salam hari tasyriq......
bulan ini(nov.) telah memasuki bulan ke-4 saya berada di bumi Kelantan Serambi Makkah....dan masih di dalam suasana Eidil Adha Al Mubarak yang disambut di Malaysia pada hari Rabu 17hb Nov. 2010 bersamaan 10hb Zulhijjah 1431H dan Negara-negara lain menyambut Eidil Adha pada Selasa 16hb Nov. 2010.
Banyak rencah-rencah yang berlaku di Malaysia sepanjang 4 bulan keberadaan saya di sini. Sebelum ini,kita diwarnai dengan Pilihan Raya Kecil Galas yang mengajar erti pahit dalam perjuangan.Kekalahan Pas dalam pilihanraya tersebut dengan majioriti 1,190 undi memberi isyarat amaran kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas di Kelantan supaya menperkemas jentera parti dari segi fizikal dan spritiual.
Kita masih merayakan Eidil Adha.Saban tahun kita mngorbankan binatang ternakan namun adakah mengorbankan diri untuk berbakti kepada ummah yang dahagakan bimbingan.Adakah kita sudah 'menyembelih' sifat mazmuh dalam diri kita.
oleh itu,sempena kedatangan Eidil adha,marilah sama menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah s.w.t sebagai contoh pedoman dalam mendepani cabaran dalam perjuangan...
Salam Eidil Adha....
1911010/12121431
Khas Buat Bekas Tunangku ... terima kasih untuk segalanya
11 tahun yang lalu