ALFATIHAH-hilangnya permata yang konterversi.......

10 Mac 2010

 Al Marhum Al Imamul Akbar Syeikh Dr  Muhammad Sayyid Tantawi
(1928-2010)

Salam Al Azhar

Hari ini dunia Islam kehilangan sebutir permata dan ulama'  yang banyak menabur bakti kepada ummah selama 81 tahun berada di alam yang fana' ini.Kembalinya Al Imamul Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi,Syeikhul Al Azhar As Syarif  merupakan satu kehilangan besar dalam lapang ilmu dan ummah.Penulis pernah mempelajari tafsir semasa  mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menggunakan kitab yang dikarang oleh Imamul Akbar Al Marhum Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi.

Al Marhum pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Mesir selama 10 tahun mulai  tahun 1986 hingga 1996 sebelum dilantik sebagai Syeikhul Azhar oleh Presiden Mesir,Muhammad Husni Mubarak.

Walaupun banyak kenyataan konterversi yang dikeluarkan oleh Al Marhum khususnya dalam isu riba dan niqab yang jelas mendapat kritikan sesetengah ulama',namun jasa dan sumbangan Al Marhum dalam menambahbaik sistem pendidikan di Al Azhar serta ketinggian ilmu Al Marhum terutama dalam bidang tafsir harus dikenang sepanjang zaman.

Kepada keluarga Al Marhum,salam takziah dan semoga ruh  Al Marhum diletakkan disisi para syuhada' dan solihin...AL FATIHAH

إنا لله وإنا إليه راجعون


مدينة النصر 
24 Rabiul Awal 1431H
10 Mac 2010

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'