PMRAM mahu diharamkan?? Satu bantahan...

28 Mac 2009

Saya membaca akhbar online menyiarkan kenyataan wakil Kelab UMNO Luar Negara(kat Mesir baca Nadi UMNO Mesir) Wan Hadzlin Agyl Hassan dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO yang menggesa kerajaan mengharamkan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan menarik balik semua biasiswa pelajar yang terlibat dengan PMRAM.Lebih teruk lagi mereka menyelar PMRAM sebagai pembawa fikrah dan pemikiran yang akan melahirkan pelajar yang menentang kerajaan.
Tersirat juga darah mendengar dakwaan yang bodoh lagi tidak masuk akal.Adakah saudara tidak mengetahui bahawa pimpinan PMRAM sebelum ini pernah ditarik zakat bahkan lebih teruk diusir dari rumah negeri.Persatuan pelajar negeri ditekan habis-habisan oleh pegawai yang dihantar oleh kerajaan negeri dengan ugutan keatas mahasiswa.Ini semua sudah dilakukan oleh pegawai yang bermazhab UMNO di rumah-rumah negeri khususnya sebelum pilihanraya umum ke-12.Alasan ada pelajar yang pro UMNO dihalang menduduki rumah negeri tidak pernah berbangkit.Jika timbul isu terbabit,itu adalah kes terpencil dan tidak sampai melibatkan pihak kedutaan dan PMRAM itu sendiri.PMRAM telah menghadapi pelbagai tekanan dan karenah birokrasi dari kedutaan bertahun-tahun lamanya.Dan pihak persatuan negeri tidak pernah menyekat pegawai persatuan.Tetapi malangnya,ada pegawai-pegawai yang menekan kebebasan pelajar Malaysia di Mesir sehingga menyebabkan hampir lumpuh beberapa persatuan negeri seperti yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan(BKANS).Oleh itu kepada wakil Kelab UMNO yang berucap di PAU,jaga persatuan anda dimana tempat anda iaitu di United Kingdom dan jangan menyibuk hal persatuan pelajar di tempat lain.Jika ada masalah,insyaallah persatuan pelajar disini akan menyelesaikan masalah itu secara kolektif tanpa tekanan mana-mana pihak.Kepada kedutaan,sila iktiraflah PMRAM kerana badan ini bukan dipimpin oleh orang Arab Mesir,tapi anak bangsa kita juga yang prihatin dengan kebajikan dan pembangunan insan mahasiwa/wi di bumi anbiya'.Cukuplah selama ini menjadi agen pemecah belah pelajar,sebaliknya pegawai MSD Mesir harus menjadi penyatu mahasiswa dan siswi di Mesir ini.
Untuk PMRAM,saya rasa perlu ada rebranding yang kolektif bagi mendepani cabaran.PMRAM tidak harus sentiasa berada di status quo dan jumud. Insyaallah,kepimpinan baru PMRAM yang disahkan pada Muktamar PMRAM ke-76 di Kelab Sukan Madintunnasr,Kaherah baru-baru ini dapat mencari satu formula yang ampuh bagi mendepani cabaran dan rintangan dari JPMK dan persatuan 'ikan bilis' yang direstui oleh JPMK seperti ABIM,ISMA dan NADI UMNO.Teruskan pembinaan insan pelajar dan thaqafah,tetapi ingat hubungan dengan kedutaan mesti dijaga.Satu anjakan baru perlu bagi memastikan PMRAM terus releven seiring arus semasa.Conecting dengan pelajar perubatan juga perlu di'upgrade'kan lagi dan kalau boleh diwujudkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Perubatan supaya contecting antara PMRAM dan Perubatan lebih terjalin dan kemas walaupun mereka mempunyai persatuan sendiri.Insyaallah,kepimpinan baru PMRAM dapat memikirkan dan mengatur gerak kerja yang kolektif bagi sesi 2009/010.Selamat Maju jaya...

Nasr city,280309

Pena Bergerak ,Menongkah Arus...

26 Mac 2009

Alhamdulillah,pena saya masih bergerak.Menulis untuk menyelusuri sekadar mampu areka rencah hidup saya di bumi anbiya' tadi.Muktamar Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-76 berlangsung dengan jayanya walaupun adakalanya 'panas' dengan perbahasan usul di Nadi Madinat Nasr Riadhi dan Muktamar Hewi ke-22 di Dewan Soleh Abdullah Kamil,Universiti Al Azhar,Hayyu Sadis semalam(25hb Mac 2009).Di akhir muktamar diperkenalkan saf kepimpinan baru yang bakal di terajui Ustaz Ab Muizz Muhammad dari Selangor yang akan menggantikan Ustaz Khairul Anuar b Ismail yang tidak mempertahankan jawatannya bagi penggal ke-2.Saya megucapkan tahniah kepada badan pengurus PMRAM sesi 2009/010 dan mengharapkan saf kepimpinan yang baru dapat meneruskan kegemilangan PMRAM sebagai payung pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir yang insyaallah sentiasa cakna & prihatin dengan kebajikan pelajar-pelajar samaada berada di Kota Raya Kaherah ataupun di Muhafazah-Muhafazah.Selamat Berjuang kepada BP-BP baru PMRAM 2009/2010.Semoga kepimpinan baru ini akan dirahmati Allah s.w.t selalu.
Saya jugak mengikuti secara dekat perkembangan politik Malaysia yang makin panas dan berapi.Penggantungan akhbar rasmi PAS dan Suara KeADILan selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri menambahkan bahang rencah politik yang sebelum ini hangat dengan rampasan kuasa di Perak,kes gambar separuh bogel YB Elizabeth Wong,Exco Selangor dan sekarang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.Namun saya mengharapkan pimpinan politik dapat menangani rencah poltik ini dengan cermat agar rakyat tidak menjadi mangsa pergeseran dua pihak ini.Ingat!,fikirkan nasib rakyat jika hendak bertindak. 7 April ini,Ma laysia jugak di warnai dengan tiga pilihanraya kecil,Bukit Gantang,Perak,Bukit Selambau,Kedah dan Batang Air,Sarawak.PR menyandarkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin(Bukit Gantang),S.Manikumar(Bukit Selambau) dan Jawah Gerang.Oleh itu mari lah kita berdoa agar calon PAS-PR di Bukit Gantang,Dato' Seri Nizar Jamaluddin dapat mengharungi perjuangan yang penuh berliku ini dan diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t dalam PRK ini,Insyaallah.
Bagi pelajar Mesir,masa tinggal dua bulan setengah lagi untuk imtihan sem 2.Tapi ada lagi yang kurang hadir kekuliah,tapi rajin la pulak ke kelas talaqi.Tapi tak mengapa asal dapat balance masa tak mengapa.Tapi masa semakin suntuk.Masa untuk main-main sudah berlalu.Perjuangan dalam peperiksaan dan pengalian ilmu perlu diteruskan.Bulan Mei,perang besar dan pentingbagi sem dua.Kelas tutorial banyak dimulakan.Pening jugak nak pilih,tapi Insyaallah perjuangan terus dilayari bagi memastikan insyaallah mendapat natijah yang mumtazah.Insyaallah.Doa-doakan ya.

TERUSKAN PERJUANGAN!!!!

Madinat Nasr 12:22am,27hb Mac 2009,Jumaat

Tahniah dari perantauan Anbiya'

12 Mac 2009

Keputusan SPM & STAM 2008 diumumkan hari ini oleh Ketua Pengarah Pelajaran,Dato' Alimuddin Mat Dom di Putrajaya hari ini.Alhamdulillah keputusannya amat menggembirakan. Bagi pihak semua mahasiswa dan siswi di Tanah Mesir ingin mengucapkan tahniah dan alfun mabruk kepada semua calon SPM dan STAM 2008 yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang,ini bukanlah jalan terakhir dalam mencapai kejayaan.Cuba lagi dimasa akan datang,insyaallah,kejayaan pasti akan datang dengan berkat usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t Kepada Allah lah segala urusan.

Kepada Adik Nik Nur Madihah bt Nik Muhammad Kamal dari Maahad Muhammadi(gambar) Perempuan yang memperolehi keputusan 20 A(19 A1,1 A2) dan menjadi pelajar terbaik kebangsaan(kalau kerajaan pusat mengiktirafnya,insyaallah),saya dan seluruh pelajar Malaysia disini dan khasnya pelajar Kelantan amat berbangga dengan kejayaan adik dalam SPM 2008.Semoga kejayaan adik

menambahkan lagi kegemilangan dan keterbilangan kemajuan pendidikan di Maluaysia amnya dan di Kelantan khasnya.Insyaallah,kalau ada peluang,sambunglah pengajian disini dalam bidang kedoktoran jikalau berminat insyaallah.Semoga kejayaan ini menambahkan lagi koleksi
kejayaan anak-anak Kelantan seperti Siti Fatimah Mukhtar dan Ahmad Najib bin Abdullah.TAHNIAH dan SYABAS kepada semua calon SPM 2008 dan juga STAM 2008 kerana terus mengekalkan kecemerlangan sekolah masing-masing dan lebih-lebih lagi negeri yang dibawah kepimpinan ULAMA'.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhammad Afnan Mohd Fakrurrazi dari Maahad Muhammadi Lelaki yang mendapat 13 A(12 A1 1 A2),Ahmad Hamidi bin Hussain yang juga dari Maahad Muhammadi Lelaki yang mendapat mendapat 10 Mumtaz.Alhamdulillah kalian semua telah membaik sedikit prestesi yang agak merosot sedikit.Mabruk kepada Sdr Hamidi yang memperoleh 10 Mumtaz yang membaiki prestasi STAM 07 .Namun bedah siasat harus di lakukan bagi mengetahui punca kegagalaan MML mengekalkan 100% berikutan 5 orang mendapat pangkat gagal(Rasib).Walaubagaimanapun Tahniah diucapkan kepada Mudir,Ustaz Zainuddin bin Che Ismail dan semua tenaga pengajar SPM dan STAM 2008 yang bertungkus lumus mendidik para junior MML 2008 sehingga membuah hasil yang membanggakan.Syabas dan Tahniah.


TAHNIAH dan SYABAS.Kejayaan Anda,Kebanggaan Kami

12 Mac 2009
Nasr City,Cairo


WAJAH-WAJAH CEMERLANG















YB Ust Mohd Amar menyerahkan keputusan SPM

2008 dan hadiah penghargaan kepada Nik Madihah dalam satu majlis di MMP


Mudir MML,Ust Zainuddin Ismail(baju batik merah)
bersama pelajar-pelajar terbaik MML2008

























Nik Madihah,pelajar terbaik SPM 2008 menunjukkan
Slip keputusan SPM yang diterimannya.







Suasana di Maahad Muhammadi Lelaki ketika pelajar mengambil keputusan SPM & STAM 2008 di Dewan Abu Bakar As Siddiq,MML pagi tadi

