Salam Nil
i
Dalam minggu ini akan bermulalah imtihan akhir sem kedua bagi pelajar Syariah dan minggu depan bagi pelajar usuluddin dan lughah. Dilihat kepada persiapan yang dibuata sekarang masih belum mencukupi dan belum cukup mantoq lagi untuk menghadapi imtihan especially ujian lisan.Ujian terbahagi kepada tiga item penting iaitu Al Quran,Fiqh dan Usul Fiqh.Mak semakin mendekati exam,semakin berserabutlah kepala ini.Macam-macamlah perkara terbayang dibenak fikiran.Dari perkara remeh temeh kepada perkara yang besar-besar semua menerjah masuk ke kotak minda ini yang sedia berserabut.Jealous juga tengok ahli bait yang kuat study bagai nak hancur kitab dibuatnya,tapi kita ni,kitab pun tak sentuh,kuliah pergi selang-seli(maklumlah duduk jauh dari kuliah,kena naik bas pulak tu).Virus dan penyakit 'manja' dari Malaysia belum dapat dilemapar sejauh-jauhnya ke dalam sungai Nil.Maka jadilah badan naik malas dan kepala pun berserabut.Itulah dilema yang dihadapi oleh pelajar samaada di bumi Mesir atau di Malaysia Tanah AirKu.
Maka untuk mengubat keserabutan ini,maka jalan terbaik ialah doa kepada Allah agar dipermudahkan segala usaha.Lepas itu akan ada berkata si mamat yang berlagak dah mantoq dah dalam persiapan untuk exa, "Alah kau cakap senang la,nak buat tu yang susah". Tak mengapa,cuba secara perlahan-lahan dan tidak secara agresif agar tidak rebah ditengah jalan.Kita bimbang jugak mula-mula buat semangat bagai 'nak ghak',tetapi lepas daripada terus luntur dan tidak istiqamah lagi bahkan lebih teruk tinggal terus.Ini yang paling dibimbangi.
Susah juga la nak metransformasikan hati dan semangat lebih-lebih berada di bumi anbiya yang penuh mehnah dan tribulasi ini.Ini memerlukan kesabaran,kecekalan hati demi menghasilkan natijah yang mantoq dan terbaik.Berbalik kepada exam,saya hanya berserah kepada Allah,kita doakan moga Allah sentiasa memberi rahmat dan ketenangan ketika menjawab soalan samaada ketika ujian lisan atau bertulis,namun pesanan bagi yang sudah mantoq persiapan,jangan sombong dan angkuh serta tidak mahu berkongsi dengan tema-teman.Kita sebagai pelajar harus berasa rendah diri dengan ilmu yang diperolehi dan tidak takbur dengan ilmu yang diperolehi.Sudah banyak tutorial dan talaqi sudah mahu berlagak lebai,ini tidak betul dengan sikap kita sebagai pelajar lebih-lebih lagi pelajar agama.
Insyaallah,dihari-hari akhir sebelum imtihan,kiat guna fursoh(peluang) yang ada untuk mentelaah pelajaran dan kitab yang belum habis diingati dan dibaca.Selagi belum melangkah ke dewan exam,selagi peluang masih terbuka luas untuk kita berusaha untuk meperkuatkan enjin perjuangan untuk menghadapi peperiksaan.
Ana mendoakan agar sahabat-sahabiah terus mantap dalam persiapan kearah peperiksaan dan akan berjaya dalam peperiksaan akhir sem 2 ni.Insyaallah,.
