Demam Imtihan n kerenah Pegawai Kedutaan.........

26 April 2010

Salam  Al Azhar

Dlm bulan dpn,Insyaallah plajar2 dirasat n sekarang plajar shubra telah memulakan pertempuran imtihan...namun bnyak halangan,cabaran dan gangguan yg datang menimpa mahasiswa/wi di bumi anbiya'

Lepas usainya Muktamar PMRAM ke-77 yg panas n menatijah satu kepimpinan baru utk memimpin siswa/wi di bumi Mesir ini,timbul pula isu ganguan dan serangan  terhadap pimpinan PMRAM Cawangan Tanta yg d'lakukan sendiri oleh Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) yg seolah2 mnunjuk kuasa dan angkuh yg memakan diri sendiri kerana melibatkan Ammu Daulah(Pegawai Polis) di peringkat wilayah(muhafazah).

Sepatutnya pegawai JPMK bekerjasama dgn persatuan pelajar seperti PMRAM bagi menjamin kemudahan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia bukannya menyusahkan dan menyempitkan urusan dengan pihak berkuasa Mesir dan pentadbiran universiti di Mesir tidak kira samaada Universiti Al Azhar atau Universiti Ain Shams dan Al Azhar di wilayah-wilayah dan universiti perubatan di wilayah-wilayah.Penulis amat kasihan dengan sahabat-sahabat adik2 baru  dari jurusan Perubatan di Universiti Ain Shams dan Al Azhar dan khabarnya di Tanta juga masih tidak muqayyad nama(naik nama) di syuun(bahagian pndaftaran Kuliah...Ini amat mnyulitkan keadaan sahabt2 ini yg bakal menduduki exam final year yg bakal mnjelang...Semua ini mnuntut kecekapan dan kerjasama yg padu dari semua pegawai-pegawai kedutaan yg dihantar oleh Kementerian Luar untuk berkhidmat disini.Tidak hnya utk seronok2 n duk dirumah yg selesa,tpi  harus mnjadi pemudahcara antara siswa/wi Malaysia dengan Kerajaan Republik Arab Mesir...

Penulis brharap perkara ini dapat ditangani dengan segara dan tuntas demi mnjaga nama baik Malaysia dan demi mnjaga kebajikan ribuan siswa/wi  di Mesir ini.Dengan masalah hisbah dan keselamatan yg kian meruncing dewasa ini,moleklah PMRAM dan JPMK berganding bahu menyelesaikan masalah demi memastikan perjalanan pengajian anak-anak Malaysia disini tidak terjejas dan berjalan lancar tanpa sebarang sabotaj dan karenah birokrasi dari mana2 pihak....

Kpada sahabat2 samaada jurusan diniah atau medic atau tibb asnan,selamat mnduduki peperiksaan..
rabbinaftah a'laik......

nasrcity
2604010
12jumadilula 1431H

80 Tahun PMRAM-Menelusuri cabaran

11 April 2010

Salam Al Azhar...



Tahun 2010,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah menginjak usia 80 tahun.Sepanjang tempoh itu,PMRAM telah memayungi anak-anak Melayu di Bumi Mesir ini dan menghadapi pelbagai ranjau,rintangan dan lebih pahit pernah digantung pendaftaran pada tahun 1975 oleh Kerajaan Mesir.Namun Alhamdulillah,PMRAM terus utuh mengharung badai perkembangan dan berjaya mengawal bahtera PMRAM daripada ditelan arus kemodenan dan mehnah yang menggila.

Sepanjang tempoh itu, seramai 50 orang Presiden telah menerajui persatuan tertua ini dan pada penggal ini,Ustaz Abdul Muiz bin Muhammad(gambar sebelah kanan) (Selangor) telah menjadi Presiden PMRAM yang  ke-50.Banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan sepanjang sepenggal menerajui PMRAM mulai Mac 2009 sehingga akhir Muktamar Sanawi PMRAM Ke-77 yang akan berlangsung pada 13hb April 2010 di Nadi Riadhi Madinah Nasr,Hayyu Sadis,Nasr City,Cairo,Mesir.

Walaupun banyak halangan,cemuhan dan fitnah serta karenah birokrasi oleh Pihak Arab dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK),namun dengan berkat sokongan ahli dan kebijaksanaan pimpinan baik di peringkat Badan Pengurus mahupun di Peringkat HEWI,maka bahtera PMRAM terus belayar membelah arus dan badai dan memimpin kearah perubahan...

Maka bersempena Muktamar Sanawi PMRAM ke-77 akan berlangsung lusa(13hb April 2010),penulis mewakili seluruh ahli PMRAM mengharapkan pimpinan yang telah menang dan yang akan meninggalkan kepimpinan PMRAM dalam Pilihan Raya Umum PMRAM yang berlangsung semalam(10hb April 2010) agar terus istiqamah dan sentiasa teguh dalam perjuangan,seteguh tema penggal ini "Julang Thaqafah Bakti Dicurah".Insyaallah penulis mendoakan PMRAM terus maju dan mendepani perubahan semasa demi mengangkat martabat ummah dan pelajar-pelajar Melayu di Mesir ini.

Kepada Ustaz Abdul Mui'z,segala jasa dan pengorbanan saudara dalam memastikan kebajikan dan pembangunan siswa dan siswi Melayu di Mesir ini terjamin akan terus dikenang dan semoga membelas jasa saudara dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Kepada Ustaz Sharizan(gambar kiri)(Kedah),Bakal Presiden PMRAM ke-51,selamat bertugas mulai 14hb April 2010.Sesungguhnya medan pertempuran akan bermula dan bukan semuanya indah dan mudah.Insyaallah,kami sebagai ahli akan terus mendokong PMRAM selagi PMRAM terus diatas landasan yang betul dan mengikut apa yang disuruh dan dianjurkan oleh syariat Islam.Semoga pimpinan baru ini akan meneruskan kegemilangan yang lalu dan insyaallah tidak akan padam dek hembusan angin perubahan zaman dan mehnah dan tribulasi yang melanda ummah dewasa ini...
Firman Allah s.wt dalam Surah Muhammad s.a.w ayat 7





$pkš‰r'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) (#rçŽÝÇZs? ©!$# öNä.÷ŽÝÇZtƒ 


ôMÎm6s[ãƒur ö/ä3tB#y‰ø%r&





"Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


PMRAM,kau tetap dihati.....

Salam Muktamar kepada Mu'tamirin dan Mu'tamirat 

nasr city
1104010 




________________________________________________________________________


Keputusan Pilihan Raya Umum PMRAM 2010








KEPUTUSAN RASMI
Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM 2010
Oleh SURUHANJAYA PILIHANRAYA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [SPR PMRAM]


Analisis Pengundian

1- Jumlah ahli yang layak mengundi .. .. .. .. 1445
2- Jumlah keluar mengundi .. .. .. .. .. .. 920
3- Peratus keluar mengundi .. .. .. .. .. .. .. 63.7%
3- Bilangan undi rosak .. ... .. .. .. .. .. 8





KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PMRAM 2010
KEDUDUKAN CALON MENGIKUT UNDIAN TERTINGGI








1
Nama: 
Mohd Faizzudin bin Ghazali
Jumlah undi: 877








2
Nama: 
Mohd Yusof bin Abdul Kadir
Jumlah undi: 861








3
Nama: 
Muhammad Al Hidayat bin Khalid
Jumlah undi: 861









4
Nama: 
Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi
Jumlah undi: 860









5
Nama: 
Mohd Solehuddin bin Mohd Safien 
Jumlah undi: 852










6
Nama: 
Mohd Zahid bin Abu Bakar
Jumlah undi: 848








7
Nama: 
Firdaus bin Noh
Jumlah undi: 830









8
Nama: 
Abdul Aziz bin Ali
Jumlah undi: 826










9
Nama: 
Ahmad Huzaifah bin Fauzi
Jumlah undi: 821









10
Nama:Aminuddin bin Alias

Jumlah undi: 226









11
Nama: Mohd Mu'az bin Mohd Shukry
Jumlah undi: 173









12
Nama: Mohd Hanif bin Haron
Jumlah undi: 158






**9 calon yang mendapat undian tertinggi secara automatik terpilih sebagai Badan Pengurus PMRAM bagi sesi 2010/2011..






Muhasabah & Royalti Bergegar di RKB....

