Mesir Bumi Anbiya',Mujahadah & Ilmiah

05 Mac 2009

Sejak dulu lagi Mesir merupakan bumi yang didiami oleh para Anbiya' bermula dengan permukiman sementara Nabi Ibrahim a.s yang baginda menikahi Hajar,bonda Nabi Ismail a.s semasa baginda berada disini.Disini juga Nabi Yusuf dibeli oleh Al Aziz,Menteri Mesir pada waktu dan disini juga baginda dipenjara dan juga diangkat menjadi Menteri Kewangan dan Pembangunan Makanan Mesir pada waktu dibawah Raja Al Walid Rayyan.Disini juga Nabi Musa as dilahirkan dan dibesarkan dibawah jagaan Firaun dan ibu angkatnya Asiah r.anha.Mesir juga menempa sejarah panjang mengenai Dinasti Firaun dan juga Kerajaan Rom dan Byzantine sebelum ia dibuka oleh Islam pada zaman Khalifah Ar Rasyidin kedua Saidina Umar bin Al Khattab r.anh dibawah pimpinan Amru byin Al A's r.anh.Maka berkembang bumi Mesir sebagai pusat ilmu dan tamdun dari zaman Khulafa' Ar Rasyidin,Daulah Umawiyah,Abbasiah,Fathimiah,Ayyubiah,Mamluk atau Mamalik dan dibawah Turki Othmaniah.

Maka bumi yang bertuah dan barakah inilah yang menjadi tumpuan anak-anak umat Islam untuk menggali sebanyak mungkin ilmu yang terdapat disini daripada alim ulama' mu'tabar,dan diantara mereka ialah Imam As Shafie',Imam Suyuthi dan ramai lagi para alim ulama' yang terkemuka semada yang lama atau yang terkini.Sejak terbina Jamiah Al Azhar pada zaman Aziz Billah (sesetengah qaul pada zaman Muizlidinillah),Mesir menjadi tumpuan seluruh dunia untuk menuntut ilmu agama,dan ketika zaman darurat seperti pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua,Mesir dan khususnya Al Azhar tetap menjadi tumpuan umat untuk menggali seberapa banyak ilmu.Namun tidak dinafikan Mesir merupakan bumi anbiya' dan juga bumi menuntut kita untuk bermujahadah dengan lebih kuat lagi.Penulis dapat melihat sendiri sepanjang berada disini selama hampir 5.Macam perkara dapat disaksikan samaada suka,sedih,rasa nak ketawa,marah dan seribu macam perasaan apabila menjejakkan kaki disini.Namun sebagai pelajar tak kira samaada di Kaherah atau di cawangan,kita mesti melihat Mesir sebagai medan cabaran yang getir dan memerlukan quwwatul azmi yang menempuh cabaran yang mendatang.Ingat kita datang sini bukan untuk makan angin di Sinai atau Aswan,atau tangguk kerang di Dimyat semata-mata,tetapi hadaf yang terbesar ketika mula-mula kita isi borang untuk datang ke Mesir ialah menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan syeikh-syeikh disini.Namun penulis berpesan kepada semua terutama rakan-rakan dan teman-teman yang meminati talaqi agar dapat mengimbangkan masa dengan perkara lain terutama sekali kuliah di jamiah.Janganlah kerana terlampau mengejar kelasa Talaqi samaada di Mudhoyafah,Masjid Al Azhar atau di Rumah Negeri masing-masing,kita mengabaikan kuliah jamiah,ini tidak berapa kena dan elok sebagai pelajar.Penulis tahu kelas talaqi merupakan penimbal kepada kuliah di Jamiah,namun kesibukan dan keghairahan untuk mengejar talaqi boleh menyebabkan kita keciciran dalam pengajian yang utama.Tak salah kita bertalaqi tetapi biarlah maintance dengan pengajian di Jamiah disamping kita bertalaqi dengan sheikh-sheikh pilihan.
Tidak dinafikan Mesir mempunyai ramai alim ulama' khususnya lepasan Jamiah Al Azhar As Syarif.Ada juga yang menjadi ulama' besar seperti Dr Yusuf Al Qardhowi,Dr Wahbah bin Mustafa Az Zuhaily dan ramai lagi.Boleh dikatakan jugalah semua adat dan hal-hal berkaitan dengan agama terutama ditanah air banyak dipengaruhi oleh ulama'-ulama' dari Mesir terutamanya dalam bidang fiqh seperti cara melihat anak bulan,sambutan Maulidur Rasul,Isra' Mi'raj,Nisfu Syaa'ban dan lain-lain .Dan Mesir juga menyimpan banyak sekali kisah pahit maung dan jerih pejuang Islam samaada pada zaman silam atau zaman mutakhir ini.Jadi oleh itu marilah sama-sama kita menggunakan kesempatan umur kita di Mesir untuk kita rebut peluang belajar sebanyak ilmu di Jamiah atau Talaqi dimana tempat supaya balik ke tanah air dapat membimbang umat ke jalan yang di redhai Allah s.w.t.Kita bukan penghukum tetapi adalah murrabi atau pembimbing.Marilah kita terus mara menjadi ulama' yang ikhlas kepada agama,luas pemikiran dan bijak perlaksanaannya...Umat memerlukan kita sebagai dai' membawa obor Islam yang semakin cuba direntap dan dipadamkan.Namun ingatlah janji Allah dalam Al Quran

"Mereka cuba memadamkan cahaya Allah(Islam) dengan tangan-tangan mereka,tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya Nya (agama Islam),walaupun dibenci oleh orang kafir."
9:01pm,5309 nasr city

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'