Insyaalllah,la tahzan inna llah maa'na.Selamat bermujahadah dengan peperiksaan
ii
Sejak dua minggu ini juga,wujudnya polemik mengenai kepimpinan ulama'dan profesional berikutan menjelang Muktamar PAS ke-55 yang akan berlangsung Jun ini.Maka timbullah golongan pro ulama' dan golongan pro profesional.Ketika dibawah pimpinan Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor,sudah timbul istilah ini namun ia berjaya ditangkis oleh kepimpinan PAS pada waktu itu.Ketika ini juga bakal menyaksikan pemilihan AJK PAS Pusat sesi 2009/011.Maka timbul calon-calon yang akan bertanding yang dicalonkan oleh kawasan-kawasan tertentu.Yang menjadi tumpuan ialah jawatan Presiden dan Timb.Presiden yang pastinya hangat diperkatakan.Maka timbul kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat,Ustaz Dato' Muhammad Daud Iraqi yang menyatakan Presiden dan Timbalan Presiden harus diterajui oleh Ulama'.Maka keluarlah suara yang menyatakan kurang setuju dengan kenyataan tersebut seperti dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Awang,Naib Presiden PAS.Bukan itu sahaja,timbulnya kem pro Tok Guru dan Pro Presiden yang saya rasa hanya mainan politik musuh untuk melagakan pimpinan.
Maka nasihat saya kepada calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan PAS Jun ini agar menjaga adab berjamaah.Kenyataan yang konterversi yang boleh 'menyerabutkan' kepala ahli harus dielakkan demi keutuhan jamaah.Seperti kata kekanda Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blog beliau,jadikan pemilihan parti jalan atau wasilah untuk 'fastabiqul khairat'(berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan)untuk meperteguhkan jamaah.Ingat,Pas sebagai jamaah yang terulung di Malaysia sering diperhatikan oleh kawan dan lawan baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Maka ingatlah,setinggi mana jawatan kita akan tandingi,wala' kepada jamaah harus diutamakan dan keutuhan perpaduan dalam jamaah harus dipertahankan.Jangan disebabkan ghairah mengejar jawatan,kesatuan jamaah dipersetankan dan adab bertanding dibakulsampahkan.Maka sewajarnya adab dan ketatasusilaan semasa bertanding harus dijaga dan dipertahankan agar imej PAS selaku jamaah Islam di Malaysia tidak tercalar oleh hal-hal yang remeh temeh.Berbeza pendapat dan pandangan dibenarkan.Namun janganlah kerana mengejar pangkat dan jawatan,jamaah kita dikesampingkan dan adab diketepikan.
Maka,pemilihan yang bakal berlangsung harus digunakan sebaik-baiknya oleh perwakilan seluruh negara untuk memilih pimpinan yang terbaik bagi memacu parti kearah memperkasakan kepimpinan berteraskan ulama'.Jauhi umpan musuh yang mahu melaga-lagakan kita.Sebaliknya,kita teguh diatas semangat menjaga demokrasi dalam parti demi melahirkan pimpinan yang kolektif dan inovatif dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Selamat Bertanding...
Membuang Keserabutan....
04 Mei 2009
Label:
mauizah pendek...
di
5/04/2009 03:12:00 PTG
1 ulasan
Pena Bergerak ,Menongkah Arus...
26 Mac 2009
Alhamdulillah,pena saya masih bergerak.Menulis untuk menyelusuri sekadar mampu areka rencah hidup saya di bumi anbiya' tadi.Muktamar Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-76 berlangsung dengan jayanya walaupun adakalanya 'panas' dengan perbahasan usul di Nadi Madinat Nasr Riadhi dan Muktamar Hewi ke-22 di Dewan Soleh Abdullah Kamil,Universiti Al Azhar,Hayyu Sadis semalam(25hb Mac 2009).Di akhir muktamar diperkenalkan saf kepimpinan baru yang bakal di terajui Ustaz Ab Muizz Muhammad dari Selangor yang akan menggantikan Ustaz Khairul Anuar b Ismail yang tidak mempertahankan jawatannya bagi penggal ke-2.Saya megucapkan tahniah kepada badan pengurus PMRAM sesi 2009/010 dan mengharapkan saf kepimpinan yang baru dapat meneruskan kegemilangan PMRAM sebagai payung pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir yang insyaallah sentiasa cakna & prihatin dengan kebajikan pelajar-pelajar samaada berada di Kota Raya Kaherah ataupun di Muhafazah-Muhafazah.Selamat Berjuang kepada BP-BP baru PMRAM 2009/2010.Semoga kepimpinan baru ini akan dirahmati Allah s.w.t selalu.
Saya jugak mengikuti secara dekat perkembangan politik Malaysia yang makin panas dan berapi.Penggantungan akhbar rasmi PAS dan Suara KeADILan selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri menambahkan bahang rencah politik yang sebelum ini hangat dengan rampasan kuasa di Perak,kes gambar separuh bogel YB Elizabeth Wong,Exco Selangor dan sekarang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.Namun saya mengharapkan pimpinan politik dapat menangani rencah poltik ini dengan cermat agar rakyat tidak menjadi mangsa pergeseran dua pihak ini.Ingat!,fikirkan nasib rakyat jika hendak bertindak. 7 April ini,Ma laysia jugak di warnai dengan tiga pilihanraya kecil,Bukit Gantang,Perak,Bukit Selambau,Kedah dan Batang Air,Sarawak.PR menyandarkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin(Bukit Gantang),S.Manikumar(Bukit Selambau) dan Jawah Gerang.Oleh itu mari lah kita berdoa agar calon PAS-PR di Bukit Gantang,Dato' Seri Nizar Jamaluddin dapat mengharungi perjuangan yang penuh berliku ini dan diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t dalam PRK ini,Insyaallah.
Bagi pelajar Mesir,masa tinggal dua bulan setengah lagi untuk imtihan sem 2.Tapi ada lagi yang kurang hadir kekuliah,tapi rajin la pulak ke kelas talaqi.Tapi tak mengapa asal dapat balance masa tak mengapa.Tapi masa semakin suntuk.Masa untuk main-main sudah berlalu.Perjuangan dalam peperiksaan dan pengalian ilmu perlu diteruskan.Bulan Mei,perang besar dan pentingbagi sem dua.Kelas tutorial banyak dimulakan.Pening jugak nak pilih,tapi Insyaallah perjuangan terus dilayari bagi memastikan insyaallah mendapat natijah yang mumtazah.Insyaallah.Doa-doakan ya.
TERUSKAN PERJUANGAN!!!!
Madinat Nasr 12:22am,27hb Mac 2009,Jumaat
Label:
mauizah pendek...
di
3/26/2009 11:50:00 PTG
0
ulasan
Maulidur Rasul s.a.w -ibadah atau adat??
27 Februari 2009

Kita telah memasuki bulan Ar Rabi' Al Awwal atau Rabiul awal.Maka dimaklumi semua bulan ini adalah bulan memperingati kelahiran Al Khatami Al Anbiya' Wa Mursalin,Muhammad bin Abdullah solallahua'laihi wasalam(dan juga dalam bulan ini juga Nabi s.a.w diwafatkan pada 12 Rabiul awal tahun 11 Hijrah.Rujuk kitab Sirah Ibnu Hisham,Rahiqul Makhtum,Sofiyuddin Mubarakfuri dan banyak lgi kitab sirah).Mulai Jumaat lepas di kebanyakan masjid di Mesir khususnya di Kaherah banyak membincangkan tentang kelahiran Nabi s.a.w,riwayat hidup dan juga kelebihan mencintai Rasul s.a.w.Ada juga khatib mengajak kita supaya mencintai Rasul s.a.w dan sentiasa memperbanyakkan selawat keatasnya.اللهم صل على محمد
Sejarah permulaan haflah zikra Maulidur rasul ramai yang tidak tahu. Ia bermula di Mesir sebaik sahaja Kerajaan Fatimiyah yang menganut mazhab Syiah berkuasa disana.Walaubagaimanapun, ada juga pendapat bahawa Khalifah daulah Fatimiyyah telah mengadakan zikra Maulidur Rasul untuk menyebarkan dan meneguhkan lagi mazhab Syiah dikalangan rakyatnya kerana jika dalam majlis ini mengingat kelahiran Nabi s.a.w maka diselikkan juga peringtan kepada Ahli Bayt baginda yang tentu mereka akan lebih menonjolkan Saidina Ali bin Abi Talib dan Sayyidah Fatimah Az Zahra'. Tak mengapa lah,biar ahli fikir dan ulama' sirah membahaskan masalah ini.
Setiap kali tibanya 12 Rabiulawal,semua masyarkat Islam di seluruh dunia akan mengadakan haflah zikra Maulidurrasul s.aw.Di Malaysia di peringkat nasional,ada siap dengan perarakan mulai awal pagi dengan penyertaan kontijen dari pelbagai agensi kerajaan.Manakala di dalam dewannya pula diisi dengan ucpan SPB Yang Dipertuan Agong,persembahan pentas,penyampaian anugerah tokoh maulidurrasul dan diakhiri dengan selawat berjemaah.Setiap tahun kita menganjurkan haflah ini yang menjadi acara dan tradisi negara bahkan hari itu diisyhtiharkan cuti umum.Sebut pasal maulid ini,teringat saya semasa berada disekolah menengah dulu,pihak sekolah ingin menganjur haflah besar-besaran zikra maulidurrasul dengan macam-macam acara tetepi perkara ini ditentang hebat oleh guru-guru yang berpendidikan Haramain (baca pro wahabi atau Salafi).Yang mudir ini berpendidikan dari luar haramain(baca pro pondok atau Aliran lama). Akhirnya berlaku la juga haflah,tapi guru-guru 'pro wahabi' hadir jugak tapi menguzurkan diri bila 'selawat berjamaah' dimulakan. Kalau hendak diingati semula kisah ini,rasa nak ketawa pun ada,nak marah ada,tapi tak mengapa.Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa guru-guruku yang mendidikku sehingga dapat menjejakkan kaki ke bumi Kinanah yang mulia ini.
Tidak dinafikan polimek Maulud tiap-tiap tahun akan timbul diantara 'Pro Wahabi' dengan 'Aliran Lama'(macam Qaul Jadid dan Qadim la pulak) dengan topik adakah benda ini bida'h atau tidak.Bagi pro Wahabi,benda ini Bida'h kerana ia tidak lakukan di zaman Rasul s.a.w,Khulafa' Rasyidin dan para tabii'n al awaliyyin.Mereka membawa dalil hadith Nabi s.a.w
عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين
Bagi Pro Aliran Lama pulak,mereka menolak pandangan Pro Wahabi berdasarkan hadith berkaitan puasa sunnah hari Isnin dan Khamis, ketika menjawab persoalan berkaitan itu antara "Aku berpuasa kerana memuliakan hari aku dilahirkan". Maka tiap-tiap tahun umat Islam yang berilmu akan membahaskan perkara.Tapi akhir kalam,dua-dua puak mengadakan haflah tetapi dengan cara-cara yang berbeza.
Tetapi persoalannya adakah Maulidurrasul yang dianjurkan tiap-tiap tahun ini berlangsung dalam suasana ibadat atau adat atau bercampur kedua-duannya.Islam secara prinsipnya menghormati adat selagi tidka bercanggah dengan syariat.Namun syariat tidak boleh disendarkan kepada adat kerana syariat itu merupakan asas ataupun tunjang kepada pembentukan adat itu sendiri.Kepada penganjur dan orang yang bertanggungjawb dengn haflah Maulid Rasul ini,marilah kita bermuhasabah dan membedah siasat diri kita, adakah kita lakukan haflah Maulidur Rasul samaada untuk beribadah dan zikra maulidur Rasul s.aw atau sekadar adat sahaja,bila tiba je bulan maulad buat haflah,panggilan orang ramai,selawat,makan dan habis. yang lebih teruk lagi ada juga menjadikan haflah ini untuk menunjuk-nunjuk dan memancing sokongan umum dan menunjukkan kita adalah orang yang menyokong dan mencintai perjuangan Rasulullah s.a.w.
Inilah yng dikatakan adat yang tidak berpaksikan tunjang dan binaan yang konkrit.
