insyaallah,moga menjadi orang yang mendapat dua kemenangan seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang man mafhumnya:

"Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan,ketika berbuka puasa(hari raya) dan juga kita bertemu dengan Allah ketika menerima pembelasan di Hari Akhirat"

Oleh marilah kita berdoa agar diberikan dua kemenangan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w dalam mafhum hadith tadi.Semoga kita terus diberkati Allah di baki akhir dalam bulan barakah ini.

Selamat Mencari Lailatul Qadar

Merdekakah Kita?

30 Ogos 2009


Salam Merdeka & Salam Ramadan Dari Serambi Makkah

Alhamdulillah,esok seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-52 kemerdekaan.Sambutan ini diadakan dalam suasana sederhana berikutan 31hb Ogos 2009 jatuh pada bulan Ramadhan iaitu pada 10hb Ramadhan 1430H dan juga berikutan merebaknya Influenza A H1n1 atau Selesema Babi.Kita berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t terus memelihara bumi Malaysia yang tercinta dan menjauhi daripada bala bencana dan fitnah yang berleluasa.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-52 pada tahun ini marilah sama-sama kita bermuhasabah dan meneliti diri sendiri adakah kita sudah merdeka dari segi Islam.Sudah 52 tahun kita merdeka dari penjajahan British namun kita lihat minda dan adab serta gaya hidup masyarakat kita dewasa ini masih lagi belum merdeka.Dari segi zahirnya kita merdeka,tapi dari segi maknawi kita masih belum merdeka.Oleh itu mari lah kita merenung,adakah kita sudah merdeka dari segi minda dan spritual.

Oleh itu mari kita renungkan:
Merdekakah kita jika minda kita masih terbelenggu dengan ideologi penjajah walaupun 52 tahun penjajah memberi kemerdekaan dan kebebesan kepada bumi Malaysia yang tercinta ini?

Merdekakah kita jika keluarga masih lagi berminda penjajah dengan berakhlak dengan akhlak penjajah yang bercanggah dengan Syariat dan Rukun Negara?

Merdekakah kita jika pimpinan negara kita masih lagi terbelenggu dengan pemikiran jumud dan beku penjajah sehingga masih menjadikan penjajah rujukan tertinggi serta meninggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan dan perundungan.

Oleh itu,marilah sama kita renungi kata-kata Rubi' bin Amir,Panglima Tentera Islam dalam Perang Al Qadisiah(Fathu Iraq) ketika bercakap dengan Rustam,Panglima Tentera Parsi:

"Kami hanya berjuang untuk membebeskan umat manusia dari menyembah dan menghambakan diri kepada manusia kepada menghambakan diri kepada Allah s.w.t dan daripada kegelapan jahiliah kepada nur keadilan Islam"

Marilah sama-sama menyambut merdeka dengan jiwa yang merdeka dari segala syirik,kufur dan nifaq kepada Allah dan menjadikan hamba yang taat,ikhlas beribadah dalam setiap lapangan hidup kepada Allah Rabbu izzati wa jalal.Jadikan merdeka ke-52 pada tahun ini sebagai turning point untuk kita merdeka dan bebas dari sebarang belenggu lahiriah dan batiniah dan fikrah serta pemikiran yang menyimpang dari apa yang digariskan oleh Al Quran & As Sunnah.

Semoga Malaysia terus aman & makmur..

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52

Allahuakbar!

Ramadan Kareem & Kemenangan Permatang Pasir

26 Ogos 2009


(Calon PAS,Ust Salleh Man(tengah berbaju batik merah) dijulang oleh penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat selepas diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir di Pusat Perjumlahan Undi di Dewan Perdana,Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Bukit Mertajam,Pulau Pinang)

Salam Serambi Makkah


Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana dapat lagi melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan pada tahun 1430H bersamaan 2009M dibumi Kelantan yang penuh permai ini.Alhamdulillah tahun ini,saya bertukar veneu untuk jadi imam solat taraweeh daripada madrasah kecil ke madrasah yang sederhana besar dalam kampung ini juga.Kita berdoalah ke hadrat Rubbul Izzati Wa Jalal agar di dipermudahkan urusan puasa dan dicukupkan bilangan puasa.Semoga Allah merahmati kita semasa berada di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

Saya melihat masjid pada bulan Ramadan ni especially pada waktu subuh penuh dan sendat.Namun kita terfikir juga alangkah baiknya waktu Subuh sentiasa penuh dengan jamaah walaupun diluar bulan Ramadan.Namun itulah resmi manusia.Habis saja bulan Ramadhan,masuk je Hari Raya Eidulfitri,maka masjid terus menjadi kosong dan aleh2 tinggal tok imam,bilal & siak..

Oleh itu mari kita bermuhasabah dan sentiasa membuat koreksi dalam menambahbaik amal dan ibadah kepada Allah s.w.t khususnya pada bulan Ramadhan ini.

Kita khususnya pendokong Partai Islam Se-Malaysia(PAS) mengucapkan syukur ke hadrat Allah apabila calon mewakili PAS-Pakatan Rakyat,Ustaz Salleh Man memenangi Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir,Pulau Pinang.Ustaz Salleh Man memenangi kerusi itu dengan majioriti 4,551 undi menewaskan calon dari BN,Rohaizat Othman.Maka eloklah kita sebagai pendokong jamaah Islam melaksanakan apa yang disuruh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w ketika baginda dikurniakan nikmat Fathu(Pembukaan )Makkah sebagai firman Allah s.w.t di dlam Surah An Nasr:







(Dan Apabila datangnya pertolongan Allah(Fathu Makkah),Engkau melihat manusia akan datang memasuki agama Allah secara berbondong-bondong,maka bertasbih dengan memuji tuhan kamu dan meminta ampunlah dari Nya,sesungguhnya dia adalah Maha Penerima Taubat)surah An Nasr Ayat 1-3

Semoga dengan kemenangan ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan diantara parti dalam Pakatan Rakyat.Tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man,Adun Permatang Pasir yang baru

Selamat Berkhidmat dengan penuh amanah & berdedikasi

ALLAHU AKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR

WALILLAHILHAMD

Solat Hajat Hindari H1N1 Awal Ramadhan di Kota Bharu

18 Ogos 2009

Coret-Coret Muktamar KPKM

17 Ogos 2009



Salam Serambi Makkah

Muktamar Senawi KPKM sedang berlangsung mulai hari ini 17 hingga 18 Ogos di Rumah Kelantan Baru,Jalan Baramikah,Hayyu Sabi',Bandar Nasr,Kaherah Mesir.
Seperti biasa didalam muktamar atau mana-mana mesyuarat agung,akan ada persoalan,pertanyaan,lontaran idea yang pelbagai serta kritikan kepada pimpinan menjadi asam garam setiap muktamar,ijtima atau mesyuarat agung.Maka medan muktamar lah adalah platform terbaik untuk membedahsiasat persatuan serta menambahbaik mana-mana kekurangan yang ada.

Tak lengkap rasanya muktamar tanpa ada pemilihan kepimpinan samaada dwi-tahunan atau tiap berakhirnya tahun penggal perkhidmatan.Saya membuka juga laman sesawan SPR dan mendapat maklumat Timb.YDP KPKM 2008/09,Ust Najid bin Abdullah(kanan) menang tanpa bertanding setelah pencabar tunggal beliau,Ustaz Muhammad Iskandar Shah bin Ibrahim menarik diri.

Jadi,dari jauh saya mengucapkan tahniah kepada Ayah Jid dan selamat melaksanakan amanah yang bakal dipikul seusainya muktamar nanti

Bagi yang bakal bertanding Exco dan AJKT HEWI,bertanding dengan penuh disiplin dan beretika sesuai sebagai pelajar Muslim dan penuntut ilmu agama.Jangan jadikan jawatan sebagai matlamat.Jadikan jawatan sebagai wasilah untuk kita menyumbang kearah kemajuan Islam dan persatuan yang kita dokongi.

Sekali tahniah kepada Ayah Jid dan terima kasih kepada Ustaz Nur Halif Mohd Noor (tiga dari kanan) selaku YDP sesi 2009/010 dan AMT & EXCO KPKM sesi 209-010 yang bakal melepaskan jawatan dan meniggalkan post masing-masing usai muktamar ini.

Terima Kasih Daun Keladi.Budi tuan sentiasa diingati

Selamat Mengundi
Selamat Bermuktamar

Kota Bharu,Kelantan
17hb Ogos 2009

Menunggu Ramadhan & 1masjid,2jemaah?

15 Ogos 2009

Firman Allah s.w.t



"Wahai Orang Beriman Diwajibkan diatas kamu semua berpuasa seperti mana diwajibkan keatas umat terdahulu semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertakwa"(Surah Al Baqarah,ayat 183)

Salam Serambi Makkah

Tinggal seminggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh keberkatan dan kerahmatan.

Sabda Nabi s.a.w mafhumnya

"Awalnya Rahmat,Pertengahannya Keampunan dan Akhirnya Kebebasan Dari Api Neraka

Oleh itu saya berpesan kepada diri saya sendiri dan teman-teman agar dapat merebut semaksima mungkin peluang bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dan memperbanyakkan amalan terutama semasa 10 akhir bulan Ramadhan.

Di Malaysia,Ramadhan disambut dengan bazar Ramadhan dan yang lebih teruk dismabut dengan lagu Raya walaupun puasa baru masuk minggu-minggu awal.Ini satu kesilapan masyarakat kita tidak membesarkan sangat bulan Ramadhan melainkan sedikit sahaja.Yang lebih teruk,tidak difikirkan apa amalan yang perlu dilakukan disepanjang bulan ini,tetapi difikirkan persiapan menyambut EidulFitr.

Oleh itu,marilah sama-sama kita muhasabah diri masing-masing dan jadikan Ramdan pada tahun ini medan mengutip sebanyak mungkin amalan untuk bekal hari akhirat

ii
Semalam saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi.Telah berlaku satu peristiwa yang menggelikan hati saya iaitu Solat Jumaat & Zohor ditunaikan di sana secara berjemaah!Ha!! kenapa jadi macam tu?

Sebabnya tunggu Pemangku Raja Kelantan,Tengku Muhmmad Faris Petra berangkat sampai.Tuptup kul 2.15 ptg baru start khutbah.Yang lain ada masih tunggu,yang bengang dengan kelewatan Pemangku Raja mengambil keputusan menunaikan solat Zohor.Kalau buat sorang x pe juga,ni siap berjemaah lagi!

Apape pun,semoleknya tunggu la sat.Kalau x leh tahan sangat,turun dari masjid,solat zohor kat rumah.Jangan buat macam tu.Tak molek dari hukum dan adat.Waktu Jumaat kan panjang bukan macam waktu Maghrib.Tunggu la sekejap.

Ni pengalaman yang saya tak akan lupakan sepanjang pulang cuti dari mesir.Benda nak pelik x de pelik sngat.Tapi lagu tu la masyarakat kita dewasa ini.

Wallahua'lam

Menanti Sayyidul Syuhur....

11 Ogos 2009


Salam Serambi Makkah

Sabda nabi s.a.w mafhumnya "Ya Allah berkatillah kami di bulan Rejab & Syaa'ban dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan"

Alhamdulillah sudah sebulan berada di tanah air tercinta Malaysia.Bermacam peristiwa berlaku sepanjang berada di bumi Malaysia.Insyaallah dalam minggu depan,kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Karim dan Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52.

Alhamdulillah,tahun ini dapat menyambut Ramadan dan Insyaallah Eidul Fitr bersama keluarga selepas hamapir 8 bulan berkelana di Mesir.Namun tahun depan belum tentu lagi dapat menyambut Ramadhan dan EidulFitr bersama keluarga.Maklumlah,kena tengok oncost ada ke tak la.

Tahun ni kena jadi tok imam terawih pulak,tapi bukan kat tempat biasa la.Kat surau lain pulak.Surau ni buat 8 je tapi selang 4 rakaat pertama ada tazkirah.Surau menurut kata bonda udah dicop sebagai surau'kaum muda'...tak tau la,mungkin sebab surau ni tak selawat selang 2 rakaat kot.Apa-apa pun kena pandai juga 'main angin' dengan masyarakat supaya tak jadi polemik.

Kat Malaysia juga skrg kuat bertempur ngan H 1N1 yang semakin mengganas.Sudah dekat 40 orang menjadi mangsa H 1N1.YAB Tok Guru n YB Jamil Khir,Menteri DJPM sudah mengeluarkan arahan supaya rakyat kita menunaikan solat Hajat memohon kepada Allah agar diselamatkan Malaysia ini daripada penularan wabak yang semakin mengganas ini.Oleh itu,sama2 kita menyahut seruan YAB Tok Guru n YB Jamil Khir supaya melipatkan ganda solat n munajat agar dapat diangkat bala n wabak ini dari menimpa kita dengan lebih teruk lagi..

cetusan Kota Bharu

21 Julai 2009

Salam Serambi Makkah

Tika pena ini mula bergerak menulis,saya telah berada di tanah air saya yang tercinta,Kelantan Darul Naim yang terkenal dengan semangat Islam dan keluhuran budi penduduknya.Rabu 15 Julai 2009 jam 11.10 pagi,saya menjejakkan kaki di bumi bertuah ini.Saya melihat tidak ketara sangat perubahan semaada keadaan sekeliling,keadaan sosial dan pembangunan.Saya melihat bandar Kota Bharu sudah semakin membangun dan tidak tertinggal dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Saya juga sempat merasai musim durian,manggi,rambutan yang sedang berbuah sekarang.Alhamdulillah sempat juga merasa durian.Naik panas dibuatnya sementelahan cuaca kat sini agak panas 'berlengas'.Tapi banding dengan kat Kaherah lagi panas Kaherah.

Setakat ini,saya masih berkelana dirumah,dan alhamdulillah,barang-barang dari Mesir semua sudah diterima oleh penerima masing-masing.
Buat masa ni,jadi imam kat surau dekat rumah.Alhamdulillah.

Peluang dapat pulang ke Malaysia menyimpulkan makna tersendiri.Bertapa bermakna peluang bersama orang yang disayangi, dan bertapa ruginya ilmu yang 'kurang' digali semasa berada di Kota Raya Kaherah yang sibuk sokmo itu. Kalau setakat tazkirah dalam usrah dan liqa' kecil itu,bleh la lagi tapi,kalu bagi kuliah kat orang kampung,mau tak ketar kepala lutut dan anak tekak!Maklumlah ilmu yang sekadar 'sudu teg' belum memungkinkan diri ini untuk terjun dlam kancah masyarakat yang braneka rencah.

Buat teman-teman yang tidak pulang tahun ini,insyaallah,ada rezeki,boleh balik la tu.Namun jangan persiakan fursah musim panas.Biar padang pasir di Siwa saja yng kering,jangan jiwa dan iman kering tanpa pengisian.Biar jiwa dan dada kita penuh dengan ilmu,iman dan taqwa dan sesekali takbur dengan ilmu yang dimiliki.
Insyaallah nukilan ini adalah pesanan untuk teman-teman dan yang empunya diri.Ada masa buan 10 ni jmpa lagi

Selamat Bercuti!
Selamat Mencari Ilmu
Selamat Berjaulah & Bermatrouh Siwa.

Dari kejauhan....