22 Mac 2010

 KAMI ANAK-ANAK KELANTAN DI MESIR MENYOKONG TUNTUTAN ROYALTI OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Salam Al Azhar


21hb Mac 2010,bertempat di Dewan  Tok Kenali,Rumah Kelantan Baru(RKB),Hayyu Sabi',Madinah Nasr,Kaherah,Republik Arab Mesir,satu majlis Dialog Separuh Penggal Ahli Jawatankuasa Tertinggi Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir(KPKM) sesi 2009/2010 dan Tanda Tangan  Tuntutan Royalti telah dianjurkan dengan jayanya.Dialog tahunan dianjurkan saban tahun oleh pihak kepimpinan KPKM  untuk membedah siasat dan mendapatkan komentar dari ahli-ahli KPKM tentang prestasi AJKT KPKM sepanjang separuh penggal menejui badan yang menerajui kebajikan anak-anak Kelantan di Bumi Mesir ini.(Gambar dibawah:Ust Muhammad Najid Abdullah,Yang Dipertua KPKM 2009/010)

Banyak persoalan,kritikan,bidasan,lontaran idea dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli samaada daripada ikhwah  mahupun akhawat untuk menambah baik perjalanan KPKM untuk separuh penggal yang berikutnya.Walaupun adakala suasana menjadi panas dan terdapat sedikit kelakar,namun semua pertanyaan itu jelas ingin melihat AJKT 'bangkit' dari mimpi kekuasaam dan menambahbaik khidmat mereka kepada ahli KPKM yang bertebaran di bumi Kinanah dari Alex sampai ke Giza...

Alhamdulillah dialog tersebut berlangsung secara harmoni dan penuh ukhuwah Islamiah.Segala teguran dan libasan hendaknya diambil perhatian dan ihtimam oleh AJKT dan Insyaallah segala permasalahan bermula dari masalah rumah,musyrif,pelajar perubatan sehinggalah kepada urusan bangunan baru akan dapat ditanggani dalam separuh penggal AJKT ini menerajui KPKM bagi sesi 2009/010.Insyaallah,Allah bersama dengan mereka  yang  ikhlas  dan tidak menggunakan jawatan sebagai Exco dan Ketua Biro untuk  kepentingan dan menjadi  'manggak' dan takbur dengan jawatan yang dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar KPKM yang lalu.

(gambar atas:Antara AJKT KPKM yang hadir) 

Majlis diteruskan dengan kutipan tandatangan untuk tuntutan Royalti Minyak yang mana Kerajaan Kelantan sedang  berhempas pulas menuntut royalti daripada Kerajaan Pusat.Maka sebagai rakyat Kelantan maka KPKM menyokong tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan dan mengambil inisiatif mengutip tandatangan rakyat Kelantan seluruh Mesir bagi menunjukkan solidariti warga Kelantan di Bumi Kinanah dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu royalti ini.

KAMI  NAK ROYALTI  BUKAN  EHSAN !!!

...................................................................

Sheikhul Azhar Yang Baru!!

Fadhilatul Imamul Akbar
Sheikh Dr Ahmad Muhammad Tayyib
فضيلة الإمام الأكبر الشيخ الدكتور أحمد محمد طيب

Hosni Mubarak, the Egyptian president, has named Sheikh Ahmed Mohammed Ahmed al-Tayeb as head of Al-Azhar, the country's most prestigious seat of Islamic learning, state television reported.

Mubarak, who is recovering from gall bladder surgery in Germany, appointed Tayeb on Friday, nine days after the death of Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, the previous head of the institution.
Al-Azhar institution, which includes a 10th century mosque, a university and several affiliated schools, is Sunni Islam's highest seat of learning. Its role is to propagate Islamic teachings and culture around the world.

"I want to express my deep appreciation of the trust bestowed on me by President Hosni Mubarak," Tayeb told the MENA news agency by telephone from his home town of Al-Qurna.
The grand imam of Al-Azhar has been appointed by presidential decree since 1961 and the institution receives most of its funding from the state, opening up the post to criticism of being too close to the government.

Tayeb is known for his tough stance against the Muslim Brotherhood, Egypt's largest and most organised opposition group, which remains officially banned despite popular support.
In 2006, he condemned a military-style parade by Brotherhood students at Al-Azhar University in which they wore black facemasks "like Hamas, Hezbollah and the Republican Guard in Iran," he said at the time.

Born in 1946, Tayeb joined an Al-Azhar affiliated school at the age of 10.

He has spent more than 40 years at the institution, receiving a PhD in religion and philosophy from al-Azhar university in 1977 before becoming a faculty member and then dean of the philosophy department.

Tayeb has been in charge of the al-Azhar university since 2003 and was Grand Mufti, Egypt's highest religious legal authority, from 2002 to 2003.

He is widely considered to be a moderate.

(sumber:http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/03/2010319165631215994.html)

you came to me....

13 Mac 2010

Salam Al Azhar

Dr Sami Yusuf(gambar di atas),anak kelahiran Iran merupakan seorang penyanyi nasyid yang masyhur di rantau Eropah dan Timur Tengah.Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau mempunyai mesej ketuhanan yang menyentuhkan kalbu dan pujian dan sanjungan kepada kekasih dan khatimul anbiya' Nabi Muhammad s.a.w.Antara lagu-lagu yang masyhur ialah Al Mua'lim,Hasbi Rabbi,Supplication,Ya Rasulullah,Asma Allah dan banyak lagi.Maka tidak hairan beliau digelar sebagai duta dunia (Global Ambassador).

Pada bulan Ramadhan tahun lepas,Dr Sami Yusuff muncul dengan lagu terbaru beliau You Come To Me.Alhamdulillah,saya baru terjumpa dan  mendengar lagu tersebut.Maka tanpa berlengah lagi,saya terus mendownload lagu terbabit kedalam laptop saya.Lagu tersebut cukup menyentuh qalbu dan mempunyai maksud yang mendalam.Ia menyerlahkan perasaan syukur,kasih dan penghargaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa risalah hidayah dan petunjuk kepada umat manusia.

Penghayatan beliau terhadap amat mendalam dan menusuk jiwa dan membangkitkan semangat kecintaan dan iqrar kita kepada Nabi s.a.w....

Oleh itu,marilah menghayati klik video yg begitu indah dibawah dan marilah perbanyakkan selawat keatas Nabi s.a.w....Semoga jiwa anda terhibur....

ALFATIHAH-hilangnya permata yang konterversi.......

10 Mac 2010

 Al Marhum Al Imamul Akbar Syeikh Dr  Muhammad Sayyid Tantawi
(1928-2010)

Salam Al Azhar

Hari ini dunia Islam kehilangan sebutir permata dan ulama'  yang banyak menabur bakti kepada ummah selama 81 tahun berada di alam yang fana' ini.Kembalinya Al Imamul Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi,Syeikhul Al Azhar As Syarif  merupakan satu kehilangan besar dalam lapang ilmu dan ummah.Penulis pernah mempelajari tafsir semasa  mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menggunakan kitab yang dikarang oleh Imamul Akbar Al Marhum Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi.

Al Marhum pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Mesir selama 10 tahun mulai  tahun 1986 hingga 1996 sebelum dilantik sebagai Syeikhul Azhar oleh Presiden Mesir,Muhammad Husni Mubarak.