Ya,saya mengakui maulid ni harus,dan Ulama' terkemuka Islam Dr Yusuf Al Qardhawi(semoga Allah s.w.t merahmati dan memanjangkan umurnya untk berkhidmat kepada Islam dan umatnya) menggalakkan penganjuran haflah zikra maulidurrasul ini bagi menanamkan sikap cintakan ajaran,sunnah dan akhlak Nabi s.a.w kepada umum.Namun kita ingat sambutan tidak harus dicemari dengan unsur-unsur khurafat dan bidaa'h.Ingat!,boleh anjurkan maulud,tapi jangan tergelincir dari apa yang dianjurkan oleh Nabi s.a. dan Syariat Islam yang suci.Betulkan niat,insyaallah segala haflah dan kerja buat kita akan menjadi ibadat.Insyaallah
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 H
وبالله التوفيق
2 ربيع الأول 1430 هـ
يوم الجمعة
Label:
mauizah pendek...
di
2/27/2009 09:50:00 PG
0
ulasan
Kahwin Awal...Satu Rungkaian Hati
25 Februari 2009

Saya tertarik dengan artikel rakan saya Hilal Asyraf di blog beliau (untuk lebih lanjut sila klik http://langitillahi.blogspot.com/2009/02/kahwin-awal.html) mengenai kahwin awal. Mungkin agak bercelaru jugak la nak mikir bab kahwin.Namun saya sebagai pelajar, kahwin awal atau lewat bukan soalnya..tetapi sanggupkah memikul tanggungjawab yang berat bagi mendidik isteri dan anak-anak yang bakal mencambahkan lagi zuriat umat Muhammad s.a.w? Sebagai mana maksud hadith Nabi s.aw yang saya nukilkan pada awal kalam ini yang bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah dia berkahwin".Maksud hadith itu jelas,Nabi s.a.w memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dari segi zahir yakni dari segi kewangan dan material dan juga dari segi batin(hati yang bersih,ikhlas kerana Allah) agar mendirikan rumahtangga,kerana Islam melarang umatnya membujang sampai ke usia emas.Dan ini lebih teruk lagi jika membawa kepada lembah syahwat yang songsang zina,nauzubillah....
Namun rentangan kita sebagai pelajar tak kira lah,pelajar diniah atau professional,kita sering dihambat oleh tuntutan kita dengan pengajian dan tanggungjawab saya sebagai anak kepada kedua ibu bapa.Sebelum saya menjejak kaki ke bumi anbiya ini,ayahnda saya memberi 'amaran' jika saya bernikah semasa dalam pengajian,maka seluruh peruntukan untuk pengajian akan dipotong. Mungkin nampaknya macam bergurau,tapi sepanjang berada disini,perasaan untuk 'membina masjid'awal makin membuak-buak terutamanya pada musim sejuk yang akan melabuhkan tirainya...Namun mujurlah Allah swt memberi kekuatan untuk melawan keinginan itu buat sementara waktu bagi memberi fokus kepada pengajian di jamiah. Tapi ini tidak menjamin saya tidak akan menikah semasa pengajian disini.Wallahua'lam...
Walaubagaimanapun,jika kita mempunyai cukup persiapan dari segi kewangan dan ilmu dan iman,maka tak salah jika berkahwin di usia yang muda. Yang penting kita mesti pandai mengurus serta menangani masalah dan kemelut semasa melayari bahtera rumahtangga..Janganlah nikah di usia yang awal,lepas tu cerai-berai di tengah jalan. Ini bukan yang kita inginkan.Sehubungan itu bagi siapa yang berkahwin awal,silakan.Bagi siapa ingin tunggu sehingga menggengam segulung ijazah,silakan.Benda tak de salah apa-apa..cuma kena pandai mengurus dan yang lebih penting niat kita kahwin bukan kerana nafsu semata-mata sebalik untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama dan meneruskan sunnattullah sebagai manusia dan hamba....
Hayatilah dan selamilah sedalam-dalam firman Allah s.w.t di atas.Moga ia akan menghasilkan keputusan dan natijah yang kolektif demi masa depan kita semua dan orang yang akan dipertanggungjawab ke atas kita.Kahwin,bercerai perkara lumrah,tetapi ia memerlukan kecekapan kita menguasai keadaan dan pentas.Samada ada bernikah awal atau itu bukan soalnya,yang penting sejauh mana kita memikul amanah yang cukup mencabar ini.Tepuk dada tanya iman.
Wallahua'lam
وبالله التوفيق
250209,9:43 PM
cairo mesir
Label:
mauizah pendek...
di
2/25/2009 08:36:00 PTG
1 ulasan