Kota Bharu,Kelantan
29 Rejab 1430H
22 Julai 2009M

Jaulah Masa & Minda

05 Julai 2009

As Salam Misr

Kehidupan terus berjalan tanpa mengenal erti penat & lelah.Sejak menjejak kaki ke bumi Anbiya' yang penuh onak duri dan serpihan kaca perjuangan,bermacam ragam hidup telah dirasai samaada pahit atau manis.Kadang-kadang rasa nak marah pun ada,nak menjerit meraung pun ada.A'la kulihal,jika tidak ada iman & taqwa didada,mahu tergelincir dibuatnya

Sekarang ini musim jaulah & cuti bagi pelajar dirasat Al Azhar & Perubatan.Bagi pelajar perubatan di Universiti Ain Shams,mereka tamat peperiksaan 8hb Julai ini.Maka musim cuti diisi dengan bermacam aneka jenis program dari talaqqi,tafaquh,kursus perubatan Islam,bazaria dan macam-macam lagi.Musim cuti ini juga diisi dengan aktiviti membina masjid atau walimatulurus.Teringat pengalaman semasa cuti sekolah di Malaysia,bertimbun-timbun datang kad kenduri kahwin memenuhi rumah.Kalu sempat,pergi,kalau tak,kirim salam la.

14hb Julai,terbang lah pulang berziarah di Malaysia.Sebenarnya tak tahu buat apa juga balik ini.Didoakan semoga ada manfaat yang dapat dikutip dari jaulah ke Malaysia.Disamping membedah siasat kelemahan dan kelanjuran semasa di bumi anbiya' ini disamping memantapkan niat & tekad serta menambahbaik sahsiah dan minat terhadap ilmu,especially ilmu yang bernuansa 'pondok' dan turath.Semoga terus diberkati Allah selalu.

Kiambang Bertaut Kembali....

22 Jun 2009

Salam Ukhuwah

Alhamdulillah,segala kekusutan yang melingkari jemaah Pas selepas usainya Muktamar Pas Ke-55 akhirnya berjaya dirungkai. Hari ini tercatat sebagai 'Hari Perpaduan dan Ukhuwah' dimana pada tengahari tadi,Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen memutuskan sepakat menolak Kerajaan Perpaduan(UG) dengan UMNO disamping tidak menutup pintu perbincangan mengenai kemaslahatan negara & rakyat amnya. Kenyataan ini ditandatangani oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang. Maka saya secara peribadi mengharapkan isu UG ini telah selesai dan telah menemui kata noktahnya hari ini. NO To UG!

Yang Pasti, 1 Malaysia hari ini berasa gembira & terharu dengan kerendahan diri hati dan kesediaan YAB Tuan Guru Mursyidul Am yang menarik balik kenyataan keras terhadap Timb. Presiden Pas,YB Ust Nasharuddin Mat Isa yang meminta Ust Nasha meletak jawatan sebagai Timb. Presiden dan MP Bachok beberapa hari lepas. Sesungguhnya kenyataan Mursyidul Am ini amat dinantikan seluruh ahli jamaah & rakyat bagi menyejukkan suhu politik Pas yang bergelegak sekarang ini. Sekurang-kurangnya,impian musuh-musuh Pas untuk melihat perpecahan dalam kepimpinan Pas telah menemui kegagalan. Penerimaan jawatan AJK Pas Pusat oleh Abg Mat Sabu dan Dato' Husam Musa menambahkan lagi jalinan ukhuwah diantara pimpinan & akar umbi. Semoga ia mampu merapatkan kembali saf yang longgar sebelum ini dan bersatu menghadapi rintangan dan cabaran dalam arena politik Malaysia. Benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan Allah dalam satu sof dan jamaah laksana satu binaan yang tersusun rapi " (surah As Sof ayat 4).
Semoga semua pihak dalam Pas melupakan sengketa mengenai & membuka buku dan lanskap baru iaitu kukuhkan jamaah,mantapkan pakatan rakyat,Insyaallah,kejayaan pasti akan menjelma.

Jadikan PRK Manek Urai ini sebagai batu tanda kesungguhan kita menentang anasir luar dalam parti serta menautkan kembali ukhuwah yang terlucut buat sementara. Insyaallah dengan apa berlaku sekarang ini,kiambang telah bertaut semula!.

ALLAHUAKBAR!!!

Bandar Nasr,Kaherah.
29 Jumadal Akhir 1430H/22 Jun 2009.

Kerajaan Perpaduan-Menyejuk Amarah Tok Guru...

20 Jun 2009

As Salam Misr...

Saya mengikuti dengan cemas perkembangan polemik Kerajaan Perpaduan (UG) dari rantauan yang menyebabkan rumahtangga Pas bergegar hebat. Menambahkan lagi 'gegaran' kenyataan Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Ab Aziz yang meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb.Presiden & Ahli Parlimen Bachok. Amarah Tok Guru ini mengejutkan politik negara & seingatan saya,belum pernah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang agak pedas & keras kepada pimpinan mahupun lawan. Ini menyebabkan Ust Nasha 'hilang' tanpa dikesan selepas keluarnya statement Tok Guru itu. Presiden,Tuan Guru Haji Ab Hadi masih diluar negara,Ust Nasha hilang entah kemana,parti jadi bercelaru. Inilah situasi parti siasah dakwah tertua di Malaysia waktu ini.

Pesanan saya kepada dua pihak,anti dan pro UG. Boleh berbincang dengan UMNO-BN tetapi perlu dilakukan secara sistematik dan mengambil kira taktik & muslihat UMNO-BN yang sentiasa ingin mengkucar-kacirkan Pas. Bukan tak boleh tapi fikir dan teliti semasak-masaknya. Sejarah mengajar bagaimana Pas ditendang keluar dari BN pada 1977 dan tumbang Kerajaan Pas Kelantan pada 1978 adalah hasil bikinan UMNO yang menjadi tok dalang dalam krisis Pas dan Politik Kelantan pada waktu itu. Oleh kepada pengerak dan penyokong UG,saya saran cadangan ini dibatalkan buat masa ini. Perkukahkan PR & baru kita lihat dan perhalusi semula gagasan UG. Bukan Tak boleh,tapi belum kena pada waktunya. Pemimpin Veteran seperti Tok Guru Nik Ab Aziz sudah tentu merasai peritnya bersama BN. Nama je dalam BN,tapi Pas tetap diperlakukan macam pembangkang walaupun dari segi zahirnya dapat jawatan menteri dan exco. Pengalaman yang memahitkan inilah Tuan Guru amat menentang UG ini sejak mula ia diperdebatkan walaupun diperingkat cadangan.

Oleh itu,saya mengharapkan semua pimpinan dan ahli agar 'berpuasa mulut' mulai sekarang. Biar UMNO sorang berkokok. Tunggu kata putus dalam Mesyuarat Majlis Syura dam AJK Pas Pusat. Dalam hal ini juga sepatutnya Majlis Syura boleh membuat kata muktamad mengenai UG seperti mana mereka buat semasa memutuskan kerjasama dengan Semangat 46. Saya yakin isu ini akan berakhir jika Majlis Syura Ulama' membuat kata muktamad dan saya ia akan menyejukkan semua pihak dan keadaan terutama Tok Guru yang bermati-matian menentang UG ini. Kepada blog-blog,puasakan pena tuan-tuan dan jangan keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Berusaha untuk jernihkan keadaan,bukannya jadi penambah bara dan api permusuhan. Nampaknya buat masa ini semua pihak kena 'puasa' dari bercakap pasal UG sehingga keputusan muktamad diputuskan.

Maka konklusinya,isu ini mengajar kita erti wala' dan samu' wa thoa'h dalam jamaah. Ia juga menguji sejauh mana cermat ahli & pimpinan mengurus dan mencernakan kusut yang melingkari jamaah. Sama-samalah kita nanti bagaimana 'ending' UG ini.

Bandar Nasr,KAHERAH
20 JUN 2009
26 JUMADAL AKHIRAH 1430H.

Kerajaan Perpaduan & Mat Blur 'Terakongkang'*

18 Jun 2009

Salam Ardhul Kinanah

i
Nampaknya polemik kerajaan terus membara walaupun telah usai Muktamar Pas ke-55 di Shah Alam beberapa minggu lepas. Kemuncaknya apabila keluarnya kenyataan dari Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Ab Aziz meminta Timb. Presiden Pas,Ust Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timb. Presiden dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Saya yakin seluruh negara tercengang dengan kenyataan Tok Guru itu yang saya fikir keras dan cukup mendalam maknanya. Melihatkan keadaan sekarang,isu kerajaan perpaduan telah menyebabkan rumahtangga Pas dan Pakatan Rakyat berkecamuk. Manipulasi media massa dan blog-blog 'hantu raya' telah berjaya mengkucar-kacirkan jamaah secara halus dan sistematik. Kecelaruan belum terurai dan masih kabur untuk akar umbi memahaminya.

Betul,setiap ahli dan pendokong wajib taat akan arahan pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat. Namun dalam situasi sekarang,saya percaya ramai ahli bawahan keliru dan terkeliru dengan statement pimpinan yang kadangkala tidak dihadam dengan betul,maka akibat berlaku kecelaruan dan salah faham di antara ahli dan akhirnya membawa kepada perasaan curiga ahli terhadap pimpinan. Ditambah lagi liputan dan manipulasi media 'hantu raya' yang melampau-lampau dan bias dalam melaporkan berita berkenaan pembangkang menambahkan lagi kusut di kepala.

Justeru apa peranan kita sebagai ahli bila berlaku perkara demikian? Sudah tentu sikap wala' dan menjaga adab berjamaah dan berkhilaf pendapat adalah kunci untuk mengelak isu ini berterusan. Apa yang terjadi ialah sesetengah ahli yang tidak memahami konsep & idea menghentam pimpinan dalam blog dan lebih payah lagi di media 'hantu raya'. Inilah terjadi kepada Ust Nasha. Bukanlah saya ingin menyebelahi beliau tetapi kalau betul pun beliau ada tersilap dan salah caturan,maka tidak wajar kita menghentam beliau bagai nak nghak!. Lebih-lebih lagi isu ini telah dijawab dalam muktamar. Namun,resmi manusia,dijolok juga sarang tebuan walaupun tahu akan disengat. Yang menjadi mangsanya ialah jamaah itu yang kacau-bilau.

Maka saya dengan penuh rendah diri memohon pimpinan Pas agar menyelesaikan konflik ini secara hikmah dan tidak terbawa-bawa dengan rentak tari media 'hantu raya'. Maka sudah tentu yang ruginya adalah jamaah. Nasihat saya kepada Ust Nasha,lagi molek & berhikmah Ust hentikan dulu statement Kerajaan Perpaduan. Biar Majlis Syura Ulama' yang menentukan konsep dan idea samaada perlu diteruskan atau tidak. Kami mengharap tuan-tuan & puan-puan pimpinan Pas agar dapat menyelesaikan isu ini sebelum 'bisul pecah keluar darah'.

ii

Dalam artikel yang lalu, ada saya menceritakan tentang room mate atau rakan sebilik yang 'blur'. Bukanlah saya ingin membuka aib 'mamat' ni,tetapi kadang-kadang geram juga tengok dia. Rasa lempar dia dalam Sungai Nil dan 'perhanyut' ke Laut Mediterenean. Kalu tak pun 'tohok' dia kat padang pasir Aswan biar 'mampus' kat situ. Geram juga kadang-kadang 'blurnya' sampai tahap kronik dan tak 'dapek den nak nolong'. Kadang-kadang kalau boleh sabar dengan 'Mat Blur Terakongkang' ni. Tp kesabaran ada batasan juga. 'Kebluran' nya sudah sampai tahap gaban.! Ambo tak tahe doh wei! Tak tahu doh nak buat guano. Ada juga kawan-kawan dan teman-teman nasihat supaya padam post yang lepas berkaitan dan ber'damai' dengan 'mangkuk' ni. Saya terima nasihat & saya cuba juga walaupun artikel itu saya tidak padam tapi still blur & blur. Tak tau nak buat macam mana. Wait &see je la. Still jadi Mat Blur Terakongkang.

Bandar Nasr,Kaherah,Mesir
25 Jumadal Akhirah 1430H
* siapa makan udang dia terasa gatalnya

Hilangnya 'Permata' Dakwah dan Haraki...

14 Jun 2009


(Al Marhum Dr Fathi Yakan)
Salam Saifi

Selepas pelajar Malaysia khususnya Perubatan di Qasrul Aini menangasi pemergian Al Marhum Dr Muhammad Ammar Zulkifli Rabu lepas dalam nahas jalan raya di Suez,petang semalam,perginya pula seorang tokoh ulama' haraki dan dakwah yang banyak menyedarkan ummah mengenai perjalanan dakwah dan peranan yang harus dimainkan setiap individu muslim sebagai daei yang 'amru bi maa'ruf wan nahyu anil munkar'. Beliau yang dimaksudkan ialah Sheikh Dr Fathi Yakin. Beliau yang berusia 77 tahun diisytiharkan meninggal dunia di hospital selepas doktor bersepakat membuang alat bantuan hayat yang melingkari jasad beliau. Perginya beliau menghadap penciptaNya merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam khususnya dalam bidang haraki & dakwah. Buku beliau yang menjdi teks usrah di seluruh dunia Islam dan khususnya di Malaysia ' Ma yaa'ni intimai lil Islam' (Apakah erti aku menganut Islam) mengajak kita supaya bermuhasah dan merenung apakah peranan kita sebagai umat Islam. Beliau menjelaskan dan mengajak kita agar menterjemahkan konsep Islam dan kalimatu tauhid dalam segenap aspek hidup mulai dari diri sehingga kepada pemerintahan negara dan antarabangsa. Al Marhum juga menjadi pendamai antara tentera Lubnan dan Kumpulan Fatah Islami yang bertempur di Khemah Nahrul Barid. Al Marhum juga memimpin banyak badan kebajikan dan dakwah di Lubnan selain pernah menjadi ahli Parlimen Lubnan sehingga tahun 1996.

Semoga Allah memberkati usaha beliau dan mengampun dosa beliau serta menempatkan roh beliau ditempat yang tertinggi di kalangan syuhada' dan solihin. AMIN,al Fatihah.

Seksyen 7,Bandar Nasr,Kaherah,Mesir.

14hb Jun 2009.
21hb Jummadal Akhirah 1430H.

Iskandariah Yang Mengasyikkan & Belansungkawa buat Almarhum Dr Ammar(Tahun 3 Tib Qasrul Ain).

11 Jun 2009

Salam Iskandariah

i

Buat Pertama kali saya menjejak kaki di Kota Cleopatra,Iskandariah bersama teman. Saya transit di rumah kawan lama semasa di MML,Dr Irsyad. Alhamdulillah,saya sempat menziarahi tempat bersejarah dan menarik di Iskandariah seperti Maktabah Iskandariah yang cukup besar dan mengagumkan dengan ribuan buku-buku dan internet percuma . Saya juga sempat menziarahi Makam Imam Al Busiri,Pengarang Kitab Nahjul Burdah,Makam Waliullah,dan juga Makam Cicit Nabi s.a.w iaitu anak-anak kepada Ali Zainal Abidin bin Hussin bin Ali. Saya juga mengunjungi Kubu Salahuddin yang cukup mengasyikkan di tepian pantai. Alhamdulillah,sampai juga saya di Iskandariah yang cukup permai dari hiruk pikuk dan bising hon dan debu seperti di Kota Raya Kaherah. Rasa seperti di kawasan Semut Api,PCB. Terima kasih dan alfun syukran kepada Dr Irsyad Zamani yang sudi menerima saya & teman sebagai tetamu untuk beberapa hari ini.

ii

Ketika pulang dari City Centre,Iskandariah malam tadi bersama teman-teman,saya menerima berita 5 pelajar medic terbabit dalam nahas jalan raya. Sesudah usai solat subuh pagi tadi,saya terima berita seorang pelajar yang terlibat terkorban dalam nahas itu ketika dalam perjalanan ke hospital di Suez. Saya mengucapkan ta'ziah kepada keluarga Al Marhum Ammar Zulkifli atas pemergian beliau ke Rahmatullah. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t & ditempatkan di kalangan para solihin & syuhada'. Amin. Saya mengenali secara tak langsung semasa kunjungan ke rumah Dr Nasrullah di Kelantan tahun lepas dan kami berbuka puasa bersama-sama dan sempat beramah mesra walaupun sekejap Saya secara personal juga amat merasai kehilangan Al Marhum. Kepada teman sepejuangan almarhum,salam ta'ziah dan semoga terus tabah & teguh pendirian dalam menghadapi musibah. Kita doakan semoga bagi 3 orang sahabat yang masih kritikal di hospital & masih dalam tahanan polis akan cepat sembuh & terus sentiasa dibawah perlindungan Allah dalam menghadapi musibah ini..
AL FATIHAH

Syari' Bur Said,Syathibiy ,Iskandariah,Mesir
10hb Jun 2009.

Islam Memimpin Perubahan

08 Jun 2009

Salam Perjuangan

Alhamdulillah usainya final exam universiti bertepatan dengan tamatnya Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung di Stadium Malawati,Shah Alam,Selangor. Muktamar tahun ini menyaksikan pemilihan jawatan AJK Pusat bagi 2009-2011,terutama sekali bagi jawatan Timb. Presiden yang melibatkan 3 penjuru diantara Ust Nasha,Dato'Husam & Abg Mat Sabu. Tahniah diucapkan kepada Ust Nasha atas kemenangan beliau mempertahankan jawatan Timb. Presiden buat penggal ketiga. Begitu juga kepada yang dipilih menduduki jawatan Naib-Naib Presiden & AJK Pas Pusat. Selamat Melaksanakan Amanah yang ditaklifkan kepada saudara dan saudari sekalian.

Banyak sekali yang ditimbulkan sepanjang 3 hari berlangsung muktamar. Dari isu kerajaan perpaduan,PPSMI,Bubar Dun Perak serta kritikan & saranan untuk mengkoreksi apa-apa yang ralat dalam pengurusan & pentadbiran parti. Maka medan muktamarlah digunakan sepenuhnya oleh akar umbi untuk mengislahkan serta memperbaiki apa-apa yang kurang dalam perjalanan parti. Tetapi tentu sekali pemilihan parti yang menjadi tumpuan umum sejak 2 3 bulan sebelum berlangsungnya muktamar. Ditambah fokus yang kadang-kadang agak melampau oleh media-media arus perdana dan juga melalui blog-blog. Ada juga menggambarkan wujudnya dua kumpulan dalam Pas iaitu Pro Ulama(Pro Muqabalah/UMNO) dan Pro Profesional(Pro PR/Anwar Ibrahim). Namun Alhamdulillah,usaha untuk meleburkan ukhuwah diantara pimpinan dengan ahli bawahan dan sesama pimpinan gagal. Saya melihat ini sekadar 'cakap-cakap belakang' yang mempunyai agenda tersirat untuk memecah belah perpaduan antara jemaah.

Saranan,kritikan dan idea dari perwakilan wajar dihadam dan dicerna oleh pimpinan baru agar Pas sebagai gerakan terus relevan di persada politik tanah air dan mampu memformasikan Islam sebagai memimpin perubahan sebagaimana ditegaskan dalam ucapan Dasar Presiden kali ini.

Maka saya mengharapkan pimpinan yang ditaklifkan dalam muktamar yang baru lalu agar dapat melaksanakan tugas penuh dedikasi,amanah dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Bagi yang kurang berjaya,teruskan perjuangan anda,kerana jawatan bukan hadaf kita tetapi agenda Islam adalah matlamat kita bersama. Kurangkan konteversi tingkatkan prestasi. Bagi cadangan kerajaan perpaduan,saya minta pimpinan memikir semasak-masaknya dalam merencanakan agenda ini kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada perjalanan jamaa'h khususnya pada PRU Ke-13 dan yang paling hampir PRK Manek Urai Kelantan. Silap percaturan akan memungkin kegagalan jamaah meraih sokongan khususnya non Muslim yang mulai secara kuat menyokong Pas. Jangan kerana ingin berbincang dengan UMNO,hadaf,dasar dan permuafakatan dalam parti dan PR kita persetankan.

Kesimpulannya,marilah sama-sama rapatkan saf yang bengkok,maniskan kembali muka yang masam mencuka dan eratkan mahabbah sesama pimpinan dan sesama ahli. Hindarilah kecaman,bidasan liar & komen picisan yang lebih teruk diburaikan di media arus perdana yang sentiasa kurang senang dengan kita. Selesaikan segala masalah,ketidakpuasan hati,dan apa-apa juga berkaitan parti melalui medan syura yang dianjurkan Islam. Inilah yang terbaik dalam mereliasasikan hasrat 'Islam Memimpin Perubahan' seperti yang digagaskan oleh Dato' Seri Presiden dalam Ucapan Dasar. Akhir Kalam,Selamat Berjuang dan Membangun Bersama Islam

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar. Walillahil hamd

nasr city,
8hb Jun 2009
15 Jumadal Akhir 1430H

Tahniah & Selamat Melaksanakan Amanah

06 Jun 2009




Tahniah diucapkan kepada pimpinan baru PAS yang dipilih oleh Muktamar PAS Ke-55 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS,Dato'Haji Mustafa Ali jam 9 pagi 6hb Jun 2009.Berikut adalah keputusan pemilihanan AJK PAS Pusat Sesi 2009-2011


PENGERUSI TETAP

1. Abu Kasim Abdullah - menang tanpa bertanding

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (1 kerusi)

1. Hussin Ismail (609) - penyandang

2. Ishak Surin (200)

3. Tengku Puji Tengku Abd Hamid (199)

PRESIDEN

1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang - menang tanpa bertanding

TIMBALAN PRESIDEN (1 kerusi)

1. Datuk Husam Musa (281)

2. Mohamad Sabu (261)

3. Nasharudin Mat Isa (480) - penyandang

NAIB PRESIDEN (Tiga kerusi)

1. Datuk Mahfuz Omar (636) - penyandang

2. Dr. Mujahid Yusof Rawa (277)

3. Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (333)

4. Salahuddin Ayub (824) - penyandang

5. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (871) - penyandang

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18 kerusi)

1. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - 884

2. Idris Ahmad - 799

3. Datuk Kamaruddin Jaffar - 769

4. Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 683

5. Datuk Dr Hassan Mohd Ali - 642

6. Dr Hatta Ramli - 638

7. Abdul Ghani Shamsudin - 637

8. Datuk Abu Bakar Chik - 622

9. Mohamad Hanipa Maidin - 619

10. Datuk Ir. Amiruddin Hamzah - 606

11. Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589

12. Abdul Ghani Abdul Rahman - 584

13. Dr Zulkifli Ahmad - 570

14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530

15. Hashim Jasin - 522

16. Mazlan Aliman - 513

17. Taib Azamuddin Mohd Taib - 508

18. Dr Mujahid Yusof Rawa - 448



Tahniah & Selamat Melaksanakan Amanah

Ucapan Dasar Presiden PAS


Ucapan Dasar Presiden PAS

Muktamar Tahunan PAS ke-55 2009

Islam Memimpin Perubahan

Bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS Pusat, saya ucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang menyeri dan memeriahkan muktamar ini, dengan iringan doa kepada Allah SWT, agar dimasukkan kehadiran ini dalam timbangan amal soleh, yang menjadi bekalan kita di hari akhirat, kerana keyakinan kita kepada dasar dan sifat Islamnya parti yang kita dukung ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, kita semua terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita imani kesuciannya, dalam wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu.