Himpunan 7 Mac Anti PPSMI-Amarah Rakyat Terhadap Dasar Yang Celaka

07 Mac 2009



Saya mula melayari laman maya untuk mengetahui situasi Himpunan 7 Mac AntiPPSMI di Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini seawal jam 8 pagi waktu Mesir(jam 2 petang waktu tanah air).Banyak laman maya saya telusuri untuk mengambil 'mood' himpunan ini walaupun tidak menghadirinya.Maka dilaporkan himpunan telah berjaya menghimpunkan segenap lapisan masyarakat daripada budayawan dan sasterawan seperti Dato' Hassan Ahmad selaku Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan penasihat pertubuhan ini,Sasterawan Negera Dato' A.Samad Said,gurur -guru dan semua lapisan masyarakat bagi membantah pelaksanaan Pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris telah dimulakan pelaksanaannya sejak tahun 2001 oleh Bekas PM,Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak menyusahkan anak bangsa dan melacuri perlembagaan persekutuan yang diagung-agungkan serta menggadai maruah bangsa Melayu itu sendiri.
Keha
diran ribuan rakyat walaupun sanggup bertempur dengan FRU yang bertindak membabi buta menembak gas pemedih mata dan air kimia sehingga ke dalam Masjid Negara membuktikan mereka jelek dan amat menyampah dengan kedegilan kerajaan UMNO dan BN memansuhkan dasar yang 'bangang' ini(bak kata Dr Hassan Ahmad).Rakyat telah lama bersabar khususnya golongan pendidik dengan kerajaan dengan dasar ini yang terang-terang menggadaikan masa depan anak bangsa yang majioriti masih tidak dapat menguasai secara tahap minimum subjek Bahasa Inggeris itu sendiri,inikan pula matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris.Saya secara peribadi amat kesian melihat guru-guru semasa dibangku sekolah yang kadang-kadang agak kekok mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi guru yang telah lemah dalam penguasaan BI.Kadang-kadang guru-guru sendiri terpaksa merujuk kamus pelajar 'sama naik' dengan pelajar yang juga sebahagian besar gagal memahami konsep dalam dua matapelajaran ini walaupun ditunjuk ajar oleh guru dengan bantuan alat bantu mengajar dan LCD.

.Inilah barangkali menyedarkan para budayawan dan sasterawan yang selama ini menyokong secara babi buta dasar ini(walaupun Ahli Parlimen PAS dan BA ketika diketuai Allahyarham Dato' Haji Fadhil Mohd Noor selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PAS ketika itu membantah keras ketika dasar ini mula diperkenalkan ) telah membukakan mata hati mereka melihat 'kecelakaan' dan kebangangangan dasar ini.Maka ditubuhkan satu badan NGO membantah pelaksanaan dasar ini setelah 8 tahun dasar ini yang diketuai budayawan dan sasterawan Dato' Hassan Ahmad dan dinaungi oleh Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said yang menjelajah seluruh negara bagi menguar-uarkan himpunan ini dan memberi penerangan tentang dasar jelek ini.Maka tidak sia-sialah usaha mereka mengembeling tenaga melaksanakan himpunan ini sambil dibantu pimpinan politik seperti Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan pimpian Pemuda PAS dan Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dibantu Angkatan Muda Keadilam,maka 7 Mac 2009,jam 2 petang waktu Malaysia,himpunan ini berjaya secara tertib pada mulanya sebelum disabotaj secara jahatnya oleh polis yang seperti biasa mendapat mandat dari BN untuk menyuraikan dengan apa cara sekali pun demostran ini walaupun mereka tahu yang mereka hadapi ialah rakyat yang hanya bertangan kosong.Maka gambar dibawah ini boleh menjadi saksi bagaimana polis kita masih berada tahap 'minda kelas ketiga' dalam menghadapi himpunan ini dengan bertindak ala 'Yahudi di Palestin'. Dilaporkan ada yang pengsan terkena gas pemedih mata termasuk Haji Muhammad Sabu,Naib Presiden PAS.Walau mana ganas anak buah Musa Hassan ini,tetapi hakikatnya mereka gagal membendung amarah rakyat yang menuntut PPSMI dihapuskan dari Tanah Malaysia tercinta ini. Kepada pejuang,jangan mengalah,Lawan tetap lawan selagi hayat dikandung badan.....!!!!(gambar ehsan Harakah daily,Malaysia Kini,Kelab Greenboc & blog YB Drs Khalil Idham Lim,Adun PAS Titi Serong Perak).


Gas pemedih mata turut disembur di dalam Masjid Negara

Mesir Bumi Anbiya',Mujahadah & Ilmiah

05 Mac 2009

Sejak dulu lagi Mesir merupakan bumi yang didiami oleh para Anbiya' bermula dengan permukiman sementara Nabi Ibrahim a.s yang baginda menikahi Hajar,bonda Nabi Ismail a.s semasa baginda berada disini.Disini juga Nabi Yusuf dibeli oleh Al Aziz,Menteri Mesir pada waktu dan disini juga baginda dipenjara dan juga diangkat menjadi Menteri Kewangan dan Pembangunan Makanan Mesir pada waktu dibawah Raja Al Walid Rayyan.Disini juga Nabi Musa as dilahirkan dan dibesarkan dibawah jagaan Firaun dan ibu angkatnya Asiah r.anha.Mesir juga menempa sejarah panjang mengenai Dinasti Firaun dan juga Kerajaan Rom dan Byzantine sebelum ia dibuka oleh Islam pada zaman Khalifah Ar Rasyidin kedua Saidina Umar bin Al Khattab r.anh dibawah pimpinan Amru byin Al A's r.anh.Maka berkembang bumi Mesir sebagai pusat ilmu dan tamdun dari zaman Khulafa' Ar Rasyidin,Daulah Umawiyah,Abbasiah,Fathimiah,Ayyubiah,Mamluk atau Mamalik dan dibawah Turki Othmaniah.

Maka bumi yang bertuah dan barakah inilah yang menjadi tumpuan anak-anak umat Islam untuk menggali sebanyak mungkin ilmu yang terdapat disini daripada alim ulama' mu'tabar,dan diantara mereka ialah Imam As Shafie',Imam Suyuthi dan ramai lagi para alim ulama' yang terkemuka semada yang lama atau yang terkini.Sejak terbina Jamiah Al Azhar pada zaman Aziz Billah (sesetengah qaul pada zaman Muizlidinillah),Mesir menjadi tumpuan seluruh dunia untuk menuntut ilmu agama,dan ketika zaman darurat seperti pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua,Mesir dan khususnya Al Azhar tetap menjadi tumpuan umat untuk menggali seberapa banyak ilmu.Namun tidak dinafikan Mesir merupakan bumi anbiya' dan juga bumi menuntut kita untuk bermujahadah dengan lebih kuat lagi.Penulis dapat melihat sendiri sepanjang berada disini selama hampir 5.Macam perkara dapat disaksikan samaada suka,sedih,rasa nak ketawa,marah dan seribu macam perasaan apabila menjejakkan kaki disini.Namun sebagai pelajar tak kira samaada di Kaherah atau di cawangan,kita mesti melihat Mesir sebagai medan cabaran yang getir dan memerlukan quwwatul azmi yang menempuh cabaran yang mendatang.Ingat kita datang sini bukan untuk makan angin di Sinai atau Aswan,atau tangguk kerang di Dimyat semata-mata,tetapi hadaf yang terbesar ketika mula-mula kita isi borang untuk datang ke Mesir ialah menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan syeikh-syeikh disini.Namun penulis berpesan kepada semua terutama rakan-rakan dan teman-teman yang meminati talaqi agar dapat mengimbangkan masa dengan perkara lain terutama sekali kuliah di jamiah.Janganlah kerana terlampau mengejar kelasa Talaqi samaada di Mudhoyafah,Masjid Al Azhar atau di Rumah Negeri masing-masing,kita mengabaikan kuliah jamiah,ini tidak berapa kena dan elok sebagai pelajar.Penulis tahu kelas talaqi merupakan penimbal kepada kuliah di Jamiah,namun kesibukan dan keghairahan untuk mengejar talaqi boleh menyebabkan kita keciciran dalam pengajian yang utama.Tak salah kita bertalaqi tetapi biarlah maintance dengan pengajian di Jamiah disamping kita bertalaqi dengan sheikh-sheikh pilihan.
Tidak dinafikan Mesir mempunyai ramai alim ulama' khususnya lepasan Jamiah Al Azhar As Syarif.Ada juga yang menjadi ulama' besar seperti Dr Yusuf Al Qardhowi,Dr Wahbah bin Mustafa Az Zuhaily dan ramai lagi.Boleh dikatakan jugalah semua adat dan hal-hal berkaitan dengan agama terutama ditanah air banyak dipengaruhi oleh ulama'-ulama' dari Mesir terutamanya dalam bidang fiqh seperti cara melihat anak bulan,sambutan Maulidur Rasul,Isra' Mi'raj,Nisfu Syaa'ban dan lain-lain .Dan Mesir juga menyimpan banyak sekali kisah pahit maung dan jerih pejuang Islam samaada pada zaman silam atau zaman mutakhir ini.Jadi oleh itu marilah sama-sama kita menggunakan kesempatan umur kita di Mesir untuk kita rebut peluang belajar sebanyak ilmu di Jamiah atau Talaqi dimana tempat supaya balik ke tanah air dapat membimbang umat ke jalan yang di redhai Allah s.w.t.Kita bukan penghukum tetapi adalah murrabi atau pembimbing.Marilah kita terus mara menjadi ulama' yang ikhlas kepada agama,luas pemikiran dan bijak perlaksanaannya...Umat memerlukan kita sebagai dai' membawa obor Islam yang semakin cuba direntap dan dipadamkan.Namun ingatlah janji Allah dalam Al Quran

"Mereka cuba memadamkan cahaya Allah(Islam) dengan tangan-tangan mereka,tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya Nya (agama Islam),walaupun dibenci oleh orang kafir."
9:01pm,5309 nasr city

Taqrib Sunni-Syiah-Pandangan Dr Ali Jumaah(Mufti Kerajaan Mesir)

04 Mac 2009


Mufti Mesir, Ali Jum’ah, tetap mempertahankan pendapatnya tentang kesamaan mazhab Syiah dan Ahlus Sunnah. Setelah fatwa tentang kesamaan kedua mazhab besar Islam ini, sang mufti terus menerus mendapat kecaman dari media massa Pemerintah dan sejumlah tokoh Wahabi dari luar Mesir. Salah satu tokoh Wahabi, Fathi Usman, menganggap Jum’ah sebagai orang yang menyimpang dari Islam gara-gara pendapatnya yang pro persatuan Islam itu.

Namun demikian, kemarin, dalam sebuah seminar yang diadakan asosiasi pengacara Mesir, Dr. Ali Jum’ah mempertegas pendapatnya. “Saya tetap dalam pandangan semula, karena pandangan saya itulah yang benar menurut semua sumber Islam.”

Ali Jum’ah juga kembali menyatakan tidak ada perbedaan antara Sunni dan Syiah kecuali dalam sumber-sumber pengambilan hukum. Keduanya sama-sama merujuk pada Al-Qur’an dan Sunnah. Bedanya, Syiah mengambil referensi Sunnah dari Rasulullah, Ahlulbait dan sebagian sahabat, sedangkan Ahlus Sunnah mengambilnya dari Rasulullah dan semua sahabat tanpa terkecuali.

Menurutnya, perbedaan referensi ini sama sekali tidak berdampak besar dalam rumusan dasar keyakinan dan tatacara ibadah. Bahkan, dia lagi-lagi menegaskan bahwa setiap Muslim boleh memilih di antara dua mazhab ini tanpa ragu. “Seorang Muslim boleh memakai fiqih yang datang dari ulama Sunni sebagaimana juga boleh mengambil dari ulama Syiah,” tegasnya.

Dalam banyak kesempatan, Mufti Mesir ini sering mendapat tudingan macam-macam termasuk sebagai agen Iran di Mesir. Tudingan ini jelas mengada-ada, karena Sang Mufti tak pernah sekali pun berkunjung ke Iran dan bertemu dengan ulama Syiah Iran. Semua pandangannya didasarkan pada buku-buku yang ditulis oleh ulama Sunni Mesir sendiri atau ulama Syiah yang bermukim di Mesir sejak ratusan tahun silam.

Sumber: Alarabiyam dengan sedikit edit.klik sini untuk lanjut>>>

Nasihat Kepada Muslimat Yang Ingin Mencari Jodoh

01 Mac 2009

Saya terbaca artikel mengenai cadangan dan saranan Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya memilih pasangan yang tidak merokok. Berikut adalah artikel beliau yang dipetik dari laman blognya ketika beliau masih menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darul Sunnah(klik http://drmaza.com/home/?p=468 ):-

"Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing."

Tanah Airku

Tanah Airku

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'