Saya mula melayari laman maya untuk mengetahui situasi Himpunan 7 Mac AntiPPSMI di Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini seawal jam 8 pagi waktu Mesir(jam 2 petang waktu tanah air).Banyak laman maya saya telusuri untuk mengambil 'mood' himpunan ini walaupun tidak menghadirinya.Maka dilaporkan himpunan telah berjaya menghimpunkan segenap lapisan masyarakat daripada budayawan dan sasterawan seperti Dato' Hassan Ahmad selaku Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan penasihat pertubuhan ini,Sasterawan Negera Dato' A.Samad Said,gurur -guru dan semua lapisan masyarakat bagi membantah pelaksanaan Pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris telah dimulakan pelaksanaannya sejak tahun 2001 oleh Bekas PM,Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak menyusahkan anak bangsa dan melacuri perlembagaan persekutuan yang diagung-agungkan serta menggadai maruah bangsa Melayu itu sendiri.
Kehadiran ribuan rakyat walaupun sanggup bertempur dengan FRU yang bertindak membabi buta menembak gas pemedih mata dan air kimia sehingga ke dalam Masjid Negara membuktikan mereka jelek dan amat menyampah dengan kedegilan kerajaan UMNO dan BN memansuhkan dasar yang 'bangang' ini(bak kata Dr Hassan Ahmad).Rakyat telah lama bersabar khususnya golongan pendidik dengan kerajaan dengan dasar ini yang terang-terang menggadaikan masa depan anak bangsa yang majioriti masih tidak dapat menguasai secara tahap minimum subjek Bahasa Inggeris itu sendiri,inikan pula matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris.Saya secara peribadi amat kesian melihat guru-guru semasa dibangku sekolah yang kadang-kadang agak kekok mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi guru yang telah lemah dalam penguasaan BI.Kadang-kadang guru-guru sendiri terpaksa merujuk kamus pelajar 'sama naik' dengan pelajar yang juga sebahagian besar gagal memahami konsep dalam dua matapelajaran ini walaupun ditunjuk ajar oleh guru dengan bantuan alat bantu mengajar dan LCD.
.Inilah barangkali menyedarkan para budayawan dan sasterawan yang selama ini menyokong secara babi buta dasar ini(walaupun Ahli Parlimen PAS dan BA ketika diketuai Allahyarham Dato' Haji Fadhil Mohd Noor selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PAS ketika itu membantah keras ketika dasar ini mula diperkenalkan ) telah membukakan mata hati mereka melihat 'kecelakaan' dan kebangangangan dasar ini.Maka ditubuhkan satu badan NGO membantah pelaksanaan dasar ini setelah 8 tahun dasar ini yang diketuai budayawan dan sasterawan Dato' Hassan Ahmad dan dinaungi oleh Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said yang menjelajah seluruh negara bagi menguar-uarkan himpunan ini dan memberi penerangan tentang dasar jelek ini.Maka tidak sia-sialah usaha mereka mengembeling tenaga melaksanakan himpunan ini sambil dibantu pimpinan politik seperti Dato' Seri Tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dan pimpian Pemuda PAS dan Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dibantu Angkatan Muda Keadilam,maka 7 Mac 2009,jam 2 petang waktu Malaysia,himpunan ini berjaya secara tertib pada mulanya sebelum disabotaj secara jahatnya oleh polis yang seperti biasa mendapat mandat dari BN untuk menyuraikan dengan apa cara sekali pun demostran ini walaupun mereka tahu yang mereka hadapi ialah rakyat yang hanya bertangan kosong.Maka gambar dibawah ini boleh menjadi saksi bagaimana polis kita masih berada tahap 'minda kelas ketiga' dalam menghadapi himpunan ini dengan bertindak ala 'Yahudi di Palestin'. Dilaporkan ada yang pengsan terkena gas pemedih mata termasuk Haji Muhammad Sabu,Naib Presiden PAS.Walau mana ganas anak buah Musa Hassan ini,tetapi hakikatnya mereka gagal membendung amarah rakyat yang menuntut PPSMI dihapuskan dari Tanah Malaysia tercinta ini. Kepada pejuang,jangan mengalah,Lawan tetap lawan selagi hayat dikandung badan.....!!!!(gambar ehsan Harakah daily,Malaysia Kini,Kelab Greenboc & blog YB Drs Khalil Idham Lim,Adun PAS Titi Serong Perak).

0 ulasan:
Catat Ulasan