Salam Imtihan...
Mulai esok,teman yg mnuntut di universiti al azhar assyarif,hayyu hussin,kaherah,mesir akan memulakan 'pertempuran' imtihan sem 1.Bagi pelajar syariah,pada sem ni ada 5 madah(subjek),usuluddin 6 madah dan lughah 5 madah atau 6 madah.Sem ini sya ada satu madah iaitu ulum hadith pada 24hb ni
Risau juga la walaupun satu madah saje.Smoga Allah s.w.t memberi kemudahan dalam menjawab soalan yg ditanya nanti.
Politik dan situasi haru biru dengan isu kalimah Allah yg muncul akibat keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dlm pnerbitan majalah dan surat khabar.Saya berharap perkara ini dapat di lendikkan.Jika ia akan menjadi krisis agama dan kaum yang kronik jika tidak ditangani dengan cermat dan penuh hikmah.
Bagi saya,kalimah Allah ini tidak sesuai untuk digunakan di Malaysia untuk agama selain Islam.Kerana ia akan membawa kpada implikasi dari segi pemahaman generasi muda dan kanak-kanak.Ini tidak dibenarkan dari segi waqie' (keadaan semasa dan setempat) di Malaysia yang berbilang bangsa dan tahap pemahaman agama yang pelbagai.Adapun dari segi hukum fiqh,maka ia diharuskan .Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan secara ilmiah bukanmya secara demonstrasi,kerana ini berkaitan agama.Adalah lebih baik dialog antara ulama' Islam dan pihak gereja perlu diperbanyakkan agar isu-isu sensitif melibatkan tidak timbul dikemudian hari.Usaha-usaha pemantapan akidah Islam juga harus diperhebatkan supaya umat Islam faham tentang agamannya dan mantap akidahnya.Marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa memelihara Malaysia daripada sebarang anasir-anasir yang jahat.
1501010
nasrcity,cairo
0 ulasan:
Catat Ulasan