Inilah syarat yang menjadi ketetapan Allah kepada Parti Islam yang bercirikan kesinambungan risalah Islam sebenar, dan inilah sebabnya kita menerima ketetapan Allah yang mewajibkan kumpulan Islam sebenar menjadi penerus risalah agama ini, berhadapan dengan pelbagai mehnah dan fitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif Laam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [29:1-3]

PAS bergerak di atas landasan kesempurnaan ajaran Islam, dengan bercirikan kepimpinan ulama dan kepimpinan berbagai keilmuan, pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]

IMBASAN SETAHUN

Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh setahun kita mengadakan Muktamar yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan. Menerusi muktamar itu, antara keputusan terpenting yang kita sama-sama bahas dan susun jalinan kerjanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan dalam masa yang sama PAS mempunyai sikap keterbukaannya untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini.

Sepanjang tempoh setahun ini, kita sama-sama melihat pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlangsung di tanah air kita, sekaligus menjana perubahan lanskap politik negara. Suasana ekonomi yang semakin menekan, punahnya sistem ekonomi liberal-kapitalis, keresahan rakyat jelata dalam mengharungi pentas hidup yang tidak menentu, amalan rasuah yang semakin meningkat, bantahan berterusan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, perubahan kepimpinan negara dan sebagainya.

Kita juga berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil � bermula dengan Parlimen Permatang Pauh yang kita hadapi semasa berlangsungnya muktamar yang lalu, seterusnya pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Kesemua pilihan raya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur. Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya. Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan. Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam Badan Kehakiman.

Kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik. Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan �standing order� Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini telah menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral. Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Bersandarkan kepada latar belakang politik negara yang kelam kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan".

Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma�aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [4:58]

Perubahan ini adalah perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi dalam dunia hari ini. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, kita menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia.

Keruntuhan sistem komunis dan seterusnya kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku pada hari ini adalah menandakan satu bentuk kehancuran ideologi ciptaan manusia. Kita perlu menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia atas sifatnya sebagai makhluk ciptaan Allah.

Dalam kita menerokai sebuah perubahan itu maka kita pun mula bertanya: "Bagaimanakah bentuk perubahan yang kita idam-idamkan itu?"

Pada masa yang sama, kita juga mendengar pelbagai slogan daripada kerajaan pimpinan Umno dan BN yang kononnya juga mahukan perubahan.

Sepanjang perjalanan sejarah negara, kita bertemu dengan slogan, "Bersih Cekap Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang", terkini meniupkan slogan "Satu Malaysia". Semuanya adalah retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membuahkan apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh dan jasad bagi negara kita.

Kerajaan yang ada sekarang ini boleh saja melaungkan ratusan slogan, tetapi ianya akan terus hanyut kerana sistem pemerintahan yang ada masih sama, kerana Umno dan BN terperangkap dalam sistem dan amalan politik kuno yang bertunjangkan perkauman, bermatlamatkan kebendaan dan penerusan kuasa dalam apa jua keadaan.

Kita juga percaya bahawa slogan "Satu Malaysia" juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita.

Sistem politik pula menjadi celaru oleh keegoan politik, pencerobohan dan kerakusan kuasa mencampuri urusan kehakiman dan pentadbiran. Perpaduan masyarakat pula tidak akan mampu dicapai dengan pemberian hak ekonomi dan politik semata-mata. Perjalanan menuju kepada sebuah negara maju bagi Malaysia pula tidak akan ke mana-mana sekiranya demokrasi kita tidak matang, hasil dari peranan Umno dan BN yang telah memundurkan demokrasi dan rakyat terus menerus dijadikan bahan peras ugut oleh mereka. Istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kehebatan dunia pendidikan Islam pula telah dilemahkan oleh dasar pendidikan tajaan Umno, maka lahirlah pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, rakyatnya pula dibanjiri gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah yang makin merebak, miskin jiwa dan harta, dan akhirnya menjadi pengundi yang boleh ditipu dan dibeli dengan harga yang murah. Inilah cara Umno mengekalkan kuasanya secara tidak beramanah.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan ta�aruf di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [4:1]

Dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [49:13]

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setelah zaman berkembang, maka perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku. Maka setiap perubahan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya menjurus kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.

Perubahan yang kita rencanakan ini adalah bukan akibat daripada tekanan rakyat, atau tekanan golongan bangsawan atau tekanan masyarakat dunia, dan bukannya akibat desakan sesiapa, tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Perubahan yang hakiki inilah yang seharusnya kita laksanakan dalam negeri yang diperintah secara bersama oleh PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah kesilapan-kesilapan asas pemerintahan yang telah dilakukan oleh Umno dan BN. Bertitik tolak dari perubahan hakiki inilah, maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan hakiki yang kita perjuangkan ini. Matlamat kita mestilah jelas, iaitu kita merencana ke arah kebaikan kerana ianya adalah suatu tuntutan fitrah dan serasi dengan fitrah manusia dan tanggung jawab bersama, dan bukannya kerana desakan sesiapa.

Dalam kita memahami perubahan yang dipimpin oleh Islam ini, maka kita perlu menyedari bahawa Islam adalah sebuah ad-din yang lengkap dan syumul. Ianya tidak sama sekali bersifat kaku, jumud dan eksklusif sebagaimana yang dikritik oleh para orientalis Barat yang buruk sangka terhadap Islam.

Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas. Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Atas dasar inilah PAS sebagai sebuah parti siasah Islam, gerakan dakwah dan tarbiah terus menerus mendokong nilai-nilai Islam yang kekal dan dinamis serta nilai-nilai yang tidak bersifat perkauman. Politik yang kita majukan adalah berteraskan politik li ta'arafu � politik saling menghormati, khususnya bagi negara-bangsa ini yang bersifat majmuk, maka bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS ingin menampilkan model penyelesaian dan akan terus menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan negara dalam abad 15 Hijrah dan 21 Masehi ini.

PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah.

DALAMAN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.

PAS telah berjaya mendesak bersama NGO Islam di ambang kemerdekaan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Reid, mendesak supaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, walau pun Suruhanjaya itu menafsirkan perkataan 'Islam' mengikut fahaman sekular yang dianut oleh ahlinya.

Setelah kita merdeka, maka tibalah masanya perkataan besar seperti �agama� dan �Islam� itu ditafsirkan mengikut ad-Din yang sempurna, namun Umno meneruskan tafsiran penjajah itu dengan mereka menjadikan Islam agama yang diperintah mengikut keadaan yang mereka wujudkan. Hasilnya, kita menyaksikan negara tercinta diperintah oleh Umno dengan sistem warisan penjajah, dalam keadaan Islam tetap menjadi agama yang tidak berkuasa dan mereka mencorakkan bangsa yang tidak membangun dengan Islam.

Sifat Islam yang adil untuk semua tidak dapat dibuktikan, manakala amalan amar ma�aruf dan nahi mungkar dibelenggu oleh sistem yang menghalangnya. Akhirnya sistem ini tidak membangunkan insan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Mereka tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah dengan keadilan dan hikmahnya untuk seluruh manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Akibatnya Umno menunjukkan model Islam yang salah kepada rakyat berbagai kaum dan agama, serta menghilangkan kewibawaan umat Islam dan merendahkan martabat raja-raja yang dilantik menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tindakan Umno meminda Perlembagaan merampas kuasa raja-raja bukannya memperkasakan raja-raja dengan kedaulatan Islam, supaya institusi beraja itu berpijak di atas keadilan yang syumul.

Sejak memikul amanah memimpin negara, UMNO telah meminda perlembagaan negara beberapa kali, pindaan yang lebih bersifat tikus membaiki labu, kerana lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukannya bertujuan islah untuk memerdekakan negara sepenuhnya daripada kongkongan jahiliah yang masih membelenggu dan menghina Islam.

Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad, setelah Bahasa Melayu bertulisan jawi menjadi bahasa ilmu di rantau Asia Tenggara. Inilah peranan pemimpin Umno yang menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan menukar tulisan bagi Bahasa Melayu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

Apabila ianya diaktakan, maka peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit menuju ke penghujung penggunaannya. Tulisan jawi dilemahkan oleh Umno selepas zaman penjajah asing gagal melemahkannya, dan ini sangat memalukan bangsa Melayu kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri.

PPSMI

Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, bahawa PAS tidak anti kepada bahasa Inggeris, atau mana-mana bahasa yang ada di dunia ini. Pandangan PAS adalah sama dengan pandangan para pengkaji dan sarjana bahasa, bahawa pengukuhan terhadap bahasa Inggeris mestilah berasaskan kepada memperkukuhkan pembelajaran bahasa itu sendiri.

MARUAH PEMIMPIN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

Oleh yang demikian, PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah. Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

Kita juga diuji dengan belenggu undang-undang zalim ISA sejak zaman penjajah, namun setelah penjajah meninggalkan negara kita, ianya disambung semula oleh Umno serta ditambah lagi dengan akta yang dicipta sepertinya selepas merdeka, seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Ianya telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang, dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Kita berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara hendaklah melalui undang-undang dan sistem kehakiman yang adil bukan dengan undang-undang seperti itu. Pra-syarat utama untuk melahirkan sebuah negara yang subur asas demokrasinya pula mestilah dengan mempunyai sistem penjalanan pilihan raya yang bebas; jelas konsep pemisahan kuasa antara eksekutif - legislatif - kehakiman dalam negara; mematangkan konsep raja berperlembagaan yang dilihat dari perspektif Islam; kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang bertepatan dengan fitrah naluri kemanusiaan, pembaharuan sistem ekonomi dan politik; hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.

PAS menyertai pilihan raya sejak kali pertama diadakan di zaman penjajah, walau pun dengan kejayaan hanya satu kerusi dalam serba kekurangan, tetapi kita berterusan menyertai selepasnya. Di awal kemerdekaan lagi, kita mula belajar menyertai pilihan raya dan PAS telah berjaya mengambil dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pemerintahan kita pada ketika itu berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan diskriminasi oleh Kerajaan Pusat, diserang dengan pelbagai cara, termasuklah juga rasuah politik dengan membeli wakil-wakil rakyat. Kita tumbang di Terengganu dan terus bertahan di Kelantan sehingga tahun 1978, di mana akhirnya kita dijatuhkan dengan perisytiharan darurat secara lakonan, apabila mereka gagal memperolehi wakil rakyat yang cukup untuk dibeli.

POLITIK WANG

Alhamdulillah, hari ini PAS menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang, yang dicipta oleh Umno untuk terus berkuasa, walaupun berhadapan dengan gelombang penolakan oleh rakyat. Umno dan BN tetap mahu berkuasa selama-lamanya walau pun melakukan banyak perlanggaran yang merosakkan negara dan rakyat. Mereka sanggup mencabul Perlembagaan, mengancam perpaduan dan seterusnya mewujudkan politik yang tidak stabil.

Sekarang ini penyakit itu memakan diri Umno sendiri dan rakan-rakannya dalam BN, dan sedang menjadi barah dalam dirinya, tanpa segan dan malu.

Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan kita, dengan pengisian tarbiah, dan bai�ah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih, kita diajar dosa pahala dalam amalan politik. Kita diajar bahawa dosa pahala bukannya terhad dalam perkara ibadat, makan-minum dan pakaian sahaja.

Sekarang PAS bangkit menjadi parti yang kukuh dan istiqamah, yang mana kita bertahan lima penggal di Kelantan dengan kelebihan hanya satu kerusi di penggal yang lalu walaupun diusahakan oleh pihak tertentu untuk menumbangnya dengan tekanan dan habuan politik wang-ringgit. Hari ini kita berjaya lagi, walaupun pemerintahan bersama kita di Perak dirampas, tetapi wakil rakyat kita tidak tenggelam dengan politik wang dan ugutan. Rahsia ketahanan kita ialah Islam yang kita imani secara sempurna dalam semua urusan.

PAS juga merasa bangga kerana hingga kini ahli-ahli Parlimen kita juga telah bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan baru dalam parlimen sehingga mereka disegani oleh kawan dan lawan. Laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin dengan landasan Islam, supaya mesej yang kita bawa dapat diikuti dan difahami oleh rakyat yang sangat dahagakan perubahan ini.

Di masa ini, kita telah berjaya mengadakan hubungan 'tahalluf siyasi' dengan parti-parti dan NGO, yang mempunyai titik persamaan dalam menangani isu tertentu, tanpa kita berganjak dari dasar dan matlamat PAS. Seruan kita adalah dengan mengajak kepada Islam, dan seterusnya menolak pemimpin diktator yang berlagak seperti Tuhan seolah-olah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya.

Kita tidak memaksa mereka menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi kita boleh bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan tidak boleh bersama dengan orang-orang yang zalim.

Pendekatan kita dalam amalan politik yang tidak berpisah dengan agama Islam adalah berpandukan firman Allah yang ditulis dalam perutusan Rasulullah s.a.w. kepada kerajaan di zamannya yang bermaksud:

"Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. [3:64]

IKLIM EKONOMI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.

Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.

Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.

Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan �sindrom penafian� yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.

Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh �bailout� kerajaan BN.

Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.

PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.

Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.

Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.

Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.

PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau �Hifzul Mal�, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau 'ad-Dharuriyat al-Khamsah' yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syari�at Islam.

PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai �Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan� seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.

Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.

PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti.

Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.

Maksudnya: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." [11:61]

Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat "perkongsian" yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian - "musyarakah bil gharam wal ghanam". Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.

Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.

PEMERKASAAN ORGANISASI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh.

Sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti mestilah senantiasa diberikan pelbagai ruang untuk berkembang dalam menghadapi cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang. Kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang untuk melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas.

Usaha untuk meningkatkan jumlah ahli haruslah dipertingkatkan. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini.

Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa PAS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya. Sesetengahnya pula menerima didikan awal dari pelbagai organisasi dakwah, dan ada yang tidak mempunyai latar belakang tarbiah Islam langsung. Itulah hakikat kerencaman ahli dalam parti kita ini.

Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS ini perlulah ditarbiah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam yang kita bawa ini.

MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Pertambahan undi yang diterima oleh PAS dalam beberapa pilihan raya pada masa kini juga menunjukkan sokongan yang semakin hari semakin bertambah.

Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang.

Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini.

PAS amat menghargai sokongan ini. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS.

Sesungguhnya, ini adalah merupakan satu langkah bersejarah dalam parti kita sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS.

Inilah kefahaman kita, berasaskan kepada politik Islam yang pernah memerintah berbagai-bagai bangsa dan agama dengan adil, dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah SWT yang beraksud:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [60:8]

Selain dari suasana politik baru yang ada pada waktu ini, PAS juga mestilah terus menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa.

SABAH DAN SARAWAK

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kita juga menyedari kepentingan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara Malaysia ini. Kita juga menyaksikan bahawa setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN, status ekonomi, pendidikan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak ini tidak banyak berubah, malah ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ketidakadilan dan kepincangan ini sering pula diluahkan oleh ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Walaupun begitu, suara-suara ini tenggelam dalam keangkuhan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

Oleh yang demikian, PAS perlu mengambil langkah yang agresif dan tersusun, untuk terus melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, setelah benihnya ditanam oleh generasi terdahulu yang telah dan sedang berada di sana. Kepimpinan PAS pula akan lebih kerap berkunjung ke sana untuk bertemu masyarakat pelbagai etnik dan seterusnya menjelaskan peranan PAS untuk membantu mereka.

Para pendokong PAS di sana juga perlulah memperkemaskan organisasi, dan seterusnya mempergiatkan langkah-langkah pengilmuan orang Islam yang berada di sana, menerusi majlis ilmu untuk memberi kefahaman serta tasawwur Islam yang sebenar kepada rakyat. PAS juga akan memperkenalkan Islam kepada penduduk peribumi sehingga mereka memahami dan menyokong perjuangan PAS.

PERANAN DEWAN-DEWAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

DEWAN ULAMA

Sebagaimana yang seringkali diperkatakan, bahawa kewujudan PAS adalah hasil dari silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal, tetapi teras kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air adalah hasil daripada persidangan para ulama pada 23 Ogos 1951 yang membentuk Persatuan Ulama Se-Malaya, dan akhirnya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai.

Kini kepentingan Dewan Ulama dapat dihayati sekiranya kita meneliti akan tugas-tugas am ahli jawatankuasa kerja Dewan Ulama dalam PAS, seperti yang dinukilkan dalam Perlembagaan PAS. Antaranya dalam Fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk "menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan penggembelingan tenaga ummah yang berterusan"; serta Fasal 40(6)(b) iaitu "menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas-petugas parti yang berilmu, bertakwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa".

Kepentingan ini tidak memberi makna sekiranya kewujudan dan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS ini tidak diperkasakan. Oleh itu, sebagai benteng yang sangat penting dalam parti, Dewan Ulama perlulah terus menerus memberikan kefahaman kepada ahli PAS terhadap perjuangan Islam dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulama, pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah, wehdatul fikrah, dan sebagainya.

Program untuk menarik golongan ulamak muda yang akan mewarisi perjuangan juga perlulah diperhebatkan, kerana merekalah pelapis ulung yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan Islam secara istiqamah.

Selain dari itu juga, penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti perlu dirangka dan diinstitusikan, supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak ini dapat terus-menerus menyumbang kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS. Program seminar dan muqayyam khusus kepada mereka juga boleh dijalankan.

Penegasan bahawa PAS adalah sebuah organisasi Islam yang sempurna juga perlu senantiasa ditanamkan kepada ahli dipelbagai peringkat. Asas ini sebenarnya membawa kepada pemahaman, bahawa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menyandang jawatan politik � seperti menjadi Ahli Dewan Undangan atau seorang Ahli Parlimen, tetapi ahli-ahli dan pimpinan juga boleh menyumbang tenaga mereka dalam aspek dakwah, tarbiah dan amal serta khidmat kebajikan yang sangat luas dan amat penting kepada kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Oleh itu, segala ruang mestilah terus diterokai dan diinstitusikan supaya ahli-ahli PAS dapat sama-sama memainkan peranan mereka.

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

DEWAN MUSLIMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan "Da�ie menuju mad�u".

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.

Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama�ie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta 'amilin Muslimat yang sentiasa 'mesra amal dan jihad'.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar �yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing�.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai�ie, akan melahirkan 'amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

PERSADA ANTARABANGSA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini dibayangi pelbagai krisis politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kesemuanya lahir daripada kelemahan dasar dan konsep yang terpesong daripada petunjuk Allah yang bernama Islam, akhirnya manusia yang menjadi mangsanya, termasuklah dalam hubungan antarabangsa. Secara tabiinya, peperangan dan krisis di kalangan bangsa dan negara mustahil dihapuskan, selagi ada golongan yang melampaui batas kemanusiaan dan bertindak zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Telah zahir keburukan di darat dan laut hasil kerja tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada (petunjuk Allah)." [30:41]

Pada ketika ini juga umat Islam sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang sangat mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.

PAS amat tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini, khususnya Masjid Aqsa, terakhir ialah berlaku di Gaza dengan menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta penggunaan bom fosforus telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Hasilnya adalah bantahan secara terbuka di hadapan masyarakat antarabangsa, namun pihak kuasa besar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka mengenepikan dasar dan konsep kemanusiaan sejagat dengan terus memberi perlindungan kepada negara haram itu melakukan apa sahaja.

Selain dari itu, ada di kalangan negara kuasa besar ini yang menjadi pembekal senjata dan teknologi moden tanpa sekatan. Mereka juga tanpa segan silu bersikap �double standard� dengan mengharamkan rakyat Palestin memiliki senjata dan negara jiran pula dipaksa menjaga keselamatan Zionis Israel yang ganas itu.

Apa yang lebih memalukan kita adalah perilaku sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam yang masih dikongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Hasilnya, pimpinan negara umat Islam sendiri yang menambah kesengsaraan umat Islam yang berada di medan ganas ciptaan Zionis ini. Keadaan ini semakin menekan dengan tindakan badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kesemuanya membisu seribu bahasa, dan tidak malu menggunakan kuasa veto untuk melindungi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva. Kita juga amat mengharapkan adanya sikap susulan daripada negara umat Islam sendiri yang sepatutnya merasa malu dengan contoh yang ditunjukkan oleh negara-negara kecil di Amerika Latin yang menunjukkan simpati kepada rakyat Palestin.

Lebih angkuh lagi sehingga kini mereka terus mengepung bumi yang mengandungi penduduk berjumlah 1.5 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tidak berdosa. Rakyat Palestin menjadi mangsa sejak setengah abad, tanah air dirompak, dihalau daripada rumah, diroboh pula tempat kediaman, dimusnahkan kebun dan tempat yang menjadi sumber kehidupan dan dibunuh tanpa batas. Di atas tanah rampasan ini pula dibina tempat kediaman pendatang Yahudi, di mana rakyat Palestin pula dipaksa terus menjadi pelarian.

Semua kekejaman ini berlaku kerana masyarakat antarabangsa mengizinkan penubuhan negara Zionis Yahudi bernama Israel, dengan alasan sejarah yang bohong dan lapuk. Penubuhan negara haram ini dengan dokongan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikuasai oleh Negara-negara Kuasa Besar Dunia yang menjadi anggota tetap berkuasa veto. Negara haram ini seolah-olah mendapat lesen memiliki senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh melakukan jenayah dengan hak kekebalan tanpa hukuman.

PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak sidang khas Parlimen bagi membela Palestin ketika berlakunya kekejaman di Gaza, seterusnya mendapat keputusan sebulat suara tanpa mengira agama dan fahaman politik, supaya Zionis Israel diheret ke mahkamah antarabangsa kerana kesalahan jenayah kemanusiaan ini. PAS juga telah berjaya memungut sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin dan menyerahnya secara langsung kepada mangsa kezaliman Israel itu.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang diterajui oleh Harakah Muqawwamah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap 'double standard' kuasa barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamadun ini kononnya atas dasar 'memerangi keganasan'. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.

RANTAU ASEAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Selatan Filipina dan Selatan Thai. Umat Islam di kedua-dua wilayah yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Pertumpahan darah serta kekejaman terus dibiarkan oleh masyarakat dunia, semata-mata kerana kononnya yang menjadi mangsa itu terdiri daripada kumpulan �militan� ataupun 'pengganas Islam' yang mesti dihapuskan.

Di Selatan Thai, pertumpahan darah masih berterusan sehingga kini. Begitu juga di Selatan Filipina, hampir 500,000 nyawa telah terkorban secara kejam serta menjadi mangsa pelarian. Namun dunia antarabangsa terus berdiam diri kerana mangsa di bunuh dan dihalau di atas nama memerangi 'pengganas Islam'.

PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini dihentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Keegoan untuk tidak sanggup duduk berunding tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, bahkan akan terus menerus merumitkan keadaan.

Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi �jambatan� bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini seperti mana sumbangan dan penglibatan PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia.

PAS juga amat prihatin dengan perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat. Pemilihan Presiden Obama pula diharapkan akan membuka �lampu hijau� ke arah hak-hak �kebebasan bersuara� dan �pendemokrasian� di dunia Islam.

Namun saya ingin menegaskan agar kepimpinan Obama harus menerima hakikat bahawa mereka mesti mengikis segala sifat prejudis dan chauvanis, serta memandang remeh terhadap Islam serta penganutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di serata dunia sedia �berdialog� dan 'bertukar-tukar fikiran' dengan mana-mana pihak termasuk penggubal polisi Rumah Putih di Washington.

Sebagai permulaan, Washington mesti melihat gerakan serta pertubuhan Islam sebagai sebahagian dari unsur-unsur positif dan pengukuhan ke arah pendemokrasian di negara-negara Islam seluruhnya.

KESIMPULAN

Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.

ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.

iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'Usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'Mu�asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'Istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.

PENUTUP

Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak Muktamar, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-55 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [24:55] - azm _


Blog Archive

Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'