Salam Tanah Nil
Setelah meninggalkan bumi Malaysia yg trcinta mnghampiri satu bulan,brmacam aneka peristiwa dan rencah meliputi sosial,politik dan lain-lain telah membadai bumi Malaysia dgn hebatnya.Walaupun jauh bribu-ribu batu dngan Malaysia,namun 'ribut n taufan' yg brlaku di tanah air dapat diikuti dgn rapat yang kadang-kadang meresahkan hati kita sebagai pendokong jemaah Islam.
Komen TGNA dalam blog beliau ( link) tentang 'dua tiga kerat' pemimpin Pas yang bermasalah amat mengejutkan jemaah yang membawa kepada mesyurat khas AJK Pas Pusat pada 28hb Oktober dan diikuti dengan Seminar Pas yang berlangsung semalam di Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar,Gombak,Kuala Lumpur.Walau apapun komen selepas seminar itu,tetapi seminar dikira berjaya merungkai sedikitb sebanyak masalah yang menglingkari parti yang berusia 58 tahun ini.Kehadiran dua tokoh akedemik iaitu Pensyarah Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Dr Ab Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah,Pensyarah Media Universiti Malaya sedikit sebanyak dapat merungkai dan membedah siasat akan kelemahan dan dapat berkongsi idea-idea baru bagi memacu perjalanan parti menjelang PRU ke-13.Jadikan input-input yang dilontar oleh dua org ahli akedemik itu harus dikutip sebagai bekalan menghadapi n mndepani cabaran dalam lanskap politik yg sentiasa brubah.
Tidak dinafikan banyak berita-berita yg kurang enak didengar trutamanya serangan terhadap pimpinan sejak sebelum berlangsung Muktamar Agung Pas di Shah Alam lagi.Masalah puak pro UMNO,Pro Ulama',Pro Erdogan,Ulama'Liberal dan macam-macam jenis label telah meruntuh semangat perpaduan dan melahirkan kecurigaan sesama ahli dan dikalangan pimpinan sendiri.Walaupun Muktamar selesai dan isu UG ini ditamatkan cerita oleh TGHH sendiri,namun cakap dalam blog masih lagi berbunyi.
Yang terakhir ialah nukilan TGNA dalam blog mengenai EGM.Namun kita sbagai ahli jamaah,kita harus brsangka baik dan jangan cepat melatah dalam isu ini.Kpada pimpinan,selesaikan isu ini dan buang kecelaruan dikalangan minda ahli-ahli dan penyokong.Selesaikan isu ini segera seblum wisel PRU 13 ditiupkan....
Semoga jamaah kita terus diberkati Allah dan dijauhi dari sifat dengki-mendengki,menabur fitnah dan sifat-sifat munafiq.
Khas Buat Bekas Tunangku ... terima kasih untuk segalanya
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan