Salam Al Azhar
Tinggal 2 3 minggu lgi,imtihan(peperiksaan) akhir tahun bagi sesi 2009/2010 bakal menjengah mahasiswa/wi di perlembahan Nil,samaada pengajian Islam(syariah,usuluddin,bahasa arab,dakwah & dirasat islamiah) mahupun perubatan dan pergigian.Masing2 sekarang sedang membuat persiapan dan persediaan semaksima mungkin bagi menghadapi imtihan ini.
Namun,kerancakan persediaan dan ulangkaji teman2 di cawangan agak sedikit terganggu berikutan ura-ura pemindahan besar-besaran semua wafidin(pelajar asing bukan Arab) yg juga turut melibatkan pelajar Malaysia ke Kota Kaherah.Ini berikutan berlakunya Muktamar Wafidin di Mansurah yg cukup panas dan konterversi serta kenyataan amid kuliah(Ketua Jabatan) di Tanta,Dimyat dan Mansurah yg menyatakan ada arahan dari pentadbiran Al Azhar As Syarif Pusat di Kaherah yg mengarahkan semua pelajar asing selain Arab dipindahkan ke Kaherah dan bakal ditempatkan di kuliah baru yg diberi nama Kuliah Ulum Al Islamiah yg bertempat di Hayyu Sadis,Nasr City,Kaherah.
Keadaan diburukkan lagi dengan 'kelembaban' tindakan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK/MSD) menyelesaikan permasalahan teman2 dari Maahad Qiraat Shubra(ikhwah) dan Maahad Qiraat Mansurah(akhawat) serta teman2 dari Kuliah Perubatan di Ain Shams dan Tanta yg masih 'tergantung' urusan pendaftaran kuliah walaupun exam hanya berbaki 2 3 minggu lagi...ini menuntut kecekapan pegawai MSD menangani masalah siswa/wi di Mesir samaada dari segi keselamatan mahupun kebajikan dan urusan dengan Kerajaan Republik Arab Mesir.Jangan bersikap lepas tangan dan perlu tegas mempertahankan kebajikan dan hak dan maruah pelajar Malaysia di bumi Mesir ini.
MSD/JPMK harus mencontohi Kedutaan Indonesia di Mesir yang cukup tegas dan efisyen dlm menangani isu rogol pekerja Indonesia oleh warga Mesir.Sepatutnya pegawai2 MSD/Kedutaan tidak hanya menandatangani surat-menyurat atau menyambut lawatan pemimpin negara ke Mesir,itu bukan fungsi utama pegawai2 terbabit ditugaskan disini dan juga utk mengecat bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah atau bangunan Nadi UMNO Mesir,tetapi pegawai MSD/Kedutaan harus menjadi wakil atau pemudahcara kerajaan Malaysia dengan pihak Mesir,dan bukan hnya syok sendiri dan goyang kaki dlm pejabat MSD tetapi membiarkan masalah pelajar diselesaikan oleh PMRAM secara berseorangan.
Betul,PMRAM sbagai badan yg mnaungi anak2 Melayu di sini secara termampu menyelesaikan masalah berkaitan urusan kuliah,kebajikan dan keselamatan siswa/wi disini.Namun dalam isu perpindahan siswa/wi ke Kaherah yg sedang hangat kini memerlukan campur tangan yg maksima dari MSD/Kedutaan Malaysia di Kaherah bagi menyatakan pndirian Malaysia menentang peraturan yg ditetapkan oleh Al Azhar.Namun,yg sedihnya,tindakan seolah2 'berdiam diri' MSD/Kedutaan sekarang mngundang spekulasi bahwa MSD/Kedutaan seolah2 menyokong pemindahan terbabit.Namun,kita berharap isu ini dpat dilendikkan secara berhikmah dan efisyen oleh MSD dan PMRAM demi tidak mnggangu pengajian dan exam yg bakal menjelang.
Kepada teman2 kuliah perubatan,Maahad Qiraat Shubra dan Mansurah,penulis sentiasa mndoakan agar teman2 akan tabah mnghadapi dugaan ini dan semoga ini mnguatkan lagi azam utk bersama dan berada di bumi anbiya' wlaupun diuji dengan pelbagai karenah birokrasi samaada dri pihak MSD mahupun pihak syuun Al Azhar yg amat meletihkan dan mncabar emosi...
Selamat Menempuh Imtihan....
nasrcity
20510
18jumadilula1430
Khas Buat Bekas Tunangku ... terima kasih untuk segalanya
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan