YB Dato' Seri Zahrain Hashim(Bayan Baru) YB Tan Tee Bang (Nibong Tebal)
Salam Azhar Sejak dua menjak sudah 3 ahli dewan rakyat(gambar-gambar yang diletakkan pada artikel ni) dari parti keadilan rakyat(PKR) telah mengubah pandangan politik kepada BEBAS.Bagi arif dalm politik,perkara lompat-melompat adalah perkara biasa dan lumrah dalam sistem demokrasi.
Walaupun amalan ini sah di segi demokrasi,namun dari segi moral dan agama,ini adalah salah dan dianggap mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat dan parti dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.Lebih2 lagi yang melompat tu dari pembangkang ke parti kerajaan,maka walaupun sejuta penafian dan alasan dinyatakan,namun ia tidak dapat melindungi dan menimbus persepsi bahawa MP ini telah disogok untuk melompat menyokong kerajaan lebih-lebih ketika kerajaan dalam terdesak untuk mendapat majioriti 2/3 di Dewan Rakyat dan lebih lagi-lagi menjelang persempadanan semula kawasan pilihanraya yang memerlukan majioriti 2/3 untuk diluluskan.
(gambar atas:YB Hj Mohsin Fadzli Hj Samsuri(Bagan Serai)Namun,pesanan saya kepada MP yang melompat dan ada hati nak melompat,fikir semasak-masaknya dan timbanglah,adakah kita ni melompat ke air yang jernih atau ke tong najis? lebih2 lagi jika sampai menumbangkan sebuah kerajaan seperti yang berlaku di Perak.Jika berada di dalam tong najis,maka amat bagus dan wajiblah kita melompat ke air yg jernih dan suci.Namun,sbaliknya jika berada di air yang jernih tetapi melompat ke dalam tong najis yang kotor dan jijik,maka amat 'bangang' dan 'bahlol' lah tindakan dan perbuatan tersebut...
Fikirkan dosa pahala dan rakyat yang mengharap khidmat anda seblum melompat.....
0 ulasan:
Catat Ulasan