80 Tahun PMRAM-Menelusuri cabaran

11 April 2010

Salam Al Azhar...



Tahun 2010,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah menginjak usia 80 tahun.Sepanjang tempoh itu,PMRAM telah memayungi anak-anak Melayu di Bumi Mesir ini dan menghadapi pelbagai ranjau,rintangan dan lebih pahit pernah digantung pendaftaran pada tahun 1975 oleh Kerajaan Mesir.Namun Alhamdulillah,PMRAM terus utuh mengharung badai perkembangan dan berjaya mengawal bahtera PMRAM daripada ditelan arus kemodenan dan mehnah yang menggila.

Sepanjang tempoh itu, seramai 50 orang Presiden telah menerajui persatuan tertua ini dan pada penggal ini,Ustaz Abdul Muiz bin Muhammad(gambar sebelah kanan) (Selangor) telah menjadi Presiden PMRAM yang  ke-50.Banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan sepanjang sepenggal menerajui PMRAM mulai Mac 2009 sehingga akhir Muktamar Sanawi PMRAM Ke-77 yang akan berlangsung pada 13hb April 2010 di Nadi Riadhi Madinah Nasr,Hayyu Sadis,Nasr City,Cairo,Mesir.

Walaupun banyak halangan,cemuhan dan fitnah serta karenah birokrasi oleh Pihak Arab dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK),namun dengan berkat sokongan ahli dan kebijaksanaan pimpinan baik di peringkat Badan Pengurus mahupun di Peringkat HEWI,maka bahtera PMRAM terus belayar membelah arus dan badai dan memimpin kearah perubahan...

Maka bersempena Muktamar Sanawi PMRAM ke-77 akan berlangsung lusa(13hb April 2010),penulis mewakili seluruh ahli PMRAM mengharapkan pimpinan yang telah menang dan yang akan meninggalkan kepimpinan PMRAM dalam Pilihan Raya Umum PMRAM yang berlangsung semalam(10hb April 2010) agar terus istiqamah dan sentiasa teguh dalam perjuangan,seteguh tema penggal ini "Julang Thaqafah Bakti Dicurah".Insyaallah penulis mendoakan PMRAM terus maju dan mendepani perubahan semasa demi mengangkat martabat ummah dan pelajar-pelajar Melayu di Mesir ini.

Kepada Ustaz Abdul Mui'z,segala jasa dan pengorbanan saudara dalam memastikan kebajikan dan pembangunan siswa dan siswi Melayu di Mesir ini terjamin akan terus dikenang dan semoga membelas jasa saudara dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Kepada Ustaz Sharizan(gambar kiri)(Kedah),Bakal Presiden PMRAM ke-51,selamat bertugas mulai 14hb April 2010.Sesungguhnya medan pertempuran akan bermula dan bukan semuanya indah dan mudah.Insyaallah,kami sebagai ahli akan terus mendokong PMRAM selagi PMRAM terus diatas landasan yang betul dan mengikut apa yang disuruh dan dianjurkan oleh syariat Islam.Semoga pimpinan baru ini akan meneruskan kegemilangan yang lalu dan insyaallah tidak akan padam dek hembusan angin perubahan zaman dan mehnah dan tribulasi yang melanda ummah dewasa ini...
Firman Allah s.wt dalam Surah Muhammad s.a.w ayat 7





$pkšr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) (#rçŽÝÇZs? ©!$# öNä.÷ŽÝÇZtƒ 


ôMÎm6s[ãƒur ö/ä3tB#yø%r&





"Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


PMRAM,kau tetap dihati.....

Salam Muktamar kepada Mu'tamirin dan Mu'tamirat 

nasr city
1104010 




________________________________________________________________________


Keputusan Pilihan Raya Umum PMRAM 2010








KEPUTUSAN RASMI
Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM 2010
Oleh SURUHANJAYA PILIHANRAYA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [SPR PMRAM]


Analisis Pengundian

1- Jumlah ahli yang layak mengundi .. .. .. .. 1445
2- Jumlah keluar mengundi .. .. .. .. .. .. 920
3- Peratus keluar mengundi .. .. .. .. .. .. .. 63.7%
3- Bilangan undi rosak .. ... .. .. .. .. .. 8





KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PMRAM 2010
KEDUDUKAN CALON MENGIKUT UNDIAN TERTINGGI








1
Nama: 
Mohd Faizzudin bin Ghazali
Jumlah undi: 877








2
Nama: 
Mohd Yusof bin Abdul Kadir
Jumlah undi: 861








3
Nama: 
Muhammad Al Hidayat bin Khalid
Jumlah undi: 861









4
Nama: 
Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi
Jumlah undi: 860









5
Nama: 
Mohd Solehuddin bin Mohd Safien 
Jumlah undi: 852










6
Nama: 
Mohd Zahid bin Abu Bakar
Jumlah undi: 848








7
Nama: 
Firdaus bin Noh
Jumlah undi: 830









8
Nama: 
Abdul Aziz bin Ali
Jumlah undi: 826










9
Nama: 
Ahmad Huzaifah bin Fauzi
Jumlah undi: 821









10
Nama:Aminuddin bin Alias

Jumlah undi: 226









11
Nama: Mohd Mu'az bin Mohd Shukry
Jumlah undi: 173









12
Nama: Mohd Hanif bin Haron
Jumlah undi: 158






**9 calon yang mendapat undian tertinggi secara automatik terpilih sebagai Badan Pengurus PMRAM bagi sesi 2010/2011..






0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'