Enam Bulan Menongkah Badai

16 April 2009


Jumaat, 17hb April 2009 bersamaan 21hb Rabiul akhir 1430H,maka genaplah enam bulan saya berada di Bumi Mesir ini bagi meneruskan lagi pengajian ini di peringkat ijazah sarjana muda syariah di Universiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin Kaherah.Pejam kelik pejam kelik sudah enam bulan berada disini dengan pelbagai rencah dan ragam dapat disaksikan sepanjang berada disini.Dari masa ketibaan pada malam 17hb Oktober 2008 sehingga meniti hari untuk peperiksaan semester(fasal) dua(Exam Final) banyak untuk dinukilkan sehingga dua hari dua malam tak habis untuk digarap di dalam kesempatan yang terhad ini.Enam bulan yang lalu menyimpan pelbagai kenangan suka duka,pahit maung sebagai pelajar Azhari di Bumi Anbiya ini.Mula sampai disambut oleh abang-abang senior dan ditauzi' kerumah-rumah sekitar hayyu sabi'ini.Maka setelah satu bulan bersama teman-teman,maka ada pula ditauzikan ke muhafazah(cawangan) seperti Tanta,Dimyat,Damanhur,Iskandariah(akhawat sahaja) dan Mansurah.Maka tinggalah saki baki teman-teman yang memilih untuk bertempur di Bandaraya Kaherah ini termasuklah diri ini yang dhoif lagi mempunyai banyak kekurangan.Duduk tak lama ditauzikan pula ke rumah baru berdekatan dengan rumah negeri.Duduk enam orang satu rumah dengan sewa yang berpatutan(Le 1000:RM 600 lebih).Maka duduk la kat situ sampai sekarang.Alhamdulillah,semua setakat ini ok la walaupun kadang-kadang kurang 'ngam' dengan ahli bayt.Tapi biasalah tu kot,duduk kat mesir kena pandai masuk dengan orang(tapi kalau mesra terlajak sampai tak balik rumah atau balik rumah lewat malam tak boleh juga)...

Sekarang sudah masuk bulan April ini,tinggal tidak sampai sebulan exam bakal menjelma,jangkaan awal dan tengah bulan mei mulalah exam yang agak mencabar bagi semua azhariyyun dan atibba'(test practical sudah mula dah bagi budak medic), bagi budak azhar,sekarang musim tutorial yang rancak diadakan di beberapa rumah-rumah negeri.Masing-masing rancak membuat persiapan dari segi pembangunan nota dan study group.Tapi saya ini kadang-kadang culas juga nak pergi tutorial,kalau sem lepas,sebab sejuk sangat.Sem ni tak tau sebab apa.Tapi tak pe,segala maklumer baru mengenai perkembangan pengajian samaada dijamiah atau dirumah negeri sentiasa diikuti secara langsung.Insyaallah...

Alhamdulillah selama enam bulan tidak ada masalah menyusaikan diri dengan kehidupan yang seba baru dan mencabar di Mesir ini terutama sekali di Kota Raya Kaherah ini yang sentiasa tidak pernah kurang sibuknya.Tidak ada la perkara-perkara besar berlaku melibatkan persatuan kecuali letupan bom di Saidina Hussin dua tiga bulan lepas.Ini pun alhamdulillah tiada pelajar Malaysia yang terlibat.Teman-teman serumah seperti biasa sibuk dengan talaqi dan kuliah.Tetapi kadang-kadang panas telinga juga la duk sindir kita yang tak pergi talaqi.Macamlah dia tu ilmu dah tinggi sangat bila talaqi keliling pinggang.Adalah 'mamat' action lebih...Pesanan saya ilmu bukan untuk bermegah-megah tapi untuk disampaikan dan cara penyampaian juga mesti mengunakan uslub dakwah yang betul.Jangan main hentam aje.Tak mengapalah,bukannya saya tidak mahu pergi talaqi dengan syeikh,tapi apa gunanya kita pergi bertalaqi,perangai dah berlagak macam jadi syeikh kabir.Itu yang tidak kena.Tetapi mungkin insyaallah dalam cuti musim panas ini,saya cuba bertalaqi terutamanya dalam bidang Al Quran.Mungkin nak perbetulkan Quran.Apa guna punya ilmu yang banyak,baca Quran lintang pukang.Kalau orang kampung tengok,nanti mereka pandang 'jeh' kat orang ngaji kat Mesir.Ngaji kat Mesir,baca Al Quran macam budak ngaji kat J-QaF.Oleh saya berpesan kepada diri ini dan teman sekalian agar memperbetulkan Al Quran sebelum nak jadi ulama'.Macam mana nak jadi ulama',baca Al Quran pun tak betul.Saya teringat pesanan Sheikh Asyraf Hasanain,Imam Masjid Soleh Jaafari,Darasah yang berpesan agar kita memperbetulkan bacaan Al Quran kita terutama dari segi sebutan huruf,tajwid dan waqaf ibtida'.Benda fardhu ain keatas setiap individu Muslim,adapaun hafaz Al Quran fardhu Kifayah.Ingat,apabila kita terjun ke dalam kancah masyarakat perkara pertama yang dinilai oleh masyrakat bukannya pandai mana kita mengeluarkan hukum atau menjawab permasalahan agama tetapi sejauh mana cermat dan teraturnya kita membaca Al Quran.Oleh itu,saya berpesan kepada diri ini dan kepada teman-teman agar sentiasa cakna terhadap Al Quran selain kita tadabur dan amalkan isinya dalam kehidupan seharian,maka kita juga harus memperbetulkan bacaan Al Quran ketika supaya menjadi mantap dan mengikut tajwid yang teratur..Wallahua'lam

Insyaallah,imtihan akan menjelma tiba,saya mendoakan semua teman-teman samada Azhariyyun atau Attiba' dan juga teman-teman yang berada di Malaysia yang sedang atau akan bertempur dengan final exam.Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.Insyaallah.Doakan kejayaan kita bersama.
RABBINA NAJJAH

Nasr City

16hb April 2009

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'