Perhatian Untuk Lepasan SPM/STAM 2009

03 Mei 2010


PUTRAJAYA, 1 Mei — Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KPT berkata tarikh tutup permohonan bagi pengajian di Jordan ialah 15 Mei ini, Mesir (31 Mei) dan Morocco pada 15 Jun ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, KPT berkata borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah itu boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi.
Permohonan ke negara Timur Tengah itu mula dibuka pada 11 Mac lalu bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma.
Bagi pengajian bidang perubatan, universiti yang terlibat di Mesir ialah Universiti Ain Shams, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.
Bagi pengajian bidang pergigian di Mesir pula melibatkan Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Al-Azhar dan Universiti Tanta manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.
Pengajian Islam pula adalah di Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Mu’tah, Universiti Al-Bayt, Universiti Yarmouk dan Jordan University di Jordan.
Manakala bidang pengajian sama ditawarkan di Universiti Al-Khadi Ayyad, Universiti El-Hassan Sani, Universiti Muhammad Abdillah, Universiti Muhammad Al-Awwal, Universiti Muhammad El-Khamis/Muhammad V dan Universiti Qurayiwiyen di Morocco. — Bernama

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'