Selamat Hari Guru,Cikgu....

16 Mei 2009


(sekadar gambar hiasan)

Salam Nil

قال الرسول – أدبّني ربي فأحسن تأديبي
(Tuhanku Telah mendidikku dan dia sebaik-baik pemberi didikan)

Setiap 16hb Mei,kita menyambut Hari Guru untuk mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa kita menjadi modal insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Dalam Islam,sejak dari mula kewujudan umat manusia lagi,Allah s.w.t telah mengutus 'guru' kepada umat manusia untuk menyeru kepada jalan yang benar dan satu iaitu mentauhidkan Allah dan menurut titah perintah.'Guru' yang dimaksudkan disini ialah para anbiya' dan mursalin serta pewaris perjuangan mereka iaitu para alim ulama'.Guru merupakan obor dan penerang kegelapan serta pembina jati diri sesuatu bangsa.Maka sesuailah jika tahun ini,tema sambutan Hari Guru pada tahun ini 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Guru amat penting dalam pembinaan hidup manusia dan pembangunan masyarakat sejak zaman ber zaman .Tanpa bimbingan guru-guru,tidak akan lahir para sahabat Nabi s.a.w yang agung lagi terbilang yang ditarbiyyah oleh guru yang agung Nabi Muhammad s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al Khattab ,Khalid ibnul Walid dan lain-lain lagi.Tanpa tarbiyyah dan sentuhan guru,tidak lahir para pejuang seperti Tariq bin Ziad dan Salahuddin Al Ayyubi yang mampu meredah samudera Gibraltar membuka Andalus dan mengambil semula Kota Al Quds dari tangan durjana Salibiyyin.Tanpa didikan dari guru tidak akan tokoh seperti Ibnu Sina yang gah dengan kitab Qanun Fi Tibb nya yang menjadi rujukan seluruh dunia perubatan.Tanpa pengorbanan dan jerih payah dari guru-guru mendidik anak-anak murid tidak lahir pimpinan negara yang mampu mentadbir negara dengan baik.Maka kita tidak nafikan lagi sumbangan dan jasa guru kepada kita sejak dari awal kita dilahirkan sehingga berada di tahap sekarang.Maka tema Sambutan Hari Guru 'Guru Pembina Negara Bangsa' amat tepat dan bermakna sekali.Tanpa guru siapalah kita.Tanpa guru dan murabbi yang agung,Nabi Muhammad s.a.w kita tidak merasa nikmat agung yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam seperti yang kita nikmati hari ini.Tanpa bimbingan guru juga kita tidak akan mampu mengira dan membaca serta mampu mengolah ilmu yang dipelajari.

Maka sempena Hari Guru pada tahun ini marilah sama-sama kita review balik jasa dan pengorbanan guru selama ini yang mentarbiyyah dan mentadib kita sehingga berada di tahap ini hari ini.Bagi saya yang berjaya menjejakkan kaki di Kota Kaherah ini,jasa dan guru cukup di dalam ingatan saya.Tanpa susah payah dan jerih mendidik saya dan teman-teman di Maahad Muhammadi Lelaki yang datang seangkatan dengan saya,maka mana mungkin saya dapat belajar di Universiti Al Azhar As Syarif yang terkenal itu.Maka dikesempatan ini saya mewakili teman-teman Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki ingin mengucapkan jazakallah khairan jaza' dan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan pendidik di Maahad Muhammadi Lelaki,Jalan Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan.Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,terguris kata,terlanjur perbuatan.Especially kepada Cikgu Pauziah,Ustazah Asiah,Cikgu Aini,Ustaz Hamdi,Ustaz Zul Atabah(Ada masa datang la lawat kitorang kat Mesir ini),Cikgu Rosmaidah,dan semua tenaga di MML samaada yang masih berada disana atau yang sudah berpindah.Doakan kejayaan anak didikmu di bumi barakah ini dalam final exam yang bermula esok(17hb Mei),semoga najah dan cemerlang belako,Insyaallah.Kepada guru-guru yang sudah kembali ke rahmatullah,marilah kita sedekahkan sejamabak AL FATIHAH dan Doa semoga segala pengorbanan dan jasa mereka dibalas dengan pahala yang berlipat ganda serta roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh,para syuhada dan para anbiya'.AMIN...

SELAMAT HARI GURU
‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
TERIMA KASIH CIKGU!!!


diari hatiku

nasr city,cairo,egpyt
16th May 2009
21th Jumaadal Awwal 1430H

0 ulasan:


Tanah Airku

Tanah Airku


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

KDYMM Sultan Muhammad Ke-V ibni Sultan Ismail Petra,Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim

YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Ab Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum Pakatan Rakyat,PM In-Waiting

About Me

Foto saya
Mohd Hafizuddin Lahir di Kota Bharu,Kelantan SRK Tengku Indera Petra,KB(1995-2000) Maahad Muhammadi Lelaki(2001-2007) Pelajar Sarjana Muda Syariah Syu'bah Syariah Islamiah Kuliah Syariah Dan Undang-Undang Unversiti Al Azhar As Syarif,Kampus Induk Hayyu Hussin,Kaherah,Mesir. 'Sentiasa Belajar,Diajar dan Memerhati'