salam hari tasyriq......
bulan ini(nov.) telah memasuki bulan ke-4 saya berada di bumi Kelantan Serambi Makkah....dan masih di dalam suasana Eidil Adha Al Mubarak yang disambut di Malaysia pada hari Rabu 17hb Nov. 2010 bersamaan 10hb Zulhijjah 1431H dan Negara-negara lain menyambut Eidil Adha pada Selasa 16hb Nov. 2010.
Banyak rencah-rencah yang berlaku di Malaysia sepanjang 4 bulan keberadaan saya di sini. Sebelum ini,kita diwarnai dengan Pilihan Raya Kecil Galas yang mengajar erti pahit dalam perjuangan.Kekalahan Pas dalam pilihanraya tersebut dengan majioriti 1,190 undi memberi isyarat amaran kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas di Kelantan supaya menperkemas jentera parti dari segi fizikal dan spritiual.
Kita masih merayakan Eidil Adha.Saban tahun kita mngorbankan binatang ternakan namun adakah mengorbankan diri untuk berbakti kepada ummah yang dahagakan bimbingan.Adakah kita sudah 'menyembelih' sifat mazmuh dalam diri kita.
oleh itu,sempena kedatangan Eidil adha,marilah sama menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah s.w.t sebagai contoh pedoman dalam mendepani cabaran dalam perjuangan...
Salam Eidil Adha....
1911010/12121431
Mauizah Tasyriq...
19 November 2010
Eid Mubarak,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar....Daulat Tuanku
18 September 2010
Salam Eidilfitri
Mauizah Pra-Eidil Fitri
06 September 2010
Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
coretan hujung pagi ramadhan.....
01 September 2010
salam ramadhan dri serambi Makkah
Perutusan Ramadhan 1431H....
09 Ogos 2010
dari serambi makkah 1
27 Julai 2010
salam serambi makkah
esok(28hb Julai 2010),genap dua minggu saya berada di bumi Kelantan...dalam tempoh dua minggu bnyak dihabiskan masa bersama keluarga....16hb lalu,sya dan keluarga ke Kajang kerana menghadiri walimah sepupu saya Muhammad Ammar dan Zurina.Alhamdulillah kenduri tersebut berjalan lancar pada ahad 18hb Julai 2010 di Dewan Seberguna Masjid Universiti Tenaga Nasional(UNITEN),Kajang.Walaupun majlis nampak simple,tapi,alih2 RM30,000 'hangus' untuk majlis tersebut....
Kota Bharu tidak banyak berubah....beberapa pembangunan fizikal rancak berjalan sperti jambatan sultan yahya petra yg bnyak kali tertangguh.Selain itu juga kebersihan dan keceriaan bandar setakat ini lebih baik dan teratur berbanding tahun-tahun dahulu...Alhamdulillah
saya 'dikejutkan' dengan pelawaan memimpin bacaan Yasin Nisfu Syaa'ban di surau yg sudah beberapa tahun tidak melaksanakan amalan tersebut....Bagi sya,baca yasin tu sunnah,cuma mentakhsiskan pada malam Nisfu Syaa'ban itu merupakan bidaa'h dan tidak nas dari hadith Nabi s.a.w dan amalan para sahabat r.anhum...
Namun,sya mngelakkan dri hadir ke majlisbagi mngelak fitnah dan polemik yg bleh memecah belahkan jemaah.
Wallahua'lam
Kota Bharu-270710/15syaa'ban1431H
Berada di Malaysia
15 Julai 2010
Salam Serambi Makkah