Walaupun banyak kenyataan konterversi yang dikeluarkan oleh Al Marhum khususnya dalam isu riba dan niqab yang jelas mendapat kritikan sesetengah ulama',namun jasa dan sumbangan Al Marhum dalam menambahbaik sistem pendidikan di Al Azhar serta ketinggian ilmu Al Marhum terutama dalam bidang tafsir harus dikenang sepanjang zaman.

Kepada keluarga Al Marhum,salam takziah dan semoga ruh  Al Marhum diletakkan disisi para syuhada' dan solihin...AL FATIHAH

إنا لله وإنا إليه راجعون


مدينة النصر 
24 Rabiul Awal 1431H
10 Mac 2010

Lompat-Melompat...Dari Air Jernih ke Lubang Najis?

04 Mac 2010

      YB Dato' Seri Zahrain Hashim(Bayan Baru)          YB Tan Tee Bang (Nibong Tebal)
Salam Azhar 

Sejak dua menjak sudah 3 ahli dewan rakyat(gambar-gambar yang diletakkan  pada artikel ni) dari parti keadilan rakyat(PKR) telah mengubah pandangan politik kepada BEBAS.Bagi arif dalm politik,perkara lompat-melompat adalah perkara biasa dan lumrah dalam sistem demokrasi.

Walaupun amalan ini sah di segi demokrasi,namun dari segi moral dan agama,ini adalah salah dan dianggap mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat dan parti dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.Lebih2  lagi yang melompat tu dari pembangkang ke parti kerajaan,maka walaupun sejuta penafian dan alasan dinyatakan,namun ia tidak dapat melindungi dan menimbus persepsi bahawa MP ini telah disogok untuk melompat menyokong kerajaan lebih-lebih ketika kerajaan dalam terdesak untuk mendapat majioriti 2/3 di Dewan Rakyat dan lebih lagi-lagi menjelang persempadanan semula kawasan pilihanraya yang memerlukan majioriti 2/3 untuk diluluskan.
(gambar atas:YB Hj Mohsin Fadzli Hj Samsuri(Bagan Serai)
Namun,pesanan saya kepada MP yang melompat dan ada hati nak melompat,fikir semasak-masaknya dan timbanglah,adakah kita ni melompat ke air yang jernih atau ke tong najis? lebih2 lagi jika sampai menumbangkan sebuah kerajaan seperti yang berlaku di Perak.Jika berada di dalam tong najis,maka amat bagus dan wajiblah kita melompat ke air yg jernih dan suci.Namun,sbaliknya jika berada di air yang jernih tetapi melompat ke dalam tong najis yang kotor dan jijik,maka amat 'bangang' dan 'bahlol' lah tindakan dan perbuatan tersebut...

Fikirkan  dosa pahala dan rakyat yang  mengharap khidmat anda seblum melompat.....

Ibrah Sinai & Salam Maulidurrasul

24 Februari 2010

Salam Al Azhar
Alhmdulillah,13hb hingga 15hb Febuari 2010,saya  berkesempatan mengikuti Rehlah ke Sekitar Semenanjung Sinai.Rehlah ini juga disertai oleh 46 orang peserta.Alhamdulillah banyak faedah yang dapat dari rehlah ini.Antara yang paling mencabar ialah pendakian ke puncak Jabal Musa di Tursina yang cukup mencabar ketahanan fizikal.Nasib baik naik waktu malam,klu naik waktu siang,tak tau cam mner rasa.

Alhamdulillah,saya dan teman-teman yang lain dapat merasai jerih payahnya dan kegigihan Nabi Allah Musa a.s menjunjung perintah Allah s.w.t  mendaki gunung Tursina yang curam dan berkerikil tajam demi bermunajat dan menerima kitab Taurat.Saya itu pengalaman yang abadi yang tidak
(gambar sebelah:Qala'h(kubu Salahuddin Al Ayubi di Toba,Sinai)
dilupakan.Walaupun penat,tetapi pengalaman menunaikan solat Subuh di

Puncak Gunung Sinai dan melihat terbitnya suria pagi adalah suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.Insyaallah jika ada fursoh dan tenaga yang kuat,akan ditawan lagi bukit yang penuh barakah ini.Selain menawan gunung Musa,saya dan rombongan turut melawat Uyun Musa,lembu Samiri(gambar bawah),bekas kubu pertahanan Israel semasa Sinai ditawan oleh Israel, dan juga pantai peranginan Dahab.Disana banyak kesan peninggalan anbiya dan mursalin serta tinggalan 
(gambar kanan:tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t di Puncak Jabal Musa)
kerajaan-  kerajaan terdahulu seperti Kubu Salahuddin Al Ayyubi di Toba(walaupun hanya ambik gambar je-nak masuk bayar LE 50 le) dan juga berpeluang sampai dekat dengan sempadan Mesir-Israel di Toba.
Satu peluang yang amat tinggi nilainya.Jika selama ini hanya melihat di kaca televisyen melalui slot Jejak Rasul,maka kali ini,saya merasai sendiri pengalaman menziarahi tempat-tempat yang sebelum ini hanya diikuti di kaca televisyen.Semoga rehlah Sinai 2010 dapat membangkit semangat untuk terus berjuang di bumi anbiya' dalam lapangan penggalian ilmu dan cekal menghadapi ujian dan mehnah,secekal Nabi Musa mendaki Gunung Sinai untuk menjunjung perintah Allah s.w.t.Insyaallah...

2

Sekarang kita berada di bulan Rabi'ul Awal.Maka sinonim dengan masyarakat kita,bulan Rabi'ulawal ialah bulan maulud,iaitu pada tanggal 12 Rabi'ulawal,lahirnya Sayyidul Anbiya' Wal Mursalin,Khatimulanbiya',Muhammmad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab Al Qurashi Al Ismaili Al Ibrahimi sollahua'laihiwasalam.Baru-baru kecoh apabila pihak tertentu menggegak-gempitakan isu pembatalan perarakan Sambutan Maulidurrasul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.Namun,isu ini hanya mainan politik pihak-pihak yang desparate mencari isu-isu yang sensasi untuk menyerang kepimpinan Pakatan P.Pinang.

Maulid ini adalah satu acara dan adat menperingati kelahiran Nabi s.a.w.Ia tidak disunnah oleh Nabi s.a.w,para sahabat,tabii'n.Ia timbul ketika zaman kerajaan Fatimiah menguasai Mesir dan acara memperingati Maulud Nabi ini digunakan secara halus untuk tujuan propaganda Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah

Namun tidak salah menperingati Maulidurrasul s.a.w,namun jangan sampai menghukum sambutan ini bidaa'h yang sesat.Sekurang-kurang generasi awal kita dapat mengenali Nabi Muhammad s.a.w melalui sambutan Maulud dan ia juga boleh menjadi medium dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali Nabi Muhammad s.a.w dan sekaligus Islam sendiri.Adapun pengisian dalam maulud itu,itu adalah terletak kepada kebijaksanaan kita sendiri mengatur dan mengendalikannya.
      
Yang paling penting,cinta kita kepada Nabi s.a.w  tidak hanya berarak dan berselawat berdegar-degar tetapi tinggal sunnah dan lebih teruk lagi menentang perjuangan yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Kecintaan kita kepada Nabi s.a.w mesti diterjemah dengan amal perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah dan Rasul s.aw.
Oleh itu sempena sambutan Maulidurrasul 1431H,marilah kukuhkan iman dan azam kita untuk terus bersama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini serta terus berpegang kepada sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai sabda Nabi s.a.w:

عليكم بسنتي وسنة خلفاء الراشدين المهديين) أو كما قال عليه الصلاة والسلام)
  "Hendak berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang diberi hidayah"
Marilah kita menyambut Maulidurrasul dengan hati yang insaf serta tulus mencintai Rasul s.a.w serta perbanyakan selawat dan salam keatas baginda walaupun dimana berada....
 
  اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحاب محمد
 Selamat Menyambut Maulidurrasul 1431H
 nasr city,cairo


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'