Salam Al Azhar...
Setiap manusia dikurniakan perasaan kasih,cinta dan sayang. Itu merupakan sunnatullah kepada makhluk Nya tanpa mengira jantina,bangsa dan warna kulit. Sebagai umat Islam,cinta kita hanya kepada Allah dan Rasul Nya s.a.w. Allah s.w.t juga mengurniakan sifat ingin berpasangan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain.
Bagi menjadikan seseorang individu sebagai teman hidup,maka Islam sebagai agama yang syumul lagi mementingkan kebersihan dari segi menghalalkan nikah dan mengharamkan zina.
Maka muqadimah bagi nikah ialah khitbah atau lamaran. Hal ini merupakan sunnah yang diamalkan sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi rasul iaitu semasa pernikahan baginda dengan Sayyidah Khadijah r.anha. Maka dengan perasaan takut dan gementar penulis cuba mengkhitbah seorang perempuan yang pada hematnya berkenan dihatinya dan cocok untuk dijadikan suri hidup sepanjang hayat.
Namun,tadqir mengatasi tadbir,lamaran penulis ditolak secara baik. Nampaknya cinta belum cukup kuat bertasbih,perlu ditambah dengan ramuan islah diri dan muhasabah serta taqarub kepada Allah s.w.t. Insyaallah,walaupun pedih..hidup mesti diteruskan. Insyaallah akan bertemu jodoh yang pantas menjadi teman dunia dan akhirat. Cinta inilah akan menyebabkan kita dan penulis akan bertasbih bukan kerana menonton filem 'KETIKA CINTA BERTASBIH' tetapi bertasbih dan memuji Rabbul izzati wal jalal,maka sempurnalah doa yang dinukilkan Allah s.w.t dalam surah Al Furqan ayat 74 yang bermaksud ' Wahai Tuhan kami,kurniakan kepada kami isteri/suami serta zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata zahir dan batin dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa'
Semoga kegagalan dalam khitbah ini tidak melunturkan semangat harapan agar 'si dia' menjadi suri penyeri keluarga yang unggul,insyaallah. Semoga ia termaqbul,insyaallah jika diizinkan Allah s.w.t.
Ameen Ya Rabb.
nasr city,cairo
20safar1431
402010
Khas Buat Bekas Tunangku ... terima kasih untuk segalanya
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan