Salam Merdeka & Salam Ramadan Dari Serambi Makkah
Alhamdulillah,esok seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-52 kemerdekaan.Sambutan ini diadakan dalam suasana sederhana berikutan 31hb Ogos 2009 jatuh pada bulan Ramadhan iaitu pada 10hb Ramadhan 1430H dan juga berikutan merebaknya Influenza A H1n1 atau Selesema Babi.Kita berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t terus memelihara bumi Malaysia yang tercinta dan menjauhi daripada bala bencana dan fitnah yang berleluasa.
Sempena Hari Kemerdekaan ke-52 pada tahun ini marilah sama-sama kita bermuhasabah dan meneliti diri sendiri adakah kita sudah merdeka dari segi Islam.Sudah 52 tahun kita merdeka dari penjajahan British namun kita lihat minda dan adab serta gaya hidup masyarakat kita dewasa ini masih lagi belum merdeka.Dari segi zahirnya kita merdeka,tapi dari segi maknawi kita masih belum merdeka.Oleh itu mari lah kita merenung,adakah kita sudah merdeka dari segi minda dan spritual.
Oleh itu mari kita renungkan:
Merdekakah kita jika minda kita masih terbelenggu dengan ideologi penjajah walaupun 52 tahun penjajah memberi kemerdekaan dan kebebesan kepada bumi Malaysia yang tercinta ini?
Merdekakah kita jika keluarga masih lagi berminda penjajah dengan berakhlak dengan akhlak penjajah yang bercanggah dengan Syariat dan Rukun Negara?
Merdekakah kita jika pimpinan negara kita masih lagi terbelenggu dengan pemikiran jumud dan beku penjajah sehingga masih menjadikan penjajah rujukan tertinggi serta meninggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan dan perundungan.
Oleh itu,marilah sama kita renungi kata-kata Rubi' bin Amir,Panglima Tentera Islam dalam Perang Al Qadisiah(Fathu Iraq) ketika bercakap dengan Rustam,Panglima Tentera Parsi:
"Kami hanya berjuang untuk membebeskan umat manusia dari menyembah dan menghambakan diri kepada manusia kepada menghambakan diri kepada Allah s.w.t dan daripada kegelapan jahiliah kepada nur keadilan Islam"
Marilah sama-sama menyambut merdeka dengan jiwa yang merdeka dari segala syirik,kufur dan nifaq kepada Allah dan menjadikan hamba yang taat,ikhlas beribadah dalam setiap lapangan hidup kepada Allah Rabbu izzati wa jalal.Jadikan merdeka ke-52 pada tahun ini sebagai turning point untuk kita merdeka dan bebas dari sebarang belenggu lahiriah dan batiniah dan fikrah serta pemikiran yang menyimpang dari apa yang digariskan oleh Al Quran & As Sunnah.
Semoga Malaysia terus aman & makmur..
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52
Allahuakbar!
Khas Buat Bekas Tunangku ... terima kasih untuk segalanya
